RSS

SIS -Sisters in Islam atau Sisters in Satan?

05 Oct

Isu hukuman sebat yang dikenakan ke atas Kartika Dewi Shukarno seolah tiada penghujungnya. Sejak beberapa hari lalu, heboh tentang press statement yang dibuat oleh Sisters in Islam (SIS) dan beberapa NGO berfikiran ‘Islam Liberal’ yang menganggap hukuman sebat ke atas Kartika sebagai satu tindakan kejam.

Mengapa mesti hukuman syariah ini di anggap kejam?

Mengimbau kembali sirah Nabawiyah Rasulullah s.a.w, kita pastinya akan teringat pada satu kisah di mana seorang wanita telah menemui Baginda dan membuat pengakuan bahawa beliau telah berzina dan meminta hukuman dijalankan ke atasnya. Rasulullah telah meminta agar wanita tersebut melahirkan dahulu kandungannya, dan menyusukan anaknya itu. Hanya setelah selesai hal-hal tersebut, barulah hukuman dilaksanakan ke atas beliau.

Saya hanya menceritakan secara ringkas berkenaan sejarah di atas.

Namun yang paling penting adalah pengajarannya. Hukum syariah tidak pernah kejam. Ia adalah sesuatu yang wajib diterima dan dilaksanakan demi menegakkan kebenaran.

Soalnya, mengapa baru hari ini SIS dan NGO-NGO ‘Islam Liberal’ ini mahu bersuara tentang hukuman sebatan? Mengapa mesti hukuman sebatan yang diputuskan oleh mahkamah syariah yang dipertikaikan?

Mengapa tidak hukuman sebatan dan hukuman gantung mandatori yang diputuskan oleh mahkamah sivil ke atas pesalah dan penjenayah wanita selama ini di anggap kejam oleh mereka?

Mungkinkah SIS, JAG dan HAKAM ini juga peminum arak, penjudi dan penzina sehinggakan hukum syariah islam sentiasa ditentangnya? Atau apakah ada di antara mereka ini pengeluar, penjual dan pengedar minuman keras di Malaysia?

Saudara pembaca, saya berharap isu hukuman sebat ke atas Kartika Dewi tidak diperbesarkan. Hukuman sebat ke atas beliau menunjukkan bahawa sistem kehakiman dan undang-undang syariah di Malaysia semakin bersedia untuk melaksanakan sistem perundangan syariah Islam secara serius. Malah, kita sebagai umat Islam wajar menyokong usaha-usaha pemantapan syariah di Malaysia.

Saya amat menghormati kesediaan Kartika Dewi untuk menerima hukuman sebat berkenaan. Ia sesuatu yang wajar dicontohi dan dijadikan pengajaran kepada semua umat Islam tidak mengira sama ada lelaki atau wanita..

SJ juga berharap, Kartika Dewi akan menjadi seorang individu muslim yang lebih baik selepas ini. Semoga beliau benar-benar insaf dan menuju ke jalan takwa.

Tuan punya badan ok je..kenapa pula bangkai dalam longkang yang buat bising?

Majlis Fatwa Kebangsaan, fatwakanlah kesesatan SIS dan haramkan sahaja NGO-NGO seperti ini. Ada baiknya juga kalau mereka di siasat di bawah Akta Hasutan. Malah kalau mahu ISA-kan mereka juga saya yakin ramai yang akan bersetuju. Ayuh, bertindak!!

Berikut adalah fatwa berhubung Islam Liberal di Malaysia :-

http://www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan_view.asp?keyID=257

 

6 responses to “SIS -Sisters in Islam atau Sisters in Satan?

  1. IMAN

    13/10/2009 at 4:37 pm

    Bagus gak klu hukuman dijatuhkan sebegitu di Malaysia nie…lg bgs klu hukuman dijatuhkan bg mereka yang mendekatkan diri pada ‘zina’ mean dating2, berpegangan tangan, n macam2 lagila….2 kan ‘DOSA’ 2 kan…… Patutnya kene jatuhkan hukuman pada mereka 2…bg elak bende2 x diingini berlaku katakan…. BTL X SJ ???????? mana blh bukan muhrim berpegangan tangan….DOSA 2…..🙂

     
    • sj3

      15/10/2009 at 6:20 pm

      btul tu..hkm islam dah x mampu di laksanakan..

       
      • sj3

        15/10/2009 at 6:24 pm

        benda ni mana dia kaji…kat msia ni dah gegar dah wlau x sekuat padang INDONESIA..tu pun dah panik..jika org msia x sedar, x mustahil gempa bole berlaku btul x sj?

         
  2. insaf

    17/10/2009 at 10:20 pm

    sepatutnya kita kena hukum berdasarkan hukum ALLH.hukuman minum arak adalal 40 sebatan.alangkah amannya kalau hukum berdasarkan hukum yng di tetapkan oleh ALLAH.kita sesekali tak boleh pertikaikan hukum ALLH S.W.T

     
    • SUARAJAGAT

      19/10/2009 at 12:04 am

      terima kasih insaf. sy sokong kata2 anda.
      dan saya yakin institusi perundangan syariah di negara ini sedang menuju ke arah itu.

       
  3. Azim

    02/11/2010 at 12:12 pm

    Tahu kah mereka bagaimna hukuman sebat terhadap wanita dijalan kn?
    hukuman sebat mengikut syariah berlainan sama sekali dengan hukuman sebat sivil terhadap penjenayah,
    sila betul kan saya jika saya silap..
    tp pd pebgatahuan saya begitulah..
    adehhh senang2 jer nk kata kejam..
    hukum ALLAH 2 pon nk dikatakan kejam??
    MASYALLAH..

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: