RSS

(Tazkirah SJ) Isu Kalimah ALLAH : Matlamat tak menghalalkan cara

11 Jan

Penulisan ini SJ tujukan khas buat umat Islam.

Pertikaian tentang permohonan penggunaan kalimah ALLAH oleh pihak Herald dan gereja masih terus menjadi perbualan, malah turut diperhatikan oleh masyarakat Islam dan bukan Islam dari negara-negara lain. Saya yakin, semua pihak ternanti-nanti dengan penuh debar akan kesudahannya.

Wujud perbincangan di antara umat Islam di blog yang mana ianya turut mencuri tumpuan di kalangan masyarakat kristian katolik. Pelbagai soalan turut ditanya oleh mereka. Suarajagat berlapang dada dalam menerima pelbagai soalan yang diajukan oleh masyarakat kristian. Walaupun saya menjawab dan berhujah dengan mereka, namun dalam masa yang sama tetap juga menghormatinya kerana saya memahami bahawa persoalan yang ditimbulkan oleh mereka ini kebanyakkannya berdasarkan kefahaman agama mereka sahaja tanpa didasarkan kepada syariat dan disiplin yang terdapat dalam agama Islam. Oleh itu, konteks perbahasan adalah agak berbeza di antara ‘Islam dengan Kristian’ dan ‘Islam dengan Islam’.

Sementara itu, penulis ingin sekali mengajak sidang pembaca untuk meneliti kembali hujah-hujah yang diketengahkan oleh sebilangan umat Islam Malaysia yang cuba membolehkan penggunaan kalimah ALLAH oleh kristian katolik di Malaysia. Mengapa hujah-hujah mereka ini tidak boleh diterima?

Hujah 1 : Az Zukhruf : 86-87 dan Al Ankabut: 63

Di sini saya mengambil sebahagian dari artikel yang ditulis oleh Ustaz Zamihan Mat Zin al-Ghari berhubung perkara di atas :

Adapun hujjah sesetengah cendiakawan yang membenarkan penggunaan kalimah Allah menerusi surah Az Zukhruf : 86-87 dan Al Ankabut: 63 adalah TIDAK BENAR sama sekali. Mereka tidak memahami kandungan ayat berkenaan dalam kerangka ketuhanan yang benar.

Pertama : Ayat – ayat di atas adalah uslub mujadalah. Iaitu gaya bahasa perbantahan yang berlaku antara Nabi SAW dengan golongan musyrikin tentang akidah tauhid. Buktinya Allah SWT memerintahkan Nabi SAW supaya berbahas dengan mereka dengan cara yang lebih baik.(al-Ankabut 46) Jadi, uslub mujadalah tak sah dipetik sebagai hujjah kerana lafaz ini dirakam oleh Allah SWT sebagai pengajaran kepada kita bahawa golongan kafir hanya mahu berbantah-bantah, berdolak-dalik dengan ucapan. Tetapi hakikatnya, pertuturan mereka dipenuhi dengan kalimah dusta terhadap Baginda SAW. Maka benarlah kesimpulan feqhiyyah : Hakikat Lafaz yang digunakan menunjukkan maksudnya bukan menunjukkan sendi frasanya.

Kedua : Golongan musyrikin yang tidak mahu beriman dengan syariat Nabi SAW dicabar dengan hujjah logik : Siapakah yang mencipta langit bumi? Mereka mengatakan : Allah!. kalimah Allah yang digunakan disini hanya dari sudut bahasa sahaja. Ia bukan bermaksud mengiktiraf Allah Yang Esa yang diserukan oleh Nabi SAW. Atau dengan kata lain, jawapan Allah yang diberikan musyrikin disini hanya berdasarkan apa yang ada dalam zihn (kotak pemikiran) mereka sahaja. Iaitu berdasarkan kepercayaan yang diwarisi datuk nenek moyang mereka yang menyembah berhala. Bukannya satu pengiktirafan konsep ketuhanan yang sebenar yang dibawa Nabi SAW. Lantaran itu, mereka terus menyembah berhala dan menolak konsep ketuhanan (akidah tauhid) yang di bawa Nabi SAW dan meneruskan kekufuran. Ternyata, pengucapan ‘Allah’ dalam ayat ini adalah dibuat dengan nada pembohongan semata-mata. Allah SWT sendiri menyifatkan pembohongan mereka (al-Ankabut ayat 61) dengan lafaz : فأنى يؤفكون

Lafaz ini dihurai oleh Imam al-Qurtubi dengan katanya : Iaitu mengapa mereka kufur untuk mentauhidkanKu dan berpaling dari mengabdikan diri kepadaKu.” Penjelasan ini membuktikan bahawa golongan musyrikin sebenarnya tidak beriman dengan Allah SWT. Sebaliknya hanya mengungkapkan kalimah Allah untuk melepaskan diri dari kebenaran berhujjah.

Ketiga : Kita Umat Islam tidak boleh sesekali mengiktiraf golongan bukan Islam sebagai ahli tauhid rububiyyah disebabkan mereka mengucapkan kalimah Allah. Ini kerana ucapan kalimah Allah pada mereka bukan merujuk kepada Tuhan Yang Esa dengan segala sifat kesempurnaan. Sebaliknya mereka menggambarkan Allah dengan kepelbagaian prinsip KeTuhanan. Buktinya, Golongan yahudi dan kristian saling mempercayai bahawa Allah itu mempunyai anak. (al-taubah 30). Golongan yang lain pula terus mengambil berhala sebagai sembahan. Sedangkan Allah SWT membantah kenyataan mereka dalam ayat yang sama : “Demikianlah perkataan mereka Dengan mulut mereka sendiri, (Iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu; semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?

Melalui ayat ini terbukti kepada kita bahawa konsep syirik yahudi dan kristian jauh berbeza dengan pengertian akidah tauhid. Justeru mereka tidak berhak menggunakan kalimah Allah SWT dalam keadaan mensyirikkannya.

Hujah 2 : ALLAH dalam Bible berbahasa Arab.

Untuk makluman pembaca, masyarakat kristian arab yang menggunakan bible berbahasa arab itu adalah golongan unitarian yang menolak fahaman trinity. Golongan katolik menganggap unitarian sebagai ‘bukan kristian’.  Oleh yang demikian, dengan sendirinya hujah ini adalah invalid.

Tahukah anda bahawa bible berbahasa Arab hanya wujud ratusan tahun selepas kewafatan Rasulullah s.a.w? Malah dikatakan bahawa bible berbahasa arab wujud lebih 200 tahun selepas kewafatan baginda.

An Arabic version of the Hebrew Bible was made in the tenth century by Saadia ha Gaon. Only its Pentateuch, Minor Prophets, Isaias, Psalms, and Job have been preserved. In 1671 an Arabic Bible was published at Rome under the direction of Sergius Risi, Archbishop of Damascus. It appeared in numerous later editions. A mutilated reprint of it (London, 1822) was circulated by the Bible Society. To offset this Protestant influence, complete Arabic versions were issued both by the Dominicans at Mossul (1875-8) and the Jesuits at Beirut (1876-8).

Dan di dalam sebuah website anti Islam yang dikelolakan oleh orang Kristian mengatakan bahawa :

What we need to understand is that Mohammed had no Bible available in his native tongue, there was no Arabic translation until at least 200 years after he lived. Click

The translators of the Bible gave in to the religious pressures and substituted Allah for Yahweh in the Arabic Bibles, but this is not the name of the God of the Hebrews, nor of the creator who made heaven and earth because of its source in paganism. His nature and attributes have only a few basic similarities and many more differences. And the most important point is that all through the Qu’ran it says Allah has no son. click

Jadi sebelum ini, orang-orang Arab Kristian pakai Bible apa ya? Adakah ini maksudnya ketika zaman RasulAllah, tiada Bible Arab yang ditulis di dalamnya Allah Bapa , Allah Anak? Mungkinkah hanya secara lisan golongan Arab Kristian ini menggunakan Allah. Itupun kerana lidah mereka ialah lidah Arab setelah mereka ini di kristiankan? Jangan kita lupa bahawa Orang Arab ini telah diperkenalkan untuk menyembah Allah yang Satu dan agama Islam sejak dari zaman Nabi Ibrahim lagi melalui Nabi Ismail. Disebabkan itu kita boleh melihat nama nama seperti Abdullah wujud sejak sebelum RasulAllah dilahirkan. Ini kerana contohnya ibu dan ayah Nabi Muhammad berpegang kepada syariat Nabi Allah Ibrahim!

SJ juga ingin membawa sedikit point tambahan. Untuk pengetahuan pembaca, menurut sarjana kristian sendiri

Hujah 3 : Penggunaan Kalimah ALLAH di Indonesia

Walaupun majoriti rakyat Indonesia adalah beragama Islam, tetapi Indonesia adalah sebuah negara pancasila. Islam tidak pernah menjadi agama rasmi Indonesia.

Berbeza dengan negara kita Malaysia yang mendaulatkan serta memartabatkan Islam sebagai agama rasmi. Seorang alim dari Indonesia pernah berkata kepada penulis bahawa kedudukan Islam sebagai agama rasmi menyebabkan masalah ajaran sesat masih dapat di kawal. Tidak sebagaimana di Indonesia yang dengan jelas dapat dilihat pelbagai ajaran sesat, Islam Liberal dan pluralisme berkembang biak secara pesat.

Hujah 4 : Jadikan Perjanjian Hudaibiyah sebagai contoh?

Isi kandungan ialah :

  1. Tiada perperangan bersenjata selama 10 tahun.
  2. Sesiapa yang ingin menyertai Muhammad dan membuat sebarang perjanjian dengan beliau, dia dibenarkan berbuat demikian.
  3. Sesiapa yang ingin menyertai Quraisy dan membuat sebarang perjanjian dengan Quraisy, dia dibenarkan berbuat demikian.
  4. Sekiranya seorang lelaki muda atau seseorang yang bapanya masih hidup pergi kepada Muhammad tanpa keizinan bapa atau penjaganya, dia hendaklah dikembalikan kepada bapa atau penjaganya.
  5. Tetapi sekiranya seseorang pergi kepada Quraisy, dia tidak akan dikembalikan.
  6. Muhammad akan pulang tanpa masuk ke Makkah pada tahun ini. Tetapi beliau dan para pengikutnya boleh masuk ke Makkah, berada selama tiga hari dan menunaikan tawaf.
  7. Orang Quraisy akan berundur ke bukit-bukit sekeliling semasa tempoh tiga hari tersebut.
  8. Apabila Muhammad dan para pengikutnya masuk ke Makkah, mereka tidak akan membawa senjata kecuali pedang tersarung seperti mana para pengelana di Tanah Arab selalu membawanya.

Walaupun perjanjian ini dilihat berat sebelah, tetapi ia hanyalah pada kandungan 4 dan 5. Manakala kandungan 1 dan 2 membawa kepada keamanan dan mempermudahkan tugas dakwah Baginda s.a.w. Kandungan 6,7 dan 8 pula membawa kepada kejayaan umat Islam dan memberi kebebasan kepada umat Islam melaksanakan ibadah Haji.

Lagikan pula, dalam peristiwa ini, Rasulullah s.a.w mengalah dari sudut taktikal demi kesejahteraan umat Islam bukannya mengalah dari sudut akidah yang boleh mencemarkan fahaman umatnya. Di permulaan perjanjian itu pihak musyrikin menolak penggunaan kalimah ‘Bismillahir rahmanir rahim’ dan ‘Rasulullah s.a.w’. Ini secara automatik menunjukkan ketidakpercayaan musyrikin kepada ALLAH dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.

Kesimpulan.

Kesimpulannya, dalam kita membicarakan sesuatu perkara adalah amat penting untuk menilai sesuatu hujah secara keseluruhan bukannya mudah terpengaruh dengan mereka yang ‘bermulut manis’ atau pandai berkata-kata. Selain itu, janganlah juga terpengaruh dengan hujah mereka-mereka yang didalangi oleh gerakan Islam Liberal.

Sesungguhnya ‘matlamat tidak menghalalkan cara.’

Fatwa berkaitan isu ini telah diwartakan seawal Ogos 2008. Jadi mengapa perlunya bersuara sumbang?


About these ads
 

One response to “(Tazkirah SJ) Isu Kalimah ALLAH : Matlamat tak menghalalkan cara

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 158 other followers

%d bloggers like this: