RSS

E-Minda Kita : Forum Anti-Hadis?

27 May

Salam buat semua pembaca terutamanya follower suarajagat.

Sejak hampir 2 bulan yang lalu, ramai sahabat dan dan pelayar internet menyatakan tentang kewujudan forum yang diwujudkan oleh anak-anak muda yang terjerat dengan fahaman anti-hadis. Forum yang dimaksudkan ialah ‘e-mindakita.com’.

Saya sempat melayari forum tersebut beberapa kali. Melihat dari cara perbahasan pada tajuk-tajuk yang terdapat di emindakita, jelas menampakkan kebenaran dakwaan yang dibuat oleh sahabat-sahabat saya.

Soalnya..mengapa forum ini diwujudkan?

Saya yakin, forum ini diwujudkan oleh pihak-pihak tertentu bagi meluaskan fahaman dan pengaruh mereka.

Ajaran anti-hadis bukanlah satu isu baru dalam masyarakat. Antara tokoh yang hebat mewacanakan anti-hadis ialah Kassim Ahmad pada sekitar tahun 1980-an.

Saya memohon kepada pihak-pihak berwajib agar lebih agresif dalam memantau dan menangani permasalahan kefahaman Islam dalam masyarakat.

Kepada mereka yang terbabit dengan fahaman anti-hadis ini, kembalilah ke pangkal jalan. Jika anda membuat kajian terperinci, kalian pasti akan temui bahawa fahaman yang anda pegang itu sebenarnya adalah doktrin yang dibawa oleh orientalis barat untuk menyesatkan umat Islam.

Saya mohon perhatian semua pihak. Tanggungjawab berdakwah bukan hanya pada para ustaz dan jabatan agama sahaja, tetapi ia tanggungjawab kita bersama. Laksanakanlah, demi ALLAH dan Rasul-NYA.

 

11 responses to “E-Minda Kita : Forum Anti-Hadis?

  1. (",)

    27/05/2009 at 4:03 pm

    Perlu ke awak nak komen orang lain punya blog @ forum. Setiap blog @ forum ada purpose masing2. It’s up to them how to make their blog @ forum more interesting. Siapa kita nak komen. Macam blog awak sendiri pun cik suarajagat, mungkin awak rasa blog awak ni boleh diterima masyarakat, how bout people yang tak rasa macam tuh. Macam mana kalau saya masukkan url blog awak ni dalam blog saya n kata blog awak ni tak menarik n juz merapu-rapu, apa awak rasa? Saya bukan nak kata saya tak setuju dengan blog awak, saya pun selalu mengikuti semua maklumat dalam ni sbb saya pun tak pernah lagi berhadapan dengan diorang. Tapi the way awak menuduh blog orang lain tu saya kurang setuju laa… Saya pun ada tengok blog tu sikit2 forum tu n belum menyuluruh lagi… SO, saya rasa terpanggil utk beri komen cara awak mentafsir forum tersebut..

    Wallahualam…

     
    • suarajagat

      27/05/2009 at 8:47 pm

      kepada cik (“,) dan AGK, terima kasih atas komen kalian.

      benar sungguh kata2 cik (“,), setiap blog @ forum ada purpose masing2.
      oleh yang demikian, soalan saya apakah purpose e-mindakita.com mengetengahkan isu-isu berbentuk ingkarsunnah/anti-hadis tersebut?
      harap ramai yang akan jawab soalan ini.

      tidak menjadi masalah bagi saya anda jika ada yang menyatakan bahawa blog saya ini merapu. namun, buktikan apa yang merapunya?

      blog ini diwujudkan sebagai pemberi makluman, dan pastinya sebelum saya membuat posting,
      kajian terhadap sesuatu perkara itu dilakukan samada NII KW9, anti-hadis, ESQ, Islam Liberal dan lain2.
      persoalan, adakah masyarakat boleh terima atau tidak terletak pada kalian pembaca. kalau ada yang tidak boleh terima silalah memberi komen, pandangan dan pendapat.

      yang pasti blog ini adalah sebahagian dari perjuangan saya ‘kerana ALLAH, demi ALLAH dan untuk ALLAH’.
      terima kasih dan teruslah mengikuti blog ini.

       
    • ondastreet

      29/05/2009 at 1:07 pm

      Maaf,
      Saya rasa suarajagat menyuarakan pendapatnya berdasarkan apa yang telah dilihat dan dalam pengetahuannya.

      Baik awak, saya, mahupun sesiapa sahaja berhak menyuarakan pendapat, namun biarlah dalam keadaan beretika dan beradab.

      Mungkin, pada pendapat saya, adalah lebih elok jika saudara/i ke laman berkenaan, baca dan nilai sebelum saudara/i memberi komen di atas pendapat suarajagat.

      Mungkin, dengan saudara/i sudah membaca dan memahami apa yang tertulis di laman berkenaan, saudara/i dapat memberi input yang boleh difikirkan bersama.

      Biarlah kita berbeza pendapat, tetapi membawa kepada lebih banyak kebaikan. Bukankah begitu lebih baik?

      Wallahualam…

      ~ OnDaStreet

       
  2. AGK

    27/05/2009 at 4:40 pm

    Sy ada gak lawat forum e-mindakita.com tu. Sy setuju sgt jika pihak berkuasa mengkaji semula isi kandungannya dan mengambil tindakan sewajarnya jika terbukti menyeleweng.

    Dapat diperhatikan ia byk mempunyai ciri2 anti-hadith serta byk persamaan dengan pegangan Gerakan Pemuda Kahfi ni.

    Untuk cik (“,), klu cik rasa blog ni tidak menarik, cik blh la layari blog yg lbh menarik, kerana saya rasa tujuan blog ini bukannya sebagai hiburan, tetapi sebagai makluman. Dan sekiranya cik (“,) rasa blog ini terpesong, sila buat laporan kepada pihak yang berkenaan supaya tindakan diambil ke atas bro Suara Jagat kita ni. X perlu lah emotional.

     
  3. lombo

    29/05/2009 at 9:45 pm

    blog tu adalah blog untuk anti hadis…sebar pahaman anti kepada perawi..perlu pantauan daripada pihak berwajib…salam..

     
  4. tokpakir

    05/06/2009 at 3:08 pm

    ada jugak point2 dia orang yg patut di fikirkan . boleh di berforum tanpa sekatan .

     
    • SUARAJAGAT

      09/06/2009 at 9:36 am

      boleh tokpakir nyatakan point2 tersebut?

       
      • tokpakir

        09/06/2009 at 7:04 pm

        mereka mencabar minda agar berdebat dengan diri kita sendiri tentang kandungan al quran yg selama ini di pandang sepi . nilai lah diri kita kerana jarang yg berani melawan arus dlm hal sebegini . kenapa kita jadi takut dgn pengertian al quran. kalaupun terjemahan mereka ada cacat cela tapi itu mungkin permulaan bagi kita utk mengenali al quran yg hidup dan dapat mengajar erti sebenar kebenaran . itulah kitab yg dapat berkata2 tak macam berhala. di mana2 pasti ada kebaikan .

         
      • Albab

        02/07/2009 at 3:46 pm

        Al-Furqaan ayat ke-30. Berkatalah Rasul: “Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku menjadikan Al Quran itu sesuatu yang tidak diacuhkan.”

         
  5. SUARAJAGAT

    03/07/2009 at 7:51 pm

    pastinya ahli NII Wilayah Malaya dan anti-hadis lah yang mempermainkan ayat2 al-Quran itu.

     
  6. Serah diri sepenuhnya

    10/11/2009 at 12:00 am

    Anti-hadis? Hanya merujuk pada ayat-ayat Allah sahaja dikatakan anti-hadis
    Renungi Surah 4 ayat 87
    Allah: tidak ada tuhan selain Dia. Dia tentu sekali akan memanggil kamu semua pada Hari Kebangkitan – hari yang tidak dapat dielakkan lagi. Siapakah yang lebih benar ceritanya(hadis)selain dari Allah?
    Jangan ditipu hidup-hidup oleh Syaitan yang menyeru manusia supaya menyekutu Allah tanpa kita sedari. Kebanyakkan manusia jatuh pada keingkaran kerana EGO!!!

    Ingatlah apabila Musa berkata kepada kaumnya, “Wahai kaumku, kamu telah menzalimi diri diri kamu sendiri kerana menyembah anak lembu. Kamu bertaubatlah kepada Pencipta kamu dan hapuskanlah ego kamu. Itu adalah lebih baik bagi kamu disisi Pencipta kamu.” Dia pernah menerima taubat kamu, kerana Dialah Maha Penerima Taubat lagi yang Maha Penyayang ( 2:54)

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: