RSS

ESQ 165 : SQ dan Nabi Palsu

18 Oct

Isu berhubung spirituality antara topik yang sering diperkatakan mutakhir ini. Apatah lagi apabila perlatihan ESQ 165 yang diasaskan oleh Ary Ginanjar Agustian difatwakan menyeleweng akidah umat oleh SS Datuk Mufti Wilayah.

Secara umumnya, ESQ 165 adalah sebuah perlatihan yang menggabungkan penggunaan Intelligent Quotient (IQ), Emosional Quotient (EQ), Spiritual Quotient (SQ) dan ditambahi dengan Rukun Islam, Iman dan Ihsan. Elemen-elemen ini membentuk resipi ESQ 165. Ringkasnya, bolehlah dilihat sebegini :-

Penulisan secara ringkas berikut memfokus kepada Spiritual Quotient (SQ) dan individu yang mengetengahkannya iaitu Danah Zohar dan suaminya, Ian Marshall. Spiritual di dalam bahasa Melayu bermaksud kerohanian.

Spiritual Quotient merupakan suatu perkara yang amat diberi tumpuan oleh para pengkaji neurology termasuk juga ahli falsafah Hindu dan Buddha. Malah, penemuan SQ oleh Danah Zohar dan Ian Marshall dianggap oleh ahli philosophy Hindu sebagai satu kejayaan yang memperlihatkan agama itu menjadi satu kerohanian intelek. Harus diingat di sini, bahawa penemuan SQ oleh Danah Zohar adalah berasaskan kepada penemuan ‘God-Spot’ oleh VS Ramachandran seorang professor yang menganuti agama Hindu.

Oleh itu, sekalipun dalam perbicaraan SQ perkataan God-Spot tidak dinyatakan atau telah diganti dengan istilah lain, namun tanpa kita sedari ia tetap berada dalam konsep God-Spot tersebut.

Maka tidak hairanlah mengapa SQ mendapat reaksi yang sangat positif di kalangan pengamal yoga. Amalan yoga dianggap satu meditasi yang meningkatkan kecerdasan SQ. Ini kerana di dalam amalan yoga terdapat istilah yang bersangatan dengan God Spot iaitu Ajna Chakra (Third-Eye Chakra).

“In Hinduism and Buddhism, the third eye is a symbol of enlightenment (see moksha and nirvana). In the Indian tradition, it is referred to as the gyananakashu, “the eye of knowledge”, which is the seat of the “teacher inside” or antar-guru. The third eye is the ajna chakra (sixth chakra) also known as brow chakra or brow center. This is commonly denoted in Indian and East Asian iconography with a dot, eye or mark on the forehead of deities or enlightened beings, such as Shiva, the Buddha, or any number of yogis, sages and bodhisattvas. This symbol is called the “Third Eye” or “Eye of Wisdom”, or, in Buddhism, the urna. In Hinduism, it is believed that the opening of Shiva’s third eye causes the eventual destruction of the physical universe.” (sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/Third_eye ).

Selain itu, sejak beberapa dekad yang lalu gerakan New Age merupakan di antara agenda yang hebat diperjuangkan oleh ahli psychology, metafizik dan pengkaji spiritual.

“The New Age movement is a spiritual and quasi-religious Western movement that developed in the latter half of the 20th century. Its central precepts revolve around “drawing on both Eastern and Western spiritual and metaphysical traditions and then infusing them with influences from self-help and motivational psychology, holistic health, parapsychology, consciousness research and quantum mechanics in order to create “a spirituality without borders or confining dogmas” that is inclusive and pluralistic. Another of its primary traits is holding to “a holistic worldview,” thereby emphasising that the Mind, Body and Spirit are interrelated and that there is a form of Oneness and unity throughout the universe. It further attempts to create “a worldview that includes both science and spirituality” and thereby embraces a number of forms of science and pseudoscience.”

“It would gain further momentum in the 1960s, taking influence from metaphysics, self-help psychology, and the various Indian gurus who visited the West during that decade.”

“The New Age movement includes elements of older spiritual and religious traditions ranging from atheism and monotheism through classical pantheism, naturalistic pantheism, and panentheism to polytheism combined with science and Gaia philosophy; particularly archaeoastronomy, astronomy, ecology, environmentalism, the Gaia hypothesis, psychology, and physics. New Age practices and philosophies sometimes draw inspiration from major world religions: Buddhism, Taoism, Chinese folk religion, Christianity, Hinduism, Islam, Judaism; with strong influences from East Asian religions, Gnosticism, Neopaganism, New Thought, Spiritualism, Theosophy, Universalism, and Western esotericism. ” (sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/New_Age ).

Era New Age memberi penekanan pada aspek spiritualisme yang mengembangkan fenomena universal Sufism, meditation dan mystical music. Di dalam ajaran Mormonism, Third-eye dikenali sebagai spiritual eye.

SQ, Pluralisme dan Liberalisme.

Ketika beberapa pihak cuba menafikan hubungan di antara ESQ dengan fahaman sesat pluralism dan liberalism, satu artikel bertajuk “Exploring Spiritual Capital : An Interview with Danah Zohar” telah diterbitkan oleh University of California (UCLA) pada Ogos 2010. (sumber : http://spirituality.ucla.edu/docs/newsletters/5/Issue_5/Zohar_Final.pdf )

Di dalam artikel tersebut Danah Zohar menyatakan :

“From the Jewish mystical tradition, we learn that God has ten “faces”. In Islam, He is believed to possess ninety-nine names. I came to the conclusion that each was a valid face, or name, of God, and that the fundamental root of true spirituality was something deeper, more underlying, and more primary than any local expression it might take within the given culture, lifestyle, or upbringing, of the people involved.”

Beliau seterusnya menyebut :

My own spiritual position today is perhaps closest to Buddhism, but I feel equally at home in a mosque, synagogue, church, or a temple; I find them all sacred places to sit and contemplate and experience the energies, the longings, and the aspirations that people have taken to these places. I believe that all the world’s religions are valuable and rich and can give people significant direction in their lives as long as long as they are practiced with humility, and a mind open to the truths of each other.”

Perhatikan tulisan yang telah dimerahkan. Kata-kata beliau itu bermaksud

“mungkin sekali kedudukan rohani saya pada hari ini paling hampir dengan Buddhisme, tetapi saya merasa sama bahagia seperti berada di rumah di dalam masjid, sinagoga(rumah ibadah Yahudi), gereja atau kuil; saya menemukan semua tempat adalah suci untuk didiami …..”

“…Saya percaya bahawa semua agama-agama dunia adalah berharga dan kaya dan dapat memberikan arah yang signifikan kepada masyarakat dalam hidup mereka selama mereka berlatih dengan kerendahan hati, dan berfikiran terbuka untuk menerima kebenaran satu sama lain.”

Pada perenggan-perenggan selanjutnya, Danah Zohar berkata

“It is not about be “right” or claiming to hold ultimate truth, because our conceptions of god are secondary expressions of the primal underlying spiritual intelligence that puts you in touch with the source of all meaning, values, and sense of purpose in your life.”

Untuk memudahkan pembaca, SJ terjemahkan ke dalam bahasa Melayu :

“Ini bukan tentang menjadi “benar” atau mengaku memegang kebenaran hakiki, kerana konsep kita tentang tuhan adalah ekspresi sekunder dari dasar kecerdasan spiritual prima yang menempatkan anda berkaitan dengan sumber segala makna, nilai, dan rasa tujuan dalam hidup anda.”

Ternyatalah spiritual quotient (SQ) merupakan sebahagian dari racun pluralisme. Pluralisme adalah konsep kesamaan dalam kepelbagaian agama. Konsep ini menekankan bahawa semua agama menuju puncak kebenaran yang sama; oleh itu Islam bukanlah satu-satunya agama yang benar.

Apa yang diucapkan oleh Danah Zohar adalah senada dengan kata-kata Ulil Absar Abdallah, salah seorang tokoh Jaringan Islam Liberal (JIL) di Indonesia. Ulil tanpa segan silu berkata “Semua agama sama. Semuanya menuju jalan kebenaran. Jadi, Islam bukan yang paling benar.” Hal ini dilaporkan dalam majalah Gatra, 21 Disember 2002.

Jelaslah SQ bertentangan dengan firman ALLAH swt. dalam surah al-Maidah ayat 3 yang bermaksud “Pada hari ini, AKU telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan AKU telah cukupkan nikmat-KU kepada kamu, dan AKU telah redha Islam itu menjadi agama untuk kamu.”

Timbul persoalan, wajarkah racun pluralisme ini dihubungkaitkan dengan rukun Islam, Iman dan Ihsan? Dan sanggupkah kita membiar akidah tauhid terus dicemar?

Kini, dapat kita lihat dan fahami betapa Fatwa berhubung ESQ 165 yang dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (diwartakan pada Jun 2010) serta keputusan Panel Kajian Akidah JAKIM adalah amat teliti dan bertepatan demi menjaga keutuhan akidah umat Islam. Ia adalah satu perjuangan yang murni yang seharusnya disahut dengan penuh kesyukuran.

Siapa Sebenarnya Danah Zohar?

Tulisan Datuk Mufti Wilayah Persekutuan yang bertajuk ‘Apabila Yahudi Redha Dengan Islam’ sebenarnya sudah cukup untuk menerangkan tentang siapakah Danah Zohar dan Ian Marshall. ( rujuk : http://www.muftiwp.gov.my/v1/doc/APABILA_YAHUDI_REDA_DENGAN_ISLAM.pdf )

Pun demikian sebagai maklumat tambahan kepada pembaca, Danah Zohar juga merupakan salah seorang speaker bagi sebuah pertubuhan antarabangsa yang dikenali sebagai ‘The Prophets Conference’.

‘The Prophets Conference’ dalam terjemahan bahasa Melayu bermaksud ‘Persidangan Para Nabi’.

Anda boleh merujuk sendiri pada website The Prophets Conference iaitu : http://www.greatmystery.org/license/speakers.html

Nah, sekarang bagaimana…Bukankah tanpa kita sedari ESQ membawa kepada kecelaruan, malah menjadi racun yang merosakkan akidah umat secara halus, tersusun lagi berbisa?

Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (ALLAH) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.  Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.  Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku”.

(maksud surah al-Kafirun : 1-6)

About these ads
 
6 Comments

Posted by on 18/10/2010 in ESQ 165 sesat?

 

6 responses to “ESQ 165 : SQ dan Nabi Palsu

  1. ahmad

    24/10/2010 at 12:03 am

    Assalamualaikum,
    Sedikit ulasan..tulisan di atas sungguh baik, tetapi saya yakin kebanyakan alumni ESQ dan orang awam yang berfikiran “awam” mengenai konsep aqidah sudah tentu “susah atau keliru nak terima” kerana penilaian mereka samada betul, sesat atau sebagainya dipengaruhi oleh “public figures” di kalangan ahli-ahli agama, pihak berkuasa agama dan orang politik berjawatan menteri yang berlatarbelakangkan agama.

    Di negara kita cukup mudah, apapun masalah agama jika “public figures” tersebut kata sesat maka terimalah mereka bahawa konsep “god spot” dalam kursus ESQ itu sesat atau sebaliknya. Alangkah eloknya tulisan di atas ditulis oleh “public figures” yang berkenaan supaya mudah diterima oleh kebanyakan rakyat Malaysia yang berfikiran “awam”.

    Rumusannya adalah selagi ada “public figures” terutamanya yang bergelar “tan sri & datuk” yang masih berfikiran “awam” terhadap konsep “god spot” selagi itulah usaha saudara SJ supaya rakyat Malaysia terima/beri perhatian kepada fatwa Mufti WP adalah sia-sia malah dituduh pula “suka” memberi fatwa sesuka hati atau “ada” kepentingan peribadi. Wassalam.

     
  2. Ismael

    02/02/2011 at 2:26 pm

    Mana badan-badan yang sepatutnya ambil tahu..ambil tahulah.

     
  3. Mohd Nadzri Mustakim

    22/02/2011 at 12:50 pm

    Dapatan yang menarik,

    Moga Allah bantu kita semua dengan hidayah dan petunjuk dari-Nya

     
  4. firsa

    12/07/2011 at 11:42 am

    aslmkm…
    saya telah ikut training esq, pada pertengahan training d sebutkan juga bahwa Islam agama yang paling benar. menurut pendapat saya, penglobalan makna dari materi esq lebih pada pengenalan Islam kepada smua agama.mungkin bahasa ektrimnya mengajak mereka “non Islam” tau kebenaran islam, menemukan kebahagian Islam.dengann di tunjukannya mukjizat2 Al quran…semua kembali pada diri bagaimana menelaah dan mengambil yang baiknya saja.Allah maha tau mana yang benar.semoga qt termasuk golongan yang dberi petunjuk.

     
    • suarajagat

      12/07/2011 at 11:56 am

      wa’alaikumussalam… :) untuk pengetahuan anda, saya juga pernah beberapa kali menghadiri training ESQ.

      Seperti yang saya katakan, sila baca kesemua artikel yang saya tulis berkaitan ESQ :-

      http://suarajagat.wordpress.com/category/1-koleksi-artikel/esq-165-sesat/

      Saya ulangi, pihak SJ mempunyai bukti terkini (sy maksudkan pada tahun 2011) berkaitan kesesatan dan kesyirikkan ESQ165.

      terima kasih. :)

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 151 other followers

%d bloggers like this: