RSS

Cubaan Pemuda Kahfi melalui media massa

08 Jun

Petikan ini diambil dari Harian Metro, ruangan Ekspresi-Dangsetia pada 8 Jun 2009.

Walaupun tiada yang pelik pada orang ramai, tetapi sekiranya anda pernah mengikuti atau diajak untuk mengikuti Gerakan Pemuda Kahfi ini, pasti anda dapat mengenali yang tulisan ini dihantar oleh seorang umat NII.

Kembali pada al-Quran dan Sunnah

SOALAN

SAYA orang biasa dan ada juga buat kesilapan, tapi sekarang dapat bezakan antara yang hak (benar) dengan yang batil (salah). Jadi di sini saya nak kongsi ilmu yang saya dapat dengan semua orang yang hadapi masalah.

Sekarang memang banyak cerita panas yang kita dengar; masalah sosial, bunuh, rompak, rogol dan lain-lain. Sampai bila masalah ini nak berlarutan?

Saya sedih dengan apa yang berlaku, lebih-lebih lagi kerana ia terlalu banyak membabitkan umat Islam.

Kalau kita sekarang dah macam ini punya teruk, bagaimana masa akan datang? Sebenarnya mudah saja nak selesaikan masalah ini. Kita kembali pada al-Quran dan sunnah. Itu yang Rasulullah SAW tinggalkan pada kita semua.

Ini jelas melalu satu hadisnya: “Ku tinggalkan kepada kamu dua pusaka dan tak akan sesat atau buntu selamalamanya selagi kamu masih berpegang kepada kedua-duanya iaitu kitab Allah (al-Quran) dan sunnah Rasul-Nya.”

Kita lihat semula kehidupan kita. Semua kita pernah sesat jalan. Bagaimana perasaan bila sesat jalan? Namun ini sesat dalam kehidupan. Kalau dah sesat dalam hidup, macam mana mati nanti?

Lagi satu, cuba kita fikirkan kenapa Allah hidupkan kita manusia di muka bumi? Kalau dilihat surah 23 Al Mu’minuun ayat yang ke 115 yang bermaksud: “Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya kami menciptakan kamu secara main-main saja dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?”

Dalam ayat ini Allah tanya adakah Allah cipta kita untuk main-main? Suka-suka buat kerosakan di muka bumi ini? Sebab apa Allah cipta kita? Jawapannya, kita lihat pula surah 51 Adz Dzaariyaat ayat 56 yang bermaksud: “Dan tidak Ku ciptakan jin dan manusia melainkan hanya untuk menyembah Allah.”

Jadi kita dicipta supaya menyembah Allah atau beribadah. Jadi kita kena beribadah pada Allah. Kalau ditanya apa maksud ibadah? Ibadah itu maksudnya amar makruf nahi mungkar.

Masalahnya, sekarang ramai orang menganggap remeh mengenai al-Quran, sedangkan itulah petunjuk kita.

Jadi sama-samalah kita renungkan dan memikirkan untuk masa akan datang.

AHMAD

JAWAPAN

Terima kasih di atas pandangan saudara. Apa yang saudara katakan benar dan tepat sekali. Jika semua umat Islam berfikiran seperti saudara, alangkah indah dan murninya dunia serta kehidupan ini.

Bagaimanapun, hakikatnya tidak begitu. Ia sama seperti yang saudara katakan iaitu masalahnya “ramai orang memandang remeh mengenai al-Quran” dan juga sunnah Rasulullah SAW.

Ramai yang bukan saja tak amalkan, malah tak tahu baca al-Quran. Ada yang tahu baca, tapi tak tahu maknanya dan ada yang baca serta tahu maknanya, tapi tak amalkan.

Itulah realiti kehidupan sekarang, namun nasihat daripada Dang Setia ialah kita tidak boleh kecewa dan berputus asa.

Sebagaimana dinyatakan di dalam al-Quran dalam surah al-Asr, semua di kalangan kita umat Islam yang ada ilmu biarpun sedikit wajib pesan memesan (dalam erti kata lain berdakwah) dengan penuh kebenaran dan kesabaran.

Itulah yang cuba Dang Setua lakukan dan begitu juga saudara. Tiada di kalangan kita yang sempurna serta hebat ilmunya, namun kita tidak perlu menjadi orang yang sempurna ilmu baru nak berdakwah.

Berbekalkan sedikit ilmu yang ada, asal saja ia benar, sampaikan ilmu itu kepada keluarga, sahabat handai dan orang di sekeliling kita.

Insya-Allah, jika kita bersungguh-sungguh, usaha kita yang sedikit dan tidak seberapa ini akan memberi kesan yang sungguh besar kepada kesejahteraan Islam.

 

15 responses to “Cubaan Pemuda Kahfi melalui media massa

  1. Cerita Panas Dewasa

    08/06/2009 at 1:16 pm

    Info yang menarik, makasih banyak….

     
  2. AGK

    09/06/2009 at 3:28 pm

    Saya juga yakin yang ekpresi ini di tulis oleh seorang pengikut Gerakan Pemuda Kahfi.

    Isi2 surat ni standard apa yang diorg gunakan ketika berjumpa dgn prospek baru untuk diajak mengikuti kelas tafsir Al Quran.

     
  3. Cerita Panas Dewasa

    22/06/2009 at 12:30 am

    Info yang menarik, makasih ya…🙂

     
  4. Albab

    02/07/2009 at 4:53 pm

    Tajuk :
    Al-quran Al-karim
    Hadith :
    Katanya: Ingatlah! Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: ” Awaslah! Sesungguhnya akn berlaku kekacauan dan bala bencana yang besar”. Aku bertanya: ” Apakah caranya untuk menyelamatkan diri dari bencana itu, Ya Rasulullah?” Baginda menjawab: ” (Caranya ialah berpegang teguh kepada ajaran) kitab Allah, ia mengandungi kisah-kisah perihal umat-umat yang terdahulu dari kamu, dan berita perkara-perkara yang akan datang sesudah kamu, serta hukum-hukum mengenai apa yang berlaku di antara kamu; (kitab Allah al-Quran) dialah yang menjadi pemutus (antara yang benar dengan yang salah), bukan keterangan yang olok-olok; sesiapa jua dari golongan yang sombong angkuh, meninggalkannya (dengan tidak menurut hukumnya): akan dibinasakan oleh Allah, dan sesiapa yang mencari pertunjuk dari yang lainnya – akan disesatkan oleh Allah; al-Quran ialah tali Allah yang teguh kukuh, dan dialah pengajaran yang menjadi ikutan, dan dialah juga As-Siratul Mustaqim (jalan yang lurus). Dialah kitab yang dengan sebab berpegang teguh kepada ajarannya, hawa nafsu seseorang tidak akan menyeleweng atau terpesong; dan dialah kitab yang kalimah-kalimahnya tidak akan bercampur aduk atau berkesamaran dengan kata-kata makhluk; dan alim ulama pula tidak merasa puas daripada mengkaji isi kandungannya; (demikian juga) keindahan, kemanisan dan kelazatan membacanya tidak akan susut atau hilang, meskipun ia dibaca dengan berulang-ulang; dan kandungannya yang menakjubkan, tidak berkesudahan. Dialah kitab yang menjadikan sekumpulan jin semasa mendengarnya tidak tertahan hati menerimanya sehingga mereka memujinya dengan berkata: “Sesungguhnya kami mendengar bacaan al-Quran yang menakjubkan, yang memimpin ke jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya.” (Demikian juga) sesiapa yang memperkatakannya; dan sesiapa yang beramal dengan ajarannya, diberikan pahala; dan sesiapa yang membuat keputusan berdasarkan hukum-hukumnya, adillah keputusannya; dan sesiapa yang berdakwah supaya orang ramai menurut ajaran-ajarannya, sudah tentu ia (dan mereka) beroleh hidayah pertunjuk ke jalan yang lurus.”

    Ali r.a

     
  5. jagat suara

    11/08/2009 at 11:17 am

    salah satu cara suarajagat hendak memadamkan cahaya allah..

     
    • gurlz-gurlz

      12/08/2009 at 11:14 am

      btl3x…upin..hehehe

       
      • Islamselamanya

        12/08/2009 at 11:55 am

        Mestilah betul sbb u all pun guna step yang sama. Pastu timbulkan keraguan dan ajak gi kelas u all. Mentafsir ikut suka hati je, asalkan kena dengan mereka dan hajat mereka pun tertunai.

         
      • hehe

        15/08/2009 at 4:10 am

        Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al-Quran untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran?

         
  6. bekasstudent

    13/11/2009 at 10:16 pm

    confirm dia ni ahli NII. Depa ni asyik ulang ayat2 yg sama ja.. Hadis plak x pakai langsung. Klu pakai pun satu hadis ja iaitu hadis rasullah sebelum wafat tu.. Depa ni tujuan depa baik tapi cara depa tu x betui. Yang heran tu, student yang baru belajar beberapa bulan dah boleh nak tarbiah org tu.. nasib baik aku keluar awal..

     
  7. batu api

    16/11/2009 at 8:35 pm

    ko bongok kuar tggu la dulu nk siasat pun men sangka2 je…

     
  8. nice_dragon

    14/03/2010 at 4:44 pm

    sudah la…gado-gado jer!
    korang semua nak tegakkan Islamkan!
    Tegakkan dengan cara yang korang percaya!
    Bukan NII jer nak buat negara Islam banyak lagi spt PAS, Hizbut Tahrir dan lain-lain gerakan Islam, kebanyakkanya diCOP sesat kenapa? sebab pemahaman yang dimasukkan oleh Israil semasa dalam pelajaran dan kehidupan…jadi lu orang pikir la sendiri
    Siapa yang berjaya mendirikan Negara Islam Secara 100% kita tunduk berbaiah dengan negara itu

     
    • suarajagat

      15/03/2010 at 8:39 am

      nice_dragon..
      Demi ALLAH dan Rasul-NYA, Nabi Muhammad s.a.w,
      saya tidak akan sekali-kali tunduk dibawah sebuah ajaran sesat seperti NII.
      Apakah layak untuk NII diiktiraf sebagai sebuah negara Islam, sedangkan ajarannya jelas mensyirikkan ALLAH s.w.t?
      Terminologi ‘Negara Islam’ yang disebut oleh NII hanya retorik yang menjadi topeng bagi menutup penyelewengan akidah yang mereka lakukan.

       
  9. Norman

    04/06/2010 at 11:31 pm

    Suarajagat, a.w.w. Jangan takut menghadapi anasir-anasir perosak agama itu. Insya-Allah, Allah Azawajalla akan bersama anda kerana sesungguhnya Kitab Suci Al-Quran itu adalah mukjizat Rasulullah. Hanya org yg buta hati sahaja akan pinggirkan Penghulu Segala Nabi yg Kitab Suci itu

     
  10. Norman

    04/06/2010 at 11:32 pm

    Suarajagat, a.w.w. Jangan takut menghadapi anasir-anasir perosak agama itu dan golongan yg bersimpati dgn mereka. Insya-Allah, Allah Azawajalla akan bersama anda kerana sesungguhnya Kitab Suci Al-Quran itu adalah mukjizat Rasulullah. Hanya org yg buta hati sahaja akan pinggirkan Penghulu Segala Nabi yg Kitab Suci itu diturunkan untuk Baginda sampaikan kepada semua insa sebagai Khatamun Nabwah. Salam ukihwah.

     
    • suarajagat

      05/06/2010 at 1:13 am

      wa’alaikumussalam w.w.
      Terima kasih saudara Norman…komen anda menjadi perangsang/motivasi utk saya teruskan usaha ini.

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: