RSS

Pengakuan Kesesatan ESQ 165 Dan Ary Ginanjar Agustian Oleh Alumni ESQ 165, Bekas Pekerja dan Trainer (ATS)

20 Apr

Tepat jam 4 petang, 20 April 2012 telah berlangsung sidang media melibatkan bekas pekerja, bekas pelatih (Trainer/ ATS) dan Alumni ESQ165 bertempat di Pusat Islam Kuala Lumpur. Buat pertama kalinya kita mendengar pengakuan mereka tentang kesesatan ESQ 165 yang telahpun difatwa sesat oleh Sahibus Samahah Datuk Mufti Wilayah Persekutuan.

Di dalam kenyataan media tersebut, pihak Alumni ESQ telah mempersoalkan ketidakpekaan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam membuat keputusan berkaitan kedudukan ESQ165.

Pada pendapat SJ yang hadir membuat liputan, isu ini secara tidak langsung membuatkan kita tertanya-tanya sekaligus mempersoalkan kredibiliti serta ketelusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan Pengerusinya dalam menghakimi ESQ 165. Apakah wujud faktor-faktor luaran atau anasir tertentu mempengaruhi keputusan mereka sehingga segala bukti dan hasil kajian 4 kumpulan Panel Kajian ditolak mentah-mentah?

Berikut disiarkan kenyataan media berkenaan dan beberapa gambar yang pihak SJ dapatkan dari jurukamera bertugas :-

KENYATAAN MEDIA

ALUMNI ESQ165 INGIN MENGESA MAJLIS FATWA KEBANGSAAN MEMBUAT KEPUTUSAN FATWA SESEGERA MUNGKIN KE ATAS KEDUDUKAN MODUL TRAINING ESQ165

Kami alumni ESQ 165, bekas pekerja dan bekas jurulatih ingin menggesa pihak yang berwajib yakni Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan membuat keputusan segera ke atas modul training ESQ165 yang sedang dijalankan di Malaysia semenjak hampir 6 tahun. Sehingga hari ini, dianggarkan alumni dari Malaysiayang telah menjalankan training tersebut secara “in-house” dan terbuka (public) sudah mencecah 100, 000 orang.

Kami mengakui segala kebenaran yang telah difatwakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan pada 17 jun 2010 . Hampir satu tahun lebih kami telah menyedari akan kesesatan aqidah yang diselitkan di dalam modul training ESQ165. Kami telah berjumpa dengan S.S Datuk Mufti bagi mendapatkan penjelasan dan akhirnya telah mendapati beberapa kepincangan aqidah sememangnya wujud di sepanjang pelatihan tersebut.

Keputusan segera diperlukan memandangkan semakin hari perlatihan ini semakin bertambah serta menular masuk ke suruhanjaya/kementerian/badan berkuasa penting di Malaysia seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tentera, polis dan kastam serta Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan swasta (IPTS) walaupun setelah tarikh pengharaman training ESQ165 di Wilayah Persekutuan kerana pengisiannya didapati menyeleweng dari ajaran Islam kerana mengandungi ajaran-ajaran yang boleh merosakkan akidah dan syariah Islam.

Majlis Fatwa Kebangsaan telah membuat keputusan bahawa training ESQ165 boleh dijalankan dengan syarat ianya dipantau. Persoalan kami, setelah hampir dua tahun keputusan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan dan Fatwa Wilayah Persekutuan dikeluarkan :

1.Siapakah yang memantaunya?

2.Jika ada pihak yang memantau, siapakah yang melantik pemantau tersebut?

3.Di manakah laporan pemantauan tersebut?

4. Apakah hasil daripada pemantauan itu?

Kami amat berharap segala kajian dan pemantauan dijalankan secara terperinci, telus dan dilakukan oleh mereka yang benar-benar berkelayakan sepertimana yang telah dilakukan oleh pihak Mufti Wilayah Persekutuan. Apa yang kami khuatiri masih terdapat beberapa unsur kebathilan yang diselitkan bersama kebenaran di dalam buku ESQ165 serta modul trainingnya.

Kami juga ingin mempersoalkan mengapa buku training ESQ165 hanya diubahsuai di Malaysia dan bukan secara keseluruhan di Indonesia dan di negara lain? Jadi di manakah kedudukan aqidah pembawa ilmu itu sendiri iaitu Ary Ginanjar Agustian sebagai pengasas dan tenaga pengajar/jurulatih modul training ESQ165 ini?

Pihak kami berharap dengan penilaian dan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan akan melepaskan kami dari terlibat mengheret rakyat Malaysia ke kancah kesesatan aqidah, apatah lagi kami juga berpandangan terdapatnya kesamaan ketara unsur-unsur al-Arqam dan al-Ma’unah di dalam organisasi dan modul-modul ESQ165, yang mana ini berpotensi mengancam keselamatan negara.

Wassalam.

BEKAS PEKERJA , BEKAS PELATIH DAN ALUMNI ESQ 165

20 APRIL 2012,  28 JAMADILAWAL 1433 H

About these ads
 
6 Comments

Posted by on 20/04/2012 in ESQ 165 sesat?

 

6 responses to “Pengakuan Kesesatan ESQ 165 Dan Ary Ginanjar Agustian Oleh Alumni ESQ 165, Bekas Pekerja dan Trainer (ATS)

  1. Diyana Ahmad Tajuddin

    22/04/2012 at 11:08 pm

    Can I Freely comment in this issue or you are bias?
    In the name of ALLAH <3 Allahumma solli 'aala Sayyidina Muhammad waa 'aala aliy Sayyidina Muhammad. I'm PROUD to be an ALUMNI ESQ batch KL18 at Hotel Crown Princess around 9-11 May 2008….
    Feel Free to read at this page …http://www.facebook.com/profile.php?id=565029503
    & Another critical thinking those who like to READ in the name of ALLAH…heheheee http://tanyajawabesq.blogspot.com/

     
  2. zaki

    21/05/2012 at 10:07 am

    Semoga Allah memberi hidayah kepada ahli-ahli esq yang lain di sana.. Penyelewengan secara halus amat berbahaya berbanding penyelewengan yang nyata seperti kumpulan Al-Maunah dan Kerajaan Langit.. Kesesatan yang halus sehingga ahlinya mengingatkan dirinya makin dekat, padahal sesat lagi menyesatkan..

     
  3. Hasan

    16/04/2013 at 12:24 am

    I hv been thru ESQ 165 IN 2010 just b4 it is declared Haram by Mufti WP.. Pada sesiapa yg kata tak sesat…. cuba jawap ni: 1. Lepas ESQ 165… ada tak pergi ngaji atau kuliah agama yg lengkp.. ramai yg rasa kursus esq 165 dah cukup.. dgn esq 165… mcm dah katam Quran 100 kali…
    2. Lepas ESQ 165.. hafal ayat Quran tak.. btw.. nama ALLAH bukan 99.. maybe lebih…
    Syukur ESQ 165 haram.. it is a cult…
    Rata2 ex ESQ 165 ckp mcm org tak gi ESQ 165 mcm tak pandai mcm dia..
    Outer Journey… mcm SAW lak yg pergi… bahaya…
    it is not the journey but the destination..
    Ramai org ESQ 165 tak suka dgr ceramah agama Azhar Idrus, Ust Kazim..
    mcm dah hebat…
    kawan ngan ESQ ajer… hebat..
    dgn ESQ dah cukup…
    Kalau ada percangahan… dah jadi shubha… elok di tinggalkan..

     
    • jamayah

      01/05/2013 at 6:45 pm

      mashaAllah, saya dah banyak mengikuti pasal esq ni. ada yg benar2 taksub dgn seminar tu sampai kata selama hari ni dia buta dan tuli…sehingga nasihat tak mau dengar lagi… yang sebenar nya cuba fikir betul betul……wahai saudara saudari sekelian…tanya balik diri sendiri….sebagai muslim, nabi tinggal dua perkara, alquran dan sunnah, kamu tak akan (lan) sesat selama nya selagi berpegang teguh kpd nya. kenapa tak dengar….1400 dah di sebut dalam alquran, islam is a way of life, motivasi yg terunggul ada dlm alquran, tinggal baca dgn tak baca dan faham je… kenapa masih nak mencari yg selainnya yg bolih mengubah anda… paling mahal harga alquran yg ada pun rm200/-. baca dan tadabbur sampai bila bila pun takkan habis, berbanding rm1380/- dlm msa 3 hari…..kuliah kuliah ugama macam2, tapi buat buat tak dengar, bosan le, mengantuk lee….. sebab apa mengantuk tau?,, sebab syaitan berganyut kat mata tu….. cubalah baca alquran tu, klau tak fahham arab, baca le tafsir b.melayu nya….syaitan tak kan 1 saat pun rasa bosan nak selewengkan anak adam…….bekerja 24jam tak tidur2 sampai kita tidur pun di ganggu…saya rasa kalau anda di luar sana yang tak pernah nak baca quran, sekarang pakat baca dan faham dan amalkan apa yng Allah perintah , tinggalkan segala laranganNya, esq tak dapat cari makan di sini.

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 154 other followers

%d bloggers like this: