RSS

White board GPK

13 Aug

Menurut sumber, ramai di kalangan mereka yang tertangkap cuba menafikan bahawa mereka telah melakukan kesalahan dan membawa ajaran sesat yang amat bertentangan dengan Islam. Namun di sebalik senyuman para abi, ternyata mereka gusar dan pucat. Senyuman diwajah hanya sekadar untuk menyembunyikan rasa hati. Malah mereka kian hari kian kebingungan.

Ahli Gerakan Pemuda Kahfi semakin ramai yang sangsi dengan ajaran ini setelah berlakunya peristiwa penangkapan pada ahad lalu. Pemimpin-pemimpin NII di Malaysia semakin pening kepala. Penahanan anak-anak didik mereka yang pada awalnya disangkakan hanya untuk sehari dua telah berlanjutan. Abi-abi dalam region2 lain juga kelihatan terkedu. Who’s next in the list??!

IMG_2648

Gambar di atas menunjukkan antara peralatan yang dibawa oleh pihak Polis sebagai bukti kesalahan dan kesesatan Gerakan Pemuda Kahfi.

Beberapa mas’ul dan abi yang SJ temui amat mengharapkan pimpinan yang ditangkap akan dibebaskan. Jadual harian dan program-program telah tergendala. Malah ada yang pimpinan yang berkata

“kita ni cakap dengan umat suruh tenang, jangan risau, kita tak bersalah.. tapi dalam hati ni sebenarnya takut jugak..”

Menurut sumber, urusan region2 lain juga dalam keadaan yang sama. Pertemuan di antara umat cuba di minimakan.

Banyak lagi kisah menunggu masa untuk saya paparkan..

 

109 responses to “White board GPK

  1. adalah

    13/08/2009 at 10:46 am

    sj…sian..so pathetic

     
    • SUARAJAGAT

      13/08/2009 at 1:52 pm

      Depan ‘umat’, dia buat muka confident jer..
      tapi kat belakang rupa2nya takut.

       
  2. Pihak Bertindak

    13/08/2009 at 3:14 pm

    Wahai semua umat kembalilah kepada jalan yang lurus. Sila rujuk disetiap Jabatan Agama masing-masing untuk mendapatkan maklumat berkaitan Agama Islam yang sebenar.

     
    • SUARAJAGAT

      13/08/2009 at 3:19 pm

      betul..betul…betul…

       
    • suara dari langit

      20/08/2009 at 11:58 am

      Bang, macam mana nak rujuk kat diorang? perangai lebih kurang dengan org kebanyakan jer… siang keje kat jabatan agama, malam pi karaoke, melalak, katanya lepas tensen, siap tempah GRO tu. Aku tau la sebab aku pon ikut dia orang. kalu cerita takde cerita lain, nak tambah bin atau koledksi aweks jer. so, macam mana tu? tak kan nak tanya diniding yang tulis Jabatan Ugama Islam kot?

       
      • awek gpk

        21/08/2009 at 6:06 pm

        Bismillah Arrahman Arrahim

        stuju dgn suara dari langit..

        kalo x, nape Allah tegur dgn ayat ni “Hai Ahli Kitab, mengapa kamu mencampur adukkan antara yang haq dengan yang bathil, dan menyembunyikan kebenaran, padahal kamu mengetahui?” (3:71)

        Alhamdulillah

         
      • Profesional

        21/08/2009 at 11:59 pm

        Bagaimana hendak merujuk dengan pihak Jabatan Agama Islam?

        1) Anda boleh DATANG terus ke Bahagian Dakwah atau Bahagian Penyelidikan.

        2) Minta berJUMPA dengan pegawai di sana bukan kerani.

        3) Anda nyatakan TUJUAN anda dengan jujurnya.

        Selain itu, anda boleh melayari laman web Jabatan Agama Islam masing-masing bagi memudahkan anda. Hubungi telefon jika anda mengetahui pegawai yang tepat patut dihubungi.

        Namun, mereka yang berkerja di Jabatan tersebut juga tidak lari dari kesilapan dan kesalahan seperti manusia biasa. Mereka juga tidak terlepas dari sebarang hukuman, jika anda mendapati mereka bersalah buatlah aduan.

         
  3. SUARAJAGAT

    13/08/2009 at 6:35 pm

    ada sesiapa pernah dgr GPK kata Malaysia ni sama mcm tokong buddha dan kuil hindu…??

     
    • The Green Cendol

      14/08/2009 at 10:45 pm

      Aku pernah dgr hampir sama mcm tu. Lama dh dulu. Waktu hijrah pertama dulu.

      Pemimpin dr negara islam (according diorg) ni x kata m’sia ni mcm tokong budha. Tapi dia kata masjid2 kt m’sia ni dh mcm kuil. Tp maaf, aku dh x igt apa alasan dia untuk menyokong statememnt tu.

      Sepanjang aku mengikuti kelas diorg tu, antara yg aku notice, diorg sentiasa menanamkn semangat untuk menentang org kafir (yes, mmg ptt), tetapi org kafir yg diorg maksudkn, adalah org islam sendiri, yg bukan dr diorg. Xde plk kata nk menentang yahudi dsb.

      Diorg just api2 kn semangat kita dgn mengatakn ditindas yahudi la… amerika la… In the end, lagakn dgn org islam sendiri.

      (Aku nk tgk, ada x umat yg nk reply kata org islam je kapir sbb dh diberi kitab)

       
      • 73 golongan

        20/08/2009 at 5:07 pm

        musuh yang paling bahaya, adalah musuh dikalangn kita, bukan musuh luar,, ada paham cendol.

         
      • awek gpk

        24/08/2009 at 4:29 pm

        Bismillah Arrahman Arrahim

        nk menentang yahudi?
        nk menentang amerika?
        ..mampu ke MELAYU ari ni nk lawan diorang??

        org2 MELAYU kite yg xkenal AQ, xkenal ISLAM, n jgn tekejut kalo orng MELAYU kite pon ade yg xkenal ALLAH..diorng2 ni pon xabes nk ditentang ag..tu xmasuk yg murtad ag..
        ape lagi nk tentang cine? india?

        n yes..org MELAYU sdiri yg melagakan orang MELAYU..tgk org MELAYU yg sebangse nk bangkit skit..bantai sesat la, tepesong la..tgk org MELAYU nk gune hukum hudud, kate zalim la, xpatut la..so kalu gni sampai bile MELAYU nk bangkit? nk maju? nk bersatu?

        kalo antum penah diberi pluang tuk membantu MELAYU bangkit..teruskan..tapi kalo antum dah sie2 kan peluang yg diberi..sila dok diam2 n perhatikan ape yg MELAYU nk tolong MELAYU ni nk wat..ada paham cendol.

         
      • SUARAJAGAT

        24/08/2009 at 4:44 pm

        point di sini, mengapa mesti org Islam sendiri, iaitu yang mengucap 2 kalimah syahadah tetapi tidak mengikut GPK di anggap kafir?

         
      • anti NII

        25/08/2009 at 11:47 am

        salam,

        apa yg SJ buat bukan berdasarkan assabiyah. tapi nak banteras ajaran sesat. tak kisah la, melayu muslim ke, cina muslim ke, india muslim ke, kalau mereka menyesatkan ajaran islam , tetap akan dibanteras. dengan izin Allah, SJ pasti akan tetap meneruskan untuk mempertahankan ISLAM.GPK nak laksanakan hukum hudud?laksanakan solat, puasa, zakat dan haji ke makkah dulu untuk diri sendiri. mcm mana antum nk kata antum semua bawa islam yang betul kalau mengaku diri sebagai nabi? kajilah sebenar2 sejarah NII. cubalah buat kajisn sendiri, jangan hanya percaya pada cerita2 turun temurun tu. kajilah bila RMU dilaksanakan. RMU diperkenalkan pada 1996. SMK xbuat pun RMU. SMK bawa ajaran yang benar, tapi sayangnya diambil alih oleh org yang memesongkan akidah islam, mengada-adakan tauhid yang baru. kalau anda betul2 nak tegakkan NII, tegakkanlah NII yang dibawa masa awal penubuhannya, bukan NII yg sekarang ini.

         
    • The Green Cendol

      14/08/2009 at 10:47 pm

      SJ… Apehal avatar aku ni kurang hensem?

       
      • SUARAJAGAT

        15/08/2009 at 12:21 am

        ntah la cendol..sbb ko x hensem kot…kehkehkeh

         
  4. suriabajahitam

    15/08/2009 at 12:18 pm

    nk lagi… cepat la, panas dah ni…

     
  5. bekaspengikutajaransongsang

    15/08/2009 at 5:06 pm

    saya setuju tu…sebenarnya pemimpin diaorang ni baru2 belaka..baru masuk terus buat keje penyampaian…so dengan ilmu senipis kertas A4 diaorang suka-suka kata orang lain kafir tanpa nas yang konkrit…so salahkan pemimpin yang dungun dan dangkal ni..

     
  6. Kasidah

    15/08/2009 at 5:08 pm

    bismillah ar rahman ar rahim.
    QS2:30-39.
    wahyu allah yang mengangkat manusia sebagai pemimpin kepada seluruh umat manusia yang lain.
    jika kamu tetap dalam keraguan tentangnya(AQ),maka buatlah SATU surat yang semisal nya(AQ) dan ajak lah penolong2mu,jika kamu orang2 yang BENAR.
    -kita membaca DENGAN NAMA.
    website ini juga ada nama : KASLAN membawa maksud MALAS.patut lah islam sentiasa di bawah!!,kerana umatnya hari ni semua nya sudah jadi KASLAN=pemalas.
    QS:6/112
    tiap2 nabi yang mahu menegakkan kebenaran/islam pasti ada musuhnya yaitu setan-setan daripada golongan JIN dan MANUSIA.
    golongan-golongan setan ini MEMBISIKKAN perkataan yang indah-indah untuk menipu manusia.
    apa yang di pandang indah??
    zina,arak,judi,seks bebas,dadah.
    walhal perkara-perkara ini salah di sisi Allah.tapi manusia pandang perkara ini seperti perkara BIASA.
    -sedangkan perkara yang benar di pandang salah!
    Keinginan satu bangsa untuk memartabatkan islam mengikut cara Muhammad S.A.W.
    itulah yang haq,tetapi kaumnya sendiri yang akan memusuhi perjuangan nabi itu sendiri.
    kita ambil pelajaran daripada kisah nabi2 yang sebelum kita,semuanya ada musuh daripada KAUMNYA SENDIRI. pada hari ini,
    tak sangka WARGA pun boleh memusuhi WARGA yang lain?
    -ternyata mereka ini termasuk orang2 yang telah berjaya ditipu oleh setan sewaktu kehidupan di dunia sehingga sanggup memusuhi orang2 yang mahu menegakkan syariat Allah.
    yang buruk dipangdang baik,
    yang baik dipandang buruk,
    dunia sudah terbalik,
    akhirnya jadi orang melayu yang jelek.
    -tidak ada gunanya kita sebagai hamba Allah nak melawan kehendak Nya.
    QS48:21
    QS48:26
    HAMBA mesti ikut apa yang TUAN nya perintahkan.
    Siapa TUAN kepada MANUSIA hari ni?
    Allah Atau Syaitan??
    Lu Pikir La Sendiri.

     
    • Pihak Berkuasa

      16/08/2009 at 12:15 pm

      Salam, saya terpanggil untuk memeberi penjelasan perkara-perkara sosial yang berlaku hari ini, saban hari terus banyak berlaku malah menghantui para anak-anak muda sekalian.

      Zina,Seks Bebas, Sumbang Mahram, Rogol, Mencuri, Ragut, Minum Arak, Perjudian, dan sebagainya bertambah banyak dan dipandang biasa oleh sesetengah masyarakat pada hari ini. Perkara contoh di atas adalah klasifikasi dari aspek syariah dalam Islam. Jabatan Agama akan mempertingkatkan kajian dan penyelidikan lebih utama dalam aspek Syariah ini pada masa-masa akan datang, sebagai contohnya, isu arak yang tengah dibincangkan oleh pimpinan kerajaan negeri Selangor adalah bermula dari beberapa kertas kajian bagi membasmi dikalangan anak-anak muda Islam.

      Namun gejala ajaran sesat yang dibicarakan di suarajagat adalah salah satu budaya atau bunga-bunga untuk merosakkan akidah para anak-anak muda. Perkara ini perlu diberi perhatian lebih mendalam. Modus operandi yang mereka gunakan dengan mengunakan al-Quran menyebabkan penentang mereka mirip-mirip lebih sesat daripada mereka. Hanya mereka yang mengalami situasi ini secara realiti akan mendapati segala yang mereka ajari adalah satira semata-mata, hanya untuk memburukan agama “nenek moyang” dalam lingkungan tuduhan mereka.

      Kepada anak-anak muda yang keliru carilah ustaz-ustaz yang boleh dipercayai dan bertauliah atau pihak berkuasa untuk mengetahui ajaran ini lebih lanjut.

       
    • Mistaken Identity

      17/08/2009 at 11:00 pm

      ini cth terbaik “umat nii” tnjk bagaimana tafsiran ayat AQ yg boleh diselit2 utk mempersenda &mengenakan org… sama je abi2 dalam program, bg ayat, takwil sesedap mulut, dah tu kene kan umat sendiri… yg tgh dgr pon, nak tanya x berani sbb nnt kene balik batang idung sendiri… sebelum lu suruh org pk, lu tu pk la sendiri dulu!!!

       
      • al-kahfi

        18/08/2009 at 11:01 am

        kalo banyak bunyik kang kena baynat = nyamuk ngingg nginggg

         
      • awek gpk

        21/08/2009 at 6:28 pm

        Bismillah Arrahman Arrahim

        “Dia-lah yang menurunkan Al-Kitab (Al-Qur’an) kepada kamu. Di antara (isi)nya ada ayat-ayat yang MUHKAMAT itulah pokok-pokok isi Al-Qur’an dan yang lain (ayat-ayat) MUTASYABIHAAT. Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti sebagian ayat-ayat yang MUTASYABIHAAT untuk menimbulkan fitnah dan untuk mencari-cari ta’wilnya, padahal tidak ada yang mengetahui ta’wilnya melainkan Allah. Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: “Kami beriman kepada ayat-ayat yang MUTASYABIHAAT, semuanya itu dari sisi Rabb kami”. Dan tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya) melainkan orang-orang yang berakal.”(3:7)

        Seorng pemmpin yg hebat msti bole ‘mengajar’ & bole ‘diajar’..
        same gak ngan abi2 Mistaken tu, mayb mase Mistaken tegur tu xkene carenye kot..tu yg kene batang idung sdiri tu..

        Alhamdulillah

         
      • balak GPK

        22/08/2009 at 6:10 am

        awek GPK ni single lagi ker..

         
      • SUARAJAGAT

        22/08/2009 at 3:41 pm

        to mistaken identity dan awek GPK..
        so..maknanya abi2 NII ni mmg tak hebat la kan?

        selalu nak cover guna ayat :

        “Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawaban.”
        Surah al-Isra’ ayat 36

         
      • Mistaken Identity

        23/08/2009 at 4:29 pm

        btol SJ, mmg x hebat langsung, hujah pakai akal fikiran mereka sendiri.. u know what SJ, pernah kami di bukakan ayat yg sama tp oleh penyampai yg berbeza.. maka huraian nya pun berbeza… masing2 pakai otak sendiri.. klu ikut fahamnya Allah xkan berbeza ‘jabaran’nya kan… huhu.. buat awek gpk, fikirkanlah, ilmu yg disampaikan melalui hafalan mereka xkan kemana, sbb tu klu umat tanya, terkedu! nak jwb x reti.. pastu dia bg la ayat yg xde kene mengena pun.. umat pun dah malehh nk tanya…

         
      • SUARAJAGAT

        24/08/2009 at 7:35 am

        Mistaken identity, itulah yang dinamakan pentafsiran secara hermaneutics. Iaitu satu kaedah yang asalnya digunakan oleh masyarakat Protestant untuk mentafsirkan Bible.

         
      • awek gpk

        24/08/2009 at 12:24 pm

        Bismillah Arrahman Arrahim

        salam Mistaken/sj/sahabt2,

        kalo camtu cane IMAM HANAFI, IMAM HAMBALI, IMAM SHAFIEE & IMAM MALIKI mazhabnye berbeza2..?

        bukankan ini melalui berbeda tafsiran by individual?
        tapi keempat2 nye diterima bukan?

        sedang Baginda Rasulullah pon kate “PERBEZAAN PENDAPAT DIKALANGAN UMATKU ADALAH RAHMAT”

        cume bab abi terkedu nk jawab tu biase r..nobody’s perfect..tambah lak yg baru naek jd mas’ul..

        so..mereka bertanggungjawab dgn ape yg mereka perbuat, anda bertanggungjawab dgn apa yg anda perbuat, & saya bertanggungjawab dgn apa yg saya perbuat..

        “Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawaban.”
        (17:36)

        Alahmdulillah

         
      • SUARAJAGAT

        24/08/2009 at 4:27 pm

        mereka(imam syafie, maliki,hanbali & hanafi) tidak berbeza dari sudut pegangan akidah. Mereka juga tidak menggunakan kaedah ‘hudan bainat dan furqan’ dalam pentafsiran. tidak juga berpegang dengan ‘Rububiyyah-mulkiyah-uluhiyyah’ (RMU) sebagaimana kalian pegang. Mereka berbeza pandangan dalam perkara2 tertentu tetapi tidak berbeza dalam pentafsiran al-Quran.
        mereka tidak pernah membahagi solat kepada ritual dan actual.
        mereka juga tidak pernah mewajibkan infaq ke atas para pengikutnya.

         
      • ISLAM

        26/08/2009 at 9:00 am

        ye ker…mana hang tau….main petik jer….abis saper yang korbankan harta dan diri nk bangunkan madinah..hanya orang yang rasa itu t/jawab diorg akan korbankan..klu x nk sudah…so..think..think..think

         
      • mistaken identity

        29/08/2009 at 11:47 pm

        soalan berbangkit drpd awek gpk.

        1. kalo camtu cane IMAM HANAFI, IMAM HAMBALI, IMAM SHAFIEE & IMAM MALIKI mazhabnye berbeza2..?

        Utk pengetahuan awek GPK, dlm islam sebenarnya ada banyak mazhab. Mengapa terjadi demikian? Ini kerana ulama yang layak dr klgn sahabat, tabiin & tabi’ al-tabiin yg mempunyai syarat yg cukup utk berijtihad adlh sgt ramai.Wbagaimanapun, mengikut qaul yg rajih, 4 mazhab ini saja yag bole diambil & diamal untuk masy umum. Kenapa berbeza? Perbezaan pendapat para imam adalah disebabkn perbezaan latarbelakang, lokasi, masy setempat, keadaan politik sms, jumlah hadis2 yg didapati imam2 telah mempengaruhi ijtihad mrk..tetapi perbezaan pendapat ini hanya kepada perkara2 cabang dan BUKANLAH perkara yg asas seperti dlm bab Aqidah/TAUHID. Masalahnya dlm GPK, aqidah mrk amat berbeza dan bertentangn especially pd perkara2 asas dlm Islam spt Rukun Iman & Islam. Penyelewengan pada perkara asas boleh menyebabkn seseorang keluar dr Islam..Nauzubillah.

        2. bukankan ini melalui berbeda tafsiran by individual?

        walaupun berbeza tafsiran, mrk tetap mempunyai kaedah yg sama dlm berijtihad iaitu menafsir sesuatu ayat AQ dgn ayat AQ yg lain, merujuk hadis2 dan fahamn mrk tidaklah tersasar dr apa yg difahami rasulullah & sahabat. Mereka tidaklah menafsir mengikut aqal semata2 tanpa mengikut disiplin yg telah ditetapkn. Rujuk article SJ (kaedah tafsir AQ).lain pula halnye dgn GPK, mereka dgn suka hati manafsir ayat AQ mengikut aqal dan sangkaan mrk. Ini secara terang menunjukkan usaha mrk mempersenda dan memperlekehkan kata2 Allah s.w.t. Malahan menafsirkan Allah seerti dgn NII setiap kali membaca terjemahan ayat AQ semasa dlm program.

        3. tapi keempat2 nye diterima bukan?

        Keempat2 mazhab diterima kerana keempat-empat mazhab ini mempunyai peraturan, kaedah dan panduan yang sempurna lagi lengkap yang ditulis oleh mereka dalam kitab masing-masing. Ia menjadi bahan tidak ternilai dalam perbendaharaan undang-undang Islam. Mazhab lain, tidak mempunyai kaedah cukup yang dibukukan untuk dijadikan panduan dalam bidang perundangan sebagaimana yang empat tadi. So bagaimanapula halnya dgn GPK..adakah kitab yg dihasilkan??bagaimana nak wat rujukan?

        4. cume bab abi terkedu nk jawab tu biase r..nobody’s perfect..tambah lak yg baru naek jd mas’ul..

        abi terkedu kerana mereka bukan dikalangan org yang berilmu & suke menuntut ilmu. Mrk juga tidak mempunyai criteria untuk melayakkan mrk berijtihad dan diikuti pendapat mrk. Mereka hanya mengikut skrip dan tafsiran turun temurun dr abi2 terdahulu dan ditambah dgn sedikit isu2 semasa especialy gejala sosial yg melanda bagi membenarkan ajaran mrk yg dipercayai ‘boleh’ menghindarkan masalh tersebut. Apa yg diitakuti adalah mrk yg mengikuti abi membuta tuli akan tersesat dr jalan Islam yg sebenar. Kite juga tidak tahu latarbelakang abi dan akhlak mrk kerana semua ini dirahsiakan (60/1). Rata2 mrk bukanlah berkelulusan agama, malaham ada yang takat SPM or tidak habis sekolah menegah pon. Bukanlah untuk mengaibkan tapi ini telah membuktikan bahawa jurang perbezaan antara abi2 dgn rasulullah, sahabat, imam2 yg sangat alim, berakhlak terpuji, hafal AQ dan hadis, rendah diri, mengembara utk mencari ilmu dll sifat terpuji yg tiada pd abi2 GPK.

        Sabda nabi..
        .. Apabila urusan diserah kepada yang bukan ahlinya maka tunggulah kedatangan hari qiamat. – HR Bukhari
        Wallahualam

         
      • al-kahfi

        30/08/2009 at 7:56 pm

        berbeza pendapat bab tafsiran tu bagi kemudahan juga, contohnya bab aqad. kalau ikut satu pendapat imam tu, setiap jual beli wajib ada ijab kabul, “Saya beli” dan “saya jual”

        tapi kalo beli kat vending machine? Saya beli kat vending machine? Errr?

        Jadi, guna pendapat yg bila ada mutual interest, orang bagi barang, aku bagi duit – maka adalah akad di situ.

        Tapi tak macam NII ni, rukun iman, rukun islam semua ke arah negara. benda yang tak betul pun jadi ibadah sebab nak tegakkan Negara yang memang tak wujud pun, hanya ilusi dan tahyul semata-mata.

        Janji Futuh diluahkan seenaknya, dan tak pernah jadi pun.. umat hidup dalam mimpi, dibuai oleh sang pemimpin yg mengutip duit seenaknya dan tak kena audit pun (macam salah seorang GPK di sini sebut, sebab zaman Nabi tak ada audit2 pun).

        Hehehe

         
  7. al-kahfi

    16/08/2009 at 4:12 pm

    upline saya dulu bagitau:

    pimpinan bagitau mereka adalah Rabb – Pengatur. sebabnya sapa yg atur hidup orang-orang bawah.. ye lah .. suruh jual nasi lemak jemaah, tak abis top up duit sendiri.. pastu nak bercuti ke balik kampung ke kene mintak kebenaran pimpinan.. tu yg gile babi tu..

    belum lagi yg kena didenda sebab keluar “bumi” ye lah.. keluar dari “negara islam” – bilik tilawah tu kira keluar bumi yg kafir dan kotor.. jadi kene denda lagi..

    pendek kata semuanya duit-duit la belaka.. kalo dulu zaman nabi yg masuk islam tu hamba abdi… duit pun takde, siap kena tebus lagi nak bagi merdeka… jawabnya kalo dulu Nabi Muhammad buat style NII Malaya/Abu Toto ni memang yg masuk Islam tu orang berduit je le…

     
  8. kasih

    16/08/2009 at 6:08 pm

    akidah tu apa???tauliah nk ajar agama tu dri sapa?hri ni sapa yg layak??makin hri makin byk maksiat yg berlaku..terutama oleh bangsa melayu…org nk faham agama or quran tak bagi…rumah urut bukak tiap2 hari..tak siapa kisah…nabi muhamad dulu sapa yg bgi dia tauliah???pikir la sendiri…sebab malas nk tegak din ko buat mcm ni,,.suka hati ko ler…buat ler…

     
    • SUARAJAGAT

      16/08/2009 at 10:43 pm

      kasih..just wait n see..
      🙂 akan ku buat..lagi…lagi dan lagi..

       
      • al-kahfi

        17/08/2009 at 12:05 pm

        erm.. dulu slot kawan saya dia suruh nisa’ buat jualan dengan bukak tudung … nak lariskan jualan katanya…

        tu ke cegah kemungkaran .. tak tau pula..

        ade slot lain pulak suruh bukak tudung atas alasan kahfi..

        oh ye.. ibadah kan TEGAKKAN NEGARA…. so lame.

         
    • luvIslam

      17/08/2009 at 8:40 pm

      Salam Duhai Kasih,

      Akidah hendaklah terikat dengan nama tuhan Mu Allah S.W.T. Iaitu hanya Allah yang Maha Berkuasa di atas segalanya, tiada yang berhak ke atasnya melainkan Allah. Itu adalah kepercayaan kita kepada Maha Pencipta iaitu Allah, tidak boleh sesekali menyamakan kuasa Allah dengan makhluk-makhluknya. Selain Allah semua makhluk hanya Allah adalah Khalik.

      Rasulullah S.A.W. iaitu Nabi Muhammad bin Abdullah mendapat tauliah terus dari Allah melalui jibrilnya, baginda telah dipelihara dari kecil lagi, baginda juga maksum. Rasulullah juga tidak boleh disama ertikan dengan manusia-manusia yang lain kedatipun nama manusia itu persis Muhammad bin Abdullah. Nama Muhammad atau Ahmad hari ini bukan tanda dia itu sebagai Rasulullah S.A.W., tiada lagi nabi di akhir zaman ini. Dewasa ini, Jabatan Agama akan mengeluarkan Kad Tauliah kepada mereka yang layak dan benar-benar mempunyai kelulusan agama yang tidak menyeleweng atau songsang.

      Kepada mereka yang hendak memahami Al-Quran, Alhamdulillah semoga Allah S.W.T. memberi petunjuk kejalan yang lurus dan mendapat keredhaan Allah. Berdoalah kepada-Nya, sesungguhnya Allah tempat kita kembali.

       
  9. kayuapi

    17/08/2009 at 6:54 pm

    angkara fitnah dan hasad dengki… Allah tak akan redho. Bala Allah telahpun menimpa kita. Wabak H1N1 yang masih tidak ada vaksin lagi. Ramai yang menuggu saat kematian. Tapi blog ni seolah-olah nak hidup lama.

    tuduh sana, tuduh sini…. tiada bau kemaafan… betul ke blog ni dari seorang da’e? juga blog ni berbau dendam dan dengki… betul ke blog ni berkehndakkan perdamaian islam?

    ajaran sesat yang nak diutarakan. akidah yang nak diperbetulkan… perbuatan melampau sesetengah pihak. cara untuk memberi kesedaran….

    apa sebenarnya????

    orang melayu.. tak sudah-sudah bergaduh, tuduh menuduh, hasad dengki…. tak ingat mati…

    jika ada kesilapan, tak salah bersemuka… terus terang… betul kan mana yang silap.. masing-masingkan manusia yang punyai banyak kelemahan… tak salah untuk merendahkan diri. kita menuju pada tempat yang satu… harus kita bersatu. bukan macam ni…

     
    • sapi emas

      17/08/2009 at 10:14 pm

      cuba adik ko, or tunang ko sendiri terjebak dalam group ni baru ko tau…

      dah banyak yg aku tengok putus sebab masuk group ni😐

       
      • kayuapi

        18/08/2009 at 12:16 am

        terputus? jika ada yang terputus itu sambungkan balik… kenapa boleh sampai terputus…? mereka memutuskan atau orang sebaliknya…

        tiada sapa yang nak putuskan tali silaturahim itu melainkan kita banyak prasangka sahaja.

        tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan.

        bersemuka dan terus terang, itulah sebaiknya…

        jika tidak berikan kemaafan selagi nyawa dikandung badan.

        hanya Allah sahaja kita berserah…

         
      • al-kahfi

        18/08/2009 at 10:59 am

        bro, ko tak tau lagi kot.

        orang NII=orang beriman=ahli syurga
        orang luar NII (nak masuk NII ada SOP, i.e bukan polis, etc.. ) = orang kafir/musyrik=masuk neraka.

        mana boleh kawin, mestilah putus… ko komen-komen ni ko tau dak doktrin mereka?

         
    • Mistaken Identity

      17/08/2009 at 11:09 pm

      haha… teguran dah dibuat, bukan sekali tp berjuta2 kali… mereka dah “block” minda, apa jua pendapat yg diutarakan di katanya berita fasik, mcm mana nk adakan perdamaian… pengalaman sendiri telah menyaksikan, betapa umat nii manis di depan, tetapi di belakang, menjadi bahan kutukan, hinaan dan senda sesama mereka.. bila di tegur x baik mengupat, kata mereka, kita syura minta pendapat kerana masalah mesti di tanggung bersama.. so, klu org nii begitu karaktornya, bagaimana perdamaian akan berlaku????

       
      • kayuapi

        18/08/2009 at 12:27 am

        karaktornya begitu? adakah satu yang awak temu?

        teguran berjuta2 kali? berapa kali anda bertasbih? anda kira sekali?

        sedangkan anak2 kecil, si ibu tegur sehingga ke besar panjang. sampai letihlah… tapi tetap bibir menegur si anak. inikan pula kita yang sudah dewasa. persoalannya adakah sudah berputus asa?

        sudah “block” minda? mungkin sebab pandangannya hanya satu.

        apa jua pendapat diutarakan dikatanya berita fasik? pendapat yang bagaimana yang diutarakan? selari atau songsang? cross-check mana yang mereka ambil?

        umat nii manis di depan, tetapi belakang,…. ? yang itu umat ker? mungkin salah orang kot… mungkin itu manusia yang perlu perbaiki tingkah laku… almaklumlah manusia memang banyak silapnya. ego harus ditundukkan tapi bagaimana?

        mungkin sikap berhikmah sahaja yang belum ada…. pada mereka dan pada sesiapa sahaja…

        kepada Allah kita mohon hikmahNya..

         
  10. Mistaken Identity

    18/08/2009 at 8:34 am

    huhu banyak nya persoalan yg diutarakan, walaupun tidakan telah dimabil masih mereka persoal, berapakali, apa,bagaimana, jd jawapan terbaik untuk golongan sebegini serahkan pada pihak berkuasa.. nah sekarang kempen telah dimulakan, semoga usaha ini membuahkan hasil..tq SJ atas usaha anda…

     
    • 73 golongan

      20/08/2009 at 5:25 pm

      apa benda la korang ni.. usaha nak menangkan agama sendiri pun disekat, takpelah kalau takmau berpegang, ..kalau dah tak caye sngat.. tnggulah mati nanti,, sape yang haq,, sape yang batil..

       
  11. Hamba Allah

    19/08/2009 at 4:39 am

    Bismillah Al-Rahman Al-Rahim

    Salam, pandanglah dengan mata hati mu… Gunakan Pendengaran, Penglihatan dan Hati.. Nilaikan apa yang ada lihat..dengan ikhlas:

    Nilaikan dan berikan satu lagi pilihan lain dalam menyelamatkan masa depan Umat Islam di muka bumi ini.

    9/33 + 61/9 + 48/28

    Alhamdulillah

     
    • SUARAJAGAT

      19/08/2009 at 9:15 am

      lihat juga yg ini

       
      • suarasumbang

        19/08/2009 at 1:30 pm

        dah tengok dah dulu kat 360.. tapi tak de bukti sangat kat ne salah. kurang jelas apa point penting yang nak disampaikan berkenaan kesongsangan tersebut.. dia macam cakap2 je.. tak de fact.. tak tau la btol ke tak.. he…

         
      • SUARAJAGAT

        19/08/2009 at 5:23 pm

        yer ke takde bukti?
        sstahu SJ, lepas keluar kat 360 ni..terkincit abi2..
        semua region2 stop buat program..

         
      • suarasumbang

        19/08/2009 at 8:47 pm

        ye ke gitu.. dasat jugak ye.. mmm… tapi kan.. mungkin dia kena perincikan skit kot.. buat comparison skit.. begini begini yang diajar salah.. yang betulnya begini.. macam tu lagi jelas kot.. he…

         
      • anti NII

        20/08/2009 at 1:53 pm

        yup.. mmg patut pun didedahkan, apakah ajaran mereka yg terpesong ajrn islam yg sebenar.

         
    • suarasumbang

      19/08/2009 at 8:53 pm

      hebat ye.. tingat dokumentari zaman kegemilangan islam andalusia.. tingat masjid cordoba yang hebat..

      penah tak tengok dokumentari when the moors ruled in europe.. Islam the empire of faith ataupun clash of civilization.. mmm.. fikir sejenak.. mungkin… who knows..

       
    • 73 golongan

      20/08/2009 at 5:21 pm

      kadang2 kita terlupa, ingat senang ke nak masuk syurga, mcm mana muhammad itu berjuang, ada kita kita pk?? mcm mana muhammad itu bce ALQURAn,, ada kita pk?? hidup ni lojik bukan majik. baca kitab hisab dirimu, jangn hisab diri org lain..tak guna, sebab yg utama diri kita.

      Biasalah manusia, bila tngok kita balik tngah2 malam,pastu nak2 blaja agama, nnti kata sesat.. tapi bila balik umah pada awl2 pg, pegi disko, org tak ckp sesat..

      sekurang kurangnya ada pegangan, kalau jadi mekah pun , bukannya baik sangat..baik pegi blaja agama lagi bagus,bukanya ingkari amanat yang diberi,

       
      • awek gpk

        21/08/2009 at 5:55 pm

        Bismillah Arrahman Arrahim

        stuju dgn 73 golongan…

        ’73 pintu, 73 jalan, yg tinggal hanya 1 jalan…’
        jalan mane yg 1 tu?

        jalan yg mengikut
        “AQ+SUNNAH=xSESAT SLAMENYE”
        jelas dr jabaran hadis Rasulullah “Ku tinggalkan kepadamu dua perkara (pusaka) tidaklah kamu akan tersesat selama-lamanya selama mana kamu berpegang kepada keduanya iaitu kitabullah (al quran) dan sunnah rasulnya”

        kite xbole nk simply judge sape yg betol sape yg salah, sape yg sesat, sape yg terpesong, or pape bentuk tuduhan skalipn..

        17.14-‘Bacalah kitabmu, cukuplah dirimu sendiri pada waktu ini sebagai penghisab terhadapmu.’

        tp ALLAH MAHA AGUNG tu yg akan menilai stiap ape yg kite perbuat, stiap ape yg kite lafazkan, stiap ape yg kite niatkan..

        so yakin & terus perjuangkan dgn ape yg anda & sy yakin..insyaallah..kebenaran itu akan ALLAH nampakkan kpd hambanya yg DIE kehendaki..

        Alhamdulillah

         
      • sapi emas

        21/08/2009 at 10:50 pm

        73 jalan – firqah najiyah tu hadith. NII KW IX / Al – Kahfi tak percaya hadith, sebab tu tolak 5 waktu, haji lain, hari kiamat lain, Allah = Negara, Malaikat = Kakitangan “Negara Islam” .

        Benda-benda yang Rasulullah tak ajor.. bid’ah

         
      • awek gpk

        24/08/2009 at 11:40 am

        Bismillah Arrahman Arrahim

        sape kate GPK tolak hadis??

        “jalan yg mengikut
        “AQ+SUNNAH=xSESAT SLAMENYE”

        jelas dr jabaran hadis Rasulullah “Ku tinggalkan kepadamu dua perkara (pusaka) tidaklah kamu akan tersesat selama-lamanya selama mana kamu berpegang kepada keduanya iaitu kitabullah (al quran) dan sunnah rasulnya””

        ..jelas & terang tang tang
        “AQ+SUNNAH=xSESAT SLAMENYE” dari ape yg Baginda RASULULLAH MUHAMMAD lafazkan, dan inilah yg dipegang oleh GPK dari awal hingga akhir..

        or..SESAT tu hanye di tafsirkan melalui VOTE blog SJ…?

        Alhamdulillah

         
  12. al-kahfi

    20/08/2009 at 3:11 pm

    kurang-kurang zaman khilafah dulu diorang perang-perang, angkat pedang pun buat Haji kat Mekah, solat lima waktu, solat tahajjud. … sampai satu saat mereka berperang dalam keadaan berpuasa (tahan lapar dan dahaga).

    tapi jemaah yang satu ni solat=silah -> tarik rekrut… jihad bi amwal wa anfus…ni takde masalahlah,tapi nak lunaskan berapa pintu tu sampai jual harta, buat loan,lepas tu nak bangkrap. tarik orang guna SOP, yang takde duit sampai nak bagi anak susu … naik pengangkutan kat S’pore nak pegi indon sebab alasan “Rasulullah dulu hijrah guna jalan lain” .. pendek kata semua aksi dan tindakan konon mengikut apa yang Nabi buat.. untuk keuntungan siapa?

     
    • suarasumbang

      20/08/2009 at 8:14 pm

      ye ke al-kahfi.. sebab rasanya dalam 360 pun de sebut solat tu ada dua.. solat ritual & actual.. jangan amik sebahagian2 al-kahfi.. nak tanya skit kat yang dinamakan pengikut GPK ni.. korang tak solat 5 waktu ke? jawab skit.. (err.. yg lain2 pun.. solat korang cukup ke 5 kali sehari? ops…).. kita kena tanya btol2 tau.. tak leh tuduh2.. mana kita tau diaorg solat ke tak. mudah2an solat kita terjaga lah ye al-kahfi..

      mmm… untuk keuntungan sape ye? hmmm…

       
      • awek gpk

        24/08/2009 at 11:56 am

        Bismillah Arrahman Arrahim

        Alhamdulillah..spanjang awek dalam gerakan ini, pimpinan xpenah suh kami abaikan ‘ibadah ritual’..
        sbb lam AQ tu jelas “laksanakanlah SALAT, tunaikan ZAKAT..”(2:43)
        “..diwajibakn atasmu berPUASA..”(2:183)

        Alahmdulillah

         
      • SUARAJAGAT

        24/08/2009 at 4:33 pm

        boleh saya tahu sudah berapa lama awek GPK dlm GPK ini?

         
      • awek gpk

        27/08/2009 at 10:47 am

        Bismillah Arrahman Arrahim

        ….”Sudah berapa lama kamu berada disini?”….”Tuhanmu lebih mengetahui berapa lama kamu berada (disini)”…(al-kahf:19)

        Alhamdulillah

         
      • SUARAJAGAT

        28/08/2009 at 8:05 am

        saya bertanya kpd awek GPK soalan ini :
        “boleh saya tahu sudah berapa lama awek GPK dlm GPK ini?”

        lalu beliau menjawab:
        ”Sudah berapa lama kamu berada disini?”….”Tuhanmu lebih mengetahui berapa lama kamu berada (disini)”…(al-kahf:19)

        ulasan SJ:
        ahli GPK suka sgt mengambil ayat sesuka hati.. namun saya merasakan awek GPK ini mungkin baru beberapa bulan atau dalam linkungan 2 tahun berada dalam GPK.

        1. Mungkin juga agaknya kalau di tanya kepada mereka soalan:
        sahur tadi makan apa?
        mereka guna pula ayat al-Quran :

        “Dan Kami naungi kamu dengan awan, dan Kami turunkan kepadamu “manna” dan “salwa”. Makanlah dari makanan yang baik-baik yang telah Kami berikan kepadamu; dan tidaklah mereka menganiaya Kami; akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri.”
        (al-Baqarah: 57)

        2. Dan mungkin jika ditanya :
        Malam tadi tidur pukul berapa? atau malam tadi hang tidur berapa lama?

        mereka jawab pula begini:

        “Dan mereka berada dalam gua mereka selama 300 tahun dan mereka tambah lagi 9 tahun.” (al-Kahfi : 25)

        🙂 ahli2 GPK henti2kanlah penyelewengan kalian itu..

         
      • Abu Git

        28/08/2009 at 9:23 am

        Mmg perkara biasa bagi GPK memetik mana2 ayat, bahkan selalunya hanya sebahagian (separuh atau beberapa perkataan) dr ayat, asalkn dapat memberi jawapan dan tafsiran yg menghala kepada kemahuan mereka.

        Cara mereka mengingatkn kepada sebuah gameshow yg selalu disiarkn di tv:-

         
      • ISLAM

        28/08/2009 at 9:32 am

        SJ yang peti ayat 2….awek GPK x kata cam 2 pun…guna faham sendiri….

         
      • awek gpk

        28/08/2009 at 1:59 pm

        Bismillah Arrahman Arrahim

        dear sj/islam/sahabat,

        Dari soalan sj, jawapan awek, & ulasan sj sekarang antum2 bole furqan sendiri..

        1.siapa yang suka sgt mengambil ayat sesuka hati?
        2.siapa yang buat penyelewengan ayat?
        3.siapa yang guna faham sendiri?

        alhamdulillah

         
      • al-kahfi

        02/09/2009 at 7:58 pm

        ko le, lagi mau tanya… sekolah ke tak

         
      • al-kahfi

        02/09/2009 at 7:57 pm

        biasa la tu… nanti tanye berapa ramai dia guna ayat surah al-kahfi lain.. mereka meneka2 berapa ramai🙂

         
    • ISLAM

      26/08/2009 at 8:55 am

      jihad yang besar dengan Al Quran la beb…25/52…perang 2 alternatif terakhir..nabi pun x suka berperang.

       
      • al maunah

        12/02/2010 at 2:18 am

        btl..25/52
        dgn pend..fahami satu persatu..
        bukan mencari salah
        hari ni yg bnyak menuding 2@ yg dah KASLAN ape yg mereka buat?
        trus cri ilmu @ kmbli buat maksiat??

         
  13. ammar

    21/08/2009 at 1:34 am

    Banyak ke duit ko kena kebas SJ?

     
  14. Bingungz - CINTAPURA

    21/08/2009 at 3:59 pm

    Atas nama cinta…
    Harap semua yang ada di dalam ni bertenang. Jangan la gaduh2.. Cuba berbincang baik baik antara kita semua bagaimana nak bersatu bukannya bergaduh sampai berpecah belah macam ni.
    Aku harap SJ bersabar.. Sebab aku faham mungkin ada sesuatu dalam hati SJ yang SJ tak puas hati… Mungkin SJ dianiaya dulu.. Aku pun tau ada juga orang lain yang rasa macam mana SJ rasa.. Jika SJ rasa ada sebahagian perkara yang tak betul, mungkin itu kesilapan individu… Tapi janganlah SJ menghukum seluruh jemaah… Sebab aku pun ada jugak rasa macam dianiaya dulu tapi aku faham itu disebabkan kesilapan beberapa individu yang lupa daratan (kalau teringat balik memang sakit hati). Tapi aku tak pernah rasa itu kesilapan daripada seluruh jemaah.
    Maklumlah, kalau tanam pokok durian baka bagus, tak semestinya semua buahnya nanti bagus. Pasti ada yang rosak.
    Aku harap kita dalam ni semua berbaik-baik, jangan la gaduh2 bro… Bro SJ jangan risau, aku faham apa yg ko rasa bro..
    Walaupun aku dah 2 tahun tak ikuti mereka, tapi aku tetap menyokong dalam hati aku mana-mana pihak yang nak majukan islam dan melayu…
    Aku akan sokong apa jua perjuangan nak bangkitkan kemajuan melayu dan islam tak kisah walaupun nii, pas, umno, revolusi iran, dan apa jua persatuan yg memperjuangkan islam dan melayu aku akan sokong…
    Aku betul-betul nak lihat orang melayu mempunyai kedudukan yang kuat dalam bidang politik, ekonomi dan sosial dalam negaranya bahkan antarabangsa..

    WALAUPUN KITA SEMUA BERJUANG ATAS JALAN YANG BERBEZA-BEZA, NAMUN KITA SEBENARNYA MENCARI KEREDHAAN TUHAN YANG SATU, AGAMA YANG SATU, BANGSA YANG SATU…

    MAKA BERSATULAH WAHAI ANAK BANGSAKU!

    “Takkan Melayu hilang di dunia” – Hang Tuah

     
    • SUARAJAGAT

      21/08/2009 at 4:10 pm

      Saya tegaskan..persoalan samada SJ dianiaya tidak timbul dalam hal ini.

      Apa yang sy lakukan adalah kerana wujudnya penyelewengan akidah,iktiqad,syariat serta penyelewengan dalam pentafsiran al-Quran di dalam ajaran ini.

       
      • ayah pin

        05/09/2009 at 5:30 pm

        mata hati dh ditutup ni…..

         
  15. Bingungz - CINTAPURA

    21/08/2009 at 4:16 pm

    Betul tu bro… memang ada sesetengah individu yg menyeleweng.. aku tak nafikan.. Orang2 yang menyeleweng ni biasanya yang dah lupa daratan. Orang-orang yg menyeleweng ni biar tuhan je balas bro….

    Tapi bro, aku nak sangat tengok semua orang melayu ni bersatu bro.. kalau boleh tak kira apa jua parti politik dan apa jugak pertubuhan yang berlandaskan melayu dan islam dapat bersatu…

     
    • SUARAJAGAT

      21/08/2009 at 4:24 pm

      yup..bab tu aku setuju..

       
    • MelayuKONON

      21/08/2009 at 5:50 pm

      apa hebat sangat ker melayu ni huh?

      apa yang melayu ada hari ini?

      “Takkan Melayu hilang di dunia” – Hang Tuah [kubur Hang Tuah pun tak ada-hilang]

      melayu hanya ada:-

      a) baju melayu
      b) raja melayu – itu pun parti Be End dah hapuskan kuasanya (Tun)

      c) bahasa melayu – itu pun menteri Be End dah tukarkan pada bahasa ingeris

      Hampir 52 tahun merdeka,
      ni hasil yer?
      Melayu mudah lupa,
      Melayu terus lupa,
      Melayu pelupa,
      Jika dulu ada parti bangkit untuk hapuskan Malayan Union yang kejam,
      Hari ini perlu ada parti yang bangkit untuk hapuskan kezaliman,
      Dulu parti yang bangkit adalah orang Melayu,
      Hari ini parti yang bangkit perlu berpegang pada agama bukan pada bangsa,

       
      • khir toyol

        24/08/2009 at 2:49 am

        ade satu lagi ko tak cakap…. melayu ade abi2… kahkahkah..

        ini bukan soal melayu, ni soal akidah bro… tak kire la mamak ke, cine ke, orang putih ke, orang biru ke… kalau agamanya islam, akidahnya itu kene betul, itu yang diutamakan..

         
  16. MelayuKONON

    21/08/2009 at 5:59 pm

    ANDAI INI YANG TERAKHIR
    andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
    tentu siangnya engkau sibuk berzikir
    tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
    mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu
    andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
    tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
    sholat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu’
    tubuh dan qalbu…bersatu memperhamba diri
    menghadap Rabbul Jalil… menangisi kecurangan janji
    “innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil ‘alamin”
    [sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku…
    kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

    andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
    tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
    setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
    di setiap kesempatan juga masa yang terluang
    alunan Al-Quran bakal kau dendang…bakal kau syairkan

    andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
    tentu malammu engkau sibukkan dengan
    bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..
    mengadu…merintih. ..meminta belas kasih
    “sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
    tapi…aku juga tidak sanggup untuk
    ke neraka-MU”

    andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
    tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
    mari kita meriahkan Ramadhan
    kita buru…kita cari…suatu malam idaman
    yang lebih baik dari seribu bulan

    andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
    tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
    mempersiap diri…rohani dan jasmani
    menanti-nanti jemputan Izrail
    di kiri dan kanan …lorong-lorong redha Ar-Rahman

    Duhai Ilahi….
    andai ini Ramadhan terakhir buat kami
    jadikanlah ia Ramadhan paling berarti…paling berseri…
    menerangi kegelapan hati kami
    menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
    semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

    Namun teman…
    tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
    apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
    yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
    berusaha…bersedia …meminta belas-NYA

    andai benar ini Ramadhan terakhir buat ku
    MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH AKU LAKUKAN

    Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarraq..

     
  17. Profesional

    22/08/2009 at 12:00 am

    Bagaimana hendak merujuk dengan pihak Jabatan Agama Islam?

    1) Anda boleh DATANG terus ke Bahagian Dakwah atau Bahagian Penyelidikan.

    2) Minta berJUMPA dengan pegawai di sana bukan kerani.

    3) Anda nyatakan TUJUAN anda dengan jujurnya.

    Selain itu, anda boleh melayari laman web Jabatan Agama Islam masing-masing bagi memudahkan anda. Hubungi telefon jika anda mengetahui pegawai yang tepat patut dihubungi.

    Namun, mereka yang berkerja di Jabatan tersebut juga tidak lari dari kesilapan dan kesalahan seperti manusia biasa. Mereka juga tidak terlepas dari sebarang hukuman, jika anda mendapati mereka bersalah buatlah aduan.

     
  18. suarajagat2

    22/08/2009 at 7:03 pm

    aslmkm…teruskan usahamu…n klu bleh tingkatkan lagi usaha untuk menyelamatkan umat islam dari terus berada dalam kondisi sesat lagi menyesatkan…sebagai umat islam yg sayangkan islam…teruskan usahamu dalam menyampaikan islam…Dan katakanlah: “Yang benar telah datang dan yang bathil telah lenyap”.Sesungguhnya yang bathil ituadalah sesuatu yang pasti lenyap.
    Amin

     
  19. RINDU

    28/08/2009 at 10:09 am

    hiiiiiiiiiiii

     
    • RINDU

      28/08/2009 at 10:10 am

      hahaha………..tiga segi muka aku

       
  20. awek gpk

    28/08/2009 at 1:58 pm

    Bismillah Arrahman Arrahim

    dear sj/islam/sahabat,

    Dari soalan sj, jawapan awek, & ulasan sj sekarang antum2 bole furqan sendiri..

    1.siapa yang suka sgt mengambil ayat sesuka hati?
    2.siapa yang buat penyelewengan ayat?
    3.siapa yang guna faham sendiri?

    alhamdulillah

     
    • al maunah

      12/02/2010 at 2:27 am

      bismillahhirrahman nirrahim..

      utk awk gpk..bersabarlah..mereka kebanyakan bersangka-sngka dan mybe x jelas ape yg hndak dsampaikan..
      so biarkan mereka,ape yg brlaku pn ade hkmahnya dan pelajaran buat kita..

       
      • suarajagat

        12/02/2010 at 8:59 am

        bukan bersangka-sangka..tetapi hakikatnya, GPK adalah sebuah doktrin yang menyesatkan dan penuh dengan penipuan, penyelewengan dan pluralisasi agama.

         
  21. Muhammad Qayyum

    28/08/2009 at 2:57 pm

    Assalamualaikum wrt.

    Saudari awek GPK, alhamdulillah, saya bertemu juga dengan orang yang benar-benar mahu mengakui dirinya daripada GPK dan secara terbuka menyatakan mengenai ajaran GPK. Kalau sudi, saya mahu berinteraksi dengan anda mengenai ajaran ini. Setakat ini, saya berpegang kepada koleksi maklumat yang saya dapati daripada sumber sekunder yang terdapat di internet ini disamping memegang pendapat bekas Mufti Perlis SS DrMAZA berkaitan hal GPK.

    Bagaimanapun saya terbuka dalam soal ini kerana tidak mahu menzalimi sesiapa, memetik kalam Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 6;

    “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasiq membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”

    Walaubagaimanapun, ayat tersebut jelas menyatakan perlunya kita berhati – hati dengan orang fasiq. Saya kira saya tidak layak menghukum Dr MAZA sebagai fasiq, tetapi, demi menghormati prinsip ilmu, saya minta kalau saudari dapat memberi kenyataan rasmi yang jelas tentang apa yang saudari belajar daripada GPK. Ingatlah bagaimana Allah SWT berfirman dalam surah al-baqarah ayat 111, bilamana golongan Yahudi dan Nasrani mendakwa mereklah ahli Syurga;

    “Katakanlah (wahai Muhammad): Bawalah kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika benar kamu dari golongan yang benar”

    Wallahualam.

     
    • awek gpk

      28/08/2009 at 4:45 pm

      Bismillah Arrahman Arrahim

      salam Qayyum,

      at last, awek jumpa jugak seorang yg open menerima pendapat orang lain tanpa menghukum terlebih dahulu.awek juga open untuk berdiskusi dgn saudara ttg hal yg dibangkitkan ini. tp rasanya xperlulah diskusi selanjutnya diteruskan disini..kerana bg awek, biarlah ruangan sj ini terbuka utk shabat2 lain terus menyatakan pendirian & pandangan masing2 dalam isu2 berbangkit…..alhamdulillah at least awek sedar ramai saudara seislam dgn kita masih peka & ambil berat ttg hal sekeliling yg pada awalnya awek kira ramai yg tutup mata & pekakkan telinga dgn keadaan sekeliling…

      Bg awek,awek terima semua pandangan dari semua, even pro-sj, contras-sj, pro-gpk or contras-gpk sendiri..kerana semuanya terfokus pada satu matlamat, matlamat utk perjuangkan islam..selamatkan islam..cume berbeza strategy & berbeza methodnya..tapi rujukanya tetap AQ+sunnah bukan? seperti mana wasiat Nabi Muhammad “Ku tinggalkan kepadamu dua perkara (pusaka) tidaklah kamu akan tersesat selama-lamanya selama mana kamu berpegang kepada keduanya iaitu kitabullah (al quran) dan sunnah rasulnya”

      jadi kpd qayyum @ sahabat2 lain yg nak berhubung dgn awek emaillah awek awek_gpk@ymail.com

       
      • SUARAJAGAT

        28/08/2009 at 5:45 pm

        1. ya..memang awek GPK tak kata macam tu.. tapi melalui kaedah hudan, bainat, furqan yang beliau gunakan membawa kepada ke arah itu..
        malah apabila beliau menjawab dgn menggunakan ayat 19 surah al-kahf, jawapan tersebut ternyata menggunakan kaedah HBF.
        sbb tu dlm ulasan, SJ katakan ‘mungkin’.

        2. saya harap diskusi di antara saudara Qayyum dan Awek GPK dapat di buat secara publicly di sini agar semua pembaca dapat menilai sejauh mana kebenaran GPK.

         
      • Muhammad Qayyum

        28/08/2009 at 7:25 pm

        Salam.

        Pertamanya, maaf saudari awek, saya menolak untuk tidak diteruskan di sini secara terbuka. Sekarang adalah peluang untuk anda mewakili GPK membuktikan ajaran GPK tidak sesat. Jika saudari benar dan yakin bahawa tiada penyelewengan berlaku dalam GPK terhadap perkara – perkara yang DASAR dalam ajaran Islam, nyatakan ajarannya kepada umum di sini. Jika saudari benar, insyaAllah saya akan menyokong saudari.

        Kedua, benar saya terbuka dengan anda semua untuk perbincangan, tetapi tidak bermaksud saya menerima semua pandangan tanpa ada pendirian saya, ibarat lalang ditiup daun. Sudah pasti saya ada pandangan saya mengenai isu GPK. Sila rujuk:

        Gerakan Pemuda Kahfi: Apakah Penyelewengan Kamu?

        Gerakan Pemuda Kahfi: Apakah Penyelewengan Kamu?

        Ketiganya, benar saya sangat menghormati perbezaan pendapat antara khemah-khemah jemaah Islam. Islam meraikan perbezaan. Tetapi, dalam hal – hal furu’ (ranting/cabang). Bukan hal – hal dasar. Bukan hal yang telah disepakati oleh jumhur ulama’, bukan perkara yang menyalahi al-Quran dan sunnah baginda Rasulullah SAW.

        Ya, kita boleh mengakui kita bersumberkan al-Quran dan Hadith, tetapi adakah benar cara kita memahami al-Quran dan Hadith itu bertepatan dengan cara yang dimaksudkan dengan al-Quran dan Hadith? Adakah pendapat kita sohih kerana rujukan kita sohih? Tidak sama sekali. Kalaupun rujukan kita sohih, yakni alQuran dan Hadith, tetapi cara kita memproses maklumat itu tidak mengikuti tatacara alQuran dan Hadith, maka pandangan kita yang terhasil daripada rujukan yang sohih itu adalah menyeleweng dan batil sama sekali. Saya bercakap secara umum, bukan menghentam GPK, harap jangan ada yang marah.

        Oleh itu, saya minta saudari untuk jelaskan, kedudukan GPK dalam hal ini. Betulkan saya jika maklumat yang saya dapati mengenai GPK adalah salah. Jelaskan apa yang GPK ajar kepada saudari kepada umum supaya tiada yang bersangka – sangka kepada GPK. Saya petik semula surah al-baqarah ayat 111;

        “Katakanlah (wahai Muhammad): Bawalah kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika benar kamu dari golongan yang benar”

         
      • Muhammad Qayyum

        28/08/2009 at 7:38 pm

         
      • sapi emas

        29/08/2009 at 10:01 am

        kepada awek GPK,

        yang anda kata wasiat nabi Muhammad tu adalah petikan dari khutbatul wida’ (khutbah terakhir/perpisahan), daripada hadith

        تركت فيكم أمرين لن تضلوا ما إن تمسكتم بهما، كتاب الله وسنتي.

        Malik Ibn Anas, Al-Muwatta’ (bersama Syarh Az-Zarqani), Dar Al-Fikr, Beirut, t.th, No: 1727. Hadith dinilai sebagai masyhur oleh Ibn ‘Abd Al-Barr Al-Qurtubi dalam At-Tamhid dan dinilai sebagai hasan oleh Al-Albani dalam Misykat Al-Masabih, At-Tawassul dan Manzilah As-Sunnah. Lihat: Ad-Durar As-Saniyyah. atas talian: http://www.dorar.net./mhadith.asp.

        tapi GPK tak percaya hadith, dan rukun imannya pun:

        Allah=Negara
        Malaikat=Kakitangan Negara Islam
        Rasul=Pembawa Utusan (sebab tu dalam pertemuan kena bayar 58:12 kat pentilawah kan)
        Kitab=aturan
        qada dan qadar=ketentuan dan jangka masa
        hari kiamat=hari kebangkitan (futuh?)

        ada pentilawah yg persoalkan, tak kiamat-kiamat pun, sebab dalam GPK,setau saya hari kiamat=Qiyam=bangkit=futuh/menang(?)

        Begitu juga dengan rukun Islam… yg anda pun faham semuanya ke arah negara.

        solat=silah/rekrut ahli itulah solat yg dianggap cegah kemungkaran.

        sebab tu ada rakan saya di sekolah agama dulu yg jadi pendokong GPK ni pun menjelek solat 5 waktu yg umat non NII lakukan, dia kata sembah dinding.

         
      • awek gpk

        02/09/2009 at 2:06 pm

        Bismillah Arrahman Arrahim

        salam sj/sahabat2,

        Rasanya inilah kali terakhir awek bersuara dalam perbincangan ini..awek menarik diri & menolak perbincangan terbuka seperti di cadang oleh Qaayum & sahabt lain.sahabt boleh menganggap awek pengecut atau penakut..tapi bagi awek, disini bukan tempatnya untuk awek terus perjuangkan keyakinan awek..maupun terus memperbetulkan tuduhan salah yang dilemparkan kpd plaksanaan GPK ..kerana fokus utama awek adalah untuk bersama2 GPK yang masih meneruskan perjalanan yg belum berpenghujung…

        alhamdulillah

         
      • SUARAJAGAT

        02/09/2009 at 2:23 pm

        saya hormati keputusan Awek GPK itu sekalipun saya amat ingin melihat perbincangan yang sihat antara saudara qayyum dan anda.

        anda katakan :
        “kerana fokus utama awek adalah untuk bersama2 GPK yang masih meneruskan perjalanan yg belum berpenghujung…”

        soalan suarajagat kini,
        apakah perjalanan tersebut akan berakhir dgn Futuh sebagaimana yang dicanang selama ini?
        atau apakah akhirnya segala pengorbanan kalian hanya satu sejarah hitam?


        semoga akhirnya, kalian sedar dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.

         
      • Muhammad Qayyum

        02/09/2009 at 2:48 pm

        Sayangnya ditamatkan begitu sahaja. Tetapi saya bukanlah langsung tidak terfikir awek akan berkeputusan seperti ini. Tetapi sayang sangat apabila usaha pencerahan melalui diskusi ilmiah tidak bersambut, sedangkan lontaran provokasi mudah mendapat respon. Nasihat saya kepada anda semua, sudah tiba masanya tingkatkan daya intelektual anda. Hidupkan ruang – ruang laman web dengan diskusi ysng bersifat ilmiah. Perjuangan islam itu dengan kefahaman Ilmu, bukan dengan taklid (ikut mengikut) semata – mata tanpa benar – benar memahami intipati perjuangan dan cara berjuang itu sendiri.

        Wallahualam.

         
      • al-kahfi

        02/09/2009 at 8:00 pm

        lari la pulak… baru nak start hot ni.

        utk makluman teks tilawah, SOP semua dah ada kat PDRM… teks bai’ah pun.

        sememangnya takde bende yg nak disorok.. rentikan le hidup dalam khayalan Khilafah NI ni

         
    • ayah pin

      05/09/2009 at 5:35 pm

      knp mhh qayum hanya rujuk internert shj?knp tk pergi terus ketmpat yg kontrovesi tu?itu yg silapnya…mengenai ayat yg di bukak tu tk makan saman pun dr phk gpk, krn mereka pun guna pakai ayt tu jgk…

       
    • ayah pin

      09/09/2009 at 4:04 am

      assalamualaikum… slm kenalan blh jika sy ingin mengelai shbt qoyum lebih rapat? ingin mendalami ilmu agar sy tk tersesat dr jln yng lurus..

       
      • Muhammad Qayyum

        09/09/2009 at 5:52 am

        Waalaikumussalam. Tiada masalah, saya sanggup bersilaturahim.

         
  22. Abu Git

    01/09/2009 at 9:54 am

    Awek GPK,

    Saya setuju dengan saudara Muhammad Qayyum supaya perbincangan antara saudari Awek GPK dengan saudara Muhammad Qayyum dijlnkn secara terbuka.

    Rasanya ramai disini berminat.

     
  23. Abu Git

    01/09/2009 at 10:02 am

    Awek GPK,

    Saya setuju dgn saudara Qayyum supaya diadakan secara terbuka.

    Saya yarin ramai di sini yg berminat.

     
  24. SESAT09

    01/09/2009 at 6:04 pm

    Bro….Jangan jadi anjing menyalak bukitlah…..Hang buatlah apa saja…cakaplah apa saja pun….KAMI tak kisah……Kita tengok sahaja nanti…buang karan je jawab dengan ayat quran…

     
    • al-kahfi

      01/09/2009 at 7:21 pm

      KAMI ke AIMAN tak kisah.

       
    • SUARAJAGAT

      03/09/2009 at 2:37 pm

      bagus la…makin kuat SJ terjah selepas ni..wait n see…🙂

       
  25. IMAN

    09/09/2009 at 9:43 am

    BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM…..

    Wahai Sahabat seangkatan dengan KU….marilah kita jauhi blog yang sia2 ini…. Kembalilah kita kepada Fokus Utama….Biarlah mereka dengan cara mereka….Setinggi mana pun hujah anda mereka tidak akan faham…. Oleh itu, daripada kita membuang masa dengan berdebat, lebih baik kita gerkakan MISI kita. Akan bertambah lagi dosa klalau kita terus menerus berbalah disini. Allah itu tidak Zalim….jika ada Salah kita yang lari dari landasan yang benar, Allah akan balas perbuatan kita…. Perjuangan kita hanya AL-Quran dan Sunnah.

    Semoga Allah swt memberkati mereka yang btl2 memperjuangkan ISLAM yang HAQ dengan ikhlas walaupun ada segelintir yang telah menyelewengkan landasannya.

    HAQ menghukum hanya pada Allah swt…. sesekali kita tidak layak mengadili sesuatu yang bukan HAQ kita… Kita bukan Malaikat untuk menghukum orang sedangkan tiada NAS yang menyatakan gerakan mereka mereka yang ingin menegakkan ISLAM salah. Tiap apa yang kita buat sebesar zarah pun Allah swt akan nilai….

    Janganlah kalian berjiwa lemah………TERUSKAN PERJUANGAN ANDA…(61.14)

    ALHAMDULILLAHIROBILALAMIN………

    AMIN

     
    • Muhammad Qayyum

      09/09/2009 at 9:49 am

      Sayangnya, saya begitu bersungguh – sungguh menerangkan hakikat tauhid, hakikat iman, hakikat perkara ghaib. Dengan harapan anda akan terbuka hati untuk mengkaji dan meneliti semula, tetapi anda lebih senang bersifat tertutup dan lebih mempercayai abi – abi anda. Kenapa anda tidak mahu balik kepada ulama’ – ulama’ yang benar – benar ikhlas berjuang? Yang siang dan malam menyampaikan ayat – ayat Allah tanpa mengira penat dan lelah, tanpa minta sesen pun duit rakyat. Kembalilah ke jalan yang benar IMAN. Saya sukakan semangat anda umtuk memperjuangkan Islam, tetapi berjuanglah atas landasan yang benar. Takkanlah daripada ribuan ulama’ yang bertebaran di dunia. Yang mewarisi ilmu – ilmu Islam yang disepakati semua ini anda mahu abaikan dan turuti bulat – bulat pimpinan kumpulan anda? Bukakanlah mata hati anda yang sebenar – benarnya.

      Saya teringat satu frasa yang cukup popular di kalangan aktivis – sktivis gerakan Islam;

      “Kami adalah umat yang datang membebaskan perhambaan sesama makhluk kepada perhambaan kepada Pencipta Makhluk”

      Marilah bersama kami.

       
  26. sri siantan

    13/09/2009 at 3:28 pm

    Mistaken Identity :
    btol SJ, mmg x hebat langsung, hujah pakai akal fikiran mereka sendiri.. u know what SJ, pernah kami di bukakan ayat yg sama tp oleh penyampai yg berbeza.. maka huraian nya pun berbeza… masing2 pakai otak sendiri.. klu ikut fahamnya Allah xkan berbeza ‘jabaran’nya kan… huhu.. buat awek gpk, fikirkanlah, ilmu yg disampaikan melalui hafalan mereka xkan kemana, sbb tu klu umat tanya, terkedu! nak jwb x reti.. pastu dia bg la ayat yg xde kene mengena pun.. umat pun dah malehh nk tanya…

    salam.
    sy pernah mengalami situasi ‘abi’menunjukkan kejahilan menjawab soalan2 yang diutarakan. hasilnya…ape yg sy dapat? mereka kata mereka masih lg dalam proses pembelajarn. masih xcukup ilmu lg. kononnya datang dr latar belakg pendidikan yg berbeza. wuteverla. memngla xreti jwb,ikut skema la katekan.

     
  27. bob

    02/08/2010 at 4:39 am

    Salam,

    saye masih dlm GPK, ape yg disampaikn nampak benar. Sampailah satu mase mereka sampaikn, ttg solat. Saye agak ssh nak klua krn mereka mggunakn alasan dgn ayat al quran.

    Wahai pengikut2 seangkatan awek GPK, saye ingin bertanye di sini. Klu korg mmg org yg benar.

    1- Dr mane dtgnye ilmu atau reference yg mnyata kn SOLAT trbhgi kepada 2. Solat ACTUAL (sebenar) & solat RITUAL? knape solat fardhu di kelaskn sbgai solat ritual, bukan solat sebenar? Ini soal aqidah, mcmmane nk tegak kn islam sedang kn akidah diri sendiri pon lemah kan?

    2- Mane dtgnye ilmu atau reference al-Fatihah itu mnceritakn ttg RMU? bertanye krane benar2 ingin tahu, GPK xblh buat sesuatu perkare tanpe ilmu nnt bsok akan ditanye.

    3- Apakah ia suatu yg haq, GPK sng2 melebelkn org yg klua GPK itu KAFIR dan MUSUH islam? (ade ayat al-Quran tp igt la..)

    Ape yg saye perasan bile saye masuk PL, mereka xpernah bertanye kn saye da solat atau belum. Malah kene perli2/sindir lg dgn ayat2 quran sbb lambat. Ajak solat jemaah pon xpernah,malah suruh pandai2 cr surau kt mane2 (slalu jgak trtinggal solat magrib sbb jau, dan isyak sbb sampai rume je tertido,letih sgt2). Sejak saye mngikuti GPK, saye slalu xcukup duit dan da mule pimjam beratus2 dgn org tp ape dorg ckp, “al-Quran kn da aja kite supaye buat plan…” cakap bukan main. Paling sedih, saye xdpt bg duit dkt mak bapak bln lps. (Pdhal, sblm ni org lain yg dtg nk pinjam duit)

    Bg mereka org yg xfokus pd GPK adalah masih sembah BERHALA, walaupun kite buat perkare baik sprt pergi kenduri,kerje, atau sibuk pg ceramah agama yg lain.

    Niat mmg baik, “..TEGAK KN LAH DIN DAN JGN LAH KAMU BERPECAH BELAH DI DALAM NYE…” bukn nk kate diri ni btul sgt(..kate suh ikroq?)tp xkn nk suh ikut bende yg nmpk trpesong jgk?

    Sye syg kn kwn2 saye dan saudare2 saye yg dalm GPK. Sesiape di sini blh bg ayat2 quran yg blh mmbidas dorg?

     
  28. bob

    02/08/2010 at 7:19 am

    kpd awek GPK dan kawan2 nye,

    “Dia-lah yang menurunkan Al-Kitab (Al-Qur’an) kepada kamu. Di antara (isi)nya ada ayat-ayat yang MUHKAMAT itulah pokok-pokok isi Al-Qur’an dan yang lain (ayat-ayat) MUTASYABIHAAT. Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti sebagian ayat-ayat yang MUTASYABIHAAT untuk menimbulkan fitnah dan untuk mencari-cari ta’wilnya, padahal tidak ada yang mengetahui ta’wilnya melainkan Allah. Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: “Kami beriman kepada ayat-ayat yang MUTASYABIHAAT, semuanya itu dari sisi Rabb kami”. Dan tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya) melainkan orang-orang yang berakal.”(3:7)

    -ape yg saye nmpak ayat ni lbh kpd batang idung GPK sndiri. Ayat alQuran ade ayat direct & indirect. Pd GPK, ayat direct pon byk yg die nk baynat kn. GPK lebih mengambil mnagmbil ayat2 indirect atau mutashabihat.

    Cth ayat 2:185 ttg puase dan ganti puase ramadan, dorg baynat kn jd “kelas bile xhadir kne ganti”, ramadan pula jd “skrg kite brade dlm kondisi yg panas,ISLAM di bawah”. Munkin btul kate2 dorg, tp beberape org yg saye knal dlm GPK xde pon nmpak nk ganti puase yg penah dorg tinggal smase sblum masuk GPK, pdhal da lbh U3 da tu. Dan dorg xpnah pon suh ganti puase..

    Pd awal surah 73, Al-Muzzammil, klu pd saye ayat mukamat nye ttg bngun mlm. GPK baynat jd “pg kelas tu mcm bgun mlm la, blaja al-quran dlm keadaan islam tgh gelap” baynat nye nampak blh diterime, tp ttg ayat mukamat saye xnmpak pon org yg saye knal dlm GPK bangun solat mlm. Saye pernah tnye kawn sbilk dgn sponser saye klu2 die ade solat mlm, die kate xde pon, subuh pon kdg2 miss kadng lmbt. Paling2 xpon, Dlm kelas xde suruh bgun solat mlm pon. Dan byk ayat2 mutashabihat yg GPK baynat lbh mnjurus kpd kpentingan GPK

     
  29. 80/20

    30/08/2010 at 7:54 pm

    assalamualaikum wbt.
    Aku masih pengikut ajaran nih, walaupun keraguan kat dalam hati aku nih dah 99.5% dah. Aku berikhtiar untuk carik aqidah aku kembali.

    Tapi satu perkara yang aku nak tegur kpd pengikut GPK yang bermati-matian nak tegakkan dinul-haq. Kenapa antum suka menggunakan bahasa yang amat kasar, dan kadang-kadang aku rasakan biadab. Bukankah apa yang Rasulullah saw ajar untuk umatnya berhemah. Juga kepada Muslimin (yang MD ke MK ke), akhlak kita kan perlu dijaga.

    Wallahu’alam.
    Ku mohon kutemui jalan sebenar yang diredhai Allah Maha Pencipta. Aminnn…

     
  30. pl

    02/01/2013 at 3:45 am

    salam,
    ak pun baru jugk dengan benda ni,,ad la dlm 3 4 bulan,,bila baca entri pasal ajaran kahfi ni ak mula konfuse,,ad btul ny,,,dh mula sangsi dgn gerakan ni, baiah, kata ke orng islm yg lain kafir, dn lain,,
    sebenarny mana 1 yg btul ni..

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: