RSS

Mengaku Dirinya atau Gurunya Sebagai Nabi

03 Apr

Tilawah

Gambar Hiasan : Pentilawah Menyampaikan ‘Ajaran’ Di Dalam Sesi

“Untuk menyakinkan pengikut, ada guru-guru ajaran sesat yang mendakwa menerima wahyu dan mengaku sebagai Nabi”.

Ulasan

Agama Islam telah menetapkan bahawa Allah S.W.T. telah mengutuskan seramai 25 orang Nabi dan Rasul kepada umat manusia dan Nabi Muhammad s.a.w. merupakan Nabi dan Rasul yang terakhir yang diutuskan oleh Allah untuk menyampaikan syariatnya kepada umat manusia. Segala hukum-hukum dan syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. merupakan syariat yang terakhir dan tidak ada lagi wahyu yang diturunkan selepasnya.

Kalau ditinjau dalam sejarah Islam orang-orang yang mengaku mendakwa menjadi nabi sesudah Nabi kita Muhammad s.a.w. adalah sangat ramai sehingga ke zaman kita hari ini. Pada permulaan wafatnya Junjungan Besar Muhammad s.a.w. telah muncul tiga orang yang mendakwa dirinya menjadi Nabi, iaitu Muhammad Kazab di Yamamah Al-Aswad Al Unusi di Negeri Yaman, dan Talhah Al Asadi dari Kabilah Bani Asad.

Kesudahannya mereka ini telah mati terbunuh di tangan askar-askar pejuang Islam yang dipimpin oleh Jeneral Khalid Ibni Walid, setelah beliau diutus khas oleh Khalifah Islam Syaidina Abu Bakar r.a. untuk menghapuskan golongan yang mendakwa menjadi Nabi palsu itu. Pada tahun 11 Hijrah Talhah Al Asadi telah bertaubat dan kembali kepada Islam di akhir hayatnya.

Mengikut iktikad dan fatwa ulama-ulama dari golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah bahawa hukuman bagi orang-orang yang mengaku dirinya atau gurunya sebagai Nabi sesudah Nabi Muhammad s.a.w. adalah terkeluar daripada agama Islam. Oleh itu golongan-golongan yang mendakwa menjadi Nabi selepas wafatnya junjungan Nabi Muhammad s.a.w. telah diperangi oleh sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w.

Walaupun fahaman golongan ajaran sesat sudah nyata menyimpang dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar, tetapi ada juga orang-orang Islam yang masih percaya dan menjadi pengikut kepada guru-guru ajaran sesat itu. Mereka masih buta hati dari mencari kebenaran, walaupun sudah ada keterangan-keterangan yang jelas al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. Untuk menjelaskan dimanakah letaknya kesalahan fahaman kaum Nabi baru ini, maka di sini kita cuba menjelaskan kepada masyarakat dengan tujuan untuk membendung dan mengelakkan umat Islam daripada tertipu oleh propaganda dan diayah-diayah palsu yang didakwa oleh Nabi-nabi baru itu.

Sebelum itu elok kita lihat tentang apakah hukuman dalam syariat Islam terhadap perkara ini, ianya adalah seperti berikut:-

a. Nabi Muhammad s.a.w. adalah Nabi akhir zaman, tidak ada lagi Nabi sesudah beliau dan juga tidak ada lagi Rasul sesudah Muhammad s.a.w.

b. Syariat Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. adalah syariat yang paling akhir yang diturunkan kepada manusia oleh Allah S.W.T. daripada Syariat Samawiah bahkan, syariat-syariat yang dibawa oleh Nabi kita Muhammad s.a.w. telah memansuhkan syariat-syariat sebelumnya.

c. Barangsiapa yang mendakwa di dunia menjadi nabi atau rasul atau gurunya sesudah Nabi Muhammad s.a.w. maka hukumnya ia terkeluar daripada agama Islam kerana ia telah mengingkari segala keterangan di dalam al-Quran dan hadith-hadith Rasulullah s.a.w. mengikut pendapat ulama-ulama daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah sesiapa yang menentang al-Quran dan hadith-hadith yang sahih maka hukumnya orang itu terkeluar dari agama Islam.

Dalil-dalil dari Al-Quran

Firman Allah di dalam surah Al-Ahzab ayat 40 yang menunjukkan kebenaran Rasulullah s.a.w. sebagai Nabi yang terakhir adalah seperti berikut:

Maksudnya:

“Bukankah Nabi Muhammad itu (Dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari lelaki kamu, tetapi dia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”

Daripada ayat yang tersebut di atas nyatalah bahawa Nabi Muhammad s.a.w. “Khattama al-Nabiyyin” yang beerti Nabi yang paling akhir.

 

11 responses to “Mengaku Dirinya atau Gurunya Sebagai Nabi

  1. AGK

    03/04/2009 at 3:30 pm

    Program pengajian Gerakan Pemuda Kahfi mcm kelas tutorial atau Multi Level Marketing. Siap dengan white board dan sebagainya…

     
  2. duadua

    03/04/2009 at 6:01 pm

    di malaysia ternyata ada beginian ya?

     
    • suarajagat

      04/04/2009 at 8:20 pm

      ya duadua…di Malaysia NII sudah semakin membesar..

       
      • hehe

        15/08/2009 at 4:13 am

        Dan tunggulah (akibat perbuatanmu); sesungguhnya kamipun menunggu (pula).”

         
  3. AGK

    04/04/2009 at 12:59 pm

    Mmg ada… Contohnya Hj Kahar yg mengaku dirinya Rasul Melayu.

    Rujuk:-

    Gerakan Pemuda Kahfi ini juga mengaku yang Nabi dan Rasul yang disebut di dalam Al Quran merujuk kepada mereka kerana mereka yang menyampaikan wahyu (Al Quran) kepada umat2 baru. Mereka juga menyatakan diri merekalah Imam Mahadi kerana isi kandungan Al Quran ada di dada mereka.

     
  4. kelip kelip

    05/04/2009 at 11:33 am

    Lebih tepat lg “Mengaku dirinya atau gurunya sebgi RASUL=the messenger@pembawa risalah@penyampai

     
    • suarajagat

      06/04/2009 at 11:20 am

      benar kata kelip2..
      kaslan ke?

      tajuk dan isi kandungan posting ini sy ambil dari website JAKIM. sebab itu sy tak tukar tajuknya.

       
  5. Banjir

    29/04/2009 at 5:37 am

    takutnya…macam mana nak kenal mike2 yang sampaikan ajaran sesat nie? melalui forum di internet pun banyak cuma tak tau nak detect yang sesat tu…sebab mereka berkata2 ikut Quran.

     
    • hehe

      15/08/2009 at 4:14 am

      Kitab[11] (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa[12],

       
  6. Banjir

    29/04/2009 at 5:47 am

    boleh sesiapa di sini beri nasihat untuk saya tak?

     
    • hehe

      15/08/2009 at 4:16 am

      57. Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman. surah yunus

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: