RSS

Untuk Mantan dan Kaslan Gerakan Pemuda Kahfi

23 Feb

Saya khaskan tulisan ini kepada semua mantan dan kaslan Gerakan Pemuda Kahfi.

Ajaran sesat ini telah lama bertapak, namun sehingga ke hari ini belum ianya masih belum difatwakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Saya menyeru kepada semua mantan dan kaslan gerakan kesesatan ini untuk bukan sekadar membuat aduan kepada pihak berkuasa, tetapi juga bersatu & bekerjasama dalam melumpuhkan Gerakan Pemuda Kahfi ini.

Ramai yang telah keluar dari gerakan tersebut terus berdiam diri. Malangnya tindakan sedemikian tidak membantu dalam memerangi kesesatan dari terus berleluasa.

Apa yang kita dapati kini, Gerakan Pemuda Kahfi semakin merebak. Ramai kawan-kawan, saudara mara dan kenalan yang terperangkap. Apakah kita akan terus berdiam diri sahaja?

Di pihak mereka juga, telah ramai yang berkahwin dan mempunyai cahaya mata. Fikirkan sejenak, bagaimana kalau zuriat keturunan kita mengenali zuriat keturunan mereka suatu hari kelak?

Ya, mungkin hari ini kita telah terselamat dari kesesatan mereka tapi bagaimana pula dengan keturunan kita nanti?

Bagi saya, menghapuskan gerakan ini demi menjaga diri dan keluarga serta zuriat keturunan kita samalah pentingnya dengan melakukan test HIV sebelum berkahwin.

Oleh yang demikian, adalah amat diharap, kalian yang kini merupakan kaslan @ mantan Gerakan Pemuda Kahfi / Ajaran MLM / NII KW9, untuk tampil kehadapan dan bersatu bagi menangani permasalahan ini.

Kita akan kuat kalau kita bersatu.

 

4 responses to “Untuk Mantan dan Kaslan Gerakan Pemuda Kahfi

  1. AGK

    24/02/2009 at 1:17 am

    Saya setuju dgn saranan saudara. Kebanyakan bekas ahli kumpulan ini, keberatan untuk tampil membuat laporan.

     
  2. Eja

    21/03/2010 at 4:48 pm

    Saya & anak silah saya sangat sokong utk banteras gerakan kahfi ni. sila e-mail saya untuk tindakan selanjutnya. Thanks!

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: