RSS

Kemelut Mencari Kebenaran (kes Dr.Asri @ Dr.MAZA)

07 Nov

Hampir seminggu sudah, kisah penangkapan Dr. Asri menjadi perbualan hangat rakyat negara ini, apatah lagi Dr. Mohd Asri Zainal Abidin (Dr.Maza) adalah bekas Mufti Negeri Perlis. Ramai pihak mempertikaikan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan tidak kurang juga yang turut menyokong tindakan drastik itu.

SUARAJAGAT (SJ) juga tidak ketinggalan dihujani pelbagai soalan dari para sahabat dan kenalan yang meminta pandangan serta komen atas kejadian tersebut.

Apa yang dapat SJ katakan kepada semua, berilah peluang kepada JAIS  melaksanakan tugas mereka. Bukanlah satu perkara yang mudah untuk membuat sesuatu tangkapan melainkan dengan bukti yang kukuh yang didapati melalui siasatan terperinci.

Disamping itu, kita perlu juga melihat isu ini dari beberapa perkara penting.

1. Dr. Asri pernah membantah tindakan JAKIM menahan Raja Petra yang menghina Islam pada September 2008. (rujukan : di sini)

2. Dr.Asri tidak bersetuju Sister In Islam (SIS) yang merupakan satu pertubuhan Islam Liberal diharamkan. (rujukan : di sini)

3. Zainah Anwar, Pengarah Eksekutif SIS memberi sokongan kepada Dr.Asri dalam isu penangkapan beliau baru-baru ini. (rujukan : di sini)

Persoalan yang timbul kini ialah,

Pertama. Apakah ada hubungan berbentuk simbiosis di antara 2 pihak ini (Dr.Asri & SIS) ?

Kedua. Dr.Asri menyatakan bahawa ada konspirasi untuk menjatuhkan beliau.

Soalnya..Benarkah begitu? Atau mungkinkah wujud konspirasi terancang oleh pihak-pihak tertentu untuk cuba menjatuhkan ISLAM khususnya fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah yang telah mapan di negara ini ?

Apapun jawapannya, saya harap isu JAIS vs Dr.Asri akan berjalan lancar di mahkamah syariah nanti.

Buat masyarakat umum, hentikanlah provokasi dan sama-sama kita lihat kesudahannya.

Ingat-ingat kata pepatah “sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya. . .”

update :

Blog Traditional Islam

Traditional Islam as understood by the vast majority of ulama’ of the Ahli Sunnah wal Jama’ah

Kenyataan Media Ustaz Uthman El-Muhammady

leave a comment »

Bismillah al-hamdulillah wassolatu wassalam ‘ala Rasulillah

Dalam berdepan dengan masalah yang dihadapi ini (tentang kes penangkapan bekas mufti Perlis oleh JAIS) pada hemat saya: kita perlu kembali kepada prinsip  Islam dalam Ahlissunnah wal-jamaah yang ertinya ialah: bahawa Yang Duli Yang  Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor Darul Ehsan adalah ulil-amri bagi rakyat negeri  ini, maka  wajib kita taat kepadanya sebagai ulil-amri dan kuasa  diturunkan kepada JAIS untuk melaksanakan tugas dalam bidang agama, ia oleh itu wajib ditaati.

2. Juga kita kembali kepada prinsip menyerahkan sesuatu kepada otoritas dan kepakaran yang ditugaskan secara sah untuk menanganinya

3. Kita mengawal diri  dengan disiplin  dan adab secara berkesan untuk melihat perkara yang dihadapi itu berjalan dan menjadi selesai mengikut proses aturan Syara’ dan adat yang sah tanpa menggangunya

4. Akhirnya kalau seseorang itu merasakan dirinya  mempunyai pengetahuan dan kematangan serta beradab maka ia  lakukan tugas al-din al-nasihat secara intelektuil dalam bahasa yang berdisiplin dan beradab mengikut salurannya yang sah, dengan tidak terpengaruh oleh sentimen kepentingan diri, tanpa melakukan provokasi,  mencari sensasi, atau menangguk di air yang keruh, yang kemudiannya, akhirnya akan memakan diri  sendiri, baik pada individu  kelompok  atau institusi.

Wallahu a’lam.

-Muhammad Uthman El-Muhammady Fellow Amat Utama Akademik Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam dan juga Ahli Lembaga Pengarah Institut Integriti Malaysia

3 November 2009


sumber : blog traditional Islam.

 

7 responses to “Kemelut Mencari Kebenaran (kes Dr.Asri @ Dr.MAZA)

  1. al-kahfi

    08/11/2009 at 10:08 pm

    hm… aku biasa pi kuliah Dr MAZA. Sorry, aku tak sependapat dengan spekulasi yg ko letak kat sini bro.

    http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/11/8/mstar_berita/20091108185938&sec=mstar_berita

    Adalah baik kalo ko join kuliah hadith ni.

     
    • SUARAJAGAT

      09/11/2009 at 12:23 pm

      Terima kasih saudara al-kahfi.
      hanya membuat tanda tanya tentang hal tersebut.

      Tidak dinafikan ada masanya juga pihak SJ mengikuti pengajian yang diadakan oleh beliau.
      Apapun, SJ amat berharap isu ini diselesaikan dgn cara terbaik dan tidak diprovokasi oleh pihak media secara keterlaluan.

       
  2. ASWJ

    09/11/2009 at 9:15 pm

    Salam,aku ikuti kuliah dr asri online jer sebab masalah geografi,selain tuh pergi juga kuliah2 & seminar Sunnah yg berdekatan..aku pun nak rekomen kat sahabat2 pi ikut kuliah dulu sblom wat any statement or judgement..wallahu a’lam

    Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari hadis Jabir radhiyallahu ‘anhu berkata: Bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda di saat beliau berkhutbah:
    “Amma Ba’du, sesungguhnya sebaik-baik berita adalah kitabullah, dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad saw, dan seburuk-buruk perkara adalah perkara yang diada-adakan, dan setiap bid’ah adalah kesesatan”. (hadis Riwayat Muslim: 867)

     
    • sj3

      10/11/2009 at 7:08 pm

      akum…

       
  3. sj3

    10/11/2009 at 7:13 pm

    ini masalah apa plak sj ini pun masalah akidah gak ni..ya allah tunjukkanlah kebenaran…jika mufti pun ada masalah akidah apatah lagi yg xde ilmu..ini syaitan berwajah apa plak sj..tangkap lepas, tangkap lepas…apa nak jadi sj..dunia dah nak terbalik ni…ini baru btul cegah ajaran sesat…

     
  4. Serban

    27/10/2010 at 8:31 pm

    Salam semua,

    Terlalu byk bidaah dalam amalan agama skrg, sesetengahnya sgt menyusahkan, itulah yg MAZA perjuangkan……………sehingga mencabar kebanyakan ahli2 bidaah……

     
    • suarajagat

      27/10/2010 at 11:36 pm

      terima kasih serban..
      kurang jelas maksud anda..

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: