RSS

SYAITAN BERWAJAH SOLEH siri 4 (NII KW9 – Diabolisme Intelektual)

19 Feb

‘Andai kota itu peradaban, rumah kami adalah budaya,

dan menurut ibu tiang serinya adalah agama’

Petikan dari novel Tuhan Manusia karya Faisal Tehrani.

Umat Islam hari ini tidak sekadar berdepan dengan permasalahan islamofobia dari kalangan bukan Islam, tetapi lebih dari itu. Kita hari ini juga berdepan dengan aliran fahaman sesat seperti Islam Liberal, pluralisme, feminisme dan NII KW9 ( Maahad az-Zaytun) yang juga dikenali sebagai Gerakan Pemuda Kahfi / Ajaran MLM / Daulah Islamiah Nusantara (DIN).

Apakah diabolisme intelektual? Diablo di dalam bahasa latin bermaksud iblis. Maka diabolisme intelektual bermaksud fahaman keiblisan memesongkan akidah secara halus dan tersusun.

Pernahkah anda terfikir, mengapa kebanyakkan ahli ajaran sesat terdiri dari golongan profesional contohnya doktor, engineer, akauntan dan guru? Malah ada juga anak-anak muda berpendidikan agama, tapi sesat juga! Anak para imam, ustaz dan ustazah tidak terkecuali. Berpendidikan syariah, usuluddin dan Quran sunnah, namun tetap terjerumus di jalan sesat.

Sistem pendidikan Islam @ aliran agama serta sistem pendidikan negara tidak patut dipersalahkan. Begitu juga para ibu bapa yang telah mendidik dan membentuk zuriat mereka dengan sebaik mungkin.

Sebenarnya saudara, mereka terjerumus akibat terpedaya dan terpesona dengan hujah dan jawapan logik yang dikemukakan oleh penyampai ajaran tersebut. Apatah lagi apabila hujah tersebut dilihat secara terus melalui terjemahan ayat al-Quran. Mereka juga tidak benar-benar memahami metodologi pentafsiran – asbab al-nuzul, nasikh & mansuh. Disamping itu mereka turut keliru dalam memahami ayat-ayat yang bersifat muhkamat dan mutasyabihat. Al-maklumlah, sejak dari awal persekolahan hinggalah ke peringkat universiti dan bekerja, doktrin ‘logik adalah benar’ diterapkan secara langsung di dalam kehidupan terutamanya menerusi ilmu matematik, sains, kimia, fizik, akaun, finance, audit dan seumpamanya.

Sebagai seorang muslim, adalah amat perlu untuk kita fahami : sekalipun Islam itu agama yang logik, tetapi logik akal tidak semestinya menjadi jawapan kepada semua persoalan agama.

Sebab itu saudara, sebijak manapun akal, manusia tetap tidak dapat menduga betapa luasnya dunia dan betapa indahnya syurga. Tidak semua keyakinan bersifat ilmiah dapat dipertanggungjawabkan kebenarannya.

Pengajian tafsir bermodus operandi secara tersembunyi dengan menggunakan kitab ‘Al-Quran Dan Terjemahan’ ini kian menular dan amat merbahaya. Target utama mereka adalah anak muda yang berusia linkungan 20-30 tahun, masih bujang, mempunyai pekerjaan yang stabil dan minat mendalami Islam serta mengkaji hubungan sains dengan Al-Quranul Karim.

Apakah kerana berhujah “kita mesti kembali kepada al-Quran dan sunnah” lantas kita mengiyakan kata-kata mereka?

Mengapa mereka perlu menghalang supaya tidak merujuk kepada kitab-kitab muktabar para ulama?

Apakah kalian menyangka tokoh-tokoh Islam seperti Imam Malik, Imam Syafiee, al-Ghazali dan sebagainya tidak merujuk al-Quran al-Karim? Walhal mereka adalah warisatul anbiya’.

Ya, benar..kita mesti sentiasa kembali kepada al-Quran & sunnah Rasullah s.a.w. Tetapi perlu di ingat, sekalipun matlamat kita betul sedangkan jalannya salah..kita tetap salah.

Telah berkata Abdullah ibn Abbas kepada Khalifah Umar al- Khattab, “Wahai Amirul Mukminin, Al-Quran telah diturunkan kepada kita lantas kita membacanya dan kita mengetahui sebab turunnya ayat itu. Sesungguhnya akan datang selepas kita beberapa kaum yang membaca Al-Quran tetapi tidak mengetahui sebab turunnya ayat itu. Mereka kemudiannya mengeluarkan pendapat (berdasarkan ayat itu) dan hasilnya ialah mereka saling berselisih dan saling berbunuhan sesama sendiri.”

Saudara, individu yang mentafsir Al-Quran dengan melihat pada terjemahan tanpa merujuk frasa, konsonen dan data kata arab serta metadologi berkaitan telah mendekati kekeliruan dan kesesatan. Alasan mereka mudah– “sebab anda tidak faham bahasa arab, bahasa arab susah.”

Sebenarnya,bahasa arab bukannya susah tetapi terperinci + teliti. Terperinci dan teliti bagi memudahkan kefahaman tentang sesuatu perkara mahupun keadaan. Meletakkan pembezaan yang jelas akan tiap sesuatu. Justeru, bahan-bahan rujukan Al-Quran perlu diambil daripada kitab-kitab muktabar yang diiktiraf berlandaskan riwayat yang sahih.

Akhirul kalam, saya menyeru para pembaca untuk bersikap waspada serta berhati-hati dengan perlakuan ahli keluarga dan sahabat sekeliling anda yang mungkin terlibat ataupun berpotensi untuk ditarik oleh gerakan-gerakan diabolisme disamping menambahkan pengetahuan anda bagi menangkis hujah pihak berkenaan.

Gerakan-gerakan sebegini adalah MUSUH DALAM SELIMUT, GUNTING DALAM LIPATAN & DIABOLISME INTELEKTUAL. MEREKA – SYAITAN BERWAJAH SOLEH..!!

 

3 responses to “SYAITAN BERWAJAH SOLEH siri 4 (NII KW9 – Diabolisme Intelektual)

    • suarajagat

      19/03/2009 at 2:09 am

      terima kasih nii-crisis-center. article yg menarik di link itu. semoga membuka mata dan fikiran ramai pihak.
      tegakkan kebenaran!

       
  1. bob

    05/10/2011 at 5:02 pm

    artikel ni sgt benar, dan jelas….makhashi….

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: