RSS

Sesi Minum Umat NII KW18 (wilayah malaya)

30 Jun


jam 11.00 malam, saya duduk bersama beberapa orang kawan. Sahabat-sahabat lama yang telah lama tidak bersua muka..
Meja di sebelah saya di susun panjang. Terdapat beberapa wanita bertudung dan 2 orang lelaki. Seorang membawa labtop, manakala beberapa yang lain memegang kitab al-Quran dan Terjemahan yang ditutupi agar tidak begitu kelihatan.

Sambil rancak berbual dengan kawan-kawan, saya sempat menangkap perbualan umat NII di meja bersebelahan. 2 orang dari mereka sebenarnya telah saya ketahui sebagai antara orang kuat salah sebuah region di Malaysia. Ini berdasarkan maklumat yang diberikan oleh Kaslan Warga NII (KAWAN) kepada saya.

Terdengar juga saya perbincangan mereka tentang permasalahan umat. Nampaknya ada seorang di antara yang hadir di tempat ini telah goyang kepercayaannya terhadap ajaran sesat ini.

Beliau mempersoalkan hal tentang ayat-ayat al-Quran yang ditafsir sesuka hati oleh pimpinan mereka.
Salah seorang wanita yang mereka panggil Mas tiba-tiba naik berang dan dengan marahnya berkata “Takkanlah kami yang sama macam nabi ni bercakap dengan kamu pun kamu tak percaya?”

Saya tersentak mendengar statement wanita itu.

Ahhh…tidak tahukah mereka, sayalah SJ (SUARAJAGAT) yang duduk di sebelah mereka?

 

29 responses to “Sesi Minum Umat NII KW18 (wilayah malaya)

  1. zam

    30/06/2009 at 11:44 am

    wah..macam nabi?..sapekah anda untuk mengaku diri itu macam nabi?..nak pecaya yg awak tu mcm nabi?..pleaselah..nampaknya masih hangat lagi mereka ne..elok SJ call je JAIS or JAKIM serbu otspot…biar diorg tunggang langgang..

     
    • SUARAJAGAT

      30/06/2009 at 7:30 pm

      betul tu zam.
      kita menantikan satu tindakan drastik dari pihak berkuasa.

      saya amat mengalu2kan kerjasama pihak2 yang pernah terlibat dgn NII ini.
      Ayuh, hancurkan kesesatan!

       
    • suara rakyat

      14/02/2010 at 2:02 am

      betul jgk kate ko ni..tp tu lah kadang2 orang yang kite percaya..ustat sendiri pon leh rogol anak sendiri..isu sesat je panggil jais,sesat tu mmg lah sesat..camam mane lak dgn isu buang baby,cubelah isu buang anak ker,isu cuple bukan muhrim pegang2 tgn ke..yang kecik tu tangkap jer..pastu kantol khlwat DENDA RM2biru..aii hukum allah hargaye rm2000 je ker?.,aku bukan nak hemtam mane2 pihak.benda ni kite boleh pk…bukan ke kene sebat seratus kali kalau berkhalwat???…hmmm tah aku ingat tunggu malaysia ni kene bom cam jepun barulah rakyat malaysia ni bersatu.aman jer..hmm jom pk same2..jgnlah kite menuduh orang tanpa kite melihat sendiri..dengar je,bace surat kabar pastu terus percaya..

       
      • suarajagat

        14/02/2010 at 2:23 pm

        saudara…
        untuk kita bercakap tentang hukuman memanglah mudah. Tetapi jika kita berada di tempat pelaksana undang-undang, maka sudah semestinya ia tidak semudah yang dikata.
        Mentaliti masyarakat mestilah berubah. Jangan hanya pandai bercakap dan menghentam pihak berkuasa sahaja. Amar makruf nahi mungkar adalah tanggungjawab semua pihak. Malangnya ramai yang pandai bercakap..couple x boleh pegang tgn dsb. Hal seperti ini pun nak harapkan jabatan agama kah? bukankah sebagai anggota masyarakat, kita sendiri boleh menegur dan menghalangnya?
        Seterusnya, kalau nak bercakap tentang Islam, pastikan fakta anda tepat. Tidak pernah ada hukum sebat 100 kali jika berkhalwat. Hukuman sebatan 100 kali adalah untuk kes penzinaan.

        Dalam kes ajaran sesat, pihak berkuasa mempunyai bukti yang kukuh. Bukannya berdasarkan aduan, dengar & baca dari media massa. Tetapi melalui, siasatan, dan risikan yang terperinci.

         
  2. zed

    01/07/2009 at 11:40 pm

    kalau dah menipu itu lah akibatnya,umat pun dah goyang..kejap lagi hilang lah mas tu..masih aktif lagi ke mereka2 ni semua? kat mana selalu dieorg port?..aku pun nak siasat jugak lah…

     
    • SUARAJAGAT

      02/07/2009 at 7:53 am

      yup…diorg ni aktif lg…
      ttg port tu SJ tak dpt bgtau kat sini..open sgt..

       
  3. yahudi

    02/07/2009 at 12:21 pm

    Ash-Shaff ayat ke-8. Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut (tipu daya) mereka, tetapi Allah (justru) menyempurnakan cahaya-Nya, walau orang-orang kafir membencinya.”

    At-Taubah ayat ke-32. Mereka berkehendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan- ucapan) mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahayaNya, walaupun orang-orang yang kafir tidak menyukai.

     
    • SUARAJAGAT

      02/07/2009 at 1:34 pm

      so, nampaknya saudara ‘abudzar.rmu’ sudah mengaku yahudi..🙂

      org anti-hadis @ NII wilayah malaya ni?

       
      • yahudi

        02/07/2009 at 3:30 pm

        Tajuk :
        Kesukaan Dan Kebencian Allah Swt
        Hadith :
        Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “ Sesungguhnya Allah meredhakan tiga perkara bagi kamu dan Ia membenci tiga perkara bagi kamu. Ia redha supaya kamu mengabdikan diri kepada-Nya dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu dan supaya kamu semua berpegang teguh dengan tali (agama) Allah dan janganlah kamu berpecah belah. Dan Ia membenci bagi kamu berkata begini begitu, banyak bertanya dan mensia-siakan harta.”

        (Muslim)

         
      • yahudi

        02/07/2009 at 4:05 pm

        org anti-hadis xsuka pada hadis langsung. xbaik kite melabel org sesuka hati. Allah pun xsuka org yg begitu… ni ada satu hadis untuk difikirkan

        Tajuk :
        Pertahankan Keamanan
        Hadith :
        Dari Abdullah bin Aufa r.a, “Rasulullah s.a.w pada suatu hari menanti musuh sehingga matahari condong. Kemudian baginda berdiri di hadapan orang ramai lalu bersabda:” Wahai saudara-saudara! Janganlah mengharap-harapkan menemui musuh, mintalah kesejahteraan kepada Allah! Tetapi jika kamu bertemu dengan musuh, sabarlah (berhati teguh)! Ketahuilah, sesungguhnya syurga itu terletak di bawah bayangan pedang”. Kemudian baginda berkata:”Wahai Tuhan yang menurunkan kitab, yang menjalankan awan dan mencerai-beraikan pasukan musuh! Cerai-beraikanlah mereka dan bantulah kami melawan mereka.:“

        Bukhari

         
      • SUARAJAGAT

        02/07/2009 at 6:19 pm

        kalau begitu, maksudnya anda ni NII wilayah malaya lah?
        nampaknya dah ada org NII mengaku yahudi.

        dan encik ‘abudzar.rmu’..tak payah la guna 2 nickname. sekejap yahudi, sekejap albab..kalau dah yahudi tu, yahudi je lah…

         
      • yahudi

        05/07/2009 at 12:54 am

        kita sembah Allah, mengapa mahu bermusuhan sesama sendiri? Allah minta kita berpegah semuanya pada tali agama Allah dan jgn bercerai-berai 3.103 Kita sembah Tuhan yang sama, seharusnya berkasih sayang sesama kita. saya tidak suka salahkan orang lain, sebab Allah ajarkan pada kita 17.14 bacalah kitabmu cukuplah dirimu ketika ini sebagai penghisab terhadapmu. saya salahkan diri saya sendiri kerana masih tidak dapat tegakkan kalimah Allah dimuka bumi, di waktu hayat yg masih diberi pinjaman kepada saya. takut sekali rasanya tidak sempat membuktikan apa2 pun sepertimana rasuluallah dulu. moga2 sy diberi peluang untuk buktikannya…

         
      • SUARAJAGAT

        06/07/2009 at 8:43 am

        yahudi says :
        kita sembah Allah, mengapa mahu bermusuhan sesama sendiri?

        SJ :
        Kami tiada maksud untuk memusuhi GPK. Kami hanya menyatakan kebenaran ttg kesesatan GPK/NII/Maahad al-Zaytun pimpinan AS Panji Gumilang.
        tidak mungkin kami yang memulakan permusuhan kerana GPK/NII yang menyatakan bahawa semua yang di luar GPK/NII adalah kafir. Malah GPK/NII turut membuang dan mengkafirkan ibu bapa sendiri

        Yahudi says :
        saya salahkan diri saya sendiri kerana masih tidak dapat tegakkan kalimah Allah dimuka bumi, di waktu hayat yg masih diberi pinjaman kepada saya. takut sekali rasanya tidak sempat membuktikan apa2 pun sepertimana rasuluallah dulu. moga2 sy diberi peluang untuk buktikannya…

        SJ :
        Kalau sudah menjadi ahli GPK/NII mana mungkin dpt menegakkan kalimah ALLAH kerana NII KW9 adalah perosak agama.

         
      • sj

        11/08/2009 at 10:36 am

        orang yang baik tak memburukkan suatu kaum..kita dapat lihat bagaimana suarajagat berkelakuan amat ‘BAIK’

         
      • SUARAJAGAT

        11/08/2009 at 6:30 pm

        hahaha…..untuk pengetahuan para pembaca blog ini, komen2 dari SJ & Jagat Suara adalah dari individu yang sama malah membuat email di hotmail bagi memburukkan imej Blog Suarajagat..

         
      • AGK

        06/07/2009 at 9:41 am

        AGK Says:

        06/07/2009 at 9:40 am

        Sungguh bijak En. Yahudi(abudzar.rmu) bermain kata-kata tentang tidak mahu bermusuhan.

        Sedangkan apa yang En. Yahudi(abudzar.rmu) dan pentilawah2 yg lain tanamkan dalam pemahaman umat2 NII adalah ‘golongan kafir adalah umat Islam sendiri yang tidak bersama2 NII dan bukannya golongan non-muslim’. Kemudian En. Yahudi(abudzar.rmu) menyarankan agar memusuhi umat islam yang bukan NII ini.

        Betul x En. Yahudi(abudzar.rmu)?

        Sedangkan En. Yahudi(abudzar.rmu) lah yg menjadi musuh Islam.

         
      • Srikandi Malaya

        06/07/2009 at 4:36 pm

        Penekanan yang diterapkan dlm diri umat2 warga nii, mereka perlu ‘menunjuk uswah yang baik’ di depan org lain terutamanya pada orang-orang baru yg ingin dibawa masuk ke dalam ajaran mereka. Andai al-quran itu benar2 di dalam dada, uswah itu akan terzahir tanpa perlu berpura2 untuk menunjukkannya. pengamalan ayat2 al-quran adalah secara total melengkapi seluruh aspek kehidupan, bukan sekadar untuk menegakkan sebuah negara semata-mata…

        Memang seluruh umat islam mengaku menyembah ALLAH, tp apakah maksud ALLAH bg warga nii? Perkataan yang sama,tetapi penafsiran yang sangat berbeza. teringat satu ketika dulu ketika sama2 sedang menanti pimpinan dalam satu meeting, tiba2 salah seorang yg berada dikalangan kami dapat sms lalu berkata, “rabb dah sampai, rabb dah sampai” terkedu seketika di saat itu, seorang manusia, hamba Allah, blh disamakan dengan Allah??? bila di tanya pada pimpinan, jawapan yang diberi, bukankah org yg dipggl RABB itu yang mengatur ‘tugas2′ ahli dibawahnya, jadi dia juga selayaknya di gelar “RABB”… iaitu pengatur… nauzubillah…. beristighfar panjang saya… mereka telah MENYAMAKAN ALLAH DENGAN makhlukNYA…

        Firman allah, “Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah yang Maha mendengar dan melihat.” ( Asy-syuura:11)..

        “Dan tidak ada sesiapapun Yang serupa denganNya”.(al-ikhlas:4)…..

        Na’im bin Hammad Al-Khaza’i seorang Syaikh Al-Bukhara berkata, “Barangsiapa yang menyamakan Allah dengan makhluk-Nya, maka dia telah kafir dan barangsiapa menolak sifat yang dengannya Allah menyifati Diri-Nya, maka dia telah kafir pula dan tidak ada sesuatu yang menyamai sifat Allah.”…

        ALLAH itukan ESA, yakni tunggal. Kalaulah penyampai2 itu digelarkan RABB, dimana sifat Alllah yang ESA itu.

        Firman Allah, “Katakanlah (Wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;”(al-ikhlas:1)

        jadi En. Yahudi, atas dasar luaran begini sahaja anda mengatakan kita menyembah tuhan yang sama, tp hakikatnya bkn Allah Azzawajalla yg kalian sembah, tp seorang manusia biasa yang kalian gelarkannya Rabb(tuhan)… Gunalah pendengaran, penglihatan dan hati untuk menilai kebenaran…

        Untuk renungan bersama….
        Rasulullah pernah bersabda bahawa Allah Azzawajalla tlh berfirman..
        “Takabur (kesombongan\kemegahan) itu adalah selendang KU, kebesaran adalah kain KU, maka barangsiapa cuba merampas salah satu darinya dari KU, akan ku humban ke neraka…”

        jadi fikir2kanlah wahai warga nii, layakkah seorang manusia kita samakan dgn Pencipta kita? Buat kalian para pembaca dan pegunjung web ini, inilah contoh2 pemesongan AQIDAH yang berlaku dalam nii… masih banyak lagi pemesongan akidah dalam gerakan ini. Untuk mengelakkan dari terjebak, kita SANGAT perlu untuk mengukuhkan dan memantapkan akidah kita. Supaya kita boleh membeza mana yang haq dan mana yang bathil. Semoga Allah melindungi kita..

         
      • sj

        11/08/2009 at 10:34 am

        tgk suara jagat yang WARAS melenting..itulah contoh2 penegak kebenaran yg sebenar..

         
    • Smile

      23/08/2009 at 10:26 am

      En Yahudi,

      Al-Baqarah (2:153)
      Wahai sekalian orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai orang yang sabar.
      🙂

       
  4. yahudi

    02/07/2009 at 2:54 pm

    Tajuk :
    Seimbang Dunia Dan Akhirat
    Hadith :
    Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Nabi saw. bersabda yang maksudnya:”Sesungguhnya agama (Islam) itu ringan. Sesiapa yang memperberat-beratkannya maka dia akan dikalahkan oleh agama. Oleh itu kerjakanlah (agama itu) mengikut sepatutnya atau mendekatinya dengan yang sepatutnya dan gembiralah (kerana akan beroleh pahala) serta beribadatlah (mohonlah pertolongan Allah) pada waktu pagi, petang dan sebahagian malam.”

    (Bukhari)

     
  5. =)

    04/07/2009 at 7:34 pm

    SALAM… masih SGT SUKAR utk percaya, kenapalah ada ramai sgt yg boleh terima ajrn ni. ternyata masalah akidah yang sangat rapuh dlm umat islam sekarang ni menyebabkan mereka mudah menerima sesuatu tnpa sedar kesesatannya ajaran ni. paling sukar utk diterima berkaitan ajaran ni adalah apabila umat-umat nya terutama penyampai2 ajaran ni sendiri TIDAK SOLAT, MENGAKU NABI.

     
  6. zam

    06/07/2009 at 10:25 am

    Tiada yang mahu bermusuhan didunia ini. Kalau boleh semua mahu Islam menjadi agama terunggul didunia ini kerana sesungguhnya Islam mmg agama yg sempurna..tp kenapa mahu memecahkan fahaman yg berbeza2..kenapa mahu mengkafirkan org lain sedangkan menyembah Tuhan yg satu?..Mmg Islam itu mudah tapi tidaklah kita semudahnya boleh mentafsir ayat2 Allah dengan sesuka hati fahaman kita..

     
  7. suaramerdu

    06/07/2009 at 5:31 pm

    apa korang ni saling tuduh menuduh xbaik tau, kita harus menjaga kerukunan hidup bermasyarakat…apa pun buang yg keruh ambil yg jernih, baru teguh peribadi…yg penting kita mentaati perintah Allah dan menjauhi larangannya, usah pening2 ok🙂 Tajuk : Menjaga Kerukunan Hidup Bermasyarakat Hadith : Dari Abi Hurairah r.a katanya : “Telah bersabda Rasulullah SAW : “ Janganlah kamu saling dengki mendengki, janganlah kamu saling tipu menipu, janganlah kamu saling belakang membelakangi dan janganlah kamu menjual di atas jualan setengah daripada kamu dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara. Orang Islam adalah saudara kepada orang Islam yang lain, tidak boleh ia menganiayai dan tidak boleh membiarkannya (dalam kehinaan) serta tidak boleh mendustai dan tidak boleh menghinanya. Taqwa itu di sini (Nabi berkata sambil menunjukkan ke arah dadanya tiga kali) Sudah cukup banyak kejahatan seseorang itu bahawa ia merendahkan saudara seIslamnya. Sekalian orang Islam atas orang Islam yang lain adalah haram darahnya, hartanya dan kehormatannya. Riwayat Muslim

     
    • SUARAJAGAT

      06/07/2009 at 6:00 pm

      untuk pengetahuan cik suaramerdu..
      setiap perkara yang saya tuliskan di blog ini yang berkaitan dgn ajaran2 sesat bukan lah satu tuduhan. tetapi ianya adalah satu kenyataan/realiti tentang kewujudan pelbagai aliran sesat di negara kita.
      Posting yang dibuat oleh SJ berdasarkan kisah benar, bahan bukti, saksi, mangsa ajaran sesat dan sumber2 yang tepat dan dipercayai.
      terima kasih dan teruskan mengikuti blog ini.

       
      • 30 melayu

        18/11/2011 at 12:30 am

        percanggahan pendapat yg t’dpt dlm blog ini adlah kerana salah faham ssama sndr, yg pertama dr segi definasi, matlamt, pelaksanaan, dan rujukan. sy ambil cnth sesat bermaksud bila sorg individu hilang dasar dari matlamat. cnth nak g slgr tp telajk g johor, 2 sesat la 2. k cerita dlm nie byk tntg islam, korg kate dia ssat, korg plak mcm ne? btul ke ikut dasar matlamt agama korg.

         
  8. nur fadhiya

    25/11/2011 at 9:58 am

    apalah motif kau suarajagat?
    apa fungsi MEMBASMI AJARAN SESAT?

    kenapa kau tak kerja sama dengan pihak berkuasa dan ambil tindakan…
    aku berdoa sangat semoga Allah tunjukkan kebenaran, jika kau orang-orang yang benar!

     
  9. nur fadhiya

    25/11/2011 at 10:04 am

    cuba kau fikir balik lah.. apa ke bodoh? orang2 yang ikut ajaran yg kau fitnah ni, untuk salur duit ke Indonesia? tak logik dek akal!!!

    kesian orang2 macam kau ni… faham apa yang diajarkan dengan menggunakan perintah dan ibadah kepada Allah, tapi salur duit ke Indonesia?

    memang fitnah la kau nih!!!

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: