RSS

‘SIS bercanggah Islam’

12 Jun

KUALA LUMPUR: Pas tetap menganggap Sisters In Islam (SIS) sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) bukan Islam kerana mendakwa banyak pandangan pertubuhan itu bercanggah dengan agama itu, selain menyalah guna nama Islam.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pihaknya pernah mengadakan perbincangan dengan kepemimpinan SIS untuk memperbetulkan pandangan mereka mengenai Islam.

“Pas pernah menghantar wakil, Dr Siti Mariah Mahmud (Ahli Parlimen Kota Raja) untuk menghadiri majlis dianjurkan SIS dan beliau turut menegur pandangan ahli SIS yang bercanggah dengan Islam,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Jawatankuasa Pas Pusat, di sini, semalam.

Muktamar Pas minggu lalu menerima usul untuk mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan menyiasat SIS dan mengharamkan pertubuhan itu jika terbukti bertentangan dengan syariat Islam.

Usul agama itu yang dikemukakan Pas Shah Alam dibuat selepas menyedari aliran dan pandangan SIS boleh mengelirukan rakyat dan mengancam akidah umat Islam.

Usul itu mengundang pelbagai persepsi daripada masyarakat termasuk Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang kelmarin menyertai kira-kira 322 NGO dan individu membantah gesaan Pas supaya SIS diharamkan.

*Petikan dari Berita Harian

Pesanan Suarajagat : ini adalah isu agama yang memerlukan tindakan tegas para ulama yang berpegang teguh kepada ajaran Islam. Usahlah hal ini dipolitikkan oleh mana-mana pihak. Dan jangan pula mencari populariti dengan menangguk di air keruh @ mengeruhkan hal yang sebenarnya jernih.

Kalau tidak mempunyai kefahaman Islam yang jelas lagi jitu, lebih baik anda berdiam diri. Jangan menjadi pemusnah & perosak agama.

Pastinya, tidak kira sama ada individu dalam PAS, UMNO lebih lagi KeADILan serta NGO yang menentang usul tersebut sebenarnya telah terdedah kepada fahaman liberal.

Sokongan pihak non-muslim terhadap SIS menampakkan lagi agenda tersembunyi golongan liberalis. Tindakan segelintir tokoh bukan Islam membicarakan isu ini adalah keterlaluan.

SIS MESTI DIHARAMKAN!!!


 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: