RSS

Maahad al-Zaytun & Suntikan Jarum Orientalis

06 Mar

Sejak beberapa dekad yang lalu, terdapat usaha-usaha yang merbahaya untuk menolak pemikiran jitu Islam. Usaha meracun pemikiran Islam di kalangan individu Muslim ini dibuat melalui penerapan nilai secara halus yang digiatkan oleh orientalis Barat. Maka tidak hairanlah apabila wujudnya gerakan-gerakan yang didasarkan atas nama Islam sedangkan di dalamnya terdapat unsur-unsur kebaratan dan christianity, liberal dan juga pluralis. Antaranya ialah dengan menimbulkan kefahaman baru dalam pentafsiran al-Quran. Menimbulkan kesangsian dan syak wasangka terhadap institusi zakat dan pelaksanaannya serta menimbulkan aliran baru dalam dunia Islam agar saling bermusuhan sesama sendiri. Semua ini menambahkan lagi kecelaruan dan dominasi protokol Zionis 1902.

Missionary Kristian dan Orientalis pernah menyatakan bahawa matlamat mereka bukan sahaja untuk melahirkan generasi baru yang sanggup mencemuh segala nilai hidup keislaman, tetapi juga nilai hidup ketimuran dan juga berusaha menjauhkan segala ciri-ciri kebudayaan Islam. Pendukung gerakan ini berusaha dengan penuh dedikasi untuk menghancur-leburkan ketokohan pemimpin Islam – Rasulullah, para sahabat, perajurit dan ahli fikir di samping bergiat menonjolkan watak yang luar biasa seperti al-Hallaj, al-Sahruwardi, Basysyar dan al-Rawandi.

Kegiatan yang paling merbahaya pernah dilakukan oleh gerakan kesesatan ialah memperkenalkan aliran pemikiran baru dalam bentuk yang menarik dan ilmiah, sebagai alternatif kepada pemikiran yang sedia ada yang dimomokkan dengan tujuan untuk mengalihkan pandangan umum yang murni kepada pemikiran baru. Serangan terhadap al-Quran, bahasa Arab dan manhaj Nabi Muhammad s.a.w dilakukan secara tersembunyi melalui suntikan psikologi.

Disamping itu, gerakan ini juga berusaha menghancurkan nilai-nilai Islam dengan meletakkan keraguan terhadap agama, bahasa sejarah, idea dan kepercayaan.

Golongan missionary turut menimbulkan keraguan dan fitnah serta menyebarkan idea-idea murtad dan falsafah permissif serta menimbulkan perkara-perkara yang dianggap sebagai kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam bahasa Arab dan Islam.

Melihat dari keterangan-keterangan ini, bukankah jelas bahawa NII KW9 dan Maahad al-Zaytun mempunyai perkaitan dan adalah hasil dari agenda orientalis?

 

10 responses to “Maahad al-Zaytun & Suntikan Jarum Orientalis

  1. Muhaimin

    11/05/2009 at 6:27 pm

    apa motif nyer? Abu toto’ tu mengaut keuntungan peribadi ke

     
    • suarajagat

      12/05/2009 at 7:24 pm

      saudara muhaimin,
      sy yakin banyak duit infaq digunakan oleh pimpinan tinggi NII utk kepentingan sendiri.

      cuba kita fikirkan berapa byk dana infaq yang disalurkan dari wilayah malaya kpd NII setiap bulan?
      dan kenapa pula masjid rahmatan lil alamin itu masih dalam keadaan yang sama sejak 5-6 tahun lalu?
      no progress…

      ke mana semua wang ini pergi?

      soalan yang perlu kita fikirkan lagi, apakah Islam membenarkan seorang paderi berdoa di dalam masjid?

       
      • Bard

        30/08/2009 at 8:05 pm

        Yang bawa lari uang infaq itu ya petinggi2 kianat itulah yang mementingkan diri sendiri. Yang memang hidupnya tidak pernah suasah, diajak membangun ya tambah susah nanti. maka ya lebih baik kianat dapat duit.
        jangan asal tuduh kalau tidak tahu yang sebenarnya. maka dari itu teliti dulu sebelum
        memfonis.

         
      • ayah pin

        05/09/2009 at 6:06 pm

        WAHAI JAGAT… WILAYAH MALAYA YG KO DH LALUI TU MEMANG WILAYAH YG SILAP DN PALSU.SBB ITU APA YG TERHASIL PD DIRI KO ADALAH KEBENCIAN DR LUBUK HATI KO…DUIT TU PUN TK PERNAH SAMPAI KE AL ZAYTUN…HNYA SMPAI KPDA KEPALANYA SHJ… MERKA GUNAKAN NAMA AL ZAYTUN UTK TERUS BERDAKWAH TANPA ADA ILMU YG HAQ..NK TAHU PERKARA SBNR PERGI LA KE AL ZAYTUN..BR TAHU.. JGN BUAT SANGKAAN SHJ…. WILAYAH MALAYA PALSU TU ASALNYA REGOIN JGK… AKU DH LAMA TAHU TNTNG GERAKAN INI.APA PN KORANG KENE PG SIASAT TNTNG ALZAYTUN TU…

         
      • Mistaken Identity

        05/09/2009 at 8:40 pm

        hehe ayah pin yang over excited, setakat MAZ tu dah ramai umat pergi dan bile balik tak sabar nak kaslan.. kenapa? hang suruh org kaji ye..? ok aku dah kaji.. hasil kajian?

        isu 1..
        mmg tempatnya aman dan damai, tp jiwa2 yg berada disana x aman dan damai… sempat aku tanye pada student kat sana, ok ke duduk sini? jawab mereka terpaksa kerana org tuanya ada perjanjian dgn si abu toto tu…

        tanya pula pada para ‘karyawan’ jawabnya gaji tak cukup, datang la tgk tempat istirehat kami yg di sediakan si abu toto , persis tempat tidur anjing..

        aku tak puas hati lagi, aku tanya pada ibu bapa yang ada kat sana, jawabnya hantar saja anak kerana tiada pilihan kerana ada perjanjian si abu toto dengan penduduk sana..

        aku tanya pada student malaysia disana, rata2 xda spm, tingkatan 1 dah start kat sana sbb ayah diorang yg merupakan ‘abi’ di wilayah malaya paksa masuk sana.. katanya, everything duit, basuh baju, gosok baju, makanan, semua duit,duit,duit.. kurang2 200-500 juta rupiah sebulan..

        isu 2..
        aku dibawa melawat ke seluruh pelusuk MAZ, macam2 ada… mmg hebat, teknologi pun canggih.. tp korang tau, terus terang jer tenaga pengajar kat sana kata tgh fikir macam mana nk tahan budak2 yg dah graduat tu supaya tak keluar dari MAZ.. stupidesttt… jadi mananya sumbangan MAZ yang di war2 kan?? ha korang tau, dah siap pusing 1 MAZ, kawan2 seperjuangan aku la konon, mengucapkan tahniah dah ada haj katenye.. huhu nk muntah time tu.. tp aku sabo jerrr.. x habes kat situ, balik tu bila pergi program, kawan2 sume pggl kami yg baru balik ni haj.. siot jerrr… nk tau knpe dah haj? sbb dah ‘tawaf’ 1 MAZ n juga berdasarkan ayat Allah yg ada sebut perkataan ‘melawat’. So siapa dah pergi melawat MAZ sempurnalah hajinya…

        isu 3..
        balik ‘tawaf’ kami ikut la nk solat jumaat.. beria2 nk solat kat “tempat barokah” laaa kan aleh2 masjid al-hayat nye xda tempat amik wuduk.. ape kes.. aku terfikir lagi, ade ayat Allah ajar untuk ambik wuduk, tp nape diorang x ikut, x praktik, sedangkan ayat lain beria2 diorang buat.. huhu.. tercabar sungguh…

        isu 4
        kami ambil wuduk di hotel.. joint gak la solat jumaat, time kutbah bising, memekak kami x boleh nk focus ape yg si toto sampaikan.. but then yg mengejutkan, selesai je si toto bercakap.. 1 masjid tepuk tangan.. what? ni ikut ayat Allah yg sebut ‘solat kamu di baitullah umpama siulan dan tepukan tangan ke??’ mmg x masuk akal.. rase macam abu toto x abes balaja je ayat aq, tp beria2 nk implement ikut kepala otak dia!!

        isu 5..
        lps solat tu kami nk g ko’op. beli buah tangan utk kawan2 la konon, sgt mengejutkan.. pasangan anak muda berpeleseran dating sepanjang jalan tu.. ermm.. dah terbukti yg tertulis di nii crisis center tu mmg bkn 1 fitnah! tp reality..

        cukuplah 5 isu dulu aku bukak setakat ni.. biar yg blom pergi dapat gambaran jelas.. klu setakat nk backup pakai video2 kat you tube tu x payah la.. sbb dalam video tu mmg tunjuk yg baik sajeee..

        fikir2kanlah… pendedahan dibuat bukan untuk memburukkan mana2 pihak, tetapi sebagai bukti kesesatan dan juga membuktikan bahawa MAZ “indah khabar dari rupa” bagi yg x percaya pengakuan ini, pergilah lihat sendiri..

        tp rugi la yang pergi bersama gpk, 3h 2mlm diorang cekik sampai 1500, dah tu makan ada 2x kene support sendiri, nk iron baju semua bayor sendiri, dan pergi melawat tempat luar MAZ pun abi tu mintak bayor lagi… lu fikir la sendiri..

        Allahualam…

         
      • anti NII

        05/09/2009 at 11:29 pm

        kalau mengikut apa yang mistaken identity cerita, memang xlogik betul buat haji kat MAZ. tapi pelikkan? org GPK kata NII= madinah, malaysia= makkah.. tapi nape mereka buat haji kt “madinah”?
        rasulullah dulu buat haji kat kaabah, makkah. ini dh dikira xikut sunnah ni. sah-sah ikut “sunnah” abu toto. oh lupa, “rasul” mereka kan ramai. abi2 pun “rasul”. so kena la ikut “sunnah abi2”. terang, jelas dan nyata sesat!

         
      • al-kahfi

        06/09/2009 at 12:36 am

        menarik pengalaman mistaken.

        ape cerite munakahat pulak ye.. since kawin kene sesama jemaah dan buat 2 kali,lalu prosedur tahkim sekali.

        kawin kat m’sia tok imam,kadi,saksi semua kafir.. lagipun tak boleh mengaku NII … memang problemlah.

        tapi apa nak kisah, hukum tak tertegak … nak “main” dengan AYAM, KAMBING, BABI (binatang ternak@non NII) pun boleh kan

         
      • SUARAJAGAT

        06/09/2009 at 7:25 am

        menjawab tuduhan melulu ayah pin terhadap Suarajagat.
        untuk pengetahuan ayah pin dan pembaca, terdapat 2 bentuk lawatan yang dibuat oleh pihak MAZ

        1. Lawatan oleh ahli GPK/NII KW9. Yang mana pelawatnya adalah dr kalangan individu2 @ kumpulan2 yang telahpun diterapkan doktrin serta kefahaman NII KW9.

        2. Lawatan dari pihak luar yang hanya mengetahui tentang MAZ secara luaran, seperti pembinaan Masjid Rahmatan Lil Alamin dan keindahan kampusnya.
        Hal ini dilakukan sebagai proses untuk mengaburi mata masyarakat dari melihat penyelewengan akidah yang dilakukan oleh pihak MAZ.

        Malah pihak SJ sendiri pernah menemui individu yang merupakan pensyarah / guru agama yang telah melawat ke MAZ dalam rangka lawatan mereka ke pesantren di Indonesia. Namun mereka tidak mengetahui tentang penyelewengan akidah yang dilakukan oleh Syeikh al-Zaytun AS Panji Gumilang.
        Ini kerana lawatan yang dilakukan merupakan satu lawatan kerja @ atas nama badan kerajaan/NGO. Maka pihak MAZ menerima lawatan tersebut tanpa memasukan jarum2 kesesatan.

        Untuk pengetahuan kalian juga, mengapa MQA tidak mengiktiraf Maahad al-Zaytun/Universitas al-Zaytun sebagaimana mereka mengiktiraf Universiti Gajah Mada dan universiti2 lain di Indonesia?
        Hal ini terjadi kerana kajian pihak terbabit mendapati terdapatnya penyelewengan ajaran Islam oleh Maahad al-Zaytun.

        Saya ingin sekali bertanya, bagaimana mungkin untuk kita mengatakan bahawa MAZ betul sedangkan Syeikh al-Zaytun sndiri telah meminta paderi kristian berdoa dlm masjid Rahmatan Lil Alamin dan beliau sendiri turut meng’amin’kan doa tersebut.

        Itukah Islam?

        Tidak sekalipun timbul soal SJ melalui region yang salah @ betul.
        Bagi SJ, fokus utama adalah penyelewengan akidah Islam yang berlaku dlm NII KW9 / MAZ /GPK.

         
  2. Bard

    30/08/2009 at 7:58 pm

    Yang bawa lari uang infaq itu ya petinggi2 kianat itulah yang mementingkan diri sendiri. Yang memang hidupnya tidak pernah suasah, diajak membangun ya tambah susah nanti. maka ya lebih baik kianat dapat duit.

     
    • al-kahfi

      01/09/2009 at 6:07 am

      Dari mana dapat wang itu

      “Umat Islam Indonesia kan 200 juta”

      tapi tak pernah sebut pun sapi perah/cash cow Malaysia….😐

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: