RSS

ISLAM LIBERAL (Islib)

24 Apr

Salam buat semua pembaca.

Bagi mereka yang mengikuti penulisan suarajagat di blog ini, pastinya ramai yang menyedari betapa saya seringkali mengaitkan Maahad al-Zaytun/NII KW9 atau Dienul Haq dengan gerakan Islam Liberal (Islib). Pada ruang yang ada kali ini, saya akan menulis secara ringkas tentang Islam Liberal.

Islam Liberal (Islib)

Islam liberal (islib) lahir hasil dari penulisan orientalis barat – Leonard Binder dalam bukunya bertajuk ‘Islamic Liberalism’ dan kemudiannya disusuli dengan sebuah buku karya Charles Kruzman ‘Liberal Islam – A Sourcebook’.

Perkataan Liberal berakar dari perkataan liberate (pembebasan). Justeru, islib adalah gagasan pemikiran untuk menjadikan fahaman Islam yang jitu dengan prinsip-prinsipnya kepada suatu fahaman yang menjurus kepada kebebasan logik akal (rasionaliti).

Implikasi logik ini menyebabkan yang hak akan kelihatan batil manakala yang batil akan dijadikan hak. Yang yakin akan dijadikan keraguan, dan yang ragu dijadikan keyakinan. Pandangan hidup Islam yang sangat mendasar seperti konsep Tuhan, al-Quran, kenabian, manusia, ilmu dan agama diperlihatkan keliru dan membingungkan.

Ideologi gerakan islib ini menggugat eksistensi syariat, mewacanakan dekonstruktif al-Quran serta melakukan upaya penafsiran evolutif sejalan dengan dinamika zaman tanpa melihat mana yang prinsip dan mana yang furu’.

Dalam masa yang sama, fahaman islib turut mengetengahkan teori evolusi agama. Evolusi agama ditulis oleh Karen Armstrong dalam bukunya yang bertajuk ‘A History of God’. Armstrong menyatakan tentang evolusi agama-agama samawi iaitu judaism dan kristian serta mengemukakan tentang evolusi agama Islam. Walhal, Islam telah lengkap dan tidak pernah berevolusi. Seandainya Islam melalui evolusi, sesungguhnya proses evolusi ini sangat bertentangan dengan firman ALLAH S.W.T dalam surah al-Maidah ayat 3 yang bermaksud

“Pada hari ini, AKU telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan AKU telah cukupkan nikmat-KU kepada kamu, dan AKU telah redhakan Islam itu menjadi agama kamu.”

Di antara tokoh-tokoh Islam Liberal ialah Fazlur Rahman, Mohammed Arkoun, Aminah Wadud, Nurcholish Madjid (Cak Nur), Abdul Rahman Wahid (Gus Dur), Fatimah Mernissi, Luthfie Syaukanie dan Ulil Absar Abdallah.

Suarajagat berhenti di sini buat sementara. Saya akan menyambung isu-isu ini lagi bagi menampakkan dengan jelas betapa NII KW9/ Dienul Haq / Maahad Al-Zaytun adalah salah satu gerakan islib.

Sehingga bertemu lagi dan selamat membaca.

 

6 responses to “ISLAM LIBERAL (Islib)

  1. Ahli Mesyuarat Tingkap

    24/04/2009 at 6:29 pm

    Salam…

    Terima kasih untuk penerangan saudara…

    Saya berharap blog saudara dapat membuka minda ribuan pemuda-pemudi kita yang taksub dengan Daulah Islamiah Nusantara ini dan selama ini membuat tafsiran Al Quran dengan menggunakan formula Hudan, Bainat, Furqan secara mantik.

     
  2. ctrahayu

    24/04/2009 at 9:55 pm

    amat menggerunkan kiter bkan, berapa ramai yang terpengaruh dgan ajaran ini, dengan menggunakan pendekatan yang begitu halus, akhirnya kiter terjebak n terpesong.. Nauzubillahiminzalik.. kiter jgan pandang remeh perkara ini kerana ianya melibatkan akidah….

     
    • suarajagat

      24/04/2009 at 10:09 pm

      ayu, kebanyakkan yg terlibat dikalangan cerdik pandai di negara kita..
      dlm kes NII pula, mostly yg join dlm linkungan 20-45 thn..
      dah beribu2 jumlah mereka ni…
      hati2 dan awasi perangkap mereka..ramai student IPTA, pekerja di bidang profesional dan kakitangan awam terlibat

       
  3. fajridil adha

    25/04/2009 at 6:51 pm

    ok. sudah di link blog ini.. tq n salam perkenalan.. ^_^

     
  4. Razibanna

    27/04/2009 at 8:31 am

    Salam.. Ana dah link kan.. Dahsyat2.. Ana minta izin Paparkan entri ni kat blog ana..

     
    • suarajagat

      27/04/2009 at 7:06 pm

      silakan razibanna..
      asalkan anda add kredit utk link ini. sebarkan lah kebenaran demi kebaikkan.

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: