RSS

Category Archives: 4. Pelbagai Ajaran Sesat

Ajaran Sesat NII @ Millah Abrahim / Millah Ibrahim Ditangkap

NII/ Millah Abraham 3Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) malam tadi telah melakukan serbuan ke atas ajaran sesat Negara Islam Indonesia (NII) di sebuah premis bertempat di Daerah Klang, Selangor.

Dalam operasi yang bermula sekitar jam 10 malam itu, pihak Penguatkuasaan berjaya menangkap 15 orang ahli kumpulan terbabit, 4 di antaranya adalah wanita bersama 2 orang kanak-kanak. Inilah akibatnya apabila ibu bapa terlibat dalam ajaran sesat yang menyebabkan anak turut dilibatkan bersama.

Ajaran sesat NII dahulunya dikenali sebagai Gerakan Pemuda Kahfi (GPK) kini bergerak menggunakan nama Millah Abraham/ Millah Ibrahim. Ajaran ini telahpun difatwakan sebagai sesat oleh Mufti Negeri Selangor pada tahun 2009, dan turut diharamkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan pada tahun 2011.

Berdasarkan maklumat, NII/ Millah Abraham kini bergerak menggunakan beberapa platform tertentu dan mempunyai kaitan secara langsung dengan ajaran Qiyadah al-Islamiyah pimpinan Ahmad Musodiq yang pernah mengaku dirinya sebagai seorang Rasul beberapa tahun lalu. Beberapa sumber menyatakan bahawa Qiyadah al-Islamiyah kini dihidupkan kembali dengan nama baru Gerakan Fajar Nusantara (GAFATAR) yang sedang aktif bergerak di pelbagai lokasi di Indonesia.

Untuk pengetahuan pembaca, walaupun ajaran ini telah mengkhususkan nama mereka dengan Millah Abraham, namun secara umumnya fahaman Millah Ibrahim atau Abrahamic Faith adalah suatu bentuk fahaman yang menyamakan ajaran Islam dengan Yahudi dan Nasrani. Ia adalah sebahagian dari bentuk pluralisme agama yang sedang dikembangbiak oleh Barat untuk merosakkan pegangan akidah umat Islam.

Kesemua mereka yang ditangkap malam tadi telah ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat JAIS untuk siasatan lanjut. Terima kasih dan tahniah kepada pihak Penguatkuasaan JAIS dan mereka yang terlibat memberi maklumat serta membantu pihak berwajib membanteras penyelewengan akidah. Berikut beberapa gambar yang diambil sewaktu serbuan dilakukan.

NII/ Millah Abraham 1

NII/ Millah Abraham 2

NII/ Millah Abraham 5

NII/ Millah Abraham 4

 
3 Comments

Posted by on 04/12/2013 in i) FATWA NII SESAT

 

Majlis Penjelasan Fatwa : Gerakan Pemuda Kahfi/ Negara Islam Indonesia (NII KW9) dan Syiah

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) akan mengadakan Majlis Penjelasan Fatwa (MPF) berkaitan 2 ajaran sesat yang hangat dibicarakan di Malaysia beberapa tahun kebelakangan ini iaitu Gerakan Pemuda Kahfi/ Negara Islam Indonesia (NII) dan fahaman sesat Syiah.

Majlis tersebut akan diadakan seperti berikut :-

  • Tarikh : 31 Oktober 2013 (Khamis)
  • Masa  : 8.00 pagi – 1.30 tengahari
  • Tempat : Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur (berhadapan Masjid Negara) 
  • Pembentang 1 : Ustaz Jamali bin Mohd Adnan (JAIS)
    Pembentang 2 : Ustaz Zamihan bin Mat Zin

Masuk adalah PERCUMA. Semua dijemput hadir.
Sarapan pagi disediakan.

Untuk maklumat lanjut, hubungi :-

Pn. Azizah : 03-2272 3137

Cik Faizah : 03-2272 3137 (samb. 122)

Majlis Penjelasan Fatwa  2013

 

Tags:

“Syiah Musuh Islam” kata al-Qardawi

Yusof al-Qardawi isytihar Syiah musuh Islam

KUALA LUMPUR 1 Ogos – Ulama tersohor, Dr. Yusuf al-Qardawi telah mengisytiharkan golongan Syiah sebagai golongan kuffar serta merupakan musuh umat Islam keseluruhannya.

Kenyataan keras itu telah disebut oleh Yusuf al-Qardawi dalam satu wawancaranya dengan stesen televisyen al-Jazeera dalam rancangan ‘Syari’ah dan Kehidupan’ pada bulan Jun tahun ini.

Beliau berkata, golongan Syiah sebenarnya telah mengkhianati umat Islam dan perkara itu terbukti dengan pembunuhan saudara seakidah di Syria bersama-sama dengan puak Hizbollah.

“Jangan panggil mereka Hizbollah, mereka selayaknya digelar Hizbosyaitan dan Allah tiada kaitan dengan mereka.

“Saya menyeru seluruh umat melawan kuffar dan Syiah di dalam Hizbollah. Mereka ternyata kuffar tanpa sedikit keraguan. Mereka sedang menjalankan operasi etnik di Syria dengan tujuan membina negara Syria Barat di barat Syria,” katanya dalam rancangan tersebut.

Kenyataan al-Qardawi tentang isu tersebut mendedahkan lagi siapakah Syiah sebenarnya terutama kesannya terhadap penyebaran fahaman itu ke seluruh dunia termasuk Malaysia.

Malaysia baru-baru ini dikejutkan semula dengan isu Syiah dan pada masa sama tiga siri laporan khas telah dibuat dalam Utusan Malaysia.

Pendakwah bebas, Dr. Zahazan Mohamed pula berkata, Syiah bukan sahaja tidak diiktiraf sebagai Islam, malah kemunculan fahaman itu dianggap sebagai ejen Yahudi bertujuan menghancurkan umat Islam.

Yusuf al-Qardawi berkata, dengan terhasilnya negara baharu itu umat Islam akan dibahagi-bahagikan dan bertambah kecil.

Ujarnya, beliau juga telah menyeru dalam khutbah solat Jumaat agar semua umat Islam seluruh dunia yang memiliki kekuatan dan alternatif segera menentang Iran dan Hizbosyaitan dengan membantu saudara-saudara mereka di Syria.

“Saya juga mengucapkan tahniah kepada saudara-saudara kita di teluk Arab atas keputusan, Hizbollah adalah organisasi pengganas dan jika mana-mana ahlinya ditemui di negara-negara Teluk akan dibunuh sebagai murtad kafir.

“Semoga Allah mengutuk Iran, ketua segala kejahatan dan semoga Allah mengutuk Hizbosyaitan dan tulang belakangnya di Iraq dan menyembuhkan mereka yang tercedera dan membebaskan mereka yang diculik. Seterusnya negara Syam yang dicintai akan kembali kepada kita, insya-Allah,” ujarnya.

Dalam temubualnya bersama stesen al-Arabiya juga bulan Jun, beliau turut mengakui para ulama di Arab Saudi lebih mengetahui secara mendalam mengenai bahaya Hizbollah dan gerakan Syiah Iran berbanding dirinya.

“Pada satu ketika saya pernah mempertahankan gerakan Hizbollah kerana keberanian mereka berhadapan dengan Israel. Pendapat saya pada masa itu bertentangan dengan pandangan ulama-ulama tersebut. Mereka menentang Hizbollah.

“Namun setelah saya melihat apa yang dilakukan oleh Hizbollah terhadap saudara-saudara kita di Syria barulah saya sedar yang ulama-ulama di Arab Saudi lebih matang dan mempunyai pengetahuan cukup luas tentang Hizbollah dan Iran,” ujarnya.

 
Leave a comment

Posted by on 02/08/2013 in Ajaran Syiah

 

Bekas pengikut seru tinggalkan Syiah

Salah seorang bekas pengikut Syiah telah tampil ke hadapan untuk menyeru umat Islam khasnya di Malaysia meninggalkan ajaran tersebut. Beliau telah tampil menemui pihak media dan menceritakan pengalamannya. Berikut merupakan petikan rencana berkaitan yang dipetik dari http://utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130731/dn_05/Tinggalkan-Syiah-sebab-akidah-kelainan-ibadah :-

Tinggalkan Syiah sebab akidah, kelainan ibadah

Temu bual bersama Mohamed Ajmal Abdul Razak Al-Aidrus mengenai bahayanya ajaran Syiah yang semakin berkembang di negara ini.

KUALA LUMPUR 30 Julai – Seorang bekas pengikut Syiah mengakui fahaman tersebut menyeleweng dari sudut akidah, khususnya amalan nikah muta’ah dan konsep imam 12.

Pensyarah Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Mohamed Ajmal Abdul Razak al-Idrus berkata, selama lima tahun menjadi pengikut Syiah, beliau juga mendapati para pengikut fahaman itu terlalu mengabaikan ibadah.

Atas sebab itu katanya, beliau mengambil keputusan meninggalkan fahaman tersebut dan kembali kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Saya menjadi pengikut Syiah ketika berusia lingkungan 20-an dan pada masa itu masih belajar di Amerika Syarikat (AS). Saya tertarik dengan Revolusi Iran pada tahun 1979 yang dianggap berjaya mengangkat martabat maruah Islam.

“Namun dalam tempoh saya di dalam Syiah, didapati ada perkara-perkara yang saya tidak boleh terima dan tidak logik, antaranya nikah muta’ah dan konsep imamah. Paling menyedihkan mereka terlalu mengabaikan ibadah khusus kepada Allah SWT,” katanya ketika ditemui di pejabatnya baru-baru ini.

Mohamed Ajmal berkata, rata-rata pengikut tidak tahu tentang solat, puasa dan ekoran itu mengambil keputusan keluar daripada terus mengikuti fahaman itu.

“Apabila ditanya tentang ibadah khusus kepada Allah SWT, mereka tidak tahu tetapi apabila ditanya perbezaan fikrah sunni dan Syiah, mereka tahu dengan mendalam.

“Solat mereka pun berbeza dengan kita. Memang solat mereka lima kali tetapi boleh ditunaikan dalam tiga waktu. subuh satu waktu, zuhur dan asar dijamakkan, begitu juga maghrib dan isyak juga boleh dijamakkan,” katanya lagi.

Mengenai nikah muta’ah, beliau berkata, amalan tersebut tidak masuk akal kerana pasangan boleh berkahwin dalam tempoh lima atau 10 atau 15 minit tanpa perlu saksi.

Lebih malang lagi ujarnya, amalan itu terus berlaku sehingga sekarang.

“Bagi saya nikah cara ini merupakan lesen kepada seorang lelaki untuk tidur dengan sesiapa sahaja. Adakah ini yang kita mahukan?

“Saya juga percaya imam- imam besar Syiah ini tidak akan benarkan anak perempuan mereka dinikah secara muta’ah dengan mana- mana lelaki,” katanya.

Mengenai konsep imam 12, beliau berkata, akal juga sukar untuk menerima konsep imam ghaib yang kini terus menjadi pegangan kepada pengikut Syiah.

“Konsep imam 12 ini juga berlaku penyelewengan besar, sebab itu saya tidak boleh terima pegangan mereka yang mengangkat manusia lain lebih tinggi berbanding para sahabat Rasulullah,” katanya lagi.

Dalam temu bual tersebut, Mohamed Ajmal turut mendedahkan tentang kesanggupan Syiah mengeluarkan dana besar untuk menaja mereka yang benar-benar berminat untuk menjadi pengikut fahaman itu.

“Saya pernah melalui pengalaman itu yang mana saya dan rakan-rakan ketika menyertai satu persidangan (Syiah), mereka telah memberikan buku-buku secara percuma.

“Bayangkan ketika menuntut di universiti, kami mana ada duit untuk bayar yuran persidangan, menempah hotel, makan dan minum yang semuanya dibiayai oleh mereka,” ujarnya.

Sementara itu beliau berkata, penularan ajaran Syiah dikhuatiri akan mendatangkan ancaman militan kepada tanah air sekiranya dakyah itu tidak dibendung bermula daripada sekarang.

“Situasi berkenaan boleh berlaku jika wujud pertembungan antara fahaman, lebih-lebih lagi umat Islam Malaysia yang berpegang kepada mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah, sekali gus membawa kesan buruk kepada keamanan negara.

“Syiah mengamalkan ekstremis dan antara salah satu bukti boleh dilihat daripada perbuatan mereka ketika menyambut hari Asyura iaitu mencederakan diri sendiri, selain bersikap ganas,” katanya lagi.

 
 
 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 151 other followers