RSS

NII KW9/Maahad al-Zaytun : Haiwan Ternak Israel

17 Mar

Sejak kebelakangan ini, Syaykh Al-Zaytun dan pengikut-pengikutnya sering menyanyikan beberapa buah lagu di dalam bahasa hebrew/ibrani yang menyatakan tentang soal ketuhanan. Hal ini telah berlaku semasa majlis perkahwinan anak gadis beliau dan seterusnya di beberapa majlis termasuk juga majlis perayaan 1 Muharram 1431H.

Kononnya ia sekadar memuji Tuhan..walhal perkara ini adalah satu cara yang membawa maksud pluralisme agama. Lagu-lagu tersebut adalah lagu yang didendangkan oleh kaum Israel dalam upacara keagamaan mereka (Rujuk link ini : Israeli Folks Song).

Nyatalah bahawa NII KW9/Maahad al-Zaytun/Gerakan Pemuda Kahfi adalah sebuah organisasi yang menyesatkan dan merosakkan umat Islam.

Sudah tiba masa NII KW9 yang selama ini  bermaksud Negara Islam Indonesia ditukar kepada NEGARA ISRAEL INDONESIA.

Berikut saya kepilkan sebahagian artikel berhubung isu ini dan seterusnya disusuli video lagu-lagu berbahasa hebrew/ibrani yang dimaksudkan.

Pesan dan Hikmah Tahun Baru (1 Muharram 1431H)

Pesan, hikmah dan semarak perayaan Tahun Baru, baik tahun baru masehi, terutama tahun baru hijriah kembali terdengar dari Kampus Al-Zaytun. Kehadiran puluhan ribu ummat dan pemilihan tema, serta kumandang berbagai lagu, di antaranya dalam bahasa Ibrani, memberi makna teguhnya keyakinan atas keagungan Illahi dan mengusung pesan perdamaian dunia.

Perayaan Tahun Baru 1 Muharam 1431 H di Mahad Al Zaytun berlangsung hikmat dan meriah. Acara yang diselenggarakan bertepatan dengan 17 Desember 2009 M itu diikuti oleh setidaknya 20 ribu ummat mulai dari seluruh civitas akademi Al Zaytun, penduduk desa sekitar mahad, muslimin dan muslimat yang sengaja datang dari negeri jiran Malaysia, Singapura dan Brunai Darussalam, beberapa pejabat dan tokoh nasional, seperti mantan Menteri Koperasi dan UKM pada Kabinet Reformasi Pembangunan Adi Sasono, Direktur Pendidikan Khusus dan Kelembagaan Depdiknas DR. Wartanto mewakili Kementerian Pendidikan Nasional, Komandan Distrik Militer (Dandim) Letkol Hendro Martono, Kepala Kepolisian Resort (Kapolres) Indramayu AKBP Ahsri Wiharto, serta berbagai tamu lainnya.

Sehari sebelum puncak perayaan, diadakan temu ramah mesra dengan warga desa sekitar kampus. Acara diselenggarakan di Masjid Al-Hayat dihadiri oleh Camat Kecamatan Gantar, Cusamo dan Kapolsek Gantar, Zainuri serta hampir dua ribu warga.

Pada kesempatan itu, Cusamo dalam sambutannya mengucapkan terimakasih kepada Al Zaytun, kemudian menganjurkan warga agar memperbaiki diri untuk kesejahteraan masing-masing. Sedangkan Zainuri, mengajak warga, termasuk warga mahad agar membuat pengamanan swakarsa di lingkungan masing-masing serta meningkatkan siskamling. Sementara Syaykh Al-Zaytun dalam pesan-pesannya menyarankan agar warga menanam pohon untuk mengurangi dampak pemanasan global. Seusai temu mesra, seperti biasa, warga pun dibagikan boboko sebagai simbol berbagi berkat di hari bahagia itu.

Memasuki puncak perayaan besok paginya yang diselenggarakan di Masjid Rahmatan Lil Alamin, acara disambut dengan suara indah dan merdu paduan suara ratusan pelajar Al-Zaytun yang dipimpin oleh dirigen Ustajah Salindri. Lagu-lagu nasional seperti ‘Indonesia Tanah Air Beta’, ‘Berkibarlah Benderaku’, ‘Dari Sabang sampai Merauke’ dan lain sebagainya yang dilanjutkan dengan lantunan berbagai tembang atau mazmur pujian kepada Allah berbahasa Ibrani, seperti Syalom khave’rim (Salam sejahtera padamu kawan), Hinne mattov (Lihatlah, Tuhan beserta kita), Adonay yisy mor (Tuhan memelihara kita), Havenu syalom (membawa selamat), Hava nagila (Bersorak sorai), Ehre shi gott (terpujilah Tuhan), dan kemudian ditutup dengan Himne Universitas Al-Zaytun, membuat perayaan ini diawali dengan meriah.

Temu ramah mesra eksponen Al-Zaytun dengan warga yang dihadiri oleh Camat, Kapolsek Gantar dan Pemred Berita IndonesiaWalau acara ini merupakan perayaan keagamaan, namun Al Zaytun tetap tidak memisahkannya dengan kehidupan berbangsa dan bernegara. Memulai acara puncak, seluruh hadirin pun menyanyikan lagu kebangsaan ‘Indonesia Raya’, baru kemudian dilanjutkan dengan pembacaan ayat suci Al-Quran oleh Muhammad Toha, santri dari Sumatera Barat.

Hinne mattov

Syalom chaverim

Ehre sei gott

Hava nagila

About these ads
 

28 responses to “NII KW9/Maahad al-Zaytun : Haiwan Ternak Israel

  1. bahtiar

    17/03/2010 at 3:16 pm

    semoga yang tersesat segera pulang kembali …

    salam,
    bahtiar – mantan nii kw 9 al zaytun

     
  2. Ibrahim

    18/03/2010 at 1:32 pm

    Memang munafik besarlah khalifah gerakan pemuda kahfi ni.

    Dengan Yahudi dan Nasrani disuruh berTOLERANSI, katanya 42:13 tegakkan agama jgn pecah belah. Yahudi, Nasrani dan Islam katanya harus bersatu padu. Baca sendiri
    http://www.tokohindonesia.com/ensiklopedi/a/abdussalam/pidato/toleransi.shtml

    Tetapi sesama Islam ummat NII Zaytun/Gerakan Kahfi disuruh mengasingkan diri. Katanya ummat Islam diluar semuanya kafir dan musyrik. Ini sudah terbalik. Macam Iblislah pulak Panji Gumilang ni.

    Fatwa Panji Gumilang berlawanan dengan pedoman Al-Qur’an supaya ummat islam bersatu-padu dan berhati-hati dengan Yahudi dan Nasrani. AQ 2.120.
    Kenapalah Panji Gumilang ni suka sangat dengan Yahudi laknatullah?? AQ 5.78

    ASPG menggunakan persamaan Allah = Negara Islam untuk mengikat ummat NII dengan ikatan yang “holy”. Sehingga sesiapa yg tidak terikat dihukum kafir dan musyrik. Mirip para crusaders perang salib yg mengerah ummat kristian berjihad mendirikan Kingdom of Heaven.

    Rasulullah tidak membayyinatkan Madinah = Allah untuk mengikat sahabatnya. Para Sahabat terikat kuat dengan pegangan akidah yang benar, akidah yg dipupuk selama 13 tahun di Mekah, akidah yg dipupuk menggunakan prinsip2 akidah surah2 makkiyyah. Akidah Nabi Ibrahim muslim yang sejati. Muslim yang bebas dari sebarang kesyirikan. Menyembah Allah yg Esa, Al-Rahman yg menciptakan langit dan bumi.

    Sayangnya, prinsip akidah yg benar ini tidak diajar dalam tilawah NII. Akidah NII dirumus dari petikan2 beberapa ayat madaniyyah, dirumus membentuk Mabadi Thalathah, diringkaskan untuk mencapai cita-cita politik, meniru fahaman takfir khawarij. Tahukah kamu wahai ummat NII? Bahawa kaum khawarij tidak berupaya menubuhkan kerajaan?

    Selepas wafatnya Rasulullah berlaku fitnah atas ummat islam, bermulalah episod politik ummat islam. Tiada kerajaan islam yang sempurna, tidak layak sebarang kerajaan islam untuk mengaku benar 100%. Tidak ada satupun kerajaan islam yg berdiri atas dasar takfir.

    Maha Suci Allah, tiada kerajaan Islam layak membayyinatkan negara = Allah. Maha Suci Allah. Kerajaan Allah Sempurna, tidak cacat. Jatuh bangun semua kerajaan dibawah kekuasaan Allah, tidak layak sekali2 Allah disamakan dengan “negara” semata2 untuk mengikat ummat dengan ikatan yg “holy”.

    .

     
    • suarajagat

      18/03/2010 at 2:11 pm

      benar saudara ibrahim..
      sudah semakin jelas bahawa NII adalah golongan khawarij dan muktazilah yg muncul di zaman moden.
      apakah mereka yang terjerumus ke dalam fahaman palsu ini masih tidak sedar?

      kerosakan, kesesatan dan penyelewengan akidah dalam NII sudah amat jelas.

       
  3. Ibrahim

    18/03/2010 at 4:27 pm

    Apakah sebenarnya Az Zaytun dan NII KW9?

    Setelah meneliti pelbagai fakta dari pelbagai sumber dan artikel propaganda al zaytun di http://www.beritaindonesia.co.id/ dapatlah dibuat kesimpulan yang amat kuat bagi orang-orang yang berfikir.

    1. Panji Gumilang adalah pendokong pancasila dan adalah anak didik intelejen indonesia/TNI dibawah rejim soeharto. http://www.beritaindonesia.co.id/lentera/pancasila-ajaran-ilahi-dan-ideologi-terbuka/

    2. Pancasila adalah ideologi Republik Indonesia dan penentangnya adalah pejuang2 NII pimpinan Kartosuwirjo yang ingin menegakkan hukum Allah.

    3. Intelijen Indonesia telah berjaya meletakkan seorang bekas pimpinan NII yg telah dibrainwash iaitu Panji Gumilang ke Wilayah 9 sebagai pemimpin.

    4. TNI memelihara NII KW9 dan cuba memusnahkan wilayah yang lain. NII KW9 dibiarkan berkembang untuk memerangkap individu yang cenderung masuk ke NII masuk ke NII KW9.

    5. NII KW9 menggunakan doktrin NII dan Mabadhi Thalatha dengan umpan “negara islam” tetapi berakhir dengan pancasila dengan mengatakan pancasila ajaran ilahi.

    6. Ummat dimomokkan bahawa tindakan terrorist bukan ajaran islam dan toleransi dan perdamaian adalah ajaran islam. Sedikit demi sedikit ummat akan didoktrin bahawa pancasila adalah ajaran ilahi.

    7. Dengan berkembangnya NII KW9 para jeneral TNI boleh goyang kaki kerana dengan sendirinya NII yang asal yg menentang pancasila tersepit pergerakannya dan melemah.

    8. Al Zaytun dibina sebagai ibu negara palsu “darul islam” untuk meyakinkan ummat sebagai tempat bershahadah.

    9. Dana yang banyak memang pada mulanya digunakan untuk membina Al-Zaytun. Tetapi melihat keadaan masjid mereka yang tak siap2 dan gersang, jelas dana ini telah mengalir ke tempat lain.

    10. Konsep darul islam NII KW9 hanyalah sebenarnya Pancasila. Panji Gumilang dan Al Zaytun dipuji melangit-langit oleh majalah propaganda buatan mereka sendiri untuk membentuk public opinion yang popular. Konsep futuh hanyalah naiknya ASPG atau proxy2 dan didokong TNI sebagai pemimpin indonesia.

    11. Politik Indonesia terkenal dengan amalan rasuah yang menjadi2. NII KW9 telah diexploitasi oleh ASPG & proxy/TNI untuk mencapai cita2 politik mereka. Segala2nya dapat dilakukan jika ada wang.

     
  4. Ibrahim

    22/03/2010 at 10:49 am

    Kepalsuan NIIZ disahkan oleh pejuang GAM Ahmad Sudirman.
    http://www.dataphone.se/~ahmad/040622a.htm

    NIIZ adalah jelas bikinan TNI buat merosakkan citra NII yg asli. Bila Acheh mahu merdeka maka ditentang habis-habisan oleh TNI tetapi NIIZ yang kononnya mahu mentegakkan “negara islam” dilindungi TNI.

    Bermimpilah kamu wahai ummat NIIZ yg islam tertegak melalui jalan Al-Zaytun, akidah NIIZ telah dicemari syirik dan bi’daah hasil kebijakan intelijen. Hasil dari bisikan iblis, ASPG membayyinatkan secara batil rukun islam dan rukun iman sehingga tersesat ummat2 NIIZ dari jalan yg lurus.

    Usahla bermegah2 dengan gedung2 mewah, Vatican City itu lebih gah dan mewah dari MAZ, ummatnya jauh lebih ramai dari ummat NIIZ. Tetapi sesat semua mereka itu kerana mensyirikkan Allah.
    .

     
    • suarajagat

      22/03/2010 at 1:59 pm

      saudara ibrahim..
      telah byk perkara yang membuktikan kebatilan NII/MAZ..
      Namun sehingga kini masih terlalu banyak ahli NII yang bersikap degil dan tidak mahu mengakui kesalahan mereka.

      Mungkin saudara mempunyai idea yang boleh dikongsikan bersama

       
      • abraham

        22/03/2010 at 4:53 pm

        salam

         
  5. abraham

    22/03/2010 at 4:58 pm

    kebingungungan lagi nampaknyaa smua…biarlah mereka membuktikan..tanpa banyak bercakap..tp trus berbuat…tanpa menyalahkan,menuding..manusia mungkin tidak memahaminya…truskan usaha mu spt SJ untuk trus mgikuti perkembangan mereka…jgn langsung tak ikuti..nnt rugi saudara..wslm.

     
  6. Ibrahim

    22/03/2010 at 5:08 pm

    Terima kasih SJ.

    Sebagaimana sukarnya hendak meyakinkan penganut Kristian bahawa Nabi Isa bukan Tuhan begitulah sukarnya hendak meyakinkan penganut tegar NIIZ yang MAZ bukan Tuhan. Di blog ini kita hanya sekadar berkongsi maklumat supaya ummat yang tertipu tersedar. Tindakan yang lebih kuat hanya boleh dilakukan oleh pihak berkuasa.

    Allah melaknat orang2 yang melampaui batas dalam agama sehingga menyamakan Nabi/Ulama/Negara atau apa sahaja dengan Allah.

    AQ 9:30 Orang-orang Yahudi berkata: “Uzair itu putera Allah” dan orang Nasrani berkata: “Al Masih itu putera Allah”. Demikian itulah ucapan mereka dengan mulut mereka, mereka meniru perkataan orang-orang kafir yang terdahulu. Dilaknati Allah-lah mereka; bagaimana mereka sampai berpaling?

    Uzair/Ezra adalah seorang pendeta yahudi yang mahir membayyinatkan kitab taurat. Menggunakan kemahirannya membayyinatkan kitab taurat, beliau berjaya mengumpul pengikut dan menjadikann agama yahudi agama yg ekslusif dengan mengkafirkan org luar dan mengharamkan perkahwinan dengan org bukan yahudi.
    http://en.wikipedia.org/wiki/Ezra

    Allah melaknat org2 yahudi yg taqlid buta dengan ezra. Memang org yahudi tidak mengatakan secara langsung ezra itu tuhan, tetapi sikap mereka yg begitu taksub dengan ajaran Ezra yang membayyinatkan Taurat sesuka hati meyebabkan dijatuhkan hukuman sesat dan syirik atas mereka.

    Berkaitan berapa lama lagi masa kita perlu menunggu sehingga GK/NIIZ runtuh. Allah memberi pedoman dalam AQ 18:58-59 bahawa bagi setiap ummat yang zalim ada tempoh tertentu ditetapkan untuk mereka bebas bergerak. Kemudian mereka akan dimusnahkan. Kewajipan kita hanyalah menyatakan kebenaran sehingga jelas yg hak dan yg batil. Supaya tidak ada lagi alasan yg mereka ditipu oleh abi2 mereka atau mereka tidak mengetahui maklumat yg sebenar. Jika mereka berkata sedemikian maka hukum binatang ternak 7.179 jatuh keatas mereka.

    Ramai yang masih setia dalam GK/NIIZ kerana:

    1. Terpegun dengan kepetahan pentilawah membaca Al-Qur’an sehingga difikirkan tidak mungkin ajaran itu salah kerana merujuk Al_Qur’an. Ini dialami oleh ummat yang sebelum hijrah tidak mendalami ilmu Al-Qur’an atau tidak pernah membaca keseluruhan isi Al-Qur’an. Individu yang memahami mesej Al-Qur’an secara syumul akan cepat sedar tentang kebatilan doktrin NIIZ terutamanya berkaitan akidah.

    2. Merasa tidak ada jalan lain untuk mentegakkan islam selain dari jalan NIIZ. Islam berdiri atas dasar akidah yang benar. Jika akidah adalah akar dan pokoknya adalah negara maka akidah yang batil melahirkan negara yang batil. Cuba tengok cerita Kingdom of Heaven.

    3. Ada pula ummat NIIZ yang memang berasa ada yg tidak kena dengan akidah NIIZ tetapi tidak berani menyatakannya kerana kecetekan ilmu agama. Kalau tak sempat nak dengar ceramah akidah kat masjid (sebab sibuk berprogram dan GB) downloadlah ceramah tafsir Al-Qur’an di internet. Saya cadangkan kuliah tafsir Nurul Ihsan oleh Ustaz Shamsuri. Dengarlah di setiap pagi dan petang.

    4. Ada pula ummat yg setia di NIIZ kerana kelemahan diri sendiri (nisa’) dan takut dengan ancaman2 mas’ul. Mungkin ada juga nisa’ yg masih setia kerana berharap dapat bertemu jodoh didalam. Kalau dulu kamu dah ada bf/tunang kenapa tak cepat2 kawen? Kenapa putuskan hubungan semata-mata kerana nasihat org lain yg tak ada kena mengena. Mereka sebenarnya hanya berpura2 mengambil berat, kamu yg menentukan nasib hidupmu sendiri, bukan orang lain.

    5. Tertarik dengan janji manis futuh dan berangan-angan menjadi pemimpin dan memperoleh syurga dunia. Inilah pendorong kepada para mas’ul. Janji manis untuk mengisi 7 lapis langit pemerintahan NIIZ apabila futuh kelak. Dijanjikan syurga dunia. Iblis menjanjikan syurga dunia dan Allah menjanjikan syurga di akhirat.

    Banyak lagi sebab ramai yang masih terpedaya dengan NIIZ, tetapi yg penting Allah tidak menyesatkan manusia, manusia tersesat akibat perbuatan dan kelemahan mereka sendiri.

    Sifir NIIZ mudah, dengar dan taat kepada NIIZ maka syurga dunia menanti apabila futuh kelak. Sayangnya janji ini hanya kepada segelintir ummat yg berjaya ke MH2.

    Tapi sifir Allah lebih mudah, ditujukan kepada seluruh ummat manusia tidak mengira warganegara. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan mengerjakan amal saleh maka Allah menjanjikan syurga dan mereka kekal didalamnya selama-lamanya.

    .

     
    • firdaus

      23/03/2010 at 1:58 am

      salam..

      syabas dan tahniah buat saudara ibrahim.hujah2 saudara memang benar.tapi kita harus memikirkan bagaimana mahu menghalang mereka dari menyesatkan manusia. sehingga ke hari ini mereka masih bebas berprogram,tilawah.malah mereka semakin berani bergerak secara terang-terangan.

       
  7. Ibrahim

    23/03/2010 at 1:08 pm

    Alhamdullillah.

    Jabatan Mufti Selangor telah mengeluarkan fatwa tentang gerakan kahfi.

     
  8. firdaus

    23/03/2010 at 7:24 pm

    Salam..

    Alhamdullillah n.selangor sudah mengeluarkan fatwa tentang NII/GPK bagaimana pulak dengan negeri2 yang lain.

     
    • suarajagat

      23/03/2010 at 10:10 pm

      diharap pihak Jabatan Agama Negeri yang lain juga mengambil tindakan drastik berhubung perkara ini.

       
  9. Mantan NII KW 9

    25/03/2010 at 10:49 am

    Terima kasih Saudara Suara Jagat, atas informasinya. Kami ikut bangga dan bahagia bahwasanya Jabatan Mufti Negeri Selangor (Malaysia) telah mefatwa sesat NII KW 9 Al Zayton.

    Walau Majelis Ulama Indonesia belum bisa menentukan sikap, kami berharap rakyat dan generasi muda di manapun dapat mewaspadai kesesatan NII KW 9 AL Zayton.

    Dan saudara-saudara kita yang masih terjebak kesesatan didalamnya dapat keluar kembali pada keluarga, kembali belajar, kembali sekolah, kembali kuliah, dan kembali bekerja.

    Salam jabat erat,
    bahtiar
    mantan nii kw 9
    hp. +62 8132 8484 289
    email. bahtiar@gmail.com
    web. http://niikw9.blogspot.com

     
    • suarajagat

      25/03/2010 at 1:07 pm

      Sahabatku bahtiar..
      kami di Malaysia mendoakan moga usaha kalian di sana akan mendapat sukses.
      insya’ALLAH.

       
  10. aishah

    19/07/2010 at 2:29 pm

    salam.. apa yang saya baca, saya teliti, bukan level saya untuk mengatakan siapa yang betul dan salah. tp sekiranya tuan ingin membawa kebenaran, mengapa seperti orang yang terlalu terdesak, dgn cara pengolahan kata-kata menunjukkan hati yang saya rasa sangat busuk.. astarafirullah.. kdg2 nampak seperti bukan nak membenarkan perkara yang benar atau salah, tetapi seperti ingin membalas dendam atas rasa dengki khianat.. wallahualam. pd saya biarlah Allah yang memberi balasan kepada mereka2 yang salah. tugas kita sesama manusia nasihat yang sangat halus dan doa di dalam hati. sekian.

     
    • suarajagat

      20/07/2010 at 11:23 pm

      terima kasih aishah…
      tersenyum saya membaca komen anda.. seperti yang anda kata..’bukan level anda’..
      dan pasti mungkin anda sendiri tidak mengetahui apa2 berkaitan NII KW9.

      cuba anda ikuti semua artikel SJ sejak dari awal penulisan..
      demikian banyak nasihat yang diberikan…

      tidak timbul soal terlalu terdesak…malah saya tidak nampak point anda tentang ‘pengolahan kata-kata menunjukkan hati yang saya rasa sangat busuk’..
      apa yang dinyatakan di sini adalah kebenaran. Maahad al-Zaytun adalah pendukung fahaman sesat pluralisme..

       
  11. Mechafrog

    28/07/2010 at 1:58 pm

    Salam SJ, sy ader masalah sket nk mintak pendapat SJ. Sy penah ikut program GPK nie. tp mayb sbb xder asas yg kuat nyaris² tepengaruh. pe org ckp ikut jer. cam lalang. skung bl da bc blog nie, nmpk cam kptsn sy xikut da bende tue cam betul.. tp cam ader rs kosong lak dlm dri.. camnie nie

     
    • suarajagat

      28/07/2010 at 2:09 pm

      Salam buat saudara Mechafrog..

      pertamanya, SJ ucapkan syukur ke hadrat ALLAH s.w.t atas hidayah-NYA yang memberi kesedaran kepada anda untuk menjauhi ajaran sesat tersebut.

      Apa yang perlu anda lakukan kini ialah mendapatkan pengisian yang betul dalam mendalami ilmu agama.
      Saya cadangkan kepada anda untuk mengikuti kelas2 tafsir al-Quran, Tauhid dan ilmu Hadis yang seringkali ada di surau2 dan masjid2 di sekitar tempat tinggal anda.

      Selain itu, sekiranya anda berhajat untuk mempelajari ilmu agama secara formal, saya cadangkan anda ikuti Kuliah di Universiti2 cthnya di UM dan UIA. Boleh bermula dengan peringkat sijil dalam bidang ilmu wahyu, syariah ataupun usuluddin.

      Saya doakan semoga dengan berkat usaha itu, ALLAH s.w.t memberi kemantapan penghayatan Islam kepada anda.
      Amin…

       
  12. darah idung

    30/01/2011 at 2:01 pm

    saya dh 3 thn tinggalkan nii ni,dah hampir d angkat untuk struktur HR,tapi x jd sbb dapat info dari sahabat lama ttang nii,banyak benda sy boleh kogsi2 kan

     
    • suarajagat

      30/01/2011 at 4:50 pm

      saudara darah idung..
      SJ terbuka dalam menerima perkongsian maklumat. TQ

       
  13. Agustinus Herry Susilo

    04/02/2011 at 4:10 pm

    cita-cia NII KW9 JIKA DAH FUTUH:
    1. MEMBUKA HUB. DIPLOMATIK DG ISRAEL
    2. MEMBANGUN GEREJA DI HALAMAN KOMPLEK AL ZAITUN
    3. SEMUA AGAMA MEMPUNYAI HAK YG SAMA DI BAWAH NII,
    4. SELURUH DUNIA AKAN MENJADI SATU NEGARA YAITU ” NEGARA ISLAM INDONESIA”
    5. TIDAK ADA LAGI ORGANISASI ISLAM, ISLAM HANYA SATU.

     
  14. syaikh

    12/07/2011 at 12:58 pm

    saudara sj,apakah kesalahan yg dilakukan oleh MAZ,menteri agama dah memutuskan yg MAZ tidak terkait dgn N11….aduh..pusing bnget nih…

     
    • suarajagat

      12/07/2011 at 2:48 pm

      syaikh…
      MAZ telah lama difatwakan sesat oleh FUUI..dan MUI juga telah mengatakan bahawa kesesatan MAZ adalah nyata.

       
      • syaikh

        13/07/2011 at 12:05 am

        Tapi pada tanggal 3 mei 2011 ketua mui pada sidang jakarta lawyers tv one dan pada 11 mei 2011 pula menteri agama indonesia setelah membuat lawatan ke MAZ lain pula keputusannya saudara sj….mcmn ek..sy kurang jelas….

         
      • suarajagat

        13/07/2011 at 9:35 am

        Saudara,
        bagi mengetahui kesesatan sesuatu ajaran, tidak sepatutnya lawatan rasmi dilakukan ke pusat ajaran sesat tersebut. Ini kerana, lawatan rasmi akan membuatkan pihak terbabit bersedia untuk memperlihatkan segala kebaikan dan menutup kebatilan mereka dari di lihat secara zahir oleh pihak berkuasa.
        Kerana itu maklumat hasil kajian, data-data risikan, siasatan dan pengumpulan bahan-bahan bukti premier serta pengakuan mangsa menjadi elemen penting bagi memutuskan kedudukan sesuatu ajaran sama ada ianya berlandas akidah ahlusunnah atau bertentangan dengannya.

        Artikel pada link di bawah mungkin sedikit sebanyak dapat menerangkan apakah sebabnya kepincangan kefahaman Islam berlanjutan di Indonesia dan mengapa ajaran sesat seperti NII KW9/MAZ, Ahmadiyah/Qadiani dan lain-lain masih berleluasa di sana :-
        http://www.voa-islam.com/counter/intelligent/2011/05/19/14798/rekayasa-neo-nii-ketika-intelijen-jadi-alat-penguasa/

         
  15. Bimo cahyo

    02/09/2012 at 10:17 pm

    Komen singat penulis bisahkah anda berbuat sebuah insetitusi semegah al zaytun kalau anda bisa saya akan taruhkan kepala saya tuk di penggal andaikan anda bisa menyaingi mahad al zaytun jika anda tabisa maka sebaliknya akan saya penggal kepala anda berhentilah untuk sirik kalau gamampu tinggal nonton ajah yah duduk manis ya sayang

     
    • suarajagat

      04/09/2012 at 7:42 pm

      Kami di Malaysia sejak tahun 1980-an lagi sudah membina Universiti Islam Antarabangsa (IIUM). Dan kini mempunyai Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) dan banyak lagi Universiti/ Institusi yang memberi fokus pada pengajian Islam..
      Mesir telah lama mempunyai al-Azhar dan Universiti Kaherah. Begitu juga di negara-negara Islam yang lain (contohnya Jordan).

      Tiada apa yang hendak dimegahkan dengan al Zaytun.. Dibina hasil duit perahan cuci dosa umat. Dan masjidnya yang TAK PERNAH AKAN SIAP.

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 151 other followers

%d bloggers like this: