RSS

KEMPEN : Laporkan Kesesatan NII..!!!!

18 Aug

NII

**Logo di atas adalah logo rasmi untuk menentang GPK / NII KW9.

**BLOGGERS!! letakkan logo ini di blog2 anda..ayuh!! kita kempen ramai-ramai..


Salam buat semua pembaca blog SUARAJAGAT yang ‘Lebih Hangat Dari Biasa’..

Seperti yang semua sedia maklum, Gerakan Pemuda Kahfi a.k.a NII Wilayah Malaya telah digempur pada 9/8/2009 (Buyut Terbakar) dan beberapa pimpinan telah ditangkap. Ajaran berteras Hudan,Bainat,Furqan ini jelas memesongkan aqidah.

Namun suatu hal yang mendukacitakan ialah walaupun perkara ini telah berlaku, tetapi masih ramai bekas pengikut/kaslan yang berdiam diri. Saya amat berharap kepada bekas pengikut/kaslan untuk melihat perkara ini sebagai sesuatu yang amat serius. Rasa tanggungjawab bagi membanteras kesesatan dan pembohongan dengan menggunakan nama Islam perlu ditangani dan ini amat memerlukan kerjasama, informasi dan maklumat dari pelbagai pihak terutamanya anda.

Ramai bekas pengikut yang tidak membuat laporan kerana takut ancaman keselamatan dan sebagainya. Sedarkah kalian, tindakan ugutan yang dibuat oleh GPK/NII ini sebenarnya hanya bertujuan untuk menakut-nakutkan sahaja walhal mereka tidak mampu melakukan apa-apa.

Kalau mereka (GPK) benar, mengapa mereka tidak pernah membuat perbincangan atau muzakarah terbuka dengan Jabatan-jabatan agama atau para mufti? Mengapa juga mereka sentiasa merahsiakan ajaran ini dari pihak polis dsb?

Tahukah kalian, betapa pihak berkuasa sangat memerlukan statement dari anda?

Oleh yang demikian, atas permintaan pihak tertentu.. semua bekas pimpinan dan bekas pengikut/kaslan Gerakan Pemuda Kahfi/Negara Islam Indonesia (NII) Wilayah Malaya/Daulah Islamiyyah Nusantara (DIN) adalah dipohon untuk memberi kerjasama dengan membuat LAPORAN RASMI kepada Jabatan Agama Islam atau Laporan Polis untuk sama-sama menghapuskan ajaran ini.

Laporkan Jenayah ini..kerana jenayah membawa padah! Jom!!! Hapuskan Kesesatan!!

 

78 responses to “KEMPEN : Laporkan Kesesatan NII..!!!!

  1. Abu Git

    18/08/2009 at 12:23 pm

    Aku harap sume yg pernh terlibat (walaupn dh lama) dapat membuat laporan kepada pihak polis dan terutamanya jabatan agama.

    Dan di harap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya secepat mungkin.

     
    • Aminah

      14/10/2009 at 10:42 am

      apela masalah lu bro! buat sendiri la .. ckp tak supa bikin😀

       
  2. adik

    18/08/2009 at 6:56 pm

    Hush.. Orang dari US pun ada pantau blog ni… Er.. pihak berkuasa US pun ada terlibat eh, Abu Git? Ramai jugak yang tengok… hmmm… hati-hati, jangan kerana marahkan nyamuk sampai terbakar kelambu sendiri…..

    Abu Git Orang Lama ker? Pernah buat laporan?

     
    • sapi emas

      18/08/2009 at 9:36 pm

      ko merepek ape ni dol. kalo ISP dari US or guna proxy HTTP kat US keluar la US.

      kadang tu google or stumbled to this page pun dah recorded.. tu la suruh belajar tak nak pi ngaji dalam gua al kahfi.. jadi la binatang ternak bawah tempurung.

      p/s: gurau-gurau je.

       
      • adik

        18/08/2009 at 9:56 pm

        sapi emas (a.k.a abg dol)

        sapa yang belajar gua al kahfi?

        sapa yang binatang ternak bawah tempurung?

        abg dol ni tak nampak ke kat depan ade flag counter dari negara-negara luar sana….

        apele bodoh sapi emas ni…

        tulaa kecik2 tak nak mampus…
        dah besar menyusahkan mak bapak…

        p/s: gurau tu biarlaa beradap… maaf ye.. baru kena buku dengan ruas..

         
      • The Green Cendol

        18/08/2009 at 10:42 pm

        Dik… Mmg btl ada flag counter kt depan tu… Dan mungkin ada yg follow blog ni dr US. Mungkin….

        Akan tetapi, x semestinya… Sbb hit tu blh naik (dan selalu berlaku) adalah kerana:-

        1- “kalo ISP dari US or guna proxy HTTP kat US keluar la US”
        2- “kadang tu google or stumbled to this page pun dah recorded”

         
      • al-kahfi

        19/08/2009 at 11:49 am

        yang namanya adik ni dah le adik tapi perangai macam budak lepas sekolah henry gurney.

        kan ke dah bagitau pasal HTTP Proxy or stumbled page tu… tak paham-paham ke.

        ni nak tuduh US terlibat le ape le.. nonsense.

         
  3. Hamba Allah

    19/08/2009 at 4:36 am

    Bismillah Al-Rahman Al-Rahim

    Salam, pandanglah dengan mata hati mu… Gunakan Pendengaran, Penglihatan dan Hati.. Nilaikan apa yang ada lihat..dengan ikhlas:

    Nilaikan dan berikan satu lagi pilihan lain dalam menyelamatkan masa depan Umat Islam di muka bumi ini.

    9/33 + 61/9 + 48/28

    Alhamdulillah

     
    • SUARAJAGAT

      19/08/2009 at 9:18 am

      tgk la juga yg ini

       
    • awek gpk

      19/08/2009 at 11:46 am

      Bismillah Al-Rahman Al-Rahim

      setuju dgn Hamba Allah…
      renungkan 42.13..
      apa manfaatnyer ayat ni masih terlekat dlam hudan kalau bukan untuk dibainatkan?
      Moge antum2 sume mendapt furqan yg haq dalam sedikit mase lagi..

      Alhamdulillah

       
      • SUARAJAGAT

        19/08/2009 at 11:52 am

        Dia telah mensyariatkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa yaitu: Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya. Amat berat bagi orang-orang musyrik agama yang kamu seru mereka kepadanya. Allah menarik kepada agama itu orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada (agama)-Nya orang yang kembali (kepada-Nya).
        QS. as-Syura (42) : 13

        pesan SJ : Renungkanlah juga untuk diri kalian sendiri…

         
      • suarasumbang

        19/08/2009 at 1:53 pm

        suarajagat.. bistu.. mana satu nak ikut? ada idea?

         
      • awek gpk

        19/08/2009 at 7:36 pm

        Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Ku tinggalkan kepadamu dua perkara (pusaka) tidaklah kamu akan tersesat selama-lamanya selama mana kamu berpegang kepada keduanya iaitu kitabullah (al quran) dan sunnah rasulnya”

        kesimpulanye,
        AQ + SUNNAH= xSESAT SELAMANYA

        persoalanya, knapa nk gempur gerakan yg nk melaksanakan AQ + SUNNAH ?

         
      • SUARAJAGAT

        19/08/2009 at 8:08 pm

        mengikut kefahaman anda dan GPK.. apa itu sunnah & apa yg bukan sunnah?

         
      • suarasumbang

        19/08/2009 at 8:40 pm

        menurut pemahaman suarajagat.. apa itu sunnah dan apa itu bukan sunnah? Boleh tak suarajagat terangkan kepada yang tak faham atau tersalah faham? boleh tak suarajagat.. pleaseeee….

         
      • SUARAJAGAT

        20/08/2009 at 8:10 am

        bagi awek GPK jawab dulu

         
      • suara dari langit

        20/08/2009 at 10:46 am

        SUARAJAGAT! Ko memang penakut, tak ikut sunnah, Rasulullah berani, buang la batu ko, orang baru tanya pasal sunnah ko suruh awek yang jawab. ko tak sekolah ke dulu. tak macho la kau. JAWAB laaa buat malu kaum jer.

         
      • ayah pin

        09/09/2009 at 3:56 am

        dlm sunnh nabi tk pernah pulak maki hamun.. suara dr lngit…perlaksanaan kamu tu kene iklas dlm perjalanan merialisasikan sunnah…bnyk yg kamu blum phm sejarah perlaksanaan…. musabah diri kamu….

         
      • awek gpk

        20/08/2009 at 12:08 pm

        Sunnah membawa maksud apa-apa yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w dari segi ucapan, perbuatan dan perakuan. Oleh itu, apa jua yang dilafazkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w bukanlah terbit dari hawa nafsunya, tetapi merupakan kata-kata yang berpandukan wahyu Allah s.w.t sebagaimana Firman Allah s.w.t, sebagaimana dalam surah An- Najm ayat 3-4 yang berbunyi :

        Maksudnya : ” Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berbohong dengan Agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri, Segala yang diperkatakan itu (samada Al-Quran ataupun Hadis ) tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan kepada-Nya ” .

         
      • SUARAJAGAT

        21/08/2009 at 9:00 am

        Dari segi bahasa, sunnah bererti jalan atau cara hidup. Imam as-Syatibi berkata, seseorang itu dikatakan mengikuti sunnah sekiranya dia melakukan amalan yang bertepatan dengan amalan Rasulullah s.a.w dan dikatakan melakukan bid’ah sekiranya berlawanan dengan amalan Rasulullah s.a.w atau amalan yang tidak wujud pada zamannya, zaman para sahabat dan salafusoleh.

        Sunnah juga termasuk amalan para sahabat r.a, ini kerana adalah maklum bahawa sahabat sentiasa beramal bertepatan dengan sunnah Rasulullah s.a.w. Sunnah sahabat adalah sebahagian dari sunnah Rasulullah dan ini berdasarkan sabda Baginda yang bermaksud :
        “hendaklah kamu berpegang teguh kepada sunnahku dan sunnah Khulafa’ ar-Rasyidin yang mendapat petunjuk, kaciplah dengan gigi gerahammu(peganglah bersungguh-sungguh)”

        Pembahagian sunnah adalah seperti berikut :
        1. sunnah Qawliyyah iaitu percakapan dan nasihat.

        2. Sunnah Fi’liyyah
        iaitu perbuatan-perbuatan Rasulullah s.a.w yang boleh kita dapati pada tatacara sembahyang, puasa dan lain-lain ibadah sebagai contoh buat sahabat-sahabat dan umatnya. Antara contoh Sunnah Fi’liyyah ialah satu hadith dari Rasulullah yg bermaksud :

        “Solatlah kamu sepertimana kamu melihat aku bersolat” Sahih al-Bukhari

        3. Sunnah Taqririyyah
        Pengakuan Rasulullah s.a.w secara diam tanpa menampakkan tanda-tanda bantahan, seperti pengakuannya terhadap Khalid bin al-Walid memakan dab (sejenis biawak padang pasir) yang dihidangkan dihadapan Rasulullah s.a.w. Baginda tidak memakannya tetapi tidak pula melarang Khalid dari memakannya. Apabila ditanya kepada Baginda “Adakah ianya haram?” Baginda menjawab “Tidak”.
        (riwayat al-Bukhari, Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Bari bi Syarh Shahih Bukhari)

        4. Sunnah Sifat Khalqiah
        Hadith-hadith tentang rupa dan keadaan fizikal Rasulullah s.a.w.

        5. Sunnah Sifat Khuluqiah
        yakni hadith tentang sifat akhlak dan perwatakkan Rasulullah s.a.w.

         
      • gurlz-gurlz

        21/08/2009 at 1:32 pm

        copy n paste lg….

         
      • SUARAJAGAT

        21/08/2009 at 4:04 pm

        jawapan di atas bukan copy n paste.

         
      • gurlz-gurlz

        22/08/2009 at 8:22 am

        x dek penjelasan pun…hurm…anway…SELAMAT MENYAMBUT BULAN ROMADHAN AL-MUBARAK…Amin ya Rabballa Allamin…

         
      • suarasumbang

        21/08/2009 at 5:51 pm

        “Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu pergi (berperang) di jalan Allah, maka telitilah dan janganlah kamu mengatakan kepada orang yang mengucapkan “salam” kepadamu: “Kamu bukan seorang mukmin” (lalu kamu membunuhnya), dengan maksud mencari harta benda kehidupan di dunia, karena di sisi Allah ada harta yang banyak. Begitu jugalah keadaan kamu dahulu, lalu Allah menganugerahkan nikmat-Nya atas kamu, maka telitilah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (An-Nisaa’:94)

        Respect & rileks…

        selamat berpuasa.

         
      • suarasumbang

        21/08/2009 at 2:33 pm

        sorry.. saya cuma nak dapatkan penjelasan.. pokok kepada perbincangan berkenaan dengan sunnah ini.. definisi daripada awek GPK dan suara dari langit ataupun suarajagat sendiri.. point mana yang salah dan bertentangan dengan definisi sunnah yang sebenar-benarnya sehingga perkara berkenaan sunnah ni dibangkitkan? Apa point sebenar yang nak disampaikan setelah jelas dari kedua-dua belah pihak akan definisi sunnah yang dipegang? saya tak nampak lagi..

        BTW.. mohon maaf atas segala salah silap dan terkasar bahasa.. selamat berpuasa kepada semua umat islam.

         
      • ayah pin

        05/09/2009 at 11:20 am

        jwpan tu ahli kitab tau.. nk ynya sket apa yg suara berjagat dh lakukan dlm sunah?ke stkat ckp je…. ilmu ni perlu diamal.. bukan ckp2 je//

         
      • khir toyol

        24/08/2009 at 2:12 am

        gpk bukan suruh definite quran ikut bahase ke? kobaca balik ayat ko ni gadis gpk(p)..”sgala yang diperkatakan itu tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan KEPADA Nya,”.. dei macha whyu bukan datang ‘daripada’Nya atau ‘oleh’Nya ke? lu biar betul? spm bahasa melayu kantoi ke

         
      • awek gpk

        24/08/2009 at 12:49 pm

        Bismillah Arrahman Arrahim

        oopss..tenkiu khir toyol sbb tegur teks awek..actually, teks ni awek copy paste dr website JAKIM

        http://www.google.com/url?sa=t&source=web&ct=res&cd=1&url=http%3A%2F%2Fwww.islam.gov.my%2Fkhutbahjakim%2Fupload%2Fdoc%2F14.04.2006%2520-%2520al-QurandanSunnahSebagaiPanduanUmmah%2520(Rumi).doc&ei=XBqSSvC3Ks-SkQXso-27Cg&usg=AFQjCNEzGtjLEpCBptN0-ifwy531Pfqd5w&sig2=6F0HWWnS3vAmsJ_Y3TYw1w

        d copy dr perenggan ke 6..sile rujuk sdiri..biase r tu kn..nobody’s perfect..awek ade wat silap, JAKIM pon ade wat silap, sape yg xpenah wat silap kan..?

        Alhamdulillah

         
      • sapi emas

        25/08/2009 at 6:29 pm

        abu toto penah buat silap tak?

        Allah = Negara?

        Negara = Makhluk

        Sapa nak jadi Negara angkat tangan!!!!

         
      • ISLAM

        28/08/2009 at 9:48 am

        hurm…btl 2…nobody’s perfect…saya sokong
        dari kekilafan kta belja, dh silap kita btlkan….bukan menghentam pg bakar kapal…

         
      • sapi emas

        29/08/2009 at 10:44 pm

        kapal Nabi Nuh=Negara Islam versi GPK

         
      • al-kahfi

        05/09/2009 at 12:11 pm

        ko ni asyik tegakkan ajaran sesat ko tu.. time raya nanti jangan beraya.. sebab ahli GPK punye puasa = tahan diri infaq dan ikut program.

        orang lain puasa ko tak puasa.. tak payah le beraya…

         
      • khir toyol

        05/09/2009 at 6:24 pm

        tu yang payah nak tafsir dari terjemahan arab tu… ikut bahasa arab: min aina ,ila aina: dari mana, mau kemana… tapi dari segi terjemahan teks lebih bermaksud ‘no’ dalam bahasa jepun yang bermaksud ‘of’ atau ‘to’ dalam bahasa inggeris…

        maka, sama2lah kite belajar bahasa arab supaya maksud terjemahan tu lebih cantik sebelum di tafsir… meh la belajar kat skola pondok..

         
    • al-kahfi

      19/08/2009 at 11:52 am

      masih tak faham la kenapa orang NII KW IX buat masjid rahmatan lil alamin punya la besau, tapi buat solat silah je … apa perlunya buat two doktrin?

      kalo korang ni tak tinggal solat ganti silah, solat jumaat pun tak tinggal, puasa pun tak tukar puasa tahan diri, haji pun tak pergi ka’bah indramayu, zakat pun sampaikan kepada asnaf 8 aku tak nampak masalah pun.

      ni sampai menipu mak bapak sebab nak pergi tilawah, cakap pegi outstation la.. pe jadah.. quote2 la ayat quran tu.

      quran yg korang quote2 tu pun terjemahan NKRI je.. JAKIM punye taknak guna sebab terjemahan lain.

       
  4. suara dari langit

    20/08/2009 at 10:40 am

    aku lagi tak paham pe kebenda yang ko bincangkan…. Apa itu sunnah? biar aku tolong jawab lah.. ni soalan masa aku amik paper quran dan sunnah SPM.

    As-Sunnah itu adalah satu gerak kerja rasulullah dalam merialisasikan apa sahaja yang terkandung di dalam al-quran. gerak kerja ini mencakupi segala perbuatan, percakapan, tinggalan, dan diamnya rasulullah yang berkaitan dengan kerja baginda dalam menegakkan Islam.

    harus diingat bahawa rasulullah yang bernama Muhammad S.A.W itu cuma manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan. memang rasulullah itu maksum, tapi peringatan tetap diberi kerana baginda berbuat silap. contoh teguran Allah kepada Rasulullah terkandung di dalam surah Abasa. (Lu baca sendiri la)

    berkenaan sunnah yang benar-benar sunnah menjadi persoalan yang sangat berkecamuk, di kalangan tabi’ tabi’en dan ulama masa kini. kalau tak berkecamuk masakan ada hadis soheh, ada hadis hasan, ada hadis dhoif, ada hadis palsu dsbgnya. so, mana yang nak ikut?. senang cerita ikut yang baik laaaa…. lu pikir la sendiri.

    Al-Ahzab:21 menyatakan bahawa pada diri rasulullah itu contoh tauladan bagi kita. So, ikutlah yang benar dan bersesuaian dengan kita. janganlah ikut perasaaan semata-mata.

    Rasulullah S.A.W bersabda “barang siapa yang tidak selari (sejajar) dengan sunnahku maka dia bukan dari golongan ku”.

    Rasulullah sunnahnya bersatu padu, tapi siapa yang berpecah belah tak ikut sunnah macam yang aku tengok dalam blog ni lah, asyik nak gaaaadoh jer.

    rasulullah sunnahnya tidak fitnah menfitnah, tapi siapa yang fitnah menfitnah tak ikut sunnah macam aku tengok dalam blog ni lah, asyik nak fiiiitnah jer.

    rasulullah sunnahnya menyeru dan berbuat kebaikan serta kebajikan, tapi siapa yang seru dan buat kerosakan tak ikut sunnah macam dalam blog ni, asyik nak merosakkan oooorang jer.

    dan macam-macam lagi lah.

    bagi aku mudah…. KITA SEPATUTNYA MENCARI TITIK PERSAMAAN DALAM ISLAM, KITA PATUT BERSATU, PATUT BEKERJA BAGI MENEGAKKAN ISLAM. TEGAKKAN ISLAM! TEGAKKAN ISLAM! TEGAKKAN ISLAM! ITUU YANG PENTING…

    cari kebersamaan, sebab Islam itu satu saja tiada dua atau tiga. Islam itu perdamaian tiada persengketaan. Islam itu sejahtera tiada kegawatan.

    Orang bangsa lain, penganut agama lain sekarang ni dok tengah gelak ketawa tengok korang (termasuklah aku) dok berbalah sesama sendiri…. bilalah Islam akan bangkit seperti sabda rasulullah yhang mengatakan bahawa Islam pada akhir zaman akan kembali bangkit….

    ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!
    kesimpulannya,

     
    • SPM

      21/08/2009 at 11:20 am

      Kalau macam ni lah jawab masa SPM dulu… entahlah…

       
      • suara dari langit

        22/08/2009 at 4:18 pm

        kalu jawab macam ni masa SPM dulu konfirm dapat zero sbb jawapan yg dia nak mesti ikut selera org yg periksa kertas jawapan tu laaaa. yg ni, aku jawab ikut selera aku berdasarkan kedangkalan ilmu yg aku ada. jgn mareeee.

         
    • Aminah

      14/10/2009 at 10:49 am

      bro suara dari langit, lu mmg lucu la.. setakat jwb soalan SPM semua org yg mengaku islam amik bro mssa SPM!! lu takat tahu jawab atas kertas kasi tutup mulut je la.. simpan smpai mati.. pastu bile islam dah terkubur zaman anak cucu cicit lu, jgn nk minta Allah keluar balik dr kubur.. tahu & laksanakan la utk semua anak adam. ni la blog yg menampakkan kelemahan org melayu islam yang sebenar🙂

       
  5. suara dari langit

    20/08/2009 at 7:00 pm

    Nah!Amik ko, aku jawab sikit macambudak sekolah tingkatan 5, awek GPK ni jawab macam ustazah, siap dalil lagi tuh…. hah ko apa plak definasi SUNNAH?. tak tahu jawab jer tak tahu senang criter. kui kui kui. Malu… malu…

    macam mana ni? diorg punya jawab baeeek punya. macam ni best kalu, aku pun mau ikut. aku dah muak dengan crita2 basi sang pemimpin dan org kat luar sana yang hanya tau cari salah org, salah sendiri tak mau ngaku. kalu ko ada jalan aku ikut ko lah jagat wei.

     
    • Teguh

      21/08/2009 at 11:13 am

      Assalamualaikum..

      Kepada mereka yang Anti-SJ, klip video ini antara contoh-contoh gejala masalah akidah dikalangan anak muda Malaysia mula berputik. Mereka mengunakan kitab suci al-Quran sebagai hujah untuk mengelirukan akidah umat Islam. Mereka tidak berdisplin dalam mentafsir dan menghurai pengertian al-Quran. Malah mereka bukan ahlinya.

      Bersama-sama membanteras gejala masalah akidah dikalangan umat Islam.

      Anak muda sekalian,

      Sebagai alternatif kepada mereka yang hendak mendalami ajaran Islam,

      Dekatilah wahai anak muda dengan Masjid-masjid ditempat anda. Antara mereka yang mendapat rahmat dan perlindungan Allah adalah; mereka yang hatinya setiasa bertaut dengan Masjid. Sebagai contoh Masjid di Bandar Tun Razak, Masjid di Damansara, Masjid as-Syakirin di Gombak, Masjid Sultan Salahuddin di Shah Alam, Masjid Di Raja di Klang dan pelabagai lagi sedang giat memperkasakan masjid sebagai wahdah tranformasi ummah. Aktiviti tadabbur al-Quran, Tajwid al-Quran, Tafsir al-Quran, Nuzul al-Quran, Qiamullail dan pelbagai lagi turut di adakan. Sempena ramadhan al-mubarak ini lebih banyak lagi aktiviti-aktiviti yang boleh memperolehi halawatul Iman (kemanisan Iman).

      Insyaallah dalam mendepani masa akan datang, anak muda akan menerajui serta memakmurkan rumah-rumah Allah dengan bertunjangkan Akidah dan Syariat Islam.

       
    • Masjid

      21/08/2009 at 11:27 am

      Seruan dari Teguh kepada sekalian blogger/ pembaca blogger.

      Assalamualaikum..

      Kepada mereka yang Anti-SJ, klip video ini antara contoh-contoh gejala masalah akidah dikalangan anak muda Malaysia mula berputik. Mereka mengunakan kitab suci al-Quran sebagai hujah untuk mengelirukan akidah umat Islam. Mereka tidak berdisplin dalam mentafsir dan menghurai pengertian al-Quran. Malah mereka bukan ahlinya.

      Bersama-sama membanteras gejala masalah akidah dikalangan umat Islam.

      Anak muda sekalian,

      Sebagai alternatif kepada mereka yang hendak mendalami ajaran Islam,

      Dekatilah wahai anak muda dengan Masjid-masjid ditempat anda. Antara mereka yang mendapat rahmat dan perlindungan Allah adalah; mereka yang hatinya setiasa bertaut dengan Masjid. Sebagai contoh Masjid di Bandar Tun Razak, Masjid di Damansara, Masjid as-Syakirin di Gombak, Masjid Sultan Salahuddin di Shah Alam, Masjid Di Raja di Klang dan pelabagai lagi sedang giat memperkasakan masjid sebagai wahdah tranformasi ummah. Aktiviti tadabbur al-Quran, Tajwid al-Quran, Tafsir al-Quran, Nuzul al-Quran, Qiamullail dan pelbagai lagi turut di adakan. Sempena ramadhan al-mubarak ini lebih banyak lagi aktiviti-aktiviti yang boleh memperolehi halawatul Iman (kemanisan Iman).

      Insyaallah dalam mendepani masa akan datang, anak muda akan menerajui serta memakmurkan rumah-rumah Allah dengan bertunjangkan Akidah dan Syariat Islam.

       
  6. zam

    21/08/2009 at 9:35 am

    suara dari langit??..

    langit la sangat…langit ke 7 ke?..hahaha..

    adoi la..semoga bulan ramadhan yang akan tiba ini membawa cahaya keimanan dan petunjuk kepada semua..amin…

     
  7. al-kahfi

    21/08/2009 at 11:43 am

    kalau dah ikut sunnah tak payah le belajar dalam Gua.. sewa lot buat-buat jadi pusat insurans le, kelas tuisyen la.. padahal tempat tilawah.. alasannya ikut surah ankabut.

    crap…

    kawan aku ada makan kat kedai India sebab alasan dia kat luar ni tak tau kafir ke tak,semua sama je.. ye lah dah kahfi mana tau Islam(versi NII KW IX) ke tak..

    sesama NII pun tak tau.

    jadi tak kisah la makan benda halal ke tak.. sebab tu akal dipandu oleh Imam/Abi-abi belaka…

    “Kami tak mahu orang yang pandai, kami mahu yang taat sahaja”

    macam apa? macam LEMBU!

    sebab tu naik kapal Nabi Nuh(NEGARA) tu berpasang-pasang lembu-lembu ternak (an’am) ni… heh

     
  8. suara dari langit

    21/08/2009 at 12:23 pm

    aku kat atas bumi jer… suara aku jer yang tinggi ke langit pastu kena kat ko la zam woi…

    penat la korang ni… selamat la puasa esok, moga2 bila kita mati puasa kita ni akan saelamatkan kita dari api neraka. jangan plak posa kita ni jadi macam puasa yang Rasulullah sabdakan yang lebih kurang mafhumnya “akhir zaman nanti, puasa umatku tiada lain cuma lapar dan dahaga saja”

    cukuplah dengan 5 rukun islam yang kita tahu tu, buat pastu bila mati masuk syurga. amin.

    keje2 lain biar pihak berkuasa yang buat, kalu nak jalankan hukum islam kena tanya sang pemimpin, dia org yg telah diamanahkan untuk jalankannya. kita cuma rakyat marhain ikut aje daa.

    allah tanya nanti kita suruh diaorg tolong jawab bagi pihak kita… ok la tu!

    tak susah rupanya nak masuk syrga….

     
  9. Profesional

    22/08/2009 at 12:02 am

    Bagaimana hendak merujuk dengan pihak Jabatan Agama Islam?

    1) Anda boleh DATANG terus ke Bahagian Dakwah atau Bahagian Penyelidikan.

    2) Minta berJUMPA dengan pegawai di sana bukan kerani.

    3) Anda nyatakan TUJUAN anda dengan jujurnya.

    Selain itu, anda boleh melayari laman web Jabatan Agama Islam masing-masing bagi memudahkan anda. Hubungi telefon jika anda mengetahui pegawai yang tepat patut dihubungi.

    Namun, mereka yang berkerja di Jabatan tersebut juga tidak lari dari kesilapan dan kesalahan seperti manusia biasa. Mereka juga tidak terlepas dari sebarang hukuman, jika anda mendapati mereka bersalah buatlah aduan.

     
  10. suara dari langit

    22/08/2009 at 4:14 pm

    Apa yg dibentangkan, yg dijawab, ttg sunnah tu semua betul. pokok persoalannya kini, perlaksanaannya… Adakah sunnah yg kita skrg ni buat adalah sunnah sebenarnya? Adakah yang dilaksanakan bertepatan dan bersesuaian dgn perlaksanaan rasulullah? Adakah sunnah Rasulullah itu kita ikut 100% dalam kehidupan kita? Bagi saya mustahil untuk kita ikut 100% sunnahnya rasulullah, so buat yg termampu.

    suara jagat sebenarnya konfius dgn pegangannya sendiri. dia kena belajar lg. fahamkan benar-benar tentang sejarah rasululla, sejarah islam yg sebenar. sy cdgkan sedara2 baca buku “Petunjuk Sepanjang Jalan” karangan Syed Qutub terjemahan dlm bhs melayu bg yg tak pandai bahasa arab oleh tuan guru nik abdul aziz bin tuan mat.

    selamat membaca dan selamat berpuasa.

     
  11. 73 golongan

    23/08/2009 at 3:19 pm

    persoalan kepada SJ.. knapa bangsa melayu sekarang ini, ada yang rosak, n ada yang terus merosakkan diri..dan kbnyakkan bangsa melayu hidup dalam keadaan miskin dan ada yang samapai makan siput babi,,, knapa terjadi perkara sebegini?? mana duit zakat??mana pelindung2 yang nak melindung golongan tertindas ini? dulu masalah beras ,, sekarang gula… sapa yang menguasai perniagaan yg melibatkan mknann ruji org melayu skarangg??bngsa apa mereka??
    melayu ini sikit hari je lagi..apa yang MELAYU ada?? bngsa melayu sndri dah rosak dan berpecah belah…apa guna malaysia ni sebagai negara islam tapi ada kilang arak terbesar di asia tanggara dan pusat perjudian yang juga besar..melayu pegang ekonomi negara tak smpi 23%.. majoriti bangsa cina yang pegang.. takkan nak jadi warga asing di tanah kelahiran sendiri??cina kalau kene halau, dari malaysia..jangan jual maruah bangsa,,.. melayu hnya ada alquran dan sunnha je skarang.. benda lain dah takde.. FIKIRKAN APA YANG AKAN TERJADI KEPADA BANGSA MELAYU SATU HARI NANTI??

     
  12. 73 golongan

    23/08/2009 at 3:23 pm

    cina kalau kene halau,, boleh balik ke negara kelahiran mereka,, sama juga dengan india.. tapi MELAYU NAK PEGI MANA??kalau kene halau dari negara sendiri.. ambik pelajaran apa yang berlaku di PALESTINE

     
  13. khir toyol

    24/08/2009 at 2:19 am

    aaa… bab sunnah ni gpk takde produce kitab ke? kan ke mudah nak buat rujukan.. nak tau gak his2 yang digunapakai tu bersifat sohih atau macam mana… jawab sikit gpk..

     
  14. khir toyol

    24/08/2009 at 2:35 am

    gpk takde pulak keluarkan buku/kitab berkaitan sunnah ek?.. nak tau gak jenis2 hadith yang diambilkilkira dalam gerakan nih, hadith soheh ke, idak ke…bole jugak buat2 rujukan @ bahan bukti hantar kat JAIS..

     
  15. khir toyol

    25/08/2009 at 1:17 am

    o… penjelasan tentang kesilapan anda diterima dengan hati yang terbuka sayang..

     
  16. khir toyol

    25/08/2009 at 1:24 am

    tu yang payah nak tafsir dari terjemahan arab tu… ikut bahasa arab: min aina ,ila aina: dari mana, mau kemana… tapi dari segi terjemahan teks lebih bermaksud ‘no’ dalam bahasa jepun yang bermaksud ‘of’ atau ‘to’ dalam bahasa inggeris…

    maka, sama2lah kite belajar bahasa arab supaya maksud terjemahan tu lebih cantik sebelum di tafsir… meh la belajar kat pondok kawan2..

     
    • ayah pin

      05/09/2009 at 11:13 am

      kesian mcm main pondok la pulak….

       
    • khir toyol

      05/09/2009 at 6:20 pm

      dey!!… apa kacau saya punya pondok… pegi lepak kat u punye kerajaan langit la deyy!!

       
  17. hai jiwa yang tenang...

    25/08/2009 at 4:01 pm

    Basmalah
    Katakanlah: “Hai Ahli Kitab, kamu tidak dipandang beragama sedikit pun hingga kamu menegakkan ajaran-ajaran Taurat, Injil dan Al Qur’an yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu”. Sesungguhnya apa yang diturunkan kepadamu (Muhammad) dari Tuhanmu akan menambah kedurhakaan dan kekafiran kepada kebanyakan dari mereka; maka janganlah kamu bersedih hati terhadap orang-orang yang kafir itu (Almaidah:68)

    kalu follow balik comment sedara2 anti-GPK ni, nampak sgt mereka ni tak JELAS…

    Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas,karena dia melihat dirinya serba cukup. (Al-Alaq:6-7)

    baik tak payah layan mrk2 ni…buang masa je. berapa byk ayat sekalipun kita sampaikan kepada mereka, mereka tetap mempersenda2kan ayat2 Allah…kalu tak puas ati dgn individu, jgn tunding jari pada ayat2 Allah yer kawan, sedangkan binatang ternak (an an’aam), gua (al-kahfi) dn sebagainya suma ayat2 Allah…kamu menghina org2 yang yg menyampaikan ilmu Allah…kalu berdendam ngan seseorang, jgn babitkan orang lain..

    Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. (Al A’raaf:179)

    bukan manusia yg melabelkan seseorang itu, ttp Allah.. jgn menghukum manusia yg menyampaikan ayat2 Allah ini..kalu tak puas ati dgn seseorang dkt atas tu, tegur dgn hikmah..ttp bukan dgn memburuk2kan atau mengaibakan mereka. mereka manusia biasa. Nabi Muhammad pun pernah ditegur oleh sahabat2 beliau.

    Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling,
    karena telah datang seorang buta kepadanya.Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa).atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manfaat kepadanya?Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup,maka kamu melayaninya. (Abasa:1-6)

    Kalau perhatikan ayat ni, Allah sendiri tegur nabi muhammad sbb beliau sibuk silah pemuka2/pembesar2 mekah, tp dia tak perasan ada lelaki tua yang buta yg ingin membersihkan dosa2nya.

    so, nobody’s perfect. adanya blog2 mcm ni, akn lebih membuatkan Allah murka kerana, sampai bila pun tak akan berkesudahan..fikir2kanlah..
    Allah takkan pandang kita semua beragama, selagi kita tak ikut bagaimana sunnah Rasullullah. Selagi kita belum smp tahap sanggup berkorban, jihad harta dan diri, selagi tu tak dpandang beragama sedikitpun.

    Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi derajatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan. (At taubah:20)

    Wallahu’alam.

     
    • sapi emas

      29/08/2009 at 10:42 pm

      jihad pergi mana? INDONESIA? KA’BAH INDRAMAYU?

      dah tu duduk lagi bumi Mekah (Malaysia)ni.
      h
      jap pelik, kata Indon tu Madinah,tapi Ka’bah kat sana.

      patut kat m’sia ni le ka’bah, buat tawaf kat KLCC dah setel

       
      • ayah pin

        05/09/2009 at 11:14 am

        memang sesuai dgn nama sapi,, mcm lembu da… tsksn n taaf kt klcc…apa a

         
      • al-kahfi

        05/09/2009 at 12:12 pm

        baqarah = lembu betina.
        ade yg terjemah sapi betina.

        sama le tu an’am = binatang ternak

         
      • IMAN

        08/09/2009 at 4:07 pm

        tah pape tah soal sapi betina dengan lembu betina pun nk d jadikan isu ker…

         
  18. wasatiah

    29/08/2009 at 4:43 pm

    1.1 – Bismillahirrahmanirrahim

    2.89 -Dan setelah datang kepada mereka Al Qur’an dari Allah yang membenarkan apa yang ada pada mereka, padahal sebelumnya mereka selalu memohon (kedatangan Nabi) untuk mendapat kemenangan atas orang-orang kafir, maka setelah datang kepada mereka apa yang telah mereka ketahui, mereka lalu ingkar kepadanya. Maka laknat Allah-lah atas orang-orang yang ingkar itu.

    2.101 -Dan setelah datang kepada mereka seorang Rasul dari sisi Allah yang membenarkan apa yang ada pada mereka, sebahagian dari orang-orang yang diberi Kitab melemparkan Kitab Allah ke belakang (punggung) nya seolah-olah mereka tidak mengetahui (bahwa itu adalah Kitab Allah).

    2.145 -Dan sesungguhnya jika kamu mendatangkan kepada orang-orang yang diberi Al Kitab, semua ayat, mereka tidak akan mengikuti kiblatmu, dan kamu pun tidak akan mengikuti kiblat mereka, dan sebahagian mereka pun tidak akan mengikuti kiblat sebahagian yang lain. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti keinginan mereka setelah datang ilmu kepadamu, sesungguhnya kamu kalau begitu termasuk golongan orang-orang yang zalim.

    2.211 -Tanyakanlah kepada Bani Israel: “Berapa banyaknya tanda-tanda yang nyata, yang telah Kami berikan kepada mereka”. Dan barang siapa yang menukar ni`mat Allah setelah datang nikmat itu kepadanya, maka sesungguhnya Allah sangat keras siksa-Nya.

    2.213 -Manusia itu adalah umat yang satu. (Setelah timbul perselisihan), maka Allah mengutus para nabi sebagai pemberi kabar gembira dan pemberi peringatan, dan Allah menurunkan bersama mereka Kitab dengan benar, untuk memberi keputusan di antara manusia tentang perkara yang mereka perselisihkan. Tidaklah berselisih tentang Kitab itu melainkan orang yang telah didatangkan kepada mereka Kitab, yaitu setelah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata, karena dengki antara mereka sendiri. Maka Allah memberi petunjuk orang-orang yang beriman kepada kebenaran tentang hal yang mereka perselisihkan itu dengan kehendak-Nya. Dan Allah selalu memberi petunjuk orang yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus.

    10.93 -Dan sesungguhnya Kami telah menempatkan Bani Israel di tempat kediaman yang bagus dan kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik. Maka mereka tidak berselisih, kecuali setelah datang kepada mereka pengetahuan. Sesungguhnya Tuhan kamu akan memutuskan antara mereka di hari kiamat tentang apa yang mereka perselisihkan itu.

    40.66 -Katakanlah: “Sesungguhnya aku dilarang menyembah sembahan yang kamu sembah selain Allah setelah datang kepadaku keterangan-keterangan dari Rabb Tuhanku; dan aku diperintahkan supaya tunduk patuh kepada Rabb Tuhan Pengatur semesta alam.

    10.18-Katakanlah: “Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu kebenaran (Al Qur’an) dari Tuhanmu, sebab itu barang siapa yang mendapat petunjuk maka sesungguhnya (petunjuk itu) untuk kebaikan dirinya sendiri. Dan barang siapa yang sesat, maka sesungguhnya kesesatannya itu mencelakakan dirinya sendiri. Dan aku bukanlah seorang penjaga terhadap dirimu”.

    17.15 -Barang siapa yang berbuat sesuai dengan hidayah (Allah), maka sesungguhnya dia berbuat itu untuk (keselamatan) dirinya sendiri; dan barang siapa yang sesat maka sesungguhnya dia tersesat bagi (kerugian) dirinya sendiri. Dan seorang yang berdosa tidak dapat memikul dosa orang lain, dan Kami tidak akan mengazab sebelum Kami mengutus seorang rasul.

    27.92 -Dan supaya aku membacakan Al Qur’an (kepada manusia). Maka barang siapa yang mendapat petunjuk maka sesungguhnya ia hanyalah mendapat petunjuk untuk (kebaikan) dirinya, dan barang siapa yang sesat maka katakanlah: “Sesungguhnya aku (ini) tidak lain hanyalah salah seorang pemberi peringatan”.

    39.41 -Sesungguhnya kami menurunkan kepadamu Al Kitab (Al Qur’an) untuk manusia dengan membawa kebenaran; siapa yang mendapat petunjuk, maka (petunjuk itu) untuk dirinya sendiri, dan siapa yang sesat maka sesungguhnya dia semata-mata sesat buat (kerugian) dirinya sendiri dan kamu sekali-kali bukanlah orang yang bertanggung jawab terhadap mereka.

    68.7 -Sesungguhnya Tuhanmu, Dia-lah Yang Paling Mengetahui siapa yang sesat dari jalan-Nya; dan Dia-lah Yang Paling Mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.

    4.44 -Apakah kamu tidak melihat orang-orang yang telah diberi bahagian dari Al Kitab? Mereka membeli (memilih) kesesatan (dengan petunjuk) dan mereka bermaksud supaya kamu tersesat (menyimpang) dari jalan (yang benar).

    4.116 -Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan Dia, dan Dia mengampuni dosa yang selain dari syirik itu bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barang siapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya.

    5.77 -Katakanlah: “Hai Ahli Kitab, janganlah kamu berlebih-lebihan (melampaui batas) dengan cara tidak benar dalam agamamu. Dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu orang-orang yang telah sesat dahulunya (sebelum kedatangan Muhammad) dan mereka telah menyesatkan kebanyakan (manusia), dan mereka tersesat dari jalan yang lurus.”

    6.117 -Sesungguhnya Tuhanmu, Dia-lah yang lebih mengetahui tentang orang yang tersesat dari jalan-Nya dan Dia lebih mengetahui tentang orang-orang yang mendapat petunjuk.

    60.1 -Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil musuh-Ku dan musuhmu menjadi teman-teman setia yang kamu sampaikan kepada mereka (berita), karena rasa kasih sayang; padahal sesungguhnya mereka telah ingkar kepada kebenaran yang datang kepadamu, mereka mengusir Rasul dan (mengusir) kamu karena kamu beriman kepada Allah, Tuhanmu. Jika kamu benar-benar keluar untuk berjihad pada jalan-Ku dan mencari keridaan-Ku (janganlah kamu berbuat demikian). Kamu memberitahukan secara rahsia (berita) kepada mereka, karena rasa kasih sayang. Aku lebih mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu nyatakan. Dan barang siapa di antara kamu yang melakukannya, maka sesungguhnya dia telah tersesat dari jalan yang lurus.

    10.10 -Hamdalah

     
    • sapi emas

      29/08/2009 at 10:43 pm

      tu je le kejenya copy paste ayat-ayat tertentu je.

       
      • RINDU

        01/09/2009 at 9:45 am

        Itu la Ayat Allah yang Benar lagi suci.

         
      • al-kahfi

        01/09/2009 at 7:20 pm

        ayat mmg suci, yg pakai belasah baynat sesuka hati tu je tak suci – najis lembu

         
      • ayah pin

        05/09/2009 at 11:16 am

        saytan memang takut dgn ayat2 ni.yg benar ayah pin

         
  19. labah-labah

    06/09/2009 at 1:12 am

    awek GPK dan seangkatan.

    Sy masih lagi mengikuti kelas silah.u2

    Dengan merujuk kepada ayat 6:116(al-an’aam)

    Dan jika kamu menuruti kebanyakkan org-org yang dimuka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah.Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).

    Didalam Silah ade disampaikan jika kita mengikut org kebanyakkan, nescaya akan sesat.
    Didalam silah juga ada sampaikan tentang kemenangan ISLAM di suatu hari nanti.

    Persoalan nya disini. ISLAM pasti akan menang suatu hari nanti apabila tertegaknya DIN. Adakah ayat Allah ini sudah tidak relevan lagi bila tertegaknya DIN? Kerana pasti org kebanyakkan pada masa itu menyokong DIN. Bukan kah ayat ALLAh ini RELEVAN sepanjang zaman.

    TQ

     
    • al-kahfi

      06/09/2009 at 6:17 am

      Al-arqam juga memperjuangkan benda yang sama.

      Tapi akidah dan konsep ibadah, konsep wala’,barra’, dalam NII ni berbeza sangat, macam sistem perhambaan moden.

      Amwal (1st) dan anfus. Ada umat yg dibuang kerja sebab ikut program sampai ke pagi, tak cukup tidur.

      Adakah negara (yang tak punya tanahair, tapi hanyalah sekitar 1,200 hektar) ini akan membantu? I doubt.

      Yang tau infaq tuntas, 58:12 dibayar.

       
  20. Atas Nama Sang Pencipta

    08/09/2009 at 12:15 pm

     
    • Muhammad Qayyum

      09/09/2009 at 5:41 am

      Video di atas adalah daripada nasyid Soldier of Allah nyanyian kumpulan Soldier of Allah (SOA). SOA ini dikaitkan dengan Hizbut Tahrir (HT), sebuah jemaah Islam yang juga bercita – cita mengangkat Khilafah Islamiyyah. Cumanya, HT ini tidak mengiktiraf jalan demokrasi, tetapi saya tidak mahu bahas soal itu. Yang saya pelik, kenapa GPK nak ambil lagu ni? Bukankah bagi kalian, kami semua (termasuk kumpulan SOA) tidak beriman, kenapa mahu ambil hasil karya orang tidak beriman sebagai bahan kempen kalian?

       
      • ayah pin

        09/09/2009 at 8:27 pm

        asalamualikum…saudra sejauh mana saudara tahu tntng gpk?dan saudara perlu meneliti tntng gpk itu dgn teliti…..sejauh mana pula saudara sdh melaksana sunnah berdasarkan wahyu dume mentegakkan hukumAllah di muka bumi ini?

         
      • Muhammad Qayyum

        09/09/2009 at 11:31 pm

        Aduh. Saya letih menjawab setakat mana saya tahu tentang GPK. Kemudian saya diasak saya perlu meneliti GPK, perlu pergi ke MAZ.

        Saya merujuk kepada testimoni daripada bekas pengikut GPK. Dan saya maklumkan di sini, semua dakwaan dan pernyataan mereka adalah konsisten antara satu sama lain. Jadi atas pola maklumat seperti itu, sudah pasti logik jika saya menerima testimoni mereka. lainlah kalau seorang cakap GPK ini ‘A’, kemudian seorang lagi mengatakan GPK ini ‘B’. Sebaliknya tidak, semuanya mengatakan GPK ini sekian – sekian.

        Kemudian, saya BOSAN apabila ditanya sejauh mana saya tahu tentang GPK kerana, SUDAH BANYAK KALI SAYA MINTA PRO-GPK umumkan ajaran anda di sini. Tetapi ada tak yang sanggup? Ada yang bertindak?

        Seterusnya, apa soalan ini?

        ayah pin :
        a..sejauh mana pula saudara sdh melaksana sunnah berdasarkan wahyu dume mentegakkan hukumAllah di muka bumi ini?

        Adakah anda mahu saya senaraikan satu persatu sunnah yang telah saya lakukan? Peliknya.

        Soal menegakkan hukum Allah di muka bumi, saya rasa dah banyak kali saya tekankan, setiap orang bertanggungjawab mengusahakan sehingga tertegaknya syariat Allah di Muka Bumi. Tetapi mampukah diperjuangkan secara individu? Pastinya tidak.

        Maka bergeraklah dalam jemaah yang meletakkan matlamat mengangkat syariat Allah SWT di muka bumi ini. Selagi mana anda melaksanakan amal jamie yang diputuskan oleh jemaah bagi mencapai cita – cita ini, maka anda dikira sedang memperjuangkan syariat Allah, biarpun tugasan anda ialah membuat air sirap untuk dihidangkan kepada peserta – peserta program jemaah.

        Soal bila akan tertegak, itu hak Allah, yang pentingnya, selagi mana kita bernafas, wajib kita usahakan sedaya mungkin, seperti mana saya mengusahakan menyebarkan kefahaman sebenar ajaran Islam bagi membetulkan perspektif ahli GPK yang terseleweng ini.

         
  21. IMAN

    09/09/2009 at 9:40 am

    BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM…..

    Wahai Sahabat seangkatan dengan KU….marilah kita jauhi blog yang sia2 ini…. Kembalilah kita kepada Fokus Utama….Biarlah mereka dengan cara mereka….Setinggi mana pun hujah anda mereka tidak akan faham…. Oleh itu, daripada kita membuang masa dengan berdebat, lebih baik kita gerkakan MISI kita. Akan bertambah lagi dosa klalau kita terus menerus berbalah disini. Allah itu tidak Zalim….jika ada Salah kita yang lari dari landasan yang benar, Allah akan balas perbuatan kita…. Perjuangan kita hanya AL-Quran dan Sunnah.

    Semoga Allah swt memberkati mereka yang btl2 memperjuangkan ISLAM yang HAQ dengan ikhlas walaupun ada segelintir yang telah menyelewengkan landasannya.

    HAQ menghukum hanya pada Allah swt…. sesekali kita tidak layak mengadili sesuatu yang bukan HAQ kita… Kita bukan Malaikat untuk menghukum orang sedangkan tiada NAS yang menyatakan gerakan mereka mereka yang ingin menegakkan ISLAM salah. Tiap apa yang kita buat sebesar zarah pun Allah swt akan nilai….

    Janganlah kalian berjiwa lemah………TERUSKAN PERJUANGAN ANDA…(61.14)

    ALHAMDULILLAHIROBILALAMIN………

    AMIN

     
  22. taufiq

    09/09/2009 at 10:51 pm

    biasa penonton itu lebih pandai lah dari pemainnya…para nabi itu contoh nyata bagi kita….yg tak ada menjadi ada,mereka takan percaya klo belum ada bukti…lets go nii….tuk bangsa melayu dan melayu harus kuat dan madani…allahuakbar3x

     
    • Muhammad Qayyum

      09/09/2009 at 11:48 pm

      Apa bukti yang anda mampu bawa taufiq? Bagaimana perjuangan NII dikatakan perjuangan Islam? Lihat ini;

      taufiq :
      .tuk bangsa melayu dan melayu harus kuat dan madani…

      Mengobar – ngorbakan semangat kebangsaan. Tolonglah maklum sabda Rasulullah SAW;

      “Bukanlah dari kalangan kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah, berperang atas dasar assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan) assabiyyah”
      (Riwayat Abu Dawud)

      Salah satu daripada ciri jemaah Islam ialah alamiyyah. Bersifat sejagat. Seruannya hanya kepada Islam. Membangunkan Islam, bukan membangunkan Melayu Madani. Justru, ringkasnya, anda kena kembali sebulat – bulatnya kepada al-Quran dan as-Sunnah. Belajar melalui orang – orang yang benar – benar faqih. Semangat perjuangan itu bagus, tetapi biarlah benar – benar faham dengan tunututan perjuangan.

       
  23. sapi emas

    10/09/2009 at 6:00 am

    Muhammad Qayyum :
    Apa bukti yang anda mampu bawa taufiq? Bagaimana perjuangan NII dikatakan perjuangan Islam? Lihat ini;

    taufiq :
    .tuk bangsa melayu dan melayu harus kuat dan madani…

    Mengobar – ngorbakan semangat kebangsaan. Tolonglah maklum sabda Rasulullah SAW;
    “Bukanlah dari kalangan kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah, berperang atas dasar assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan) assabiyyah”
    (Riwayat Abu Dawud)
    Salah satu daripada ciri jemaah Islam ialah alamiyyah. Bersifat sejagat. Seruannya hanya kepada Islam. Membangunkan Islam, bukan membangunkan Melayu Madani. Justru, ringkasnya, anda kena kembali sebulat – bulatnya kepada al-Quran dan as-Sunnah. Belajar melalui orang – orang yang benar – benar faqih. Semangat perjuangan itu bagus, tetapi biarlah benar – benar faham dengan tunututan perjuangan.

    kalo ikut Qanun Asasi Imam SMK Kartosoewirjo suruh solat.. NII ni solat buat tak tau je… memang bukan NII pun… tapi NII sesat

     
    • Aminah

      14/10/2009 at 10:41 am

      to sapi emas & al khafi:
      hebat sgt ke solat korang?? leh bg tips solat yg kusyuk taK? ku tanye semua org JAKIM, JAIS, JAWI sume tips yg berlainan dan yang plg best takde sorang pun yg ku pernah tanye yg dapat.. hampir 100 org ustaz ku tanye..

       
  24. Aminah

    14/10/2009 at 10:36 am

    apa motif sume nih?? kempen utk menyatukan hati kan bagus! takde keja lain, ni la sikap2 org yg ditindas di bumi sendiri. minta mati je la bro, kalo rs diri dah bagus sangat..🙂 or else convert je kristian, mereka ada cukup lengkap prinsip kehidupan, rahmat sekalian alam, dari kehdupan gelap kpd terang dan sejahtera..
    mane ade manusia yg perfect, tp sekurang2nye kt yakin apa yang dituntut Allah dan segalanye kene kembalikan kpd Allah. siapa kita utk menghukum??

     
  25. iblis

    29/11/2009 at 2:44 pm

    hahahaha..teruskan bergadoh..teruskan berpecah…setan memang suka…tak payah susah-susah nak pecahkan kamu semua….
    tak kenal pun dah bergadoh..belum lagi kalau kenal lak tu…
    dari dulu asyik bergadoh je…heheheh..tu yang best tu..

    kepada pencipta blog..lu memang bagus…kamu lah pencetus perpecahan..kononnya nak selamatkan tapi ini medan pertempuran terbaik semua bergadoh dan expose diri KAMU kepada penguatkuasa…hahahaha

    nanti jumpa di medan pertempuran lain

     
    • SUARAJAGAT

      29/11/2009 at 6:28 pm

      ada juga orang nak mengaku diri dia iblis

      stupid

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: