RSS

Pesantren tempat pengajian 150 pelajar kita disiasat

20 Jul

Oleh:ZULKIFLEE BAKAR dan ROHANA MAN


KUALA LUMPUR 19 April – Sebuah pondok pengajian agama di Indonesia, Pesantren Al-Zaytun yang terletak di Indramayu, Jawa Barat yang turut menempatkan kira-kira 150 pelajar Malaysia kini sedang disiasat oleh Kementerian Hal Ehwal Agama negara itu kerana dipercayai terlibat dalam ajaran sesat.

Antara kesesatan yang didakwa dilakukan ialah pimpinan pondok berkenaan menganggap orang lain di luar gerakan mereka adalah kafir, termasuk ayah dan ibu kandung sendiri.

Sementara ayah kandung yang tidak menyertai gerakan itu tidak layak menjadi wali nikah anak mereka.

Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan di sini dilaporkan sedang mengawasi perkara tersebut sebelum memutuskan tindakan lanjut yang boleh diambil.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Swastanya, Datuk Hassan Hashim mengesahkan Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa Mohamad telah membangkitkan perkara itu dalam mesyuarat pasca kabinet pada Rabu lalu.

Sehubungan itu, kementerian telah menghantar sepasukan pegawai penyiasat ke sebuah agensi yang bertanggungjawab mengurus kemasukan pelajar Malaysia ke pesantren Al-Zaytun.

“Kita ada menghantar pegawai ke agensi yang terletak di Shah Alam, Selangor itu untuk mendapatkan maklumat semalam,” katanya kepada Utusan ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau yang enggan mengulas lanjut berkata, laporan itu apabila siap kelak akan diserahkan kepada Musa.

Siasatan ke atas pondok pengajian berkenaan dilakukan oleh pihak berkuasa Indonesia selepas Forum Ulama Umat (FUU) Bandung pada 16 Februari lalu mengeluarkan fatwa rasmi bahawa pondok berkenaan menyebarkan ajaran sesat.

Malah pondok itu juga menurut siasatan yang dijalankan oleh pihak Indonesia menunjukkan terdapat amalan ‘menebus dosa’ dilakukan di situ.

Amalan tersebut dilakukan oleh ahli-ahli yang bergabung dengan pesantren berkenaan dengan cara membayar wang dengan kadar yang bergantung kepada besar dosa yang dilakukan.

Sementara itu, seorang pendakwah bebas di Malaysia mendakwa antara ajaran sesat yang disebarkan di situ ialah umat Islam yang berada di luar kawasan pesantren Al-Zaytun tidak wajib mendirikan solat.

Berikutan fatwa dan aduan yang dibuat oleh bekas pelajar pondok itu, pihak berkuasa Indonesia telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas yang dianggotai Majlis Ulama Indonesia (MUI), Kementerian Hal Ehwal Agama Indonesia dan Institut Sains Indonesia bagi menyiasat penyelewengan yang dilakukan oleh pondok pengajian tersebut.

Jawatankuasa itu juga dianggotai pihak polis yang bertanggungjawab menjalankan siasatan daripada segi jenayah.

Menteri Hal Ehwal Agama Said Agil Munawar semalam berkata, kajian sedang dijalankan bagi menentukan sama ada sekolah itu menyebarkan ajaran salah.

Beliau memberi amaran bahawa jika terbukti pondok pengajian itu menjalankan amalan bertentangan dengan Islam, pihaknya tidak akan teragak-agak menutupnya.

`’Kalau memang ada penyimpangan dalam masalah agama, kita akan tutup,” katanya seperti dilaporkan akhbar Republika dalam talian hari ini.

Menurut Said Agil, setakat ini terdapat bukti-bukti menunjukkan berlaku penyelewengan ajaran Islam oleh pondok itu dan semua ini memerlukan penjelasan pimpinan pusat pengajian itu. Ketika ini, kira-kira 6,000 pelajar belajar di situ. Ia memiliki bangunan indah serta moden yang lengkap dengan pelbagai kemudahan. Di pekarangan pondok itu terdapat sebuah hotel kelas sederhana untuk menampung keperluan pelawat dan ibu bapa yang menziarahi para pelajar.

arkib berita :

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0420&pub=utusan_malaysia&sec=muka_hadapan&pg=mh_04.htm&arc=hive&arc=hive

 

3 responses to “Pesantren tempat pengajian 150 pelajar kita disiasat

  1. Kasidah

    15/08/2009 at 5:03 pm

    bismillah ar rahman ar rahim.
    QS2:30-39.
    wahyu allah yang mengangkat manusia sebagai pemimpin kepada seluruh umat manusia yang lain.
    jika kamu tetap dalam keraguan tentangnya(AQ),maka buatlah SATU surat yang semisal nya(AQ) dan ajak lah penolong2mu,jika kamu orang2 yang BENAR.
    -kita membaca DENGAN NAMA.
    website ini juga ada nama : KASLAN membawa maksud MALAS.patut lah islam sentiasa di bawah!!,kerana umatnya hari ni semua nya sudah jadi KASLAN=pemalas.
    QS:6/112
    tiap2 nabi yang mahu menegakkan kebenaran/islam pasti ada musuhnya yaitu setan-setan daripada golongan JIN dan MANUSIA.
    golongan-golongan setan ini MEMBISIKKAN perkataan yang indah-indah untuk menipu manusia.
    apa yang di pandang indah??
    zina,arak,judi,seks bebas,dadah.
    walhal perkara-perkara ini salah di sisi Allah.tapi manusia pandang perkara ini seperti perkara BIASA.
    -sedangkan perkara yang benar di pandang salah!
    Keinginan satu bangsa untuk memartabatkan islam mengikut cara Muhammad S.A.W.
    itulah yang haq,tetapi kaumnya sendiri yang akan memusuhi perjuangan nabi itu sendiri.
    kita ambil pelajaran daripada kisah nabi2 yang sebelum kita,semuanya ada musuh daripada KAUMNYA SENDIRI. pada hari ini,
    tak sangka WARGA pun boleh memusuhi WARGA yang lain?
    -ternyata mereka ini termasuk orang2 yang telah berjaya ditipu oleh setan sewaktu kehidupan di dunia sehingga sanggup memusuhi orang2 yang mahu menegakkan syariat Allah.
    yang buruk dipangdang baik,
    yang baik dipandang buruk,
    dunia sudah terbalik,
    akhirnya jadi orang melayu yang jelek.
    -tidak ada gunanya kita sebagai hamba Allah nak melawan kehendak Nya.
    QS48:21
    QS48:26
    HAMBA mesti ikut apa yang TUAN nya perintahkan.
    Siapa TUAN kepada MANUSIA hari ni?
    Allah Atau Syaitan??
    Lu Pikir La Sendiri.

     
  2. Raudhah

    31/01/2011 at 4:06 pm

    saya setuju …dengan pendapat kasidah…dan sgt tak setuju dengan fitnah yang disampaikan di atas…..sebab saya adlah PELAJAR dsana.dan tl ada merasakan keganjalan disana.

     
    • suarajagat

      01/02/2011 at 1:50 pm

      Raudhah..

      petikan artikel di atas bukanlah suatu fitnah.. al-Zaytun adalah gerakan sesat secara moden dan aliran pemikirannya amat jelas berkait dgn Islam Liberal. SJ sendiri pernah mendapatkan penjelasan dari Kiai Amin Djamaluddin (Pengerusi MUI). Dan beliau menegaskan bahawa NII/ al-Zaytun sebagai aliran sesat.

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: