RSS

Fatwa Jabatan Mufti Negeri Selangor : NII – AJARAN SESAT

23 Mar

Assalamualaikum wmt wbt.

Atas bantuan, sokongan dan usaha yang dilakukan oleh semua pihak akhirnya SUARAJAGAT mengumumkan bahawa Negara Islam Indonesia (NII) yang juga dikenali dengan nama Gerakan Pemuda Kahfi (GPK) atau Daulah Islamiyyah Nusantara (DIN) telah difatwakan sebagai ajaran sesat dan menyeleweng dari ajaran agama Islam oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor.

Tahniah buat semua sahabat yang telah sama-sama berusaha membasmi ajaran ini. Tidak lupa juga kepada semua pembaca yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada blogger suarajagat. Ini adalah kemenangan bagi semua pihak baik di malaysia mahupun di Indonesia serta negara-negara lain yang terlibat.

Perjuangan kita belum berakhir..Kesesatan ini wajib dihapuskan!!

Berikut saya sertakan Isi Kandungan Fatwa tersebut :-

Jawapan  : Siri 53

Assalamualaikum. Wmt. Wbt.

JAWAPAN NII:

AJK Fatwa memutuskan ajaran ini adalah menyeleweng dari Islam yang sebenar kerana:

Dari Segi Akidah.

Membuat Pembahagian Tauhid Bertentangan Dengan Akidah Ahli Sunnah Wa AI-Jamaah

-        Ajaran ini menjadikan suatu simpulan Rububiyyah-Mulkiyyah-Ubudiyyah (RMU) yang dikatakan pembahagian tauhid yang mempunyai hubungan langsung dalam pembentukan sistem bernegara berdasarkan kepada surah al-Fatihah dan surah an-Nas. Kalimah sebagai Rububiyyah (pengatur, peraturan, hukum-hukum),   sebagai Mulkiyah (penguasa, kawasan dan wilayah) dan  sebagai Ubudiyyah (disembah, penyembah dan umat) yang disebut juga Uluhiyah oleh sesetengah penyampai.

1-      Mengkafirkan Selain Pengikut Ajaran

Hanya pengikut ajaran ini sahaja yang dianggap beragama Islam dan berpegang kepada akidah Ahli Sunnah Wa al-Jamaah yang sebenar. Manakala orang Islam yang lain adalah tidak sah Islamnya. Sekiranya mereka ingin menjadi Islam yang sah, mereka dikehendaki membayar sejumlah wang yang disebut juga sebagai Wang Taubat.

2-      Memahami Al-Quran Mengikut Tafsiran Sendiri

Ayat-ayat al-Quran ditafsir secara salah, meragukan dan tidak bersandar pada mana-mana pendapat ulama’, mengikut logik dan bebas ditakwil mengikut fahaman pemimpin ajaran.

3-      Berbai’ah Dan Ta’asub Kepada Ketua

Dalam mempelajari dan mendalami ilmu pengetahuan Islam, seseorang itu hanya dibenarkan mempelajari dan merujuk kepada ketua atau pemimpin dari kalangan mereka atau kalangan mereka yang telah diberi kebenaran sahaja.

4-      Rukun Iman Dan Rukun Islam Ditafsir Mengikut Kepentingan Ajaran.

Memberi tafsiran yang salah dan meragukan terhadap rukun Iman dan rukun Islam seperti berikut:

a-       Rukun Iman

Allah NII
Malaikat Komandan/ Pemimpin
Kitab Perintah/ Arahan Nii
Rasul Kakitangan/ mujahid/ wakil
Qiamat Kebangkitan/ kemenangan
Qada’ & Qadar Kaedah/harakah

b- Rukun Islam

Allah NII
Malaikat Komandan/ Pemimpin
Kitab Perintah/ Arahan Nii
Rasul Kakitangan/ mujahid/ wakil
Qiamat Kebangkitan/ kemenangan

Dari segi syariah

1-      Membuat Pungutan Wang Untuk Menubuh Daulah Islamiah Wilayah Malaya (Malaysia).

Pungutan yang dibuat adalah di atas pelbagai nama seperti infaq, harakah ramadhan, harakah korban, wakaf tarbiyah, sedekah operasi, projek mega don syura ta’lim, wakaf tanah, granite, gromas serta bayaran untuk lawatan atau berhijrah ke Maahad al-Zaitun di Indonesia.

2-      Solat Ritual Dan Aktual

Mendakwa solat yang dilakukan lima kali sehari hanyalah rekaan para ulama sahaja ia disebut sebagai ritual. Solat yang sebenar atau disebut juga sebagai aktual ialah usaha merekrut ahli-ahli baru. Walau bagaimanapun, solat aktual biasanya tidak ditonjolkan sehingga ahli tersebut telah mencapai tahap-tahap tertentu dalam kumpulan tersebut.

3-      Tidak Berpuasa

Berpuasa pada bulan ramadhan adalah tidak diwajibkan bahkan cukup sekadar membayar infak. Manakala puasa sunat dimestikan apabila melakukan dosa atau tidak merekrut ahli baru sebagai satu kafarah.

Dari Segi Akhlak

1-      Membolehkan Ahli Kumpulan Mencuri Untuk Kepentingan Ajaran

Ahli kumpulan dibolehkan untuk mencuri, termasuk mencuri al-Quran milik masjid bagi tujuan pengembangan ajaran.

2-      Berkata Bohong

Sebagai langkah keselamatan, ahli ajaran dibolehkan berbohong don menipu untuk menyimpan rahsia kepada bukan ahli atau disebut sebagai difak.

kertas kerja dalam bentuk PDF boleh didapati di sini : FATWA Gerakan Kahfi


About these ads
 

36 responses to “Fatwa Jabatan Mufti Negeri Selangor : NII – AJARAN SESAT

  1. Ibrahim

    23/03/2010 at 2:14 pm

    Alhamdullillah.

    Terima kasih kepada Jabatan Mufti Selangor. Namun ada sedikit kesilapan pada jadual rukun islam (sama macam rukun iman). Oleh kerana fatwa ini belum dihebahkan di media massa. Mungkin boleh diperbetulkan lagi.

    Terima Kasih

     
    • suarajagat

      23/03/2010 at 2:30 pm

      kita cuba dapatkan feedback dari pihak berkenaan.

       
  2. GUBIR

    24/03/2010 at 12:07 am

    salam..

    penambahan untuk yang ke 3.
    untuk umat yang telah hijrah ke negara(M2) wajib mengahafal bai’at dan proklamasi NII. malah pimpinan di peringkat Hud hingga ke Adam syahadahnya diubah…

    Rukun Islam Rukun Islam NII/Binayatul Khamsa

    Syahadah Binayatul Aqidah
    solat Binayatul Dzulfiah
    puasa ” Mas’uliyah
    zakat ” Maliah
    haji ” Silah

    Rukun Iman Rukun Iman NII/Hujumah

    Allah Hujumah Tabsyiriah
    Malaikat ” Tarbiah
    Rasul ” Iqtisodiah
    Kitab ” Sihah
    Qiamat ” Maliah
    Qada’ & Qadar ” Di’fa

     
  3. abraham

    24/03/2010 at 9:22 pm

    rukun Islam salah…saudara gubir,jelaskan lah apa yg saudara senaraikan tu…nanti ramai lagi yg tersesat sbb x faham…ramai yg buta lg kat luar tu..

     
  4. firdaus

    24/03/2010 at 9:59 pm

    Salam..

    GPK tak kan terhapus jika pihak berkuasa tidak menjalankan penguatkuasaan secara berterusan. masyarakat perlu di beri penerangan supaya tidak terjebak dengan GPK.Bekas ahli2 GPK perlu diberi kaunsling dan dipebetulkan akidah mereka. kebanyakan bekas GPK nie tak mahu memberi kerjasama kerana ditakutkan Abi2 dengan cerita FUTUH MEKAH. ahli2 yang didalam GPK pun begitu jugak, takut untuk keluar daripada GPK kerana cerita FUTUH MEKAH. dalam GPK bagi yang sudah menjadi Abi mungkin susah sikit nak keluar sebab dah selesa. perintahlah apa saja, pasti akan dilakukan sapi betina. jika engkar maka bertubi2 lah ayat yang turun…

     
  5. firdaus

    24/03/2010 at 10:27 pm

    Salam abraham..

    Jika anda sudah berhijrah ke alzaytun anda tentu faham tapi jika anda belum berhijrah tanya penyampai2 kamu bila dalam program.

     
  6. GUBIR

    24/03/2010 at 11:12 pm

    Salam abraham

    kalau anda umat nii anda tentu faham. kalau masih M1 tanya penyampai bila dalam program..bagi yang bukan umat lebih baik tak faham sabab nama pun ajaran sesat..
    kalau nak tau jugak tanya SJ.

     
    • suarajagat

      24/03/2010 at 11:29 pm

      terima kasih saudara..
      terdapat 1 komen saudara yg tidak saya siarkan kerana berkaitan dgn maklumat penyiasatan SJ. :)

       
  7. Mantan NII KW 9

    25/03/2010 at 10:40 am

    Terima kasih Saudara Suara Jagat, atas informasinya. Kami ikut bangga dan bahagia bahwasanya Jabatan Mufti Negeri Selangor (Malaysia) telah mefatwa sesat NII KW 9 Al Zayton.

    Walau Majelis Ulama Indonesia belum bisa menentukan sikap, kami berharap rakyat dan generasi muda di manapun dapat mewaspadai kesesatan NII KW 9 AL Zayton.

    Dan saudara-saudara kita yang masih terjebak kesesatan didalamnya dapat keluar kembali pada keluarga, kembali belajar, kembali sekolah, kembali kuliah, dan kembali bekerja.

    Salam jabat erat,
    bahtiar
    mantan nii kw 9
    hp. +62 8132 8484 289
    email. bahtiar@gmail.com
    web. http://niikw9.blogpot.com

     
    • suarajagat

      25/03/2010 at 1:07 pm

      Sahabatku bahtiar..
      kami di Malaysia mendoakan moga usaha kalian di sana akan mendapat sukses.
      insya’ALLAH.

       
  8. MR A

    25/03/2010 at 3:51 pm

    salam, boleh siarkan link secara terus dari post?

    bukan tak percaya, cuma perlukan kepastian yg ia benar2 dari sumber yg sahih, almaklumlah tiada peraturan/undang2 yg dapat menjamin apa yg blogger2 disini sampaikan adalah kenyataan. =)

     
    • suarajagat

      25/03/2010 at 8:18 pm

      MR A,
      Keputusan fatwa tersebut belum lagi disiarkan di website Jabatan Mufti Selangor.
      Bagaimanapun sumbernya adalah sahih dan benar daripada pihak Jabatan Mufti Negeri Selangor sendiri.

      Salinan dalam bentuk PDF tersebut adalah jelas.

       
      • MR A

        26/03/2010 at 12:32 pm

        salinan PDF anda amat diragui, bahkan, saya pun boleh meniru design pdf anda itu.

        dan kesilapan pada rukun iman tidak sepatutnya berlaku kerana ia menyebabkan laporan itu sendiri diragui.

        Untuk perkara yg melibatkan akidah ini. Bukti2 yg sahih dan tiada keraguan hendaklah disertakan bagi mengelakkan drpd tetamu2 kita tersimpang dari arah yg satu.

         
      • suarajagat

        02/04/2010 at 9:25 pm

        Saudara..
        salinan PDF tersebut sememangnya diberikan oleh pihak Jabatan sendiri, bagaimanapun terdapat typing error.
        SJ amat maklum dengan perkara ini dan sedang menunggu salinan baru dari pihak terbabit.

        Jika ada yang meragui bahawa NII/GPK telah difatwakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor, saya nasihatkan agar membuat pertanyaan atau bersemuka terus dengan Jabatan terbabit.

         
  9. Ibrahim

    27/03/2010 at 4:46 pm

    Salam.

    Kepada MR A

    Kesilapan dalam salinan tersebut membuktikan bahawa ia adalah dari pihak Jabatan Mufti Negeri Selangor. Ini mungkin kerana pihak pejabat mufti mendapat pelbagai maklumat menyebabkan berlaku beberapa kesilapan. Oleh kerana fatwa ini belum diwartakan, draf ini masih boleh disermpurnakan.

    Kalau SJ atau bekas ahli GPK yg buat mestilah ia dibuat tanpa kesilapan. Contohnya NII diterangkan sebagai NII KW9 Al Zaytun.

    Tiada keraguan lagi dalam draf ini, sila hubungi pihak mufti sendiri untuk kepastian.

    .

     
    • MR A

      31/03/2010 at 7:01 pm

      Salam,

      Masakan bertahun2 masih tak dapat maksud sebenar Rukun Islam dan Rukun Iman NII? mushkil2…

      “Oleh kerana fatwa ini belum diwartakan, draf ini masih boleh disermpurnakan”

      klu ikutkan jawapan anda diatas, anda boleh dikatakan mendahului Pihak Mufti, sebetulnya anda perlu pastikan isu ini diwartakan dengan jelas dahulu sebelum anda sebarkan di Internet.

      Boleh jatuh fitnah ne kawan…

       
      • suarajagat

        01/04/2010 at 8:19 pm

        MR A,
        seperti yang di nyatakan, ianya adalah kesilapan typing error dan pihak SJ akan mengemaskini maklumat tersebut apabila mendapat update terkini dari pihak berwajib.

        kebenaran untuk menyiarkan salinan di atas telah diberikan kepada SJ. Oleh yang demikian, tidak timbul soal SJ mendahului mufti.

        seperti yang saya katakan, jika anda tidak percaya bahawa NII telah difatwakan sesat, sila bersemuka terus dengan pihak Jabatan Mufti Selangor.

        selain itu, pada November 2009, seorang pegawai JAKIM telah meminta agar masyarakat berhati-hati dengan kewujudan ajaran sesat NII.

        berikut adalah link sebuah blog milik Ustaz Md.Aizam, Pegawai JAKIM.

        http://mufakkir-islami.blogspot.com/2009/11/hati-hati-dengan-kumpulan-negara-islam.html

        Oleh yang demikian tidak timbul soal fitnah, kerana pihak JAKIM sendiri telah sedia maklum mengenai perkara ini seawal November 2009.
        Kalau tak percaya juga..tanyalah pada JAKIM.

         
      • Ibrahim

        02/04/2010 at 8:49 am

        Terima kasih SJ dengan link tersebut.

        Penjelasan pegawai Jakim tersebut berkaitan rukun iman dan rukun islam NII amat tepat sekali.

        Semoga pihak berwajib dapat mengeluarkan kajian yg lebih sempurna mengenai NIIZ agar masyarakat lebih berwaspada.

         
  10. cah ndueso

    31/03/2010 at 7:23 am

    byuh….sangar b ro…

     
  11. zorro

    02/04/2010 at 3:02 pm

    buat perhatian SJ dan pembaca,
    Majalah Milenia Muslim keluaran bulan April 2010, ada artikel tentang kisah taubat bekas ahli ajaran sesat NII/GPK di Malaysia.
    Blog http://suarajagat.wordpress.com juga mendapat perhatian pihak majalah terbabit.
    Tahniah SJ!!! Teruskan perjuangan…

     
    • suarajagat

      02/04/2010 at 9:10 pm

      terima kasih zorro…
      unexpected info…
      tak sabar nak membacanya.

       
  12. terkena

    14/05/2010 at 11:51 pm

    2 tahun lepas gerakan ni aktif di sekitar kawasan sungai buluh dan subang selangor..
    skang xtau ape cite…harap2 terhapus la..

     
  13. bob

    05/08/2010 at 2:47 pm

    masih active, sri kembangan, punjak jalil, s.alam, puchong..

     
  14. adit

    19/08/2010 at 8:33 am

    Wah baru tau saya ada ajaran sesat baru..
    Terima kasih buat infonya..

     
  15. wiam

    26/11/2010 at 5:09 pm

    walaupon blm sahih difatwakan NII adalah sesat oleh oleh JAKIM or PBT saya tetap YAKIN NII memang SESAT. 3 thn berada dalam NII sy hanyut dan hanye menerima momokan & penafsiran yg menonong. Alhamdulillah Allah bukakan pintu hati UTK KEMBALI KE JLN YG BENAR. semoga kawan2 yg saya silah yg masih dlm NII sedar dr KESILAPAN BESAR ini.

     
    • bob

      08/08/2011 at 5:24 pm

      salam wiam,

      blh critekan x ape yg telah bwt Wiam klua dr NII ni?
      kawan2 saye rmai disane…saye xtahu mcm mane nk tolng dorg lg… saye da crite ape yg saye tahu xbetul, tp dorg tetap mnjwb.. :-(

      p/s: paling xblh lupe, sorg kwn saye yg penah ckp “…klu bende ni xbtul! aku masuk nerake dulu!!” (siap ulang lg..) …………..hanye Allah sj yg tahu prasaan saye ni, shingge arini :-(

       
  16. mona

    20/01/2011 at 5:49 pm

    Salam, apa perkembangan terbaru mengenai fatwa ini?

     
    • suarajagat

      20/01/2011 at 8:55 pm

      salam…

      mona, fatwa ini sedang dalam proses pewartaan

       
  17. ahmad

    25/01/2011 at 2:22 pm

    apanya yang sesatt sihh?????

     
  18. ahmad

    25/01/2011 at 2:25 pm

    perasaan selama sya belajar selama 9th di sana fine2 aj th ga ada sesat…malah yang didapat itu arti toleransi dan perdamaian…..

     
    • suarajagat

      25/01/2011 at 2:48 pm

      ya..mereka menyebutnya sebagai toleransi dan perdamaian..tetapi apa yang dipraktikkan sebenarnya adalah pluralisasi agama.

       
  19. ahmad

    26/01/2011 at 2:00 am

    heee anda udah pada kesana belum nh selain yg bikin TS??
    klo belum comentnya jangan asal menjelekan aj ya.

     
    • suarajagat

      26/01/2011 at 9:29 am

      pihak SJ telah beberapa kali ke al-Zaytun..dan semakin hari semakin teserlah kesesatannya

       
  20. darah idung

    30/01/2011 at 1:42 pm

    nak tau ape citer abi2 yg kantoi kt nilai,apa citer wm sekarang?

     
    • suarajagat

      30/01/2011 at 4:44 pm

      info terakhir yang saya dengar tentang abi-abi tersebut ialah mereka telah mengaku bersalah. Wilayah Malaya pula pada masa ini sedang aktif di beberapa buah negeri termasuk di sekitar pantai timur dan selatan tanah air

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 151 other followers

%d bloggers like this: