RSS

1Malaysia, Negara Perpaduan dan 1 Sekolah Untuk Semua

18 Jun

Mutakhir ini kita melihat hal-hal yang terkandung di atas hangat di bicarakan. Sebagai sebuah negara yang bermasyarakat majmuk, kita tidak dapat lari dari isu-isu racial yang cuba dibangkitkan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.

Hal perpaduan bangsa bukanlah suatu perkara baru. Sejak zaman Rasulullah s.a.w lagi hal ini amat ditekankan. Kerana itulah, Sahifah Madinah (Piagam Madinah) menetapkan bukan sahaja hal-hal berkaitan penyatuan antara kaum Muhajirin & Ansar, tetapi turut menitikberatkan hal berkaitan cara hidup di antara masyarakat Islam & bukan Islam.

Antaranya, terkandung dalam Piagam Madinah bahawa sekiranya kota Madinah diserang, seluruh penduduk Madinah hendaklah sama-sama mempertahankan negara mereka tanpa mengira keturunan dan kabilah.

Saya melihat kewujudan 1 sekolah untuk semua sebagai satu jalan baru bagi mencapai perpaduan masyarakat Malaysia yang benar-benar utuh lagi konkrit. Hasilnya tidak mungkin dapat dilihat dalam tempoh singkat. Ia pasti mengambil masa sekitar 10-15 tahun. Satu perancangan jangka panjang demi kesejahteraan negara.

Kalau hendak melentur buluh, mestilah dari rebungnya. Inilah pepatah yang perlu kita renungi dan menjadi asas kepada kefahaman kita dalam isu 1 sekolah untuk semua. Mulakanlah dari peringkat yang paling asas, dari daun yang masih pucuk dan hijau.

Pelaksanaan ini bukan sekadar untuk kita hari ini, tetapi lebih penting lagi untuk generasi akan datang.

Saya sertakan di sini sebahagian dari filem Remember The Titans untuk tatapan anda semua. Semoga kita dapat memahami sesuatu dari kisah benar ini.

REMEMBER THE TITANS

layari juga blog yang menarik minat bacaan saya :  ondastreet


 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: