RSS

Wahai Pengikut Haji Kahar

27 Sep

Di saat kita bercuti panjang sempena Aidilfitri ini,namun minda saya tidak juga dapat berehat. Apatah lagi jika sehari tidak melihat seketika blog ini..pasti hari itu terasa tidak lengkap.

Saya pada asalnya tidak mahu mengulas tentang kes Hj.Kahar (nabi palsu) yang dihadapkan ke mahkamah beberapa hari lalu. Namun apabila membaca akhbar Harian Metro pada pagi semalam (26/9/09) saya terpanggil untuk menulis sesuatu di jaringan maya ini.

Kenyataan yang dibuat oleh pengikut Hj.Kahar membuatkan saya geleng kepala. Amat menghairankan bila ada lagi yang percaya bahawa Hj.Kahar adalah rasul melayu. Malah pengakuan kesalahan membawa ajaran sesat dilihat oleh pengikutnya sebagai satu cara mengalah tapi bukannya kalah. Pada pandangan mereka ia satu tindakan untuk berlembut dan tidak melawan sistem perundangan.

Benarkah begitu?

soalan Suarajagat :

Pertama – jika benarlah ajaran yang dibawa oleh Hj.Kahar, mengapa perlu ‘mengalah bukan bererti kalah’? Bukankah setiap orang rasul bertanggungjawab mempertahankan ajaran yang dibawa dan menegakkannya jika ia benar-benar datang dari ALLAH s.w.t?

Kedua – Mengapa tidak mahu berhujah di  mahkamah sebagai satu usaha untuk membuka mata hati pihak pendakwa untuk menerima dan tunduk kepada ajaran yang dibawa oleh beliau?


Selain itu, pengikut nabi palsu ini juga menyatakan –

jika benarlah Hj.Kahar bukan seorang rasul, sudah semestinya beliau akan di azab oleh ALLAH. Tetapi sehingga kini beliau tidak pernah di azab oleh ALLAH.


Pesanan Suarajagat :

Pada zaman ini kita melihat Yahudi dan Nasrani lebih jauh berjaya berbanding umat Islam. Malah tidak ada azab yang diterima mereka. Apakah itu menunjukkan mereka diredhai ALLAH?

Ingatlah.. Ada masanya ALLAH membiarkan seseorang itu terus hanyut dalam kelalaian,kesenangan dan kesesatan kerana tidak redha dengan perlakuannya.

Kepada pengikut ajaran Haji Kahar..Kembalilah ke jalan yang benar. Bertaubatlah dan tinggalkanlah ajaran itu.

Usah biarkan diri anda terus diperbodohkan, buta dan tuli.

 

One response to “Wahai Pengikut Haji Kahar

  1. YAQIN

    27/09/2009 at 10:08 pm

    Azab Allah pasti datang tepat pada waktunya

    Dan mereka meminta kepadamu supaya segera diturunkan azab. Kalau tidaklah karena waktu yang telah ditetapkan, benar-benar telah datang azab kepada mereka, dan azab itu benar-benar akan datang kepada mereka dengan tiba-tiba, sedang mereka tidak menyadarinya. (al-Ankabut 53)

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: