RSS

Tsunami, PEKIDA Dan SMS Yang Tidak Saya Senangi

30 Sep

Petang tadi gegaran akibat tsunami telah dirasai. Seluruh penduduk di apartment tempat tinggal saya cemas seketika. Kebanyakkan dari kami baru sahaja pulang dari pejabat. Alhamdulillah, syukur pada ALLAH kerana tiada sebarang kerosakan @ kehilangan nyawa berlaku di sini. Pihak bomba dan polis yang melakukan pemeriksaan ke atas bangunan telah membenarkan semua penduduk kembali ke rumah masing-masing pada jam 7.45 malam.

Tepat jam 9.00 malam saya menonton rancangan 360 di TV3. Isu yang dipaparkan adalah berkaitan ‘Tiga Line’ atau lebih tepat PEKIDA. Masalah gangsterisme dan PEKIDA bukanlah satu perkara baru. Malah daripada maklumat yang saya ketahui, pihak PEKIDA R & D juga pernah terlibat dalam ajaran sesat Gerakan Pemuda Kahfi.

Persoalannya, jika benarlah PEKIDA melaksanakan amar makruf nahi mungkar sejak di awal penubuhannya, bagaimana ajaran sesat  boleh wujud dan mendominasi jalan dakwah PEKIDA?

Soal saya lagi, setelah tidak terlibat dengan ajaran sesat berkenaan mengapa PEKIDA khususnya PEKIDA R & D tidak bekerjasama dengan pihak polis dan jabatan agama untuk membanteras penyelewengan akidah tersebut?

Dimanakah perginya slogan amar makruf nahi mungkar yang dilaungkan atau ianya hanya tinggal sebagai slogan sahaja. Seperti cakap tak serupa bikin dan laksana anjing menyalak bukit sahaja kelihatannya.

Pada malam ini juga, saya telah menerima SMS berbunyi :

‘Wahai umat Muhammad zikirlah selalu asmaul husnaYa Qayyum, Ya Majid, Ya Wajid, Ya Wahid, Ya Ahad, Ya Samad, Ya Qadir, Ya Malik, Ya Rahman, Ya Rahim selama hidupmu dlm sehari/semgu/sebln/sethn/seumur hidupmu walaupun hanya 1x.

Sebarkan kepada 9 org, insya Allah kamu akan mendapat berita baik esok.

Siapa yg sudah mengetahui SMS ini tetapi tidak menghantar, orang itu akan mendapat nasib yang buruk selama 9  tahun. Adakah anda tidak mahu mengorbankan hanya 90 sen kerana ALLAH’

Saya agak kurang senang menerima SMS seperti ini. Walaupun pencipta SMS ini berniat baik yakni untuk menyeru kepada zikrullah namun SMS ini juga menunjukkan goyahnya kefahaman beliau tentang beriman kepada qada’ dan qadar.

Sungguh licik. Dalam soal berita baik disebut ‘insya Allah’. Tetapi dalam soal nasib buruk dia pula menjadi decision maker.

Tidak perlulah membuat ugutan tentang nasib buruk @ bala jika tidak menyebarkan SMS itu. Cukuplah dengan menyeru kepada berzikir mengingati ALLAH. Sedangkan nasib anda esok tidak anda ketahui, inikan pula nasib orang lain.

Usahlah dalam keghairahan membawa seruan kebaikkan itu, kita turut menjadi perosak akidah umat Islam. Ingatlah, matlamat tidak menghalalkan cara.

 

5 responses to “Tsunami, PEKIDA Dan SMS Yang Tidak Saya Senangi

  1. tenang

    02/10/2009 at 12:59 pm

    layari http://munieef.wordpress.com/2009/09/

    jika mampu hayati kesungguhan & tekad guru untuk mendidik anak bangsa dan kesediaan para santri menadah ilmu bagi membela nasib bangsa sendiri, siapa kita untuk kebumikan maahad al-zaytun? Every picture tells all.

     
  2. al-kahfi

    04/10/2009 at 8:16 pm

    2 wajah … sisi terang dan sisi gelap Madinah AZ/Ka’bah Indramayu

     
  3. SUARAJAGAT

    05/10/2009 at 4:38 pm

    Pepatah melayu kata ‘Musang Berbulu Ayam’

     
  4. shaifol

    26/11/2009 at 12:55 pm

    Yaaa… seperti KERBAU BERTANDUK RUSA……

     
  5. CumiKadeer

    26/11/2009 at 1:01 pm

    Awas karna golongan sederhana & pak turut yang baru dok pi belajar yang akan jadi mangsa. Macam saye le… Ustaz ni kata lagu ni. Ustaz tu kata lagu tu. Habih saya nak jadi lagu mana ? Lagu heavy metal ???

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: