RSS

Category Archives: Video Ajaran Sesat

Video Press Conferance Alumni ESQ 165 (20 April 2012) : ESQ 165 Ajaran Sesat

Berikut adalah video rakaman sidang media Alumni, Bekas Pekerja dan Trainer/ ATS ESQ 165, pada 20 April 2012. Saksi dan dengarkan sendiri pengakuan mereka..!!!!

Untuk membaca teks Kenyataan Media, sila klik di sini.

 
 

Filem ‘Mata Tertutup’ – Kisah Jerat Negara Islam Indonesia (NII) / Maahad Al-Zaytun

Pada 15 Mac 2012 yang lalu sebuah filem bertajuk ‘Mata Tertutup’ telah mula ditayangkan di pawagam-pawagam di Indonesia.

Filem tersebut yang menceritakan tentang doktrin ajaran sesat Negara Islam Indonesia (NII KW9) yang antara pusat modus operandinya ialah Maahad/ Universitas al-Zaytun, Indramayu, Indonesia. Filem tersebut merupakan adaptasi dari pengalaman mangsa-mangsa aliran sesat berkenaan.

Untuk pengetahuan pembaca, ajaran sesat ini semakin berkembang di Malaysia dan bersembunyi di sebalik persatuan/ perniagaan basikal, aktiviti riadah serta beberapa syarikat swasta yang sedang aktif menjalankan pelbagai projek perniagaan bagi mengumpulkan dana dan sumber kewangan mereka.

Saya amat berharap filem ini akan ditayangkan di Malaysia. Berikut saya paparkan trailer filem ‘Mata Tertutup’ :

 

Video Ajaran Sesat NII KW9 – Program ‘Kes Akidah’ TV al-Hijrah

Rancangan Kes Akidah terbitan TV al-Hijrah pada malam tadi telah mengetengahkan isu berkaitan Ajaran Sesat Gerakan Pemuda Kahfi/ NII KW9/ Maahad al-Zaytun/ MLM.

Fatwa ke atas ajaran NII telah diwartakan pada 31 Mac 2011. Untuk membaca warta fatwa tersebut sila klik  Fatwa NII KW9/ Maahad al-Zaytun.

Berikut adalah rakaman rancangan Kes Akidah untuk tatapan pembaca.

 

Kristianisasi : Video Murtad Di DUMC Dream Center

Lihat dan fikirkanlah..apakah masih ada yang mahu memandang sepi isu kristianisasi ini? Alangkah malunya bila masih ada umat Islam Malaysia yang tidak mengendahkan masalah sedemikian. Apakah anda mahu tunggu sehingga ahli keluarga kalian terlibat dalam gejala tersebut, kemudian baru mahu menangis dan menyalahkan pelbagai pihak?

Mari teguhkan akidah kita..ahli keluarga dan masyarakat. Semua pihak harus berdakwah. Bukan saling menyalahkan sesama parti politik. Hentikan politik sempit demi kekuatan umat.

 
 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 158 other followers