RSS

ESQ 165 : Sufism Sesat

29 Apr

Sehingga ke saat ini, SJ difahamkan secara keseluruhan, sebanyak 3 buah negeri telah memfatwakan pengharaman ke atas ESQ 165. Selain Wilayah Persekutuan, 2 negeri lain ialah Perlis (diwartakan) dan Terengganu (tidak diwartakan). Di dalam mempromosikan perlatihan mereka, pihak ESQ Leadership Center (ESQ LC) sering mendakwa bahawa produk perlatihan ESQ 165 menggabungkan unsur-unsur sains, sufism, psychology dan pengurusan modern. Berdasarkan flyers promosi ESQ 165 seperti berikut :

Sepanjang sejarah Islam, amat diketahui bahawa kesufian terhasil dari tasawwuf dan pengamalan syariat Islam secara sempurna. Profesor Zakaria Stapa ketika membentangkan kertas kerjanya di Majlis Penjelasan Fatwa 2011, telah menyatakan bahawa pihak ESQ mendakwa bahawa mereka membawa sufism, tetapi dalam training mahupun di dalam kesemua buku tulisan Ary Ginanjar, tidak pernah sekalipun merujuk kepada mana-mana kitab tasawwuf. Oleh itu, dari mana dan apakah sebenarnya sufism bawaan Ary Ginanjar dan ESQ 165? Penulisan SJ pada kali ini akan mendedahkan serba sedikit tentang hal di atas.

Sufi dan sufism adalah 2 perkara yang berbeza. Dalam acuan Islam, seorang sufi tidak pernah membawa fahaman baru. Sebagaimana penulis sebutkan di atas, kesufian terhasil dari akar akidah dan tasawuf Islam yang mentauhidkan ALLAH s.w.t, melaksanakan segala perintah-NYA dan menjauhi segala larangan-NYA. Ahli sufi tidak pernah mengambil,menerima atau mengamalkan sesuatu fahaman, ideologi atau amalan ritual dari pemeluk agama lain sehingga ianya kelihatan seolah-olah islamik. Apa yang dilaksanakan oleh para ahli sufi adalah syariat Islam yang luhur dan lurus sebagaimana yang diajarkan oleh baginda Rasulullah s.a.w tanpa pentafsiran baru terhadap kandungan rukun Islam, Iman dan Ihsan.

Apakah pula sufism? Dalam konotasi bahasa Inggeris, apabila adanya penambahan ism pada sesuatu perkara, ia merujuk kepada satu fahaman/ pemikiran/ ideologi tertentu. Istilah ‘pemikiran/ ideologi tasawuf’ tidak pernah wujud dalam Islam kerana para sufi sejati memahami Islam berdasarkan al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. Istilah sufism pula merupakan satu istilah ciptaan orientalis Barat yang mengkaji tentang aspek serta amalan sufi dan membuat conclusion tertentu serta meletakkannya sebagai satu amalan spiritual untuk mencapai ketenangan jiwa. Bagi mereka, jika Hindu dan Buddha mempunyai yoga, meditasi, moksha dan nirwana sebagai suatu bentuk ritual, maka Islam pula mempunyai sufism. Kerana itu, dalam mengetengahkan sufism, Barat sering menjadikan Frithjof Schoun sebagai rujukan utama.

Sememangnya diketahui gerakan spiritual atas nama sufism sedang berkembang di Barat  sejak kurun yang lalu. Apa yang dibangunkan mereka adalah hasil-hasil dari ajaran-ajaran ‘sufi sesat’ yang dicampurkan dengan amalan-amalan meditasi. Maka sufism ciptaan Barat adalah satu amalan batiniyyah kosong  kerana mereka mengambil kaedah-kaedah tertentu yang dikaitkan dengan sufi untuk mencari ketenangan jiwa tetapi dalam masa yang sama tidak mahu beriman kepada ALLAH Azza WaJalla. Kata-kata yang sesuai untuk saya nukilkan di sini ialah amalan sufism digauli unsur mistikal Hindu dan Buddha dan bukanlah tasawwuf Islam. Justeru itu, mengambil/ menerima/ menyeludup ajaran sufism untuk diadaptasi kepada agama Islam dan tasawwufnya merupakan satu pencemaran ke atas akidah, kefahaman dan amalan umat Islam.

Hazrat Inayat Khan merupakan salah seorang individu di dunia yang bertanggungjawab membawakan aliran universal sufism. Selain itu, di Barat pada masa ini, mereka yang bukan Islam juga turut melakukan sufi healing sebagai suatu cara untuk mendapatkan ketengan minda dan jiwa.

Bagaimana pula dengan ESQ 165? Sila tontoni dahulu video di bawah dan setelah itu teruskan membaca :-

Jelas  dinyatakan oleh Ary Ginanjar Agustian bahawa ‘sufi corporate’ yang dikembangkan oleh beliau adalah acuan Dr. Gay Hendricks dan Dr. Kate Ludeman. Wahh!! Hebatnya ilmu sufism Ary Ginanjar yang di import  dari 2 orang kafir!! Bisakah ia disebut sebagai sebahagian dari tasawwuf?!

Saksikan juga di dalam video di atas, Asmaul Husna disebutkan oleh beliau sebagai roh Ilahi, selain menyatakan bahawa itulah roh yang ditiupkan ke dalam diri manusia.

Kata-kata beliau yang menyifatkan Asmaul Husna itu sebagai roh secara tidak langsung telah meletakkan ALLAH s.w.t bersamaan dengan makhluk. Hal ini amat bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang beriktikad bahawa ALLAH adalah berlainan dari makhluk. Malahan ungkapan Ary Ginanjar tersebut menjerumus ke arah fahaman mujassimah (menjisimkan Tuhan) dan kekufuran. Lebih jauh dari itu, ia boleh membawa kepada syirik kerana menyamakan sifat ALLAH Yang Maha Esa dengan roh yakni makhluk ciptaan-NYA.

Justeru itu adalah amat menghairankan apabila ada sesetengah pihak yang masih lagi hendak mempertahankan ESQ 165. Ayuh! Ambillah iktibar dari segenap usaha para ulama seperti Imam Ahmad bin Hanbal dan Imam Abu Hasan Ash’ari yang berusaha sepenuh jiwa menghapuskan fahaman-fahaman sesat yang mempengaruhi umat Islam suatu masa dahulu.

Saya tegaskan, seandainya pada hari ini setelah wujud pewartaan fatwa tentang kesesatan ESQ 165, pihak ESQ LC cuba mengait-ngaitkan sufism bawaan mereka dengan mana-mana kitab para ulama seperti Imam al-Ghazali contohnya, maka tindakan tersebut hanyalah tempelan atau topengan bagi meneruskan agenda ESQ semata, walhal pada dasarnya apa yang dibawa amat bertentangan dengan tasawwuf Islam yang murni. Apatah lagi setelah dikritik hebat oleh Prof. Zakaria Stapa.

About these ads
 
2 Comments

Posted by on 29/04/2011 in ESQ 165 sesat?

 

2 responses to “ESQ 165 : Sufism Sesat

  1. Iranis

    30/04/2011 at 10:32 pm

    Sejak fajar Islam terbit, musuh Islam sentiasa mencari jalan untuk menghancurkan binaannya dengan cara memasukkan perkara bathil dan khurafat ke dalam ilmu-ilmu Islam. Ilmu Tafsir tidak sunyi dari cerita-cerita Israiliyyat, ilmu hadis dengan rekaan hadis-hadis mauduk (palsu), begitu juga ilmu Tasawwuf tidak terselamat daripada unsur-unsur asing yang menyelinap.

    Golongan orientalis mempelajari kitab-kitab sufi dengan niat melakukan penyelewengan. Ramai orang yang ditipu kerana ingin memahami Tasawwuf daripada buku-buku orientalis (sepertimana Ary banyak merujuk pakar sufisme Barat). Mereka terjebak melalui tipu helah golongan ini dan diracuni dakyah-dakyah pemikiran, lalu tenggelam dalam ideology spiritualisme seperti yang dicetuskan Danah Zohar.

    Ary ingin menerapkan unsur “spiritual” dalam dunia korporat melalui kursus motivasi kerana percaya kepada ramalan Gay Hendricks dan Kate Ludeman bahawa para spiritualis sejati bakal ditemui di ruang perusahaan besar, bukan di tempat-tempat ibadah.

    Tasawwuf Islam bukanlah suatu ilmu yang diperolehi dengan cara hadir training 3 hari dan kepercayaan asma ul husna yang ditiupkan bersama roh manusia berpotensi menjadikan insan itu baik (fahaman Ary Ginanjar). ESQ 165 tidak boleh menafikan bahawa mereka bukan hanya sebuah syarikat motivasi, tetapi mereka juga cuba mengajar agama melalui 165. Tidak salah mengajar agama, tetapi biar betul dan benar sumber ilmunya.

    Tasawwuf merupakan akhlak, iman, dzauq (rasa) dan makrifah. Ia hanya diperolehi melalui suhbah dengan rijal-rijal tasawwuf yang telah mendapat hidayah Allah dan petunjuk Rasulullah SAW (Siapa rijal-rijal tasawwuf Ary?). Mereka mewarisi ILMU yang berpindah dari dada ke dada dan hati ke hati, BUKAN DENGAN PERMAINAN EMOSI UNTUK MEMINDAHKAN AKAL KE ALAM ROHANI (SPIRITUAL).

     
  2. Iranis

    30/04/2011 at 10:36 pm

    Ihsan bukan dapat diperolehi melalui penyerapan asma ul husna yang ditiupkan ke dalam roh secara fitrah (fahaman Ary), sehingga tinjauan saya mendapati ada peserta esq yang memahami terdapat Rukun Ihsan yang terkandung di dalam Asma ul Husna.

    Sekiranya pengkagum esq mengetahui binaan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, sudah pasti mereka mengetahui secara nyata bahawa percanggahan terhadap asas akidah yang jelas serta percanggahan dengan metode yang lurus yang terdapat di dalam kitab-kitab Tasawwuf, Islamik pada ESQ hanya merupakan suatu perkara saduran sahaja. Ini kerana Tasawwuf Islam perlu dipandu arah dengan ilmu Tauhid kerana pengakhiran ilmu Tauhid adalah permulaan ilmu Tasawwuf.

    Walau bagaimanapun aspek ilmu Tauhid tercicir dari sufisme bawaan Ary kerana modulnya berasaskan pembawa aliran spiritualisme (Danah Zohar) yang percaya bahawa spiritual tidak mesti berkait agama.

    Fahaman asma ul husna ditiupkan bersama ruh manusia sehingga manusia itu secara universalnya tanpa mengira agama sudah tersedia dengan potensi bersifat baik secara fitrah kerana pantulan asma ul husna itu adalah fahaman hulul dan ittihad yang bathil dan fasad. Khaliq (Pencipta) dan makhluk (Yang dicipta) adalah dua hakikat yang berbeza. Bagaimana mungkin sesuatu yang qadim (sediaada) boleh menjelma dan bersebati dengan sesuatu yang hadis (baru), bagaimana pencipta boleh sebati dengan yang dicipta? Ketika manusia itu melakukan kejahatan, justeru di mana potensi asma ul husna yang bersebati itu?

    Jawapan ESQ, potensi baik telah dihalang oleh 7 belenggu termasuk antaranya prinsip hidup. Untuk mendapatkan potensi itu, maka penjernihan emosi melalui proses Zero Mind Process (ZMP): pengosongan fikiran. Bagaimana jika hidup beragama menjadi prinsip hidup seseorang? Bayangkan kekacauan ajaran ZMP ini.

    Istilah pengosongan dalam ilmu Tasawwuf Islam disebut takhalli (iaitu menjauhkan dan mengosongkan) daripada sifat mazmumah (tercela), dan seterusnya tahalli (menghiaskan) dengan sifat mahmudah (terpuji). Model akhlak yang terbaik adalah akhlak Nabi Muhammad SAW. Tasawwuf tidak pernah mengajar umat Islam supaya meniru sifat-sifat Allah yang sempurna. Elemen pembersihan jiwa anjuran Tasawwuf Islam tidak pernah menganjurkan pengosongan 7 belenggu anjuran ESQ termasuk prinsip hidup.

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 157 other followers

%d bloggers like this: