RSS

KESAN DAN PESAN volume 1

15 Apr

Perkembangan ajaran sesat di lihat kian rancak sejak akhir-akhir ini. Walaupun sepanjang tahun lalu, isu ini telah banyak tersiar di media massa namun ianya seolah-olah tidak memberi kesan kepada mereka. Pihak berkuasa khususnya jabatan agama dilihat seperti acuh tak acuh dalam menangani permasalahan akidah ini. Apakah tidak mereka ambil pelajaran dari usaha Saidina Abu Bakar as-Siddiq menghapuskan nabi-nabi palsu selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W?

Di pihak ibu bapa pula, mereka sering berfikir apabila anak sudah pandai mengaji al-Quran dan bersekolah agama maka mereka telah memberi didikan agama yang sempurna kepada anak-anak. Walhal, sepanjang penglibatan saya dalam usaha dakwah bila saya tanya tentang beberapa hal agama kepada golongan ibu bapa, jawapan yang diterima sama sahaja seperti jawapan budak sekolah atau mat rempit di tepi jalan. Adakalanya, ibu bapa sendiri gagal menjawab. Ini amat mengecewakan. (saya tegaskan hal ini tidak ada kena mengena dengan pegangan politik kepartian yang di dokong oleh mana2 individu)


KESAN

Penglibatan anak muda dalam ajaran sesat akan memberi kesan yang serius terhadap akidah masyarakat hari ini dan masa depan.

Apabila seorang lelaki menjadi ahli ajaran sesat, sudah pasti ini memberi kesan yang sangat mendalam. Suara lelaki lebih dominan. Lelaki juga apabila berkahwin akan menjadi ketua keluarga. Seandainya akidah mereka rosak, kefahaman agama mereka menyimpang maka sudah semestinya pembentukan keluarga (isteri & anak-anak) juga akan lari dari jalan kebenaran.

Bagi wanita, mereka inilah yang bakal melahirkan zuriat dan keturunan. Kedudukan seorang ibu sememangnya amat dekat dengan diri anak-anak. Maka kebanyakkan nasihat dan kata-kata serta didikan yang diterapkan amat mudah diterima oleh anak. Seandainya mereka terpesong/sesat pastinya anak-anak akan dibawa ke arah itu.

Bayangkan bila pasangan ajaran sesat NII Wilayah Malaya ini berkahwin. Mereka melahirkan zuriat. Saya anggarkan satu pasangan lahirkan sekitar 3 orang anak. Jika ada 5000 pasangan, maka 5000 X 3 = 15 000 orang anak.

Katakanlah, anda berkahwin dan kemudiannya mempunyai 3 orang anak. Anak-anak ini akan bersekolah dan membesar. Apakah anda akan dapat menjaga percampuran mereka di sekolah rendah, menengah dan universiti malah di alam pekerjaan agar tidak bersahabat/berkenalan dengan anak-anak ahli ajaran sesat ini? Sedangkan anda sendiri tidak tahu individu itu sesat. Dan tidak semua kawan mereka anda kenali.

Sebagai pengetahuan anda, pada ketika ini (2009) di kalangan pasangan ajaran sesat, mereka telahpun mempunyai anak-anak yang bersekolah di peringkat rendah dan menengah!

Bagaimana pula sekiranya ada guru-guru sekolah atau pensyarah universiti mahupun ustaz/ustazah yang terpengaruh atau menjadi ahli ajaran sesat? Ini membawa kepada parah, barah dan bencana.

Jangan fikir yang pakai seksi dan clubbing itu sahaja sesat, kadangkala yang pakai songkok dan bertudung labuh lebih parah lagi.

Sepanjang pengalaman saya, membetulkan pegangan agama kaki clubbing adakalanya lebih mudah dari membetulkan akidah/kefahaman Islam insan-insan yang bersongkok dan bertudung.

PESAN

Saya menasihatkan para ibu bapa dan anggota masyarakat sekalian untuk sama-sama berhati-hati dengan ajaran sesat yang kian berkembang. Terutamanya kelas-kelas pengajian al-Quran yang bergerak secara licik dan senyap. Perhatikan pergerakan anak anda setiap masa.

Bagi yang masih mengikuti ajaran sesat underground ini, keluar dan bertaubatlah.

Kepada pihak JAKIM, jabatan agama negeri-negeri, mufti-mufti dan majlis fatwa kebangsaan..segeralah bertindak. Kelembapan kalian dan sifat terlalu berhati-hati anda sebenarnya semakin merosakkan umat Islam. APAKAH KALIAN SANGGUP MEMEGANG AMANAH AGAMA SEDANGKAN TINDAKAN KALIAN MENYEBABKAN UMAT KIAN HANCUR?

Buat para bloggers, saya memohon kerjasama semua untuk menyebarkan blog saya ini. Tolonglah add link saya di blog-blog anda. Bantulah usaha menyelamatkan sahabat,kawan dan keluarga dari kesesatan.

Apa guna mengaku ISLAM kalau tidak sanggup berjuang untuk ISLAM. Setakat menang sorak buat apa?!

Ayuh! Bangun dan bertindak! Kita hancurkan NII KW9!!

 

2 responses to “KESAN DAN PESAN volume 1

  1. aziz

    10/11/2010 at 5:23 pm

    yang layak hancurkan hanyalah Allah..jika benar mereka bersalah biarkan Allah sahaja yang memberikan balanya..bukan dengan tangan manusia..sepatotnya kamu mengubahnya dengan cara yang baik, dengan tidak mengutuk2 krana Allah penah berpesan menyampaikan dengan baik pasti hasilnya baik…dan jangan di marahi idolanya atau berhalanya…carilah jalan yang tenang…berbincang..itu lebh baik…

     
    • suarajagat

      10/11/2010 at 6:59 pm

      Terima kasih aziz..
      moga suatu hari nanti dengan izin ALLAH s.w.t, akan tertegak kebenaran dan hancurnya kesesatan NII KW9

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: