RSS

PAS vs SIS : Dari Cerminan Suarajagat

11 Jun

Saya terpanggil membicarakan isu ini. Isu tentang Sister in Islam (SIS) bukanlah suatu perkara yang baru. Malah SIS merupakan salah satu pembawa agenda liberal yang wujud secara sah di negara ini. SIS membawa Islam liberal melalui feminisme, kononnya untuk menegakkan hak kaum wanita. Malangnya, disebalik hak yang diperjuangkan itu terlalu banyak perkara yang bercanggah dengan hukum syariat Islam.

Pertama sekali, saya amat menyokong pandangan bahawa SIS patut diharamkan. Terlalu banyak pandangan SIS yang melampaui syariat Islam. Apakah atas nama keadilan hak, lalu batasan syariat terus dilanggar?

Namun yang paling menghairankan saya ialah apabila membaca kata-kata Dr. Lo’Lo’ tentang hal ini di akhbar The Star tempoh hari.

Soalnya, adakah beliau tidak bersetuju dengan cadangan tersebut kerana beliau juga seorang wanita?

atau persoalan yang lebih penting, adakah fahaman liberal semakin mencorak PAS pada hari ini?

Saya bukanlah seorang ahli UMNO atau PAS apatah lagi KeADILan. Saya hanya seorang yang bersuara demi Islam. Oleh yang demikian saya amat berharap agar suara Dewan Ulama lebih dominan dalam hal berkaitan.

Tulisan Faisal Tehrani berhubung isu ini turut menarik minat saya.

 

14 responses to “PAS vs SIS : Dari Cerminan Suarajagat

  1. ibnuabas

    12/06/2009 at 3:09 pm

    “Namun yang paling menghairankan saya ialah apabila membaca kata-kata Dr. Lo’Lo’ tentang hal ini di akhbar The Star tempoh hari.”

    Boleh bagi link?

     
  2. ibnuabas

    12/06/2009 at 9:17 pm

    “She said PAS should educate people instead of just preaching about what is right and wrong.”

    Daripada apa yang saya faham dia bukan lah tidak bersetuju bahawa SIS tu menyimpang dari segi aqidah. Cuma berbeza pendapat tentang pendekatan sahaja. Jadi tidak timbul soal beliau tidak bersetuju atau berfahaman liberal.

    Islam agama hujah, maka berhujah lah dengan mereka yang tak faham Islam tu. Saya kira itulah yang dia maksudkan dengan mendidik mereka, bukan dengan mengharamkannya.

     
    • SUARAJAGAT

      12/06/2009 at 9:25 pm

      Ya, benar. Saya juga tidak melabelkan beliau seorang tokoh Islam Liberal.
      Namun, seandainya anda mengikuti isu2 Islib dan mengetahui jarum2nya di Malaysia dan Indonesia,
      saya yakin anda akan memahami apa yang saya sampaikan dan melihat pentingnya SIS diharamkan.

       
  3. FJ

    17/06/2009 at 5:14 pm

    Setuju SIS diharamkan!

     
    • SUARAJAGAT

      18/06/2009 at 9:19 pm

      terima kasih buat FJ..

       
  4. tokpakir

    17/06/2009 at 6:46 pm

    perangai manusia, semakin di hukum semakin menjadi-jadi . kadang2 kita pun kena cermin diri kita jugak kerana pasti ada salah silap kita kalau tidak masakan mereka bersuara . adakah besar sangat dosanya kalau mereka kata tutup rambut tu bukan hukum islam .

     
    • SUARAJAGAT

      17/06/2009 at 6:53 pm

      pendirian tokpakir, adakah menutup rambut itu hukum Islam atau tidak?

       
  5. tokpakir

    18/06/2009 at 1:50 pm

    tak

     
    • SUARAJAGAT

      18/06/2009 at 9:16 pm

      membaca blog tokpakir, buat saya tertanya..
      apakah pegangan anda sebenarnya?
      ahlisunnahwaljamaah atau islib?

       
  6. tokpakir

    18/06/2009 at 9:39 pm

    entahlah banyak sangat fikrah .. lepas ni sahabat tanya pulak parti apa .. manhaj mana ..

     
    • SUARAJAGAT

      19/06/2009 at 6:53 pm

      ttg persoalan parti tu tak mungkin saya tanya.. kalau isu2 semasa mungkin la..
      apapun, walau banyak fikrah, kita mestilah pastikan pendirian kita. kalau nak kira persoalan banyak, agama pun banyak juga.
      kalau dalam hal memilih isteri, suami atau membeli kereta kita bleh memilih yang mana kita hendak.. inikan pula dalam soal pegangan hidup.
      selamat ber-blogging & teruskan membaca..

       
  7. Hamba Yang Bingung

    11/08/2009 at 8:39 pm

    SIS tu apa matlamat dia? Diorang nak jadi imam ke? Women Right ke? Feminist ke? Amboi macam macam la skang ni… poning den….

     
    • SUARAJAGAT

      12/08/2009 at 8:02 am

      SIS adalah NGO yang membawa fahaman Islam Liberal.

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: