RSS

ALLAH Yang Maha Esa.

03 Mar

Jam di tangan baru sahaja melewati pukul 10 malam ketika seorang sahabat menelefon dan berbual-bual dengan saya, bertanya mengapa tidak saya membuat catatan menyinggung isu penggunaan nama ALLAH yang hangat sejak beberapa hari lalu. Sebetulnya, saya tidak mempunyai kesempatan menulis sejak beberapa hari yang lalu.

Saya tidak hairan dengan tindakan majalah Herald yang hendak menggunakan kalimah ALLAH dalam penerbitan mereka. Sememangnya ianya telah menjadi agenda Missionaries Kristian & golongan orientalis sejak berzaman lagi.

Malah ini bukanlah percubaan pertama mereka. Jika anda masih ingat beberapa tahun yang lalu, golongan missionaries telah menerbitkan Bible berbahasa Melayu dan menggunakan kalimah ALLAH sebagai ganti perkataan God di dalam kitab Bible berbahasa Inggeris. Walhal, tahukah saudara bahawa di dalam bible terdapat dua jenis Tuhan? Yang pertama ditulis sebagai God (G besar) dan yang kedua ditulis god (g kecil).

Tindakan yang cuba dilakukan oleh para orientalis hari ini adalah untuk menyatukan semua fahaman agama atau lebih dikenali sebagai Pluralisme. Pluralisme bukan suatu perkara baru dalam masyarakat, malah dahulunya, fahaman karut ini telah diketengahkan oleh ibnu Arabi dan Hallaj dan menamakan ia sebagai Wehdatul Wujud yang akhirnya membawa kepada kefahaman Wehdatul Adyan. Hari ini kita mengenalinya dengan nama pluralisme.

Di Malaysia dan Indonesia, fahaman Islam Liberal yang bersamanya juga membawa pluralisme ini kian hari kian merebak. Masih ingatkah saudara ketika negara kita menyambut kemerdekaan pada tahun 2007, terdapat satu iklan dimana kanak-kanak dari pelbagai kaum, keturunan dan agama berdoa kepada Tuhan silih berganti. Inilah antara fahaman pluralisme yang cuba diterapkan ke dalam fikiran kita. Yang menghairankan saya, mengapa JAKIM, PAS, dan para mufti di Malaysia tidak bersuara menentang diabolisme ini? DAYUS!!! Itu jawapan yang boleh saya katakan.

Hari ini apabila pihak JAKIM mempertahankan kalimah ALLAH agar ia tidak sewenang-wenangnya digunakan pihak yang tidak bertanggungjawab merupakan satu tindakan wajar.

Bagaimanapun, pasti ramai yang mula berasa marah apabila adanya golongan yang mengaku Islam tetapi membenarkan tindakan majalah Herald. Apakah ulama di Malaysia sudah semakin berkiblatkan liberalisme? Apakah mereka semakin terpengaruh dengan tokoh-tokoh sesat terutamanya Nucholish Majid dan Abdul Rahman Wahid (GusDur) ?

ALLAH adalah Tuhan sekalian alam namun penggunaan kalimah ALLAH adalah hak milik kekal umat Islam.

Apalah gunanya mengaku ulama, ustaz dan Islam andai menjadi pengkhianat agama.

Sanggupkah kalian mengkhianati Islam? Mengkhianati ahli-sunnah wal jamaah? Mengkhianati Rasulullah s.a.w dan seterusnya mengkhianati ALLAH s.w.t?

Rambut dah putih..janggut pun dah panjang. Ada otak pakai; kalau tak pakai – buang!

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: