RSS

Modus Operandi Ajaran Sesat ‘Underground’

19 Mar

28 September 2005 – Kenyataan media ini bertujuan untuk mendedahkan aktiviti sebuah gerakan ajaran menyeleweng yang bergerak melalui siri pengajian tafsir al-Quran. ABIM memandang serius isu ini kerana ianya melibatkan beberapa ajaran yang boleh menyebabkan umat Islam keliru dan terjebak di dalam sebuah lagi ajaran yang akan merosakkan masyarakat Islam. Gerakan ini memiliki potensi untuk berkembang dan disyaki sudah tersebar luas di dalam masyarakat Islam di Malaysia.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh akhbar (29/8/2005):

# Harian Metro Online
# Utusan Malaysia Online
# Harakahdaily.net
# Malaysiakini.com

Pengenalan:

Kumpulan ini pada peringkat awal melibatkan kelas pengajaran dan pemahaman al- Quran yang dilakukan secara tersusun dan rahsia. Berdasarkan maklumat bekas pengikut kumpulan ini, ramai di kalangan ahlinya terdiri daripada professional seperti doktor, jurutera, peguam, pensyarah dan pengaturcara. Sasaran yang berpotensi untuk didekati ialah kawan rapat secara individu yang menyebabkan ianya berkembang tanpa diketahui umum.

Kerahsiaan:

Elemen kerahsiaan yang begitu tinggi dapat dilihat melalui tempat belajar yang berubah-ubah, transit kereta, menutup mata dalam perjalanan, eksploitasi (pada kadar yang tidak munasabah) kewangan atas nama pembelajaran Al-Quran. Kerahsiaan nama penyampai pengajian dan tidak membenarkan pengajian ini diketahui umum. Keahlian sesama ahli dalam gerakan juga dirahsiakan, malah mempunyai beberapa lapisan kepimpinan yang tidak dapat dikenal pasti. Mereka bergerak melalui sel-sel kecil dimana anggota antara sel ini tidak mengenali anggota sel yang lain dan tidak mengetahui nama dan maklumat penyampai dan pimpinan atasan

Bayaran:

Sebelum memasuki kelas tilawah, prospek dikehendaki membayar wang ‘taubat’ dengan nilai minimum RM 300. Ini adalah tambahan kepada RM 1000 yang telah dibayar untuk menyertai kelas ini sebagai pendaftaran awal, RM 60 bulanan, RM 70 untuk pembelian barang keperluan dan RM 3500 untuk bayaran melawat “Negara Islam”.

Modus Operandi:

Cara pengajaran dilakukan secara abnormal seperti menutup mata, masa yang tidak menentu berdasarkan panggilan telefon, pertanyaan bertubi-tubi dan proses memerangkap peserta dengan idea ajaran dengan justifikasi ayat al-Quran yang ditafsir secara literal mengikut tujuan dan kepentingan gerakan ini. Bentuk nama, bayaran dan modus operandi juga boleh berubah-ubah mengikut keadaan tetapi bentuk asasnya sebagaimana yang sebutkan diatas.

Penafsiran Terhadap Agama:

Gerakan DIN ini juga telah dipastikan bahawa mereka memberi maksud yang menyeleweng terhadap Al-Quran dan juga Hadith-hadith Rasulullah S.A.W. Antara contoh pemahaman yang dibawa bahawa baginda Rasulullah s.a.w diertikan tidak lebih dari penyampai risalah Allah dan melaksanakan arahanNya, malah orang lain juga adalah rasul. Memberi pemahaman yang menyeleweng dalam melaksanakan ibadah, seperti tidak perlu solat jika berada pada zaman Jahiliyyah atau zaman Mekah, solat hanya di tempat yang aman. Mengeksploitasi kemampuan kewangan para ahli dengan mengenakan bayaran-bayaran tertentu termasuk yang berkala atas nama ‘Daulah Islamiyyah’.

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) melihat gerakan DIN ataupun Pemuda Kahfi ini disyaki tergolong sebagai ajaran sesat yang menyimpang dari ajaran Islam dan pegangan Ahli Sunnah wal Jama’ah. Tindakan untuk membendung kegiatan ini adalah memerlukan tindakan segera kerana:

i. Modus operandi pergerakannya yang begitu berahsia dan mampu berkembang dengan cepat tanpa disedari masyarakat terbanyak.

ii. Gerakan yang secara aktif dan agresif dalam menyampaikan ajaran agama yang terpesong dari pegangan sebenar dan menyesatkan orang ramai dalam perkara-perkara terpenting dalam agama Islam seperti ketuhanan dan kerasulan.

iii. Gerakan yang menyemai sikap taksub kepada pemimpin dan arahan gerakan yang pasti menjadi ancaman kepada kestabilan politik dalam masyarakat dan negara.

iv. Matlamat gerakan yang ingin membina sebuah negara Islam versi sendiri adalah bertentangan dengan undang-undang serta kekhuatiran kepada keselamatan negara.

v. Perbuatan gerakan yang bertentangan dengan norma-norma sosial masyarakat seperti cara pengajaran tertutup, sanggup membohongi keluarga dan serta eksploitasi wang hasil pengajaran ini.

Oleh itu, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) berharap agar:

Seluruh masyarakat Islam mengambil sikap berhati-hati memantau ahli keluarga didalam mengikuti pembelajaran agama terutama sekali berkait rapat dengan modus-operandi atau pendekatan yang telah dinyatakan ini.

Kepada mereka yang telah terlibat atau baru mengikuti ajaran ini agar benar-benar menilai kembali pembabitan mereka dan berbincang dengan pihak yang berwajib serta alim ulama yang sedia ada.

Memohon agar pihak dan individu yang mengetahui maklumat mengenai aktiviti yang sama dengan ciri-ciri diatas supaya dapat di maklumkan kepada pihak jabatan agama atau ABIM sendiri.

Menggesa pihak jabatan agama dan pihak keselamatan agar memantau rapi aktiviti gerakan ini.

ABIM bersedia bekerjasama dan membantu dalam menangani isu ajaran seperti ini. Kerjasama dan perhatian seluruh pihak mengenai perkara ini amat penting untuk menjamin keharmonian dan kemurnian agama Islam.

YUSRI MOHAMAD
Presiden

*kredit : http://ireans.com

 
10 Comments

Posted by on 19/03/2009 in 6. Cut & Paste, Modus Operandi

 

10 responses to “Modus Operandi Ajaran Sesat ‘Underground’

  1. noorlara

    19/03/2009 at 7:41 am

    kenapa mende ni tak disebarkan meluas oleh media elektronik dan media cetak

     
    • suarajagat

      19/03/2009 at 7:54 am

      terima kasih anjung lara.
      sebenarnya kisah ttg ajaran sesat ini telah disebarkan dalam Kosmo dan 360 pada akhir tahun lalu.
      Namun nampaknya belum ada tindakan tegas dari pihak berwajib.
      Lagipun ramai ahli yang telah keluar tetapi takut untuk menyalurkan maklumat.
      Mereka hanya diam sahaja, walhal kita mesti berani kerana benar!
      bagi saya, adalah dayus kalau takut menegakkan agama.

      kita sama-sama sebarkan perkara ini sebagai jln dakwah untuk kepentingan ummat sejagat.

       
  2. azli shukri

    19/03/2009 at 8:31 am

    bagus entri ni jadi pandauan

     
    • suarajagat

      19/03/2009 at 9:11 am

      terima kasih saudara azli. Harap, saudara dapat add link saya di blog anda.
      Kita selamatkan anak bangsa dari kesesatan

       
  3. joefly

    24/03/2009 at 6:43 am

    ajran ini ada betul tapi ada menyimpang…dari segi solat,…negara islam… ada sedikit kekeliruan…
    perkara ini boleh atasi jika pihak berwajip tokoh ulama berhujah mengunakan al-quran dan hadis tulen….islam kan sederhana tidak perlu menghukum sesat atau tidak sesat…..rujuk kepada al-quran dan hadis….manusia selalu tersilap….

     
  4. AGK

    24/03/2009 at 9:06 am

    Di bawah ini adalah antara pegangan2 ahli kumpulan ini:-

    – Org kafir yg dikatakan di dalam Al Quran bukanlah merujuk kepada non-muslim, sebaliknya merujuk kepada org Islam yang tidak faham dan tidak menjalankan perintah Allah. Non-muslim tidak membaca Al Quran, cane nk kata diorg engkar?

    – Islam yang diamalkan sekarang oleh majoriti umat Islam (sume org selain diorg) sudah terpesong dari ajaran Islam yang sebenar. Kita2 sume ni dah sesat. Diorg la yg di jalan yang benar.

    – Apa yang diajarkn di tilawah diorg, x blh cite kt org, termasuk mommy and daddy sendiri yang belum join diorg. Sbb mommy and daddy pn kafir.

    – Al Quran dan Al Fatihah hanyalah sebuah buku yang menerangkan tentang sistem bernegara Islam. So, jika membaca sahaja, x laksana, xde pekdah, xde pahala.

    – Solat (5 waktu) belum wajib kerana negara Islam masih belum tertegak.

    Mmmmm… Byk betul kekeliruan diorg.

    P/S- Diorg berhujah pn guna Al Quran, mcm tokoh ulama.

     
  5. suarajagat

    24/03/2009 at 9:16 am

    Kalau menyimpang dari jln yg lurus, bknkah tidak akan sampai pada arah yg di tuju?
    Boleh saudara joefly ceritakan dimana perkara yang betul dlm ajaran ni?

     
  6. ondastreet

    24/03/2009 at 10:51 am

    saudara joefly,
    boleh terangkan tak, bolehkah kita ambil mana yang kita mahu, tak buat apa yang kita tak mahu? Atau buat yang kta mahu, yang tidak, kita ubah ikut kesesuaian? Dan boleh terangkan ikut mazhab mana?

    Kalau ada elemen sesat, biarpun mengaku Allah itu tuhan yang satu, x guna juga. Betul?

     
  7. milla

    25/03/2009 at 7:33 am

    Assalamualaikum w.b.t., juz nk share sket ttg hal nih…

    saya n hubby dh ikut 4 kelas dgn dorang nih tahun lepas n alhamdulillah kami tak ikut kelas yang seterusnya kerana..smuanyer samar2 dr latar belakang kuliah pengajian yang mereka adakan..segala2nya dirahsiakan sehingga kiter KENA bersetuju utk sediakan sejumlah wang kononnya ZAKAT untuk membuka surah alFatihah…astaghfirullah…

    mereka claim kiter nih org kafir, binatang ternakan…dan mereka smuanya benar…ape yang kiter praktikkan byk yg tak betul.. biler kiter debatkan dengan mereka ape yg kiter fahami n pelajari agama sebelum nih..mereka bantai kiter dgn ayat-ayat quran tafsir dengan pemahaman mereka…menjadikan hati kiter nih ragu2 ape yang kiter fahami, pelajari, amalkan selama ini….astaghfirullah..

     
    • suarajagat

      25/03/2009 at 8:08 am

      Alhamdulillah…anda dan suami selamat dari suntikan racun mereka.

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: