RSS

Bersumpah Merahsiakan Ajaran Yang Diikutinya.

30 Mar

Kebanyakkan ajaran sesat mensyaratkan pengikut-pengikutnya menyembunyikan ajaran yang dipelajari dari diketahui oleh orang lain kecuali pengikut-pengikut sahaja”.

Ulasan

Perkara tersebut amat berbeza sekali dengan kehendak Islam kerana Islam adalah satu agama yang menghendaki umatnya menyeru untuk menyampaikan perkara kebaikan kepada manusia sejagat secara terus terang dan tidak bersembunyi-sembunyi.

Firman Allah:

Maksudnya:

“Katakanlah (Wahai Muhammad) inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku menyeru manusia semuanya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata.”

(Surah Yusof: 108)

Islam berkembang melalui method dakwah iaitu dengan jalan menyeru dan meyampaikan ajaran-ajaran Islam kepada manusia seluruhnya justeru itu kalau ditinjau sejarah pengutusan Rasul-rasul, kita akan dapati bahawa tugas utama mereka ialah menyeru dan menyampaikan risalah Allah S.W.T. dalam setiap zaman dan generasi. Maka sebab itulah tugas para Rasul ialah menyampaikan, bukan menyembunyikan. Mustahil bagi seseorang Rasul itu menyembunyikan risalah Allah yang diamanahkan kepadanya untuk disampaikan atau disebarkan. Jelas di sini bahawa menyampai atau mengajar sesuatu ilmu atau ajaran yang baik itu adalah dituntut oleh Islam.

Di dalam al-Quran, terdapat banyak ayat-ayat yang menggesa agar menyampaikan ajaran-ajaran yang baik kepada orang ramai. Firman Allah:

Maksudnya:

“Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu.”

(Surah al-Maidah :67)

Allah berfirman:

Maksudnya:

“Bukankah tanggungjawab Rasul-rasul semuanya menyampaikan (Kehendak dan hukum Allah) dengan cara yang jelas dan nyata?”

(Surah an-Nahl: 35)

Firman Allah lagi :

Maksudnya:

“Oleh itu, jika mereka berpaling ingkar, maka kami tidak mengutusmu (wahai Muhammad) sebagai pengawas terhadap mereka tugasmu tidak lain hanyalah menyampaikan (apa yang diperintahkan kepadamu)”.(Surah As-Syura: 48)

Berdasarkan ayat-ayat al-Quran di atas dapat disimpulkan bahawa tujuan utama pengutusan Rasul ialah untuk menyampaikan ajaran Allah kepada seluruh umat manusia. Dalam konteks masa kini, tanggungjawab untuk berdakwah atau menyampaikan seruan Islam adalah terpikul di atas bahu setiap umat Islam.

Dalam hal ini, Rasullulah s.a.w. telah bersabda:

Maksudnya:

“Sampaikanlah dariku walaupun satu perkataan.”

Seperti yang telah dijelaskan, bahawa setiap individu muslim bertanggungjawab untuk menyampaikan risalah Islam, iaitu dengan kata lain menyeru melakukan kemungkaran. Adalah berdosa sekiranya kita menyembunyikan ajaran-ajaran atau ilmu-ilmu Islam.” Allah S.W.T melarang kita menyembunyikan ajaran-ajaran atau ilmu-ilmu tersebut. Dalam hal ini Allah menegaskan dengan firman-Nya:

Maksudnya:

“Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari orang-orang yang telah diberikan Kitab (iaitu):” Demi sesungguhnya hendaklah kamu menerangkan isi kitab itu kepada umat manusia, dan jangan sekali-kali kamu menyembunyikannya”. Kemudian mereka membuang (perjanjian sesat) itu ke belakang mereka, serta mereka menukarnya dengan mengambil faedah dunia yang sedikit. Maka amatlah buruknya apa yang mereka dapati dari penukaran (kalamullah dan janjinya) itu”.

(Surah Ali-Imran: 187)

Rasulullah s.a.w. telah memberi amaran kepada sesiapa yang menyembunyikan ilmu atau ajaran yang baik. Sabda baginda:

Maksudnya:

“Sesiapa ditanya mengenai dengan ilmu, kemudian dia menyembunyikannya, ia akan di kekang di hari Kiamat dengan tali kekang dari api neraka.” (Sahih at-Tarmizi Juzuk ke-10, halaman 118)

Berdasarkan fakta-fakta yang telah dikemukakan, jelaskan bahawa menjadi tanggungjawab kepada setiap individu muslim untuk menyampaikan ajaran-ajaran yang diredhai Allah, sebaiknya Islam melarang umatnya daripada menyembunyikan ilmu-ilmu atau ajaran-ajaran yang telah diperolehi khususnya ilmu-ilmu Islam.

kredit :  http://www.islam.gov.my/e-rujukan/ajaransesat.html

 

12 responses to “Bersumpah Merahsiakan Ajaran Yang Diikutinya.

  1. AGK

    31/03/2009 at 8:36 am

    Pentilawah Kahfi berhujah:-

    Jangan beritahu tempat kelas tilawah atau program dijalankan kepada sesiapa, walaupun kepada sahabat ataupun ahli keluarga sendiri. Kerana mereka tu kafir. Allah dah kata dalam AQ (Al Quran):-

    -Surah 18 – Al Kahfi, Ayat 20-
    Sesungguhnya jika mereka dapat mengetahui tempatmu, niscaya mereka akan melempar kamu dengan batu, atau memaksamu kembali kepada agama mereka, dan jika demikian niscaya kamu tidak akan beruntung selama lamanya.

    -Surah 60 – Al Mumtahanah, Ayat 1-
    Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil musuh-Ku dan musuhmu menjadi teman-teman setia yang kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita Muhammad), karena rasa kasih sayang; padahal sesungguhnya mereka telah ingkar kepada kebenaran yang datang kepadamu, mereka mengusir Rasul dan (mengusir) kamu karena kamu beriman kepada Allah, Tuhanmu. Jika kamu benar-benar keluar untuk berjihad di jalan-Ku dan mencari keridhaan-Ku (janganlah kamu berbuat demikian). Kamu memberitahukan secara rahasia (berita-berita Muhammad) kepada mereka, karena rasa kasih sayang. Aku lebih mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu nyatakan. Dan barangsiapa di antara kamu yang melakukannya, maka sesungguhnya dia telah tersesat dari jalan yang lurus.

    So kena lah rahsiakn, walau dengan apa cara sekalipun…

     
  2. zam

    31/03/2009 at 9:11 am

    ya, ini kerana mereka mengatakan bahawa situasi pada masa kini adalah seolah2 rasullullah yang sedang menyebarkan ajaran secara sembunyi2..so tak boleh beritau ‘gua’ mereka itu..

    jadi ini adalah ayat untuk menentang hujah mereka AGK?..

     
    • suarajagat

      31/03/2009 at 10:46 am

      zam, yg sy hairan kan, Rasulullah dakwah senyap 3 thn je..diorg ni bertahun-tahun tak kuar lagi.. haha!!
      Kalau betul mereka nak jaga agama, kenapa benarkan paderi doa dalam masjid? Ada ke ayat AQ yg kata paderi boleh doa dlm masjid?

      Nampaknya, AGK ni terer gak…pengalaman tu..

       
      • 73 golongan

        20/08/2009 at 5:31 pm

        zaman rasulallah tu dulu, dugaan dia tak bnyak, ganguannya hanya dari masyarakat sekeliling je, tu pasal 3 tahun, tapi sekarang, tngoklah dugaan dan cabarannya mcm mana… dengan surat kabar lagi, BLOG2 mcm ni lagi. dengan rempit,video lucah dll.. dlu sume ni mana ada.

         
      • al-kahfi

        21/08/2009 at 8:31 am

        kire zaman sekarang korang lagi hebat la dari Nabi Muhammad, sebab zaman Nabi dulu takde la plak mintak infaq minimum kat Bilal bin Rabah ke Sumayyah ke.

        Rasul NII KW IX pakai kereta besar, pegi tilawah umat suruh tutup mata lepas baca basmallah… suruh je la driver tu tutup mata boleh masuk syurga cepat.

         
  3. Rizlee

    01/04/2009 at 7:13 am

    bukan ke nabi muhammad masa awal2 pun sampaikan dakwah senyap2 ke?

     
    • suarajagat

      02/04/2009 at 11:02 am

      rizlee,mmg la Rasulullah masa awal2 dakwah secara senyap. tapi 3 thn je..
      NII KW9 ni dah bertahun2 buat projek underground… duit pengikut pun hilang entah ke mana…
      suka2 je seleweng ayat al-Quran.

       
      • al-kahfi

        21/08/2009 at 8:35 am

        last time utk umat awal-awal-time tu ma’had zaytun takde lagi, janji futuh tahun 2000.. last-last habuk pun takdak.. yang kaya orang indon sana tu

         
  4. Banjir

    29/04/2009 at 6:09 am

    Betul tu, sekarang kat forum2 internet pun banyak…risaunya…

     
    • suarajagat

      29/04/2009 at 8:03 pm

      saya tahu ttg kewujudan forum tersebut. terima kasih banjir.
      memang mereka merujuk pada al-Quran tetapi kita dpt menilainya dgn gaya penghujahan yang lari dari tafsiran muktabar.

      al-Quran memang benar, tetapi akal belum tentu benar.
      saya berkongsi sedikit, mengapa ayat surah al-Baqarah (2:185) mereka hanya terangkan ttg HUDAN BAINAT FURQAN?
      mengapa tiada sebut tentang hal berkaitan puasa? walhal itulah perkara yang menjadi subject pada ayat tersebut.

      teruskan mengikuti blog ini. maklumat & info akan sy update selalu.

       
  5. zed

    02/07/2009 at 12:00 am

    boleh tahan SJ jabarkan ayat,pernah pegang post eksekutif/penyampai ke masa kat nii? ramainya lah mangsa rupanya,ingatkan saya sorang…

     
    • al-kahfi

      21/08/2009 at 8:29 am

      cerita la pengalaman brader. group ni mampu bertahan sebab elemen kerahsiaan, dan emosi.

      ramai mangsa nisak kan, diikat dengan perkahwinan sesama ahli jemaah juga.

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: