RSS

HANGAT : Rasul Melayu Ditangkap!!!

16 Sep

Salam buat semua pembaca dan bloggers..

Haji Abdul Kahar yang dikenali kerana mengaku sebagai Rasul Melayu telah berjaya ditangkap oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada jam 8.00 pagi tadi di Kajang, Selangor.

Beliau akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada hari ini juga….

Tahniah SJ ucapkan kepada pihak berkuasa atas kejayaan menangkap nabi palsu ini..!!!

UPDATE :

SHAH ALAM 16 Sept. – Selepas tiga tahun menghilangkan diri, Abdul Kahar Ahmad yang mendakwa dirinya sebagai rasul Melayu dan menghadapi tuduhan menghina Islam serta menyebarkan ajaran sesat akhirnya berjaya ditangkap dan dibawa ke Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini.

Abdul Kahar akan ditahan di Penjara Sungai Buloh sehingga perbicaraan pada Oktober ini selepas Hakim Syarie, Abu Zaki Mohammad memerintahkan waran tahanan dikenakan terhadapnya selepas tertuduh gagal hadir ke mahkamah sejak Jun 2006.

Dia yang ditahan ketika sedang berkemas untuk berpindah pada pagi ini memberi alasan menerima ugutan bunuh serta wujud cubaan membunuhnya sebagai sebab tidak hadir serta mahu dibebaskan dengan jaminan.

Kes Abdul Kahar akan disebut semula pada 24 September ini untuk membolehkan waran tahanannya diperbaharui.

sumber : Utusan Online

*Sidang Media oleh pihak JAIS di tingkat 6, pada jam 3.00 petang ini

 

8 responses to “HANGAT : Rasul Melayu Ditangkap!!!

  1. jundullah

    16/09/2009 at 12:58 pm

    Alhamdulillah…kahar dah ditangkap.

     
  2. manusia

    16/09/2009 at 1:24 pm

    Tahniah buat JAIS

     
  3. manusia

    16/09/2009 at 1:28 pm

    Tahniah buat JAIS. Semoga terus maju jaya dan sukses dalam menangani penyelewengan akidah. Kepada mereka juga yang membantu pihak Jabatan dalam kerja murni tersebut.

     
  4. SUARAJAGAT

    16/09/2009 at 1:38 pm

    SJ sgt gembira tetapi berasa rugi kerana tidak berkesempatan untuk pergi ke Shah Alam. Namun saya akan cuba mendapatkan update terkini

     
  5. usimkini

    17/09/2009 at 12:39 am

    layari http://usimkini.blogspot.com untuk isu-isu terkini kampus

     
  6. kaharjr

    17/09/2009 at 12:51 am

    Malay

    JEMPUTAN MAKAN FREE – REZEKI DARI LANGIT

    ‘Kami tidak mengutus seorang rasulpun melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia dapat memberi penjelasan dengan terang kepada mereka. Maka Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki, dan memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan Dia-lah Tuhan Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.’
    (AL QURAN – Ibrahim: 4)

    ‘Dan sekiranya mereka Kami binasakan dengan suatu azab sebelum Al Quran itu diturunkan, tentulah mereka berkata: “Ya Tuhan kami, mengapa tidak Engkau utus seorang Rasul kepada kami, lalu kami mengikuti ayat-ayat Engkau sebelum kami menjadi hina dan rendah”.’ (AL QURAN – Ta Ha: 134)

    ‘Hai ahli kitab, sesungguhnya telah datang kepada kamu rasul Kami, menjelaskan syariat Kami kepadamu ketika terputus pengiriman rasul-rasul, agar kamu tidak mengatakan: “tidak datang kepada kami baik seorang pembawa berita gembira, maupun seorang pemberi peringatan”. Sesungguhnya telah datang kepadamu pembawa berita gembira dan pemberi peringatan. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu’ (AL QURAN – Al Maidah: 19)

    Kepada yang faham dengan jelas Al Quran dalam bahasa Melayu di atas maka anda secara automatiknya telah tersabit dengan rasul yang diutuskan Allah kepada anda kaum Melayu iaitu rasul Melayu, samada suka atau terpaksa, di;

    http://rasulmelayu.blogspot.com

    If;

    Suka – Nikmat
    Terpaksa – Azab

    You make and decide your own order

    Al Quran adalah rezeki dari langit yang diturunkan Tuhan. Maka kami hanya menyediakan hidangan rezeki yang diturunkan kepada kami in ‘Local Malaysian Style’, free of charge (FOC).

    Hidangan yang kami sediakan adalah fresh sepanjang masa, segar, baru dan bukan bangkai, darah mahupun babi dan juga bukan yang disembelih selain nama Allah, serta di jamin halal di sisi Tuhan.

    Blog kami adalah terbuka dan sentiasa terbuka (24hrs) bagi mereka yang fakir, yang miskin, yang kelaparan dan yang dalam perjalanan untuk mendapatkan makanan di dalamnya yang boleh dimakan bersama-sama, yang tak habis-habis dan yang mengenyangkan yang boleh membawa kepada kepuasan hati.

    English

    FREE FOODS OFFER – SUSTENANCE FROM HEAVEN (AL QURAN)

    [20.134] And had We destroyed them with chastisement before this, they would certainly have said: O our Lord! why didst Thou not send to us an apostle, for then we should have followed Thy communications before that we met disgrace and shame. (Al Quran @ The Reading, Ta Ha, 134)

    Sustenances from Heaven (Al Quran) served in Malay local style, fresh and new, clean, not bloody, nor of porks, nor dead meat, nor slayed by any other names than God alone at:

    http://rasulmelayu.blogspot.com

    Our blog is open for 24 hrs. Sustenances served are fresh all times, can be shared by many and can be ‘tapau'(print) to bring back home for your family.

    Offers are for those who are in needs, poor, orphans and in the journey; those who wants to believes.

    Those who reject to eat and just our dishes as ‘haram’ then they’ll be the live-stock or the prey for others to gain the benefits out of them.

    p/s – BLOG LAMA:
    http://messengerofgodtoday.blogspot.com (Yang telah dihacked dan diambil alih oleh golongan penentang yang amat ingkar)

     
    • SUARAJAGAT

      17/09/2009 at 11:20 am

      dalam al-Quran takde sebut pun ‘akan diutuskan kahar kepadamu…’

      Ada pulak nabi beraya dlm penjara…
      tak nak pulak dia tunjuk mukjizat masa kat court semalam.

      Iblis dan syaitan dibelenggu..looks like ‘Rasul Melayu’ pun dibelenggu..
      kahkahkah!!!! :-))

       
  7. sapi emas

    17/09/2009 at 12:42 pm

    kaharjr :
    Malay
    JEMPUTAN MAKAN FREE – REZEKI DARI LANGIT
    ‘Kami tidak mengutus seorang rasulpun melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia dapat memberi penjelasan dengan terang kepada mereka. Maka Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki, dan memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan Dia-lah Tuhan Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.’
    (AL QURAN – Ibrahim: 4)
    ‘Dan sekiranya mereka Kami binasakan dengan suatu azab sebelum Al Quran itu diturunkan, tentulah mereka berkata: “Ya Tuhan kami, mengapa tidak Engkau utus seorang Rasul kepada kami, lalu kami mengikuti ayat-ayat Engkau sebelum kami menjadi hina dan rendah”.’ (AL QURAN – Ta Ha: 134)
    ‘Hai ahli kitab, sesungguhnya telah datang kepada kamu rasul Kami, menjelaskan syariat Kami kepadamu ketika terputus pengiriman rasul-rasul, agar kamu tidak mengatakan: “tidak datang kepada kami baik seorang pembawa berita gembira, maupun seorang pemberi peringatan”. Sesungguhnya telah datang kepadamu pembawa berita gembira dan pemberi peringatan. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu’ (AL QURAN – Al Maidah: 19)
    Kepada yang faham dengan jelas Al Quran dalam bahasa Melayu di atas maka anda secara automatiknya telah tersabit dengan rasul yang diutuskan Allah kepada anda kaum Melayu iaitu rasul Melayu, samada suka atau terpaksa, di;
    http://rasulmelayu.blogspot.com
    If;
    Suka – Nikmat
    Terpaksa – Azab
    You make and decide your own order
    Al Quran adalah rezeki dari langit yang diturunkan Tuhan. Maka kami hanya menyediakan hidangan rezeki yang diturunkan kepada kami in ‘Local Malaysian Style’, free of charge (FOC).
    Hidangan yang kami sediakan adalah fresh sepanjang masa, segar, baru dan bukan bangkai, darah mahupun babi dan juga bukan yang disembelih selain nama Allah, serta di jamin halal di sisi Tuhan.
    Blog kami adalah terbuka dan sentiasa terbuka (24hrs) bagi mereka yang fakir, yang miskin, yang kelaparan dan yang dalam perjalanan untuk mendapatkan makanan di dalamnya yang boleh dimakan bersama-sama, yang tak habis-habis dan yang mengenyangkan yang boleh membawa kepada kepuasan hati.
    English
    FREE FOODS OFFER – SUSTENANCE FROM HEAVEN (AL QURAN)
    [20.134] And had We destroyed them with chastisement before this, they would certainly have said: O our Lord! why didst Thou not send to us an apostle, for then we should have followed Thy communications before that we met disgrace and shame. (Al Quran @ The Reading, Ta Ha, 134)
    Sustenances from Heaven (Al Quran) served in Malay local style, fresh and new, clean, not bloody, nor of porks, nor dead meat, nor slayed by any other names than God alone at:
    http://rasulmelayu.blogspot.com
    Our blog is open for 24 hrs. Sustenances served are fresh all times, can be shared by many and can be ‘tapau’(print) to bring back home for your family.
    Offers are for those who are in needs, poor, orphans and in the journey; those who wants to believes.
    Those who reject to eat and just our dishes as ‘haram’ then they’ll be the live-stock or the prey for others to gain the benefits out of them.
    p/s – BLOG LAMA:
    http://messengerofgodtoday.blogspot.com (Yang telah dihacked dan diambil alih oleh golongan penentang yang amat ingkar)

    Golongan Anti Hadith ada, pro Kassim Ahmad ada, NII KW IX ada… semua manhaj lain-lain.. sorang buat Haji kat Kemensah, sorang pegi Indramayu…

    lantak lu lah… masuk neraka satu je.. tingkat mungkin lain-lain

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: