RSS

Kerajaan tak iktiraf kelulusan Pesantren Al-Zaytun

04 Aug

PUTRAJAYA – Kerajaan tidak mengiktiraf kelulusan yang diperoleh oleh pelajar Pesantren Al-Zaytun di Indramayu, Jawa Barat, Indonesia kerana didapati mempunyai unsur-unsur ajaran sesat seperti yang dibawa oleh kumpulan Al-Arqam yang diharamkan.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Hamid Zainal Abidin hari ini berkata kajian yang dijalankan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati terdapat beberapa keraguan terhadap perjalanan Ma’ahad Al-Zaytun daripada segi kurikulum pelajaran dan juga kegiatan pelajar.

“Unsur-unsur seperti yang terdapat dalam ajaran sesat Al-Arqam itu ada (dalam kurikulum) seperti pemujaan dan sebagainya,” katanya dalam sidang media di kementeriannya di sini.

Beliau berkata ekoran itu, Yayasan Ma’ahad Asas Al-Zaytun di Shah Alam telah diarahkan supaya menghentikan operasi mengambil pelajar Malaysia untuk dihantar ke Ma’ahad Al-Zaytun di Indramayu.

Abdul Hamid berkata, selain terdapat gerakan dan amalan yang meragukan dan terpesong dari ajaran Islam, didapati sistem yang diamalkan boleh membentuk pemikiran dan peribadi pelajar yang taksub secara salah dan boleh mengancam keselamatan negara.

“Pelajar ini akan hidup dalam lingkungan mereka sahaja tidak bercampur dengan masyarakat luar dan mewujudkan satu kumpulan masyarakat kecil dalam dunia mereka,” katanya.

Beliau juga menasihatkan ibu bapa yang berhasrat untuk menghantar anak mereka belajar di Ma’ahad tersebut supaya menghentikan niat mereka untuk menjaga kesejahteraan akidah anak-anak di masa hadapan.

Setakat ini, katanya, terdapat 111 orang pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Pesantren Al-Zaytun.

Abdul Hamid juga menasihati ibu bapa yang telah menghantar anak-anak mereka belajar di sana agar mengambil semula anak mereka dan mendaftarkan semula mereka di mana-mana sekolah di negara ini. – Bernama

sumber : Utusan Malaysia

 

48 responses to “Kerajaan tak iktiraf kelulusan Pesantren Al-Zaytun

  1. iqhram

    19/08/2009 at 9:02 pm

    kelakarnya pandangan tersebut..jika memehami al.quran cr yg benar mesti tidak bersangka2 sprti itu terhadap al zytun,pergi la kesana lihat apa yg ada di sana..

     
    • al-kahfi

      20/08/2009 at 3:05 pm

      takde bende yg best pun.. baik pegi pesantren gontor.

      budak MAZ ni balik m’sia, masuk univ kat M’sia jugak,so?

       
    • Vj

      14/10/2009 at 3:30 pm

      W setuju ama pendapat you bro!
      Moga ALLAH selalu membimbing kita semua!

       
  2. mustofakamal

    06/10/2009 at 1:42 pm

    sebaiknya anda yang membaca situs ini jangan diambil negatifnya saja, seharusnya anda mendukungnya untuk memperjuangkan islam. menurut anda perjuangan islam seperti apa yang bisa membuat negeri ini makmur, apakah hanya berdoa, melihat dan mengelus dada, terus anda berkata walla hu a’lam. padahal didalam al-qur’an yang artinya allah tidak akan merubah suatu kaum, kecuali dia mau merubahnya sendiri. coba anda berfikir 2020 kali. apakah anda tidak melihat didunia ini banyak bencana, itu karena perbuatan manusia yang dholim terhadap allah. maka allah mengazab mereka dengan siksaan yang pedis.

     
  3. Sait_aja

    09/10/2009 at 12:04 pm

    Jangan mudah percaya dgn berita d website ini,
    cari referensi yang laen..
    Lebih bagus nya, dtang k tempat nya langsung..

     
  4. Iqbal Ismail

    13/10/2009 at 2:53 pm

    Saya sdh melihat Ma’ahad Al-Zaytun. Saya prnh berjumpa dgn abi2 dari pergerakan NII yg katanya ada hubungan dgn Ma’ahad Al-Zaytun. Sebetulnya saya masih blm pasti apakah Ma’ahad Al-Zaytun ini mengajarkan ajaran sesat namun yang pasti pergerakan NII itu adalah pergerakan yg sesat.

     
  5. damia

    16/01/2010 at 2:29 pm

    salam, nak bertanya. kubah emas masjid besar di MAZ tu tinggal berapa peratus lagi? saya pernah menyertai nii tapi sudah keluar dua tahun lepas. tahun lepas, saya terbaca tentang struktur binaan yang tak siap dan kaitan dengan freemason dan dajjal seperti ‘unfinished pyramid’.. saya terbayangkan kubah masjid tu, adakah ada kaitan? terima kasih

     
    • suarajagat

      17/01/2010 at 1:06 am

      damia,
      terima kasih atas komen anda.

      masjid rahmatan lil alamin tersebut masih tidak siap sehingga kini. Keadaan struktur bangunan itu tiada perubahan sebagaimana 4 tahun yang lalu.
      Apakah ada kaitannya dengan gerakan freemason? Saya tidak mengiyakan. Namun saya melihat apa juga yang berkait dengan Islam Liberal atau pluralisme tidak lari dari unsur-unsur freemason.
      Dajjal? Ia diluar jangkauan pengetahuan saya sebagai makhluk ciptaan-NYA. Hal berkaitan dengan kedatangan Dajjal adalah dalam ilmu ALLAH yang tidak diketahui secara spesifik oleh sesiapapun.

       
      • ilmupendamai

        23/07/2010 at 10:59 am

        selalunya kalau sesuatu tu ada kaitan dengan freemason, dana tidak menjadi masaalah prasarananya pasti cepat siap.

         
      • suarajagat

        23/07/2010 at 2:54 pm

        maahad al-zaytun pula tidak pernah siap kerana berlaku money laundering dan penyelewengan wang oleh pimpinan mereka.

         
      • ilmupendamai

        24/07/2010 at 2:31 am

        atau mungkin sebab masih ramai yang tidak menyumbang…

         
  6. ADe

    26/02/2010 at 2:45 am

    NII penggugus kesesatan….

     
  7. aldot

    05/04/2010 at 8:10 pm

    NII CACAT !!! TAK PUNYA AQIDAH YANG PASTI ! MASIH PADA TOLOL YANG IKUT AJARAN SESAT NII !!

     
    • suarajagat

      05/04/2010 at 8:40 pm

      terima kasih aldot,
      saya hargai komen anda..cuma, SJ harap di lain masa…apabila memberi komen, gunalah bahasa yang lebih sesuai dan tidak terlalu beremosi..
      TQ

       
  8. alprozz

    29/04/2010 at 11:36 am

    Hmmm..sy merasakan ajaran yang dibawa oleh pelajar maahad zaitun ini jelas bertentangan dengan jumhur ulama, terutama dalam persoalan2 yang membahaskan mengenai konsep kerasulan. Bagi mereka yang masih tercari-cari hujah sebenar dalam memahami maksud sebenar Islam, pergilah berjumpa dengan golongan2 para huffaz dan ahli dalam bidang hadis dan agama. Barangkali ramai yang menyangka mereka di pihak yang benar sedang mereka tidak pernah langsung duduk mengadap guru dan mendapat sanad dari rantaian dakwah Rasulullah saw..

    pd saudaraku iqhram..apakah anda meletakkan dri anda setaraf dngan mereka yang lebih tinggi ilmunya dan jelas tentang prinsip yang dibawa oleh penggerak maahda al-zaytun? barangkali anda juga seorang yang keliru.🙂

     
  9. bagus

    15/06/2010 at 5:56 pm

    lebih baik masuk pesantren Gontor di Gresik, Jawa Timur..
    Pesantren Al Zaytun adalah gengnya NII KW IX mengatasnamakan Islam

     
  10. ilmupendamai

    23/07/2010 at 10:37 am

    bukan hanya untuk mengatahui Al-Quran dan Sunnah Rasul itu benar. Maka kita belajar keseluruh penjuru dunia dan kembali dgn membawa sijil dan kemudian menukarnya dengan wang yg sedikit.dan ramailah orang orang hanya pandai bercerita tapi takut melaksanakan seperti mana yang dilaksanakan oleh Rasul Allah(surah 9:33). ramai juga yang kembali tapi tidak berbuat apa apa untuk untuk menyelamatkan bangsany yang lemah jahil tertindas dan terjajah oleh satu sistem yang bukan sistem Allah.Yang penting bukan apa yang orang lain lakukan, tapi apa yang sudah kita lakukan.apakah setiap diri sudah melaksanakan Al-Quran+Sunnah=sistem islam(hasil). janganlah kita habiskan masa dan tenaga hanya untuk mencari kelemahan dan keburukan orang lain,memfitnah mencaci sebab semua itu kejahatan yang Allah benci.carilah kebaikan dalam perbezaan pendapat agar kita bersatu bukan berpecah belah.

     
    • suarajagat

      23/07/2010 at 2:52 pm

      dan…kewujudan ajaran sesat seperti NII KW9 ini lah di antara punca perpecahan.

       
      • ilmupendamai

        24/07/2010 at 3:05 am

        perpecahan bukan suatu yang baru bagi umat Muhammad. sejarah telah buktikan ianya telah lama terjadi, hingga runtuhnya sistem kekalifahan yang dibena oleh Rasul Allah bersama sahabat. sejak itu sistem islam itu sudah tiada. perpecahan membawa kehancuran. kini adalah masa utk penyatuan kasih sayang dan perdamaian.

         
      • suarajagat

        24/07/2010 at 9:12 pm

        ya benar..namun demikian, NII KW9/ Maahad al-zaytun bukanlah jalannya.

         
    • J1

      31/08/2011 at 8:05 pm

      itulah yg sebaik-baiknya, setiap kesukaran dan tentangan itu telah di tentukan oleh rabb kita, pasti ada sebabnya, klu mudah aje pasti kita x akan belajar.Buatlah apa shj demi tuhan yg kita percaya asalkan mengikut rububiahnya krn mencari keridhaannya krn Allah pasti menolong org2 yg menolong agamanya dan mengukuhkan kedudukanmu.

       
  11. ilmupendamai

    25/07/2010 at 12:11 am

    kalau sistemnya sudah tiada, mana mungkin ada umatnya.mana jalannya? semua hanyalah hayalan yang dilaungkan tiada bukti perlaksanaan lebih lagi hasilnya iaitu sejahtera bersatu dan damai.

     
    • suarajagat

      25/07/2010 at 12:26 am

      Maahad al-zaytun juga bukanlah sistem dan jalannya..semua yang dilaungkan oleh NII KW9 hanyalah khayalan dan angan2 kosong belaka.

       
      • ilmupendamai

        25/07/2010 at 10:52 pm

        syukurlah saudara SJ faham dan sedar bahawa Sistem Islam/sistem yg Haq yang dibena oleh rasul Allah itu sudah tiada di muka bumi. sepatutnya itulah yang perlu kita perjuangkan bersama yaitu bersama MENYEDARKAN – FAHAMKAN kepada masyarakat, kemudian berusaha MEMBUKTIKAN perlaksanaannya dimuka bumi.

         
      • suarajagat

        25/07/2010 at 11:37 pm

        terima kasih mariam dan ilmupendamai…
        kesesatan NII KW9 adalah jelas.
        Ya, SJ sentiasa berusaha menyedarkan dan memberi kefahaman serta membuktikan kepada masyarakat tentang kewujudan ajaran2 sesat yang mempergunakan ayat2 al-Quran dengan membuat tafsiran yang salah. Antara ajaran sesat terbabit ialah Gerakan Pemuda Kahfi a.k.a Negara Islam Indonesia (NII KW9) yang berpusat di Maahad al-Zaytun.

         
  12. ilmupendamai

    26/07/2010 at 2:12 am

    maaf saudara AJ.. bukan itu maksud saya, bukan untuk berusaha mencari dan mendedahkan kesilapan orang laini. percayalah jalan ini tidak selesaikan masaalah umat yang dalam kejahilan. bukan itu kehendak Allah dan apa yang dilaksanakan oleh Rasul.tetapi berusaha memahami ayat ayat Allah dan sunnah kemudian sampaikan didalam ruangan ini.

    AL QURAN + SUNNAH = ISLAM(SEJAHTERA)
    ILMU + AMAL = HASIL
    PETUNJUK BUKTI PEMBEZA
    /\
    HAQ & BATIL

     
    • suarajagat

      26/07/2010 at 1:56 pm

      terima kasih ilmupendamai..
      adapun blog ini turut menyediakan tazkirah dan kefahaman berteraskan ahli sunnah wal jamaah.
      Membongkar kegiatan ajaran sesat bukanlah untuk mencari-cari kesilapan orang lain..tetapi sebagai makluman buat masyarakat agar tidak terjebar ke dalam arus kesesatan. Menghapuskan ajaran sesat juga merupakan sebahagian dari tuntutan agama dan sunnah Rasulullah s.a.w.

       
      • ilmupendamai

        28/07/2010 at 12:31 am

        untuk kesedaran dan dan kefahaman semua termasuk diri saya, sebenarnya Allah mengutus Rasul Rasul tidak lain tujuannya ialah untuk menegakkan agama/sistem Allah di muka bumi dengan berpandukan Al Qurqn sebagai petunjuk(baca surah 9:33).setelah sistem islam yang dibena oleh Rasul Allah itu runtuh dan tiada lagi di muka bumi maka kewajiban kita pula lah untuk sama sama berusaha menegakkannya semula di muka bumi.caranya tidak lain kecuali kembali kepada petunjuk yakni Al Quran(ilmu) dan Sunnah Rasul Nya(amal) dengan memahami keduanya kemudian menyampaikan dan fahamkan kepada masyarakat. hanya dengan cara ini tiada cara lain, baru sistem islam akan tertegak semula di muka bumi(hasil). tegakkan dulu sistem islam itu baru kemudian pertahankan dari anasir anasir perosak. kondisi kini adalah untuk membena. apa yang nak dipertahankan bila ianya sudah tiada?

         
      • suarajagat

        28/07/2010 at 11:02 am

        terima kasih ilmupendamai..
        dari komen ini, jelas menunjukkan bahawa anda adalah ahli NII KW9 a.k.a Gerakan Pemuda Kahfi.

        sebenarnya Allah mengutus Rasul Rasul tidak lain tujuannya ialah untuk menegakkan agama/sistem Allah di muka bumi dengan berpandukan Al Qurqn sebagai petunjuk(baca surah 9:33).

        Saudara,
        Rasul yang membawa petunjuk berpandukan al-Quran hanyalah Nabi Muhammad s.a.w. Manakala para anbiya’ yang lain berpandukan kitab2 dan suhuf yang diwahyukan kepada mereka. Kerana itu, kita dapati syariat Nabi Musa a.s berbeza dengan syariat Nabi Muhammad s.a.w.

        Agama = sistem Allah?

        SJ tegaskan – Agama Islam bukan sekadar satu sistem. Agama adalah pegangan hidup yang membezakan di antara tauhid dan syirik.

        Menghapuskan ajaran sesat spt Islam Liberal dan NII KW9 adalah menjadi kewajipan bagi umat Islam. SJ akan tetap terus teguh menentang ajaran-ajaran ini.

        kesesatan NII Kw9/GPK/Maahad al-Zaytun semakin disedari umum.
        Pengaruh fahaman pluralisme jelas terpancar, apatah lagi bila adanya paderi kristian yang berdoa di dalam masjid rahmatan lil alamin atas permintaan AS Panji Gumilang.
        Malah seluruh warga al-zaytun meng-amin-kan doa paderi kristian itu.
        sila rujuk : https://suarajagat.wordpress.com/2009/03/12/pendeta-kristian-berdoa-dalam-masjid-rahmatan-lil-alamin/

        firman ALLAH s.w.t bermaksud :
        “Dan (di antara orang-orang munafik juga ialah) orang-orang yang membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam), dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri) serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman, dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan RasulNya sebelum itu. Dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara), mereka akan bersumpah dengan berkata:” Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata “. Padahal Allah menyaksikan, bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta.” (at-Taubah : 107)

         
  13. ilmupendamai

    29/07/2010 at 1:36 am

    maafkan saya Sj, ayat At-Aaubah:107- yang saudara bacakan itu adalah ayat yang dilaksanakan di Madinah/Mekkah setelah tertegaknya sistem Islam. dimana umat Islam telah bersatu ketika itu.ayat itu sebagai peringatan kepada umat islam akan bahaya golongan munafik.yang boleh memecah belahkan perpaduan umat yang telah dibena. berbeza pula pada ketika ini bahawa dalam kenyaataannya/realitinya sistem islam(sejahtera) sudah tiada, ditumbangkan oleh sistem jahiliah buatan yahudi yang disebut demokrasi(hukum jahiliah) maka berkuasalah yahudi dimuka bumi. umat islam berpecah belah, penindasan, penderitaan(neraka) ada dimana mana.jika benarlah kita menganut AdDiin Islam(sejahtera),mengapakah umat islam itu tidak sejahtera di muka bumi? jadi sedarlah kita semua bahawa tanggungjawab kita adalah untuk MENEGAKKAN semula SISTEM/AD DIiN ISLAM(SEJAHTERA) dimuka bumi(surah 9.33).

    Firman Allah; 42:13-Dia(Allah) telah mensyariatkan bagi kamu( rasul/siapa yang mahu memikul tanggungjawab) tentang ad din/sistem apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah kami wahyukan kepadaMu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Iberahim, Musa dan Isa iaitu: TEGAKKANLAH DIN/sistem/agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya. amat berat bagi orang orang musyrik(menduakan hukum) Ad Diin(hukum Allah) yang kamu seru mereka kepadanya. Allah menarik kepada Ad Diin itu orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada-Nya orang yang kembali.(kepada sistemnya) Untuk pengatahuan semua dalam Ad Diin/Sistem Allah adanya 3 unsur pokok yakni 1) HUKUM ALLAH 2). TEMPAT untuk melaksanakan hukum(negara). 3) UMAT (pelaksana hukum).Kerna itu saya sangat bersimpati jika saudara saudara tidak memahami hakikat ini, dan bagi saudara saudara yang telah di beri petunjuk dan ilmu, teruskanlah perjuangan kita yakni “merahmatkan seluruh alam”.

     
    • suarajagat

      29/07/2010 at 12:57 pm

      ilmupendamai,

      anda berkata :

      ayat At-Aaubah:107- yang saudara bacakan itu adalah ayat yang dilaksanakan di Madinah/Mekkah setelah tertegaknya sistem Islam.

      harap dapat jelaskan bilakah sistem Islam mula2 tertegak di Madinah/Mekah..?
      dan bilakah bermula keruntuhan sistem Islam?

      anda menyebut bahawa :

      berbeza pula pada ketika ini bahawa dalam kenyaataannya/realitinya sistem islam(sejahtera) sudah tiada, ditumbangkan oleh sistem jahiliah buatan yahudi yang disebut demokrasi(hukum jahiliah) maka berkuasalah yahudi dimuka bumi.

      jika demikian, mengapa AS Panji Gumilang/Abu Toto (pimpinan NII KW9/Maahad al-Zaytun) bertanding dalam pilihanraya umum indonesia yang lalu?
      bukankah indonesia mengamalkan sistem demokrasi..?

      petikan komen anda :

      Firman Allah; 42:13-Dia(Allah) telah mensyariatkan bagi kamu( rasul/siapa yang mahu memikul tanggungjawab) tentang ad din/sistem apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah kami wahyukan kepadaMu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Iberahim, Musa dan Isa iaitu: TEGAKKANLAH DIN/sistem/agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya. amat berat bagi orang orang musyrik(menduakan hukum) Ad Diin(hukum Allah) yang kamu seru mereka kepadanya. Allah menarik kepada Ad Diin itu orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada-Nya orang yang kembali.(kepada sistemnya)

      SJ dapati terdapat perubahan makna dan maksud dari komen anda ini..setelah saya merujuk kepada lajnah bahasa arab..ternyata, anda telah mengubah makna dan terjemahan ayat tersebut.

      Surah asy-syuura ayat 13 bermaksud;
      Allah telah menerangkan kepada kamu – di antara perkara-perkara ugama yang Ia tetapkan hukumnya – apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), dan juga yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: “Tegakkanlah pendirian ugama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya”. Berat bagi orang-orang musyrik (untuk menerima ugama tauhid) yang engkau seru mereka kepadanya. Allah memilih serta melorongkan sesiapa yang dikehendakiNya untuk menerima ugama tauhid itu, dan memberi hidayah petunjuk kepada ugamaNya itu sesiapa yang rujuk kembali kepadaNya (dengan taat).

      sekali lagi saya tegaskan – Agama Islam bukan sekadar satu sistem. Agama adalah pegangan hidup yang membezakan di antara tauhid dan syirik.

      Berapa lama lagikah kalian akan berada dalam NII KW9… anda tertipu dengan perjuangan yang sia-sia

       
  14. tak ada kebenaran muttlak

    07/09/2010 at 9:25 pm

    ass….

    maaffff sekali kepada sj….

    buakan kah alangkah lebih baik qt jangan menyebutkan merek dari kesesatan itu sendiri….
    antisipasi dari sebuah kesesatan itu memang penting, tapi bukan dengan cara menyesatkan suatu kaum.
    saya hanya usul….
    silahkan sebutkan ciri2 dari sebuah kesesatan tapi jangan sampai membawa lembaga atau instansi.(apalagi instansi pendidikan) yang belum tentu kebenarannya…..
    dan jika memang akan menyebutkan lebih sfesifik, alangkah lebih baik disertakan dengan bukti dan data yang jelas, jangan sampi ini hanya sebuah opini.(terkait masalah MAJ)
    maaf sebelumnya saya bukan orang yang paham bettul tentang ilmu agama, mungkin anda lebih tw, tapi bukankah dalam alkuran jelas sudah “man kafaro pahuwa kafir”
    jd ketika qt mengklaim sesat atau kafir maka kekafiran itu akan kembali kepada yang mengatakan? dan yang berhak mengatakan atau mengklaim kafir itu hanya allah SAW semata?(bila salah mohon di islah).

    saya khawatir ini nantynya menjadi sebuah fitnah yang akan dipertanggung jawabkan kebenaranya di akhirat nanty?

    mengatakan satu orang muslim kafir saja tidak boleh apalagi satu kaum?

    saya sangat setuju bila situs ini memiliki tujuan untuk menghindarkan umat muyslim dari kesesatan.
    tapi bukan untuk menggunjing kan.
    mengunjingkan satu orang saja tidak boleh, apa lagi menggunjingkan suatau kaum yang didalamnya ada beribu2 orang?

    saya usul hilangkan nama lembaganya, tapi tetap kita sebarkan ciri dari islam yang sesat…..
    dan biarkan umat muslim sedunia yang sudah dewasa, balig, dan berakal, yang sudah tw mana yang baik dan benar menilainya….

    setiap orang punya persfektif sendiri akan kebenaran….
    semua golongan menganggap dirinya benar dalam berislam, seperti halnya anda yang menganggap bnar akan pendapat kesesatan anda terhadap MAZ.

    Jadi jangan lah kita saling menjatuhkan bukankah kebenaran itu hanya milik allah?
    alangkah lebih baik lagi kita mengislah diri kita masing-masing, seberapa benarkah kita sampai kita bisa menyalahkan orang lain?

    rosul qt pun tidak pernah memusuhi pamannya, kendati pun ia sudah jelas dari golongan kafir kurays.

    wassss……

     
    • heriyawan putra

      03/04/2011 at 12:22 pm

      Tidak Sedikit Insan Manusia yang ada di Negeri ini, seolah kehilangan jati dirinya & bahkan seolah tidak tau untuk apa dirinya diciptakan oleh Allah swt, bahkan takkala mereka lagi dlm keadaan terjepitpun dgn mudahnya memperisaikan diri dgn kekurangan/ ketidak sempurnaan, lantas mau sampai berapa lama kekurangan tsb di pertahankan? sdg kita tak pernah tau kapan mati. bukankah Allah pertama kali menciptakan manusia dlm keadaan bersih? jd kembalinya juga harus bersih pula.
      maka dari itu kini saatnya kita saling berbenah,dan tujukan pada dunia bahwa Indonesia khan mampu bangkit kembali, dan ingat jgn sampat terbius dgn bujuk rayu syetan yg tak menginginkan kedamaian tercipta di muka bumi.

       
  15. tak ada kebenaran muttlak

    07/09/2010 at 9:32 pm

    sekali lagi maaf….
    tidak bermaksud mengurui….

    kalu memang apa yang saya sampaikan salah, itu tidak lain dari keterbatasannya sya sebagai manusia….”ma a’lamu syaan, wa anta insya allah a’lam miniy”

    “ketika yahudi bersatu untuk menghancurkan qt, kenapa kita menggolongkan diri untuk menghancurkan sesama qt?”

    “ketika nasrani menyebarkan ajarannya, kenapa qt hanya berkutat pada menyalahkan sesama qt?”

    “jangan hanya berfikir menguasai bumi, karana langit bgt luas untuk di jelajahi”

    “wahai cendikiawan muslim, bergeraklah, berkembanglah seluas jagatraya”

    wasss…..

     
    • suarajagat

      07/09/2010 at 11:25 pm

      terima kasih saudara..
      SJ sememangnya mempunyai bahan bukti berhubung kesesatan NII. Saya telah memaparkan hampir segala perkara berkaitan NII/MAZ di sini.
      perjuangan demi menegakkan akidah Islam ini sy lakukan kerana ingin melihat mereka yg telah terpesong kembali ke pangkal jalan.
      Anda tidak mengenali saya, tapi ketahuilah bahawa saya memperjuangkan Islam dari segenap segi

      Kesesatan NII/MAZ/Panji Gumilang turut diakui oleh Pak Amin Djamaluddin (MUI) ketika beliau hadir dalam satu sesi seminar di Kuala Lumpur baru-baru ini.

      Sesungguhnya kebenaran mutlak tetap ada. Itulah agama Islam..satu2nya agama yang diredhai ALLAH swt. Hanya Islam yang mentauhidkan ALLAH.

       
      • ditengah

        08/09/2010 at 9:18 pm

        anda yakin dalam suatu kaum semuanya tidak ada yang benar?
        anda yakin didalam MAZ semuanya sesat?

        saya termasuk orang yang pernah berkunjung di sana….
        memang ada beberapake janggalan….

        tapi sekali lagi disini saya hanya mencari sebuah kebenaran….

        tolong islahanya……

         
  16. ditengah

    08/09/2010 at 9:20 pm

    saya sangat senang ada orang seperti anda….

    terusberjuang dengan kebanaran….

     
  17. ditengah

    08/09/2010 at 9:25 pm

    saya hanya orang awam yang ingin mengetahui kebenaran yang mutla….

    tapi ketika semua golongan mengklaim saya paling benar yang mana yang harus qt itkuti….?

    haruskah qt merasa paling benar dan menyalahkan golongan yang lain?

    bahkan sya khawatir yang menyalahkan tidak lebih baik dari yang disalahkan….?(stetment ini untuk umum), karena banyak golongan islam saat ini yang merasa benar dan menyalahkan golongan lain….

    wlaw sedikit melenceng dari topik, mohon anggap ini sebagai jalan dkwah terhadap saudara se iman yang bimbang….

     
    • suarajagat

      08/09/2010 at 10:00 pm

      terima kasih saudara..
      kerana itulah SJ mengetengahkan isu2 berhubung ajaran-ajaran sesat dan salah satu yg utama ialah NII KW9/MAZ..
      Pihak SJ sendiri telah beberapa kali berkunjung ke MAZ, dan didapati isi ajarannya jelas bertentangan dengan syariat Islam.
      paparan blog ini berkaitan ajaran sesat adalah bertujuan untuk memberi maklumat kepada masyarakat tentang kewujudan kelompok yang menyelewengkan ajaran Islam. Selain itu, paparan2 di blog ini juga amat diharap dapat membantu mereka yg telah tersasar, untuk kembali ke pangkal jalan.
      Wallahu’alam

       
  18. beo

    13/09/2010 at 8:41 pm

    jangan bisanya menghujad ,rosul aja gak pernah seperti itu buktikan dengan karya yang nyata kalau anda memang orang yang benar maka orangpun akan ikutin jejakmu .

     
  19. mayogirl

    24/09/2010 at 3:26 pm

    dear SJ, anda katakan anda sudah pernah berkunjung ke MAZ Indramayu, Jabar. bisa anda jelaskan apa yang anda lihat disana? dari komen sebelumnya banyak yang berpendapat tempatnya sungguh megah, dan mereka keberatan dengan penilaian anda terhadap pondok pesantren tersebut. terima kasih

     
    • suarajagat

      25/09/2010 at 12:30 am

      ya..pihak SJ sememangnya pernah beberapa kali ke MAZ. Namun kemewahan dan kemegahan pesantren tidak mengesahkan ajaran mereka benar. Usah terpedaya dengan keindahan bangunan binaan manusia. kerana kemegahan lahiriah MAZ hanya topeng untuk menyembunyikan kesesatan batinnya.

       
      • heriyawan putra

        03/04/2011 at 12:01 pm

        Anda yg saat ini boleh saja bangga dgn ucapan anda,namun anda sendiri coba renungkan secara diri, sdh seberapa baikkah anda dimata Allah,dan apa yang sdh anda perbuat dlm hal ajaran Islam yg sesungguhnya,sdhkah andah dgn totalitas mengamalkannya? harusnya anda malu dgn diri anda sendiri yg mungkin hanya bisa mengkritik tapi tak mampu melakukan hal yg baik, jgn cuma sebatas teori tapi karya nyata.buktikan jika anda orang yg benar.ingat sesungguhnya Allah sangat benci dengan orang2 yang berkata buruk.apalagi mengolok2.

         
      • heriyawan putra

        03/04/2011 at 12:13 pm

        Saudara- saudari yang di kasihi oleh Allah swt, saya secara pribadi dgn tegas mengatakan kapada anda semua,hendaknya jangan mudah percaya degan kata2 orang fasik, yang senantisa menghembuskan berita bohong, bisa jadi yang mengatakan/megolok2 Alzaitun sesat, dialah pakarnya. apakah pantas seorang yang mengaku Muslim menggunjing umat Islam yg lain? coba renungkan..! ingatlah syetan atau Iblis senantiasa membuat kekacauan di negeri ini. kalau mmg mereka orang yg baik & benar, hendaknya berpikir secara jernih bukan dgn membabi buta.yuk kita sama2 perbaiki negeri ini kita satukan hati dan jgn sampai terhasut dgn orang2 yg tak bertanggung jawab, shg pada akhirnya kita jadi orang yang merugi.

         
      • heriyawan putra

        03/04/2011 at 12:26 pm

        IBARAT PEPATAH JANGAN KATAKAN BUAH ITU ASAM,BILA ANDA TIDAK MERASAKAN,BEGITU JUA JGN HANYA MENDENGAR KALAU TIDAK MEMBUKTIKAN.DISAMPING ITU JANGAN HANYA BISA BERKATA KALAU TIDAK BISA BERBUAT.

         
  20. Ibrahim

    28/09/2010 at 9:45 am

    Salam.

    GPK, NII wilayah Malaya mendedahkan diri di Facebook.

    http://www.facebook.com/group.php?gid=140090256020523&v=wall

    TQ.

     
  21. ILMI

    13/11/2010 at 1:45 pm

    Pha yg harus kita lakukan jika bertemu dengan kelompok NII?

     
    • suarajagat

      13/11/2010 at 2:48 pm

      ada 3 perkara yang sekurang2nya boleh kita lakukan.

      1. cuba kembalikan mereka kepada ajaran Islam yg sebenar dengan cara bertaubat.
      2. sekiranya anda tidak mampu memperbetulkan akidah mereka, jauhilah kelompok NII disamping menghebahkan kpd saudara-mara dan sahabat handai tentang bahaya ajaran sesat ini.
      3. laporkan kepada pihak berkuasa (jab.agama) tentang pergerakan mereka.

      tq

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: