RSS

Dari Mahkamah Syariah Seremban

14 Sep

Salam buat semua pembaca.

Sebutan kes berhubung penangkapan ahli Gerakan Pemuda Kahfi/NII KW9 telah berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah, Seremban, Negeri Sembilan sekitar jam 3.00 ptg tadi.

Pihak SUARAJAGAT tidak dapat hadir ke lokasi kerana memenuhi keperluan tugas. Walaubagaimanapun, untuk tidak menghampakan para pembaca, SJ telah menerima laporan ringkas dari satu sumber sebagai makluman am.


Menurut sumber tersebut, kesemua mereka yang dituduh menghadirkan diri ke mahkamah. Perbicaraan telah bermula kira-kira jam 3.00 ptg dan berakhir sekitar jam 4.30 ptg.

Mereka telah didakwa dibawah Kes Jenayah Syariah kerana mengajar tanpa tauliah, membawa ajaran yang bertentangan dengan Islam, manakala yang lainnya di dakwa atas kesalahan bersubahat.

Bacaan pertuduhan kepada OKT telah dijalankan dan pihak Pendakwa Raya telah memohon kepada mahkamah supaya perbicaraan kes ini ditangguhkan ke satu tarikh lain. Hanya sedikit hujah balas dilakukan oleh pihak peguambela.

Yang Arif Hakim telah membuat keputusan bahawa kes ini ditangguh dan akan dibicarakan pada 11 Januari 2010 pada jam 2.30 ptg.

SJ mengucapkan terima kasih pada mereka yang telah sudi memberikan bantuan serta menyalurkan maklumat di atas. ALLAH sahaja yang dapat membalasnya.

 

5 responses to “Dari Mahkamah Syariah Seremban

  1. Mistaken Identity

    14/09/2009 at 7:57 pm

    Lamanya tangguh… patutnya terus bicara, apabila tindakan telah diambil, baru yg lain ambil pelajaran… harap pihak berkuasa tak pandang remeh benda ni dan akan terus dan terus melakukan sesuatu agar penularan ajaran yang merosakkan aqidah ni dapat dihapuskan sama sekali… Anyway tq SJ for the info… we’re waiting for more & more news…

     
  2. sapi emas

    14/09/2009 at 8:18 pm

    dapat kepala region malaya lagi bagus… sita harta dia

     
  3. Profesional

    15/09/2009 at 5:28 am

    Gempak seyh…

     
  4. cahaya

    15/09/2009 at 5:49 am

    hmm.lame btui tangguh. nak tggu tahun 2010 ntah brape besar lagi la region ngan umatnye.

     
  5. MelayuKONON

    15/09/2009 at 11:21 am

    Ni lah dunia Melayu…

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: