RSS

Perpaduan kaum dalam 1 sekolah untuk semua

23 Jun

sss_final1-v21

Salam buat semua pembaca.

Seperti biasa, saya luangkan sedikit masa minum teh tarik di kedai mamak tak jauh dari rumah. Di meja sebelah, duduk beberapa org lelaki. 2 orang melayu, 1 berbangsa india manakala yang seorang lagi berbangsa cina. Sambil mencuil roti canai, saya terdengar juga perbualan mereka. Mungkin sahaja tentang persatuan pengusaha teksi di sekitar bandaraya.

Apa yang menarik dan membuat saya tersenyum ialah melihat kemesraan mereka berbual, duduk bersama berbincang, berborak dan ketawa. Alangkah harmoninya Malaysia dengan kepelbagaian wajah etnik namun masih mampu hidup bersama atas nama bangsa malaysia. Lantas terfikir juga saya, mengapa mesti ada yang cuba mencemarkan keharmonian ini?

Andai yang cuba mencemarkan keharmonian ini seorang Melayu apatah lagi beragama Islam, saya amat malu melihatnya. Andai yang mencemar pula berbangsa Cina atau India, nasihat saya agar kalian fikirkan mengapa masyarakat cina dan india dahulu menuntut untuk menjadi sebahagian dari rakyat Malaysia dan mengapa enggan pulang ke tanah asal?

Seharusnya, kita menghormati hak sesama kita dan segala usaha ke arah persefahaman hendaklah diusahakan secara bersama. Tidak sepatutnya ada yang cuba menjadi pencetus kepada permusuhan. Oleh yang demikian, mengapa tidak usaha murni 1 Sekolah untuk Semua(SSUS) dilihat sebagai langkah cergas ke arah memantapkan hubungan antara kita? Semoga dengan SSUS generasi akan datang lebih memahami betapa pentingnya bekerjasama demi kebaikkan bersama.

Kalau Lini,Tuck dan Ming Ming (Wonderpets) boleh bekerjasama, mengapa tidak kita?

“Kami tak besar, dan kami tak kuat, bila bekerjasama semua jadi mudah..”

Berikut, saya tinggalkan sketsa upin dan ipin untuk tontonan bersama. Renung-renungkan dan selamat beramal..

 

17 responses to “Perpaduan kaum dalam 1 sekolah untuk semua

  1. tokpakir

    23/06/2009 at 4:35 pm

    nampaknya sahabat sendiri pun dah mula liberal .. massuyuk kot

     
    • SUARAJAGAT

      23/06/2009 at 7:19 pm

      saya tersenyum membaca komen tokpakir. satu komen yang sudah saya duga sejak sebelum menulis ttg SSUS ini.
      untuk pengetahuan anda dan pembaca sekalian, SSUS bukanlah bermaksud liberalisasi agama yang membawa kepada Islam liberal & pluralisme.
      SSUS adalah satu gagasan dan pandangan yang menyatakan tentang satu method dalam membentuk perpaduan kaum di Malaysia agar masyarakat di negara ini dapat hidup dalam keadaan yang lebih harmoni dan bersatu padu dalam membina sebuah negara.

      Gagasan SSUS sekadar meminta agar sekolah vernakular @ sekolah2 jenis kebangsaan (SRJK & SJK) ditiadakan dan pelajar berbilang bangsa bersekolah di sekolah kebangsaan (SK,SRK,SMK).
      Ia bukanlah idea ke arah Islam liberal kerana :-

      1) SSUS tidak menyentuh & tidak menuntut supaya sekolah agama rakyat, SMA, SMKA dan maahad-maahad tahfiz ditutup.

      2) SSUS tidak meminta dihapuskan sistem pendidikan Islam & mata pelajaran Agama Islam di sekolah-sekolah.

      3) SSUS tidak meminta pihak kementerian pelajaran untuk membina tempat-tempat peribadatan agama lain di sekolah kebangsaan.

      Tiada yang masyuk saudara, kerana saya tidak pernah di bayar untuk setiap yang ditulis di blog ini.

      Perpaduan kaum yang saya tekankan tidak sekali-kali ke arah Islam liberal. Saya bercakap tentang perpaduan ke arah kemakmuran sebagaimana adanya perjanjian setia di antara masyarakat Islam dan bukan Islam di Madinah menerusi Piagam Madinah dan perjanjian setia pelbagai kabilah arab dengan Baginda Rasulullah s.a.w contohnya kabilah bani Huzaah.

      Kalaulah ada cita-cita membawa Islam Liberal melalui SSUS ini, usahlah risau kerana saya pasti akan menentangnya.

      seandainya anda berminat membincangkan isu SSUS ini, saya cadangkan anda berbicara & bertukar buah fikiran di blog Ondastreet .

      terima kasih tok pakir..

       
    • ondastreet

      23/06/2009 at 7:59 pm

      assalamualaikum buat suarajagat dan pembaca blog ini,

      saudara tokpakir,
      saya rasa saudara mungkin memandang dari perspektif yang berbeza. Saya akui, kebanyakan artikel blog ini berkaitan dengan isu agama Islam di Malaysia secara khususnya.

      Namun, apa yang ternukil kali ini adalah cebisan pengamatan saudara suarajagat, dan mengaitkannya dengan idea SSUS ini. Ini dari apa yang saya baca, dan saya tidak nampak kaitan Islam Liberal dan perpaduan rakyat Malaysia. (kerana, selama ini suarajagat menyentuh tentang Islam Liberal. Kalau disalah tafsir, maafkan saya)

      Boleh saudara tokpakir huraikan, bagaimana saudara boleh kaitkan SSUS ini dengan anggapan suarajagat ini sudah menjadi liberal? Boleh saudara kongskikan bersama apa pandangan saudara tentang Liberal mengkiut tafsiran saudara dan idea SSUS ini?

      Terima kasih.

      ~ OnDaStreet

      p/s: dah tersebut nama, maka muncul lah saya di sini..hehehe

       
  2. tokpakir

    24/06/2009 at 12:33 am

    mungkin bagi saudara SJKB berbedha dengan sekolah ugama SMA walhal dari banyak segi adalah sama konsepnya . bagi mereka bangsa adalah juga agama tidak seperti kita yg membedhakan antara keduanya . sebab itu mereka tak ada masalah dalam pendidikan .. kita yg bermasalah ..

     
    • ondastreet

      24/06/2009 at 9:06 am

      “bagi mereka bangsa adalah juga agama tidak seperti kita yg membedhakan antara keduanya”

      Ya, agama dan bangsa berbeza. Agama itu lebih luas konteksnya daripada bangsa dan agama itu bukan milik khusus sesuatu bangsa, kaum mahupun etnik.

      Apa yg dianjurkan dalam SSUS tidak menyentuh isu agama seseorang itu. Yang disentuh adalah medium komunikasi dan perantaraan didalam kelas dan menggunakan kurikulum yang sama.

      Setahu saya, sekolah agama menggunakan kurikulum pendidikan kebangsaan dan menggunakan bahasa Malaysia sebagai medium perantaraan utama. Dan sudah tentu, jika subjek itu perlu diajar bukan dalam bahasa Malaysia, tiada isunya.

      Kerana itulah, pada saya, tidak timbul isu untuk SMA.

      Cuba saudara tokpakir baca balik betul-betul. Bahagian mana yang mempersoalkan pendidikan agama dan perpaduan? Sedangkan Islam menggalakakkan perpaduan ummah, apakah SSUS bukan satu “alat” untuk menyatukan rakyat Malaysia?

      ~ OnDaStreet

       
  3. tokpakir

    24/06/2009 at 1:56 pm

    demo pun dah kata bangsa dan agama tu berbedha skop dia . sebetulnya ilmu itu datang dari ugama bukan selainnya jadi tiada pemisahan di sisni . apakah memperjuangkan agama dan bangsa itu jugak berbedha bagi demo . hanya kita yg mencipta sekolah kebangsaan kerana beranggapan ilmu itu datang dari dimensi yg lain bukan agama. yg ni kena betul dulu baru org ikut kita, buat apa mereka nak ikut kalau sestem kita terbelakang dari mereka . keluaran akedemik mereka lebih baik so mengapa mereka nak ubah .

     
    • ondastreet

      24/06/2009 at 2:33 pm

      betul, bagi umat islam, segala ilmu datang daripada Allah.

      Akan tetapi, dalam nak mengaplikasikan perkongsian ilmu berasaskan kepercayaan Islam itu, dengan kita bukan hidup di zaman kegemilangan Islam, agak sukar.

      Mudah untuk kita kata sistem, tetapi sistem yang bagaimana? penggunaan bahasa apa? apa isi kandungannya?

      Pertamanya, kita kena tengok komposisi penduduk dan anutannya. Bukan semua Islam. Bagaimana dengan mereka yang bukan Islam? Nak mintak mereka gunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa perantaraan pun agak sukar, inikan pula subjeknya berteraskan Islam. Kalau semudah yang dikata, saya rasa tiada Sekolah Kebangsaan yang mendapat sambutan di Kelantan (kerana PAS perjuangkan Islam).

      Keduanya, apakah bahasa perantaraan saudara tokpakir cadangkan kita guna bahasa apa untuk SEMUA rakyat Malaysia dalam menuntut ilmu yang asas?

      Ketiganya, sumber ilmu itu. Apa bahasanya? Jika bukan bahasa yang kita biasa gunakan, siapa yang boleh terjemahkan dengan betul? Berapa banyak sumber yang telah diterjemahkan? Dan ini berbalik kepada faktor kedua – bahasa yang digunakan. Dari bahasa apa nak ditafsir ke bahasa apa?

      Keempat – Islam itu lebih luas dari Arab. Dan penyebaran Islam bukan sekadar melalui bahasa Arab. Saya percaya, kebanyakan umat Islam di Malaysia ini mempelajari Islam melalui Bahasa Malaysia. Jangan sempitkan penyebaran ilmu semata ke bahasa Arab.

      Ini antara aspek-aspek yang perlu dilihat.

      SSUS yang saya lihat menyediakan platform untuk SEMUA rakyat Malaysia untuk mendapat asas pendidikan yang sama dan medium untuk menyatukan rakyat biarpun di kemudian hari, kita mengambil pengajian berbeza.

      Jika mahu terus dengan pengajian Islam, silakan. Jika mahu ke arah lain, juga dipersilakan.

      Yang penting, asas perpaduan dapat dipupuk sejak kecil. Itu yang saya nampak dalam SSUS.

      Kita hidup di dalam masyarakat majmuk dan berbilang agama. Sebagaimana kita mahukan Islam diajar, saya pasti agama lain juga mahukan penganut mereka diberi peluang yang sama.

      Saya cadangkan saudara tokpakir pergi laman blog http://deminegara.blogspot.com untuk membaca tentang SSUS sebelum saudara pergi lagi jauh berbicara. Saudara nak baca di blog saya pun, boleh sahaja.

      Dan saudara, kita percaya ilmu datang dari Allah, tetapi anutan lain juga punya kepercayaan mereka. Dan untuk berdialog, bukan serbu tembok tak pakai helmet. Kena betul caranya dan berhikmah.

      Wassalam.

      ~ OnDaStreet

       
  4. ondastreet

    24/06/2009 at 6:40 pm

    setelah dibaca semula komen tokpakir, saya mendapati saudara tokpakir seolah tidak faham komen balas saya pada pukul 9 pagi tadi.

    Kerana itu, saya menganggap saudara berhujah dari konteks aplikasi ilmu dari sudut Islam.

    Apa yang boleh saya katakan sekali lagi, SMA masih menggunakan bahasa Malaysia sebagai medium perantaraan dan silibus pendidikan kebangsaan dan ditambah dengan beberapa subjek bersesuaian dengan pendidikan agama Islam. Tetapi, bagi SJK, mereka tidak menggunakan bahasa Malaysia sebagai medium perantaraan utama.

    SSUS menggalakkan satu sekolah dimana anak-anak kita berupaya untuk bercampur tanpa kekangan kefahaman bahasa. Biar mereka bercampur dari kecil dan memupuk semangat perpaduan dan ukhwah dari kecil.

    Jika saudara rasa SMA sama dengan SJK, tunjukkan dimanakah persamaannya?

    ~ OnDaStreet

     
  5. SUARAJAGAT

    24/06/2009 at 7:52 pm

    salam buat semua..
    wah…hangat juga perbincangan di sini.

    PERTAMA
    tok pakir telah menulis “mungkin bagi saudara SJKB berbedha dengan sekolah ugama SMA walhal dari banyak segi adalah sama konsepnya.”

    suarajagat :
    Boleh nyatakan apakah hal2 yang banyak persamaan itu?

    KEDUA
    anda juga menulis “hanya kita yg mencipta sekolah kebangsaan kerana beranggapan ilmu itu datang dari dimensi yg lain bukan agama.”

    suarajagat :
    Sekolah kebangsaan diwujudkan untuk integrasi kaum.

    ilmu tidak datang daripada agama, tetapi datang dari ALLAH. Kerana itu, semua ilmu milik ALLAH.
    jika kita mengatakan ilmu datang daripada agama, mengapa Rasulullah mengadaptasi pembinaan parit sebagai kubu kota Madinah semasa perang Khandaq?
    Walhal ilmu perang ini di ambil dari taktik peperangan masyarakat parsi.

    Oleh itu saya mengatakan semua yang baik datangnya dari ALLAH s.w.t.

    KETIGA
    Boleh saya tahu Tokpakir dahulu bersekolah di mana..di SJK,di SRK/SMK atau di SMA?

    Kerana jika cadangan mengekalkan sekolah kebangsaan dan menutup SJK ini di anggap liberal dan sekiranya anda dahulu bersekolah di SMK, apakah guru-guru anda telah mendidik anda dgn fahaman liberal semasa bersekolah dahulu?

    lalu, dalam konteks yang lebih luas, adakah semua institusi pengajian tinggi di Malaysia ini berfahaman liberal?

    Jika demikian, apakah mesti semua pelajar Melayu Islam hanya menuntut di UIA, KUIS, KISDAR dan institusi pendidikan Islam sahaja manakala UNIMAS, UMS, UKM, UTM, UM, UUM dan USM adalah untuk masyarakat bukan Islam?

    Suarajagat melihat SSUS sebagai jalan untuk membentuk perpaduan antara kaum dan tidak menyentuh soal agama.
    SSUS juga tidak pernah menyentuh tentang pendidikan Islam di negara ini.

    bani Huzaah yang bukan beragama Islam mempunyai hubungan baik dengan Rasulullah.
    mari kita belajar dari Rasulullah s.a.w, Baginda menyatukan pelbagai kabilah (termasuk yang bukan Islam) dalam negara Madinah tetapi tidak sekalipun mengorbankan kepentingan agama.

     
  6. tokpakir

    24/06/2009 at 10:42 pm

    Suarajagat melihat SSUS sebagai jalan untuk membentuk perpaduan antara kaum dan tidak menyentuh soal agama.
    SSUS juga tidak pernah menyentuh tentang pendidikan Islam di negara ini

    pertamanya kita kena tunjukan bahawa sestem kita adalah lebih baik dari mereka . rasulullah dapat menyatukan pelbagai kabilah sebab sestem yg di terapkan pada masa itu adalah yg terbaik dari segenap segi dan bukan dgn paksaan bahkan di perakuai terbaik.bahkan kalaulah SMA itu dpt menunjjukkan prestasi terbaik bukan mustahil mereka akan ke sekolah SMA . mereka tidak memisahkan ugama sebagaimana kita yg meletakkan ugama di tempat tertentu .

     
    • SUARAJAGAT

      25/06/2009 at 8:22 am

      ulasan yang menarik..walaupun anda tidak menjawab soalan saya. its ok..

      jika seperti yang anda katakan
      “bahkan kalaulah SMA itu dpt menunjjukkan prestasi terbaik bukan mustahil mereka akan ke sekolah SMA.”

      tidakkah ia kelihatan liberal dan pluralis jika mereka yang beragama Hindu, Buddha, Kristian dan Confusius bersekolah di sekolah menengah agama (SMA) yang merupakan sekolah berfokuskan berpendidikan Islam?

      pasti ramai ibu bapa di kalangan mereka yang akan menentang jika anak mereka ke SMA.

      namun sekiranya SK/SRK/SMK yang menunjukkan prestasi terbaik, sistem pendidikan kebangsaan dan segala subjek mata pelajaran is up to date dgn prasarana/logistic yang baik maka tak mustahil SSUS akan berjaya. Harus di ingat subjek pendidikan Islam di SK/SRK/SMK di ajar pada pelajar Islam sahaja manakala yang bukan Islam mempelajari subjek moral.
      kerana itu tidak timbul soal liberal apatah lagi pluralis

      Kekalkan SMA untuk pelajar-pelajar Islam di samping terus meningkatkan prestasi, sistem dan prasarananya.

      tok pakir juga menyebut
      “mereka tidak memisahkan ugama sebagaimana kita yg meletakkan ugama di tempat tertentu.”

      Benarkah begitu?
      Jadi mengapa bila sahaja anak-anak mereka memeluk Islam, kebanyakkannya dibuang dari keluarga atau di anggap oleh mereka telah masuk melayu?

      Malah di negara China, jika ada ahli keluarga yang memeluk Islam, individu tersebut di anggap telah keluar dari keturunan mereka dan menjadi puak Han.

      Bukankah Islam yang sebenarnya tidak memisahkan agama dgn kehidupan, dan cara hidup. kerana itu adanya ilmu muamalah dalam Islam.

      Yang penting pada hari ini ialah membina kefahaman yang jitu dikalangan umat Islam malaysia agar dpt benar2 menintepretasikan seruan Islam dalam laungan azan yg bermaksud “Marilah mengerjakan solat. Marilah menuju kejayaan”
      Hayatilah Islam untuk kejayaan.

      Yang penting juga, kita mendidik umat Islam agar tidak terikut dgn cara Barat yang memisah agama dengan kehidupan.
      Kedua-dua ini adalah tugas dakwah

       
  7. tokpakir

    25/06/2009 at 11:42 am

    tidakkah ia kelihatan liberal dan pluralis jika mereka yang beragama Hindu, Buddha, Kristian dan Confusius bersekolah di sekolah menengah agama (SMA) yang merupakan sekolah berfokuskan berpendidikan Islam?

    kita kena yakin tak ada ugama selain dari islam . itu semua yg di namakan .. baharu . kalau kita sendiri pun pluralis bagaimana kita nak memperjuangkan hakikat bahawa islam itu segalanya bukan sekadar nama yg tak bermakna . islam itu ada nama , sifat dan afaal dia . inilah tugas kita yg sebenarnya bukan meletakkan SMA sekadar picisan dan tidak mustahillah kalangan mereka terkeliru antara masuk melayu atau masuk islam . kenapa di dhaman rasulullah mereka boleh terima undang2 islam tanpa perlu dinyatakan ini adalah undang2 utk orang islam sahaja . kenapa dulu orang melayu boleh terima sek victoria beraliran inggeris , atas dasar agama atau dasar apa ..hanya kita yg takut bayang2 sendiri dari kegagalan kita menghayati islam dan menjadikan pendidikan islam yg terasing utk belajar bahasa arab ,pakai serban , berpurdah dan segala macam ritual yg kita bentuk utk merujuk kepada identiti islam celupan ..

     
    • SUARAJAGAT

      25/06/2009 at 7:08 pm

      statement tokpakir : kenapa di dhaman rasulullah mereka boleh terima undang2 islam tanpa perlu dinyatakan ini adalah undang2 utk orang islam sahaja.

      suarajagat : benarkah begitu? jadi kenapa di zaman Rasulullah apabila seorang yg bkn muslim membuat kesalahan, Baginda memberi pilihan sama ada untuk dihukum dgn mengikut undang2 Islam (berpandukan al-Quran) atau berpandukan kitab mereka?

      statement tokpakir : kita kena yakin tak ada ugama selain dari islam . itu semua yg di namakan .. baharu . kalau kita sendiri pun pluralis bagaimana kita nak memperjuangkan hakikat bahawa islam itu segalanya bukan sekadar nama yg tak bermakna . islam itu ada nama , sifat dan afaal dia . inilah tugas kita yg sebenarnya bukan meletakkan SMA sekadar picisan….

      suarajagat : ingin sekali sy tekankan, tiada agama yang benar selain Islam.
      jika hindu, buddha, kristian bukannya agama dan di namakan baharu; mengapa ALLAH berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud ‘bagi kamu agama kamu dan bagi aku agama aku’.

      suarajagat : Benarkah SMA picisan?

      Pertama
      Pelajar terbaik SPM 2008, Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, yang mendapat keputusan cemerlang 19 A1 dan satu A2 adalah seorang pelajar di Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan)
      Malah sejak beberapa tahun kebelakangan ini ramai pelajar sekolah menengah agama mendapat keputusan yang cemerlang.

      Kedua
      Berikut adalah komen dari seorang yang bukan Melayu & bukan beragama Islam tentang SSUS.
      sila klik dan baca di sini dan di sini juga di sini

      sebahagian dari komen tersebut ialah :-

      1) “Abolish all religious schools”

      ulasan suarajagat : bermaksud masyarakat bukan Islam mahu sekolah berpendidikan Islam dihapuskan iaitu SMA/SMKA.

      2)”As for religious schools, if it is really for unity of all races, I really don’t agree with religious schools as most non-muslim wouldn’t want to go into a religious school, and hence the move will not be a great success.”

      ulasan suarajagat : Masyarakat bukan Islam pastinya tidak mahu menghantar anak mereka ke SMA.

      3)”I still think let’s separate religion and education and we should not mix it together. If you have a few schools here and there with very strong religious values advocated inside, I am afraid it will come back to square one. Religious classes can be taken after the official school hours. Religious classes should be taught in mosques, temples, religious associations and so forth. Let’s make the school a place to study and improve in race relations.”

      ulasan suarajagat : sebelum ini tokpakir pernah berkata “hanya kita yg mencipta sekolah kebangsaan kerana beranggapan ilmu itu datang dari dimensi yg lain bukan agama.”

      namun ayat di atas sgt jelas menunjukkan kepada kita, merekalah yang sebenarnya memisahkan agama dari kehidupan.

      -terima kasih-

       
  8. tokpakir

    25/06/2009 at 9:21 pm

    aku tak tau lah kalau SJ menganggap ada ugama lain selain dari islam ..tapi tak mungkin SJ jugak menganggap ada tuhan lain selain allah .

    kalau kita dah tahu sekolah agama boleh melahirkan pelajar yg cemerlang dan berakhlahk tinggi mengapa kita masih tercari2 , teraba2 dalam menentukan halatuju sestem pendidikan kita .

    kenapa tak kaji kenapa nik boleh secermelang itu dan sibuk nak kaji pendapat bukan melayu ..

    daifnya sekolah SMA hanya allah yg tau mungkin SJ tak tau .. mungkin ikut sunnah nabi , ntahlah dari cara SJ berhujahpun dapat di lihat betapa SJ tak dapat memahami apa itu memisahkan ugama sehingga orang bukan islam melebel SMA semata2 sebuah sekolah ritual ..

    aku ulangi , kalau SMA dapat meningkatkan lagi prestasi mereka maka akan ada bukan islam yg akan memasuki SMA dan dgn syarat kita hanya ada samada SMA atau SMK dan tidak memisahkan antara keduanya .

    terima kasih

     
    • SUARAJAGAT

      25/06/2009 at 9:35 pm

      tokpakir wrote :
      “aku tak tau lah kalau SJ menganggap ada ugama lain selain dari islam ..tapi tak mungkin SJ jugak menganggap ada tuhan lain selain allah.”

      SJ : ya..benar Tiada TUHAN selain ALLAH

      tokpakir wrote :
      “dgn syarat kita hanya ada samada SMA atau SMK dan tidak memisahkan antara keduanya.”

      SJ : itulah yang satu sekolah untuk semua (SSUS) inginkan. Walaubagaimanapun, SMA diteruskan memfokus pada pelajar Islam sahaja.
      🙂 terima kasih…

       
      • Albab

        02/07/2009 at 3:14 pm

        Al-Maidah ayat ke-50. Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin ?

         
  9. SUARAJAGAT

    03/07/2009 at 7:42 pm

    untuk pengetahuan pembaca, saudara albab ini juga menggunakan nickname yahudi dlm komen2 beliau di blog ini.

    inilah antara ejen missionary kristian. konon memperjuangkan Islam, berpandukan al-Quran tetapi sanggup mengaku yahudi.

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: