RSS

as-Sabru fil jihad (sabar dalam perjuangan)

18 Feb

Nampaknya jadual saya untuk beberapa minggu ini penuh dengan pelbagai program. Bila dihitung kira, segala rutin harian + perancangan balik kampung + program-program NGO + ‘on-call’ duty = tiada sehari untuk saya tenangkan fikiran.

Jadual semakin padat untuk tempoh 4-6 minggu akan datang. Bermakna, sebarang urusan yang saya fikirkan kurang penting dan berada di bawah 70% keutamaan akan dibatalkan. Beberapa undangan ke majlis perkahwinan kawan-kawan juga tidak dapat saya hadiri disebabkan kedudukan geografi @ muka bumi + ( jarak X masa ).. hehehe… ilmu fizik tu..

Kehidupan kita seharian sememangnya begini. Ianya satu kembara yang panjang. Namun hakikatnya, hidup hanyalah satu kerja singkat yang cukup padat sebelum mencecah deadline.

Ujian sentiasa kunjung tiba. Semuanya sebagai pelengkap diri. Menghadapinya pula memerlukan kesabaran dan kecerdikkan yang bukan membuta tuli. Hujjatul Islam Imam al-Ghazali menegaskan :

“Sabar ialah tetap tegaknya dorongan agama berhadapan dengan dorongan hawa nafsu. Dorongan agama ialah hidayah ALLAH kepada manusia untuk mengenali-NYA dan Rasul-NYA serta mengetahui dan mengamalkan ajaran-NYA dan kemaslahatan-kemaslahatan yang berkaitan dengan akibat-akibatnya. Sabar iaitu sifat yang membezakan manusia dengan haiwan dalam menundukkan hawa nafsu. Sedang dorongan nafsu ialah tuntutan syahwat dan keinginan yang meminta agar ia dilaksanakan.”

Memang mudah menyebut sabar, tapi bukan mudah melaksanakannya. Saya sendiri seorang yang cepat ‘panas telinga’. Itu memang saya akui. Itu tandanya saya perlu belajar bersabar. Bersabar tak bermaksud saya akan berdiam diri & membiarkan hujah diablo intelek kerana kebenaran takkan tertegak kalau hanya berdiam diri.

Kebanyakkan orang menduga bahawa sabar bererti merendahkan diri dan menyerah kepada keadaan. Pengertian seperti itu tidaklah tepat , sebab yang dinamakan sabar ialah menghadapi cubaan atau ujian dengan cara yang baik, berikhtiar mencari jalan dengan usaha yang baik dan membiasakan diri dengan melakukan amal perbuatan yang soleh dan usaha yang terpuji sambil menjadikan pengalamannya itu suatu dorongan yang kental.

“Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan bersabar dan mengerjakan solat; kerana sesungguhnya ALLAH menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.” -maksud surah al-Baqarah : 153-

Bersama kita memohon kepada ALLAH agar dipermudahkan jalan ini. Sabar dan solat – tiang agama yang utama. Moga DIA merestui hidup ini. Hidup seorang hamba untuk TUHAN-nya. Wallahu alam.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: