RSS

Jangan Mudah Menghukum Kafir

25 Feb

Cepat Menghukum dengan kalimat kafir, fasiq, munafik, kaum muda, kaum tua, wahabi sesat dan yang seumpama dengannya sentiasa bermain di bibir golongan ekstremis. Mereka lupa pada landasan akhlak dan pekerti yang dihayati oleh ulama terdahulu. Ulama salaf pernah berkata “Sesiapa yang hendak mengajak kepada makruf maka ajaklah dengan cara yang makruf.”

Menurut riwayat yang sahih, Usamah bin Zaid pernah membunuh seorang lelaki di medan peperangan selepas lelaki itu mengucap dua kalimah syahadah. Alasan yang diberikan oleh Usamah adalah lelaki itu mengucap syahadah kerana takut dibunuh. Apabila Nabi s.a.w mendapat tahu tentang perkara ini, Baginda memarahinya dan bersabda “Apakah kamu telah membelah hatinya? Apa yang hendak kamu lakukan dengan kalimat Lailaha illallah (yang diucapkannya)?”

Dalam riwayat yang lain, Rasulullah mengingatkan umat Islam aakan bahayanya mengkafirkan orang lain melalui sabda Baginda “Sesiapa yang berkata kepada saudaranya ‘wahai kafir’ maka kalimat itu akan kembali kepada salah seorang daripada mereka.”

Mencaci orang juga dilarang agama. Dalam riwayat yang sahih, Nabi menegur sahabat-sahabat Baginda yang mencaci seorang peminum arak yang dihukum beberapa kali kerana melakukan kesalahan yang sama. Baginda bersabda, “Jangan kamu mengutuknya kerana dia (masih) mencintai ALLAH dan Rasul.”

Bersamalah kita renung-renungkan.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: