RSS

SYAITAN BERWAJAH SOLEH -siri 3

17 Feb

Anggap ibu bapa kafir


REMY (kiri) dan Adlin ketika bercakap kepada Kosmo! dalam satu pertemuan di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Sesiapa yang tidak menjadi pengikut Ajaran MLM kesemuanya dianggap kafir termasuk ibu bapa dan adik- beradik sendiri.

Tidak cukup dengan itu, sesiapa yang tidak menjadi pengikut mereka juga tidak layak meraikan Hari Raya dan menganggap korban haiwan ternakan sempena Hari Raya Korban sesuatu yang sia-sia.

Itu antara yang diajar oleh pentilawah (penceramah) Ajaran MLM seperti didakwa bekas pengikutnya, Remy, 20-an.

“Menurut mereka, daripada menyembelih korban baik wang itu disumbang untuk dana pembentukan kerajaan Islam yang baru,” ujarnya kepada Kosmo! di sini semalam.


Menurutnya lagi, selain itu, para pengikut juga diminta mengganggap setiap pentilawah sebagai nabi dan jangan sesekali mengingkari arahannya.

“Sememangnya pentilawah memang petah berkata-kata dan bijak memanipulasi tafsiran ayat al-Quran jika ada perkara yang kami bantah.

“Sebagai umat Islam, sudah pastinya apabila disebut tentang apa juga yang terdapat dalam al-Quran, pastinya tiada apa yang boleh dipersoalkan,” akui Remy.

Menurutnya, pentilawah ajaran sesat itu biasanya menyalahgunakan maksud ayat-ayat al-Quran tertentu sebagai senjata ‘meracuni’ fikiran ahli-ahlinya.

“Sebagai contoh, kerajaan Islam tulen yang hendak dibina oleh ‘Ajaran MLM’ pada 2015 juga akan dikaitkan sebab perlu adanya kerajaan itu dengan petikan ayat al-Quran begitu juga perlunya ‘berhijrah’ ke sana,” katanya.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: