RSS

Berpangkat tapi syirik

13 Feb

Beberapa minggu lalu, saya agak sibuk dengan urusan mengumpul dana untuk rakyat Palestin. Sebagai umat Islam, apalah yang dapat saya hulurkan. Hanya usaha kecil yang tak seberapa ini. Hanya ini yang mampu saya lakukan.
Alhamdulillah, ramai yang sudi menghulur, memberi sebahagian dari rezeki kurniaan ALLAH buat mereka yang sengsara disana. Hanya ALLAH yang dapat membalasnya.
Dalam kesibukan itu, saya bertemu dengan seorang lelaki bergelar ‘Datuk’. Menyatakan hasrat dan hajat bertemu beliau. Beliau lantas mengajak saya berbual-bual seketika. Saya juga ingin melihat sejauh mana beliau berfikir, celik minda atau bodoh sombong. Saya malas nak provok sangat..just shut up & listen.
Beliau mula bercerita tentang isu palestin, HAMAS dan Fatah. Saya tidak menafikan apa-apa. Namun secara tiba-tiba, beliau mengeluarkan statement yang memerahkan telinga saya.
Kata beliau, “Daripada bagi duit 1 juta pada rakyat palestin, lagi baik bagi pada bomoh yang boleh buat santau untuk bunuh orang Yahudi..!! Ini perang, tak kira lah caranya.”
Saya diam. Senyum sinis. Menurutnya, dia memang tak pernah bagi sedekah untuk Palestin kerana permasalahan di antara HAMAS dan Fatah yang berterusan. Dari cara beliau berbicara, jelas menampakkan kepercayaan beliau kepada dunia mistik. Setelah agak lama berbual, beliau menghulurkan sedikit wang kepada saya. Mungkin kerana segan melihat saya tetap diam dan mendengar. Setelah itu, saya berterima kasih lantas beredar.

Beginikah umat Islam?
Beginikah orang Melayu? Berpangkat tapi syirik kepada ALLAH.
Apatah lagi bagi seorang yang dikurniakan gelaran Datuk. Nabi berperang dengan keringatnya sendiri. Apakah kerana mahukan kemenangan, umat Islam sanggup gadaikan pegangan?
Apa guna sujud kita pada ALLAH kalau hati masih tebal kurafat.
Apa guna mengucap syahadah andai jiwa tak ubah seperti hindu dan buddha.
Berubahlah. Kerana hidup amat penting demi akhirat.

 
3 Comments

Posted by on 13/02/2009 in 1. Koleksi Artikel :-

 

3 responses to “Berpangkat tapi syirik

  1. Aminah

    14/10/2009 at 10:29 am

    QS Thaaha ayat 100. Barangsiapa berpaling dari pada Al qur’an maka sesungguhnya ia akan memikul dosa yang besar di hari kiamat.. semoga segala amalan Tuan diterima oleh YM Pencipta.

     
  2. nak tau

    13/08/2010 at 9:22 pm

    dengan kembali bertaubat kepada-Nya dan bertakwalah kepada-Nya serta dirikanlah shalat dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah,

    yaitu orang-orang yang memecah-belah agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka

    Surah AR RUUM ayat 31-32

    Tuan SJ, syirik tu mempersekutukan ALLAH=pecah belah agama. tolong huraikan.TQ

     
    • suarajagat

      19/08/2010 at 12:49 pm

      terima kasih atas pertanyaan saudara nak tau..
      adapun berhubung ayat 31-32 surah Ar-Ruum, saya ingin sekali mengambil ayat2 ini bermula ayat ke 29-34, yang bermaksud :

      [29]
      Orang-orang yang zalim itu (tidak berfikir), bahkan menurut hawa nafsu mereka (melakukan syirik) dengan tidak berdasarkan pengetahuan. Maka tiada sesiapa yang dapat memberi petunjuk kepada orang yang telah disesatkan oleh Allah (disebabkan bawaannya sendiri), dan tiada pula bagi mereka sesiapa yang dapat menolong melepaskan mereka dari azab.
      [30]
      (Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah ugama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) ugama Allah, iaitu ugama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah ugama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
      [31]
      Hendaklah kamu (wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu) sentiasa rujuk kembali kepada Allah (dengan mengerjakan amal-amal bakti) serta bertaqwalah kamu kepadaNya; dan kerjakanlah sembahyang dengan betul sempurna; dan janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik –
      [32]
      Iaitu orang-orang yang menjadikan fahaman ugama mereka berselisihan mengikut kecenderungan masing-masing serta mereka pula menjadi berpuak-puak; tiap-tiap puak bergembira dengan apa yang ada padanya (dari fahaman dan amalan yang terpesong itu).
      [33]
      Dan apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, mereka segera berdoa kepada Tuhan mereka dengan keadaan rujuk kembali bertaubat kepadaNya; kemudian apabila Allah memberi mereka merasai sesuatu rahmat daripadaNya, tiba-tiba sebahagian dari mereka mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Tuhannya;
      [34]
      Dengan sebab itu, mereka mengingkari nikmat-nikmat yang telah Kami berikan kepadanya. Maka (dikatakan kepada mereka): “Bersenang-senanglah kamu (bagi sementara), kemudian kamu akan mengetahui (balasan kederhakaan kamu)”.

      Hujah SJ :
      syirik bermaksud mempersekutukan ALLAH s.wt. Ia termasuklah menyembah berhala, menyeru serta menggunakan khidmat jin dan syaitan, atau memohon sesuatu selain dari ALLAH s.w.t.
      Dalam soal memecahbelahkan agama, jelas ayat-ayat di atas menerangkan bahawa golongan yang membawa ajaran sesat adalah pemecahbelah agama.

      ALLAH s.w.t berfirman dalam surah an-Nisa’, maksudnya :
      “Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan-Nya, dan Dia mengampuni dosa yang selain dari syirik itu. Bagi siapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya”. (QS. An-Nisa: 116).

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: