RSS

Luruskan Jalan Mengenal ALLAH

12 Nov

KALIMAH ALLAH DALAM TOKONG CINA

PULAU PINANG 10 Nov. — Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) menemui kertas mentera mempunyai kalimah Allah dan cebisan al-Quran di empat tokong Cina yang disyaki menjalankan amalan pemujaan dan nombor ramalan.

Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan JHEAIPP, Azmah Abdullah berkata, operasi dari 9 pagi hingga 3 petang itu dijalankan berdasarkan maklumat orang awam.

“Kami menjalankan siasatan terperinci sebelum mengambil tindakan bagi memastikan tiada orang Islam yang terlibat dengan unsur-unsur pemujaan dan amalan syirik yang bertentangan dengan akidah.

“Dalam operasi ini kami telah temui kertas doa mentera dengan tulisan jawi dan mempunyai kalimah Allah, juga terdapat cebisan al-Quran,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – Bernama

Sumber : Utusan Malaysia.

Akhbar semalam telah melaporkan tentang perkara di atas. SJ ucapkan tahniah kepada JHEAIPP atas kejayaan operasi terbabit. Ianya adalah sesuatu yang amat wajar.

Peristiwa ini mengingatkan SJ tentang perbualan saya dengan seseorang suatu masa lalu. Saya menghormati individu ini atas faktor kematangan usia. Perbualan kami tentang hal keagamaan berlaku secara kebetulan. Beliau katakan kepada SJ,

“Sgt penting untuk kita kenal ALLAH. Makrifatullah.”

SJ mengangguk tanda setuju.

Beliau kemudian menyambung lagi. Katanya, “Sebab cuma orang yang kenal ALLAH sahaja yang akan masuk syurga. Sebab itu, statement yang kata orang Islam masuk syurga belum tentu betul. Cuma orang mukmin sahaja ke syurga iaitu yang kenal ALLAH. Tidak kiralah sama ada dia itu Islam atau bukan. Tak kiralah Wahabi ke, Qadiani atau Buddha. Tapi kalau dia kenal ALLAH, dia masuk syurga. Sebab dia kenal ALLAH.”

Saya amat terkejut dengan  kata-kata beliau itu namun saya enggan memanjangkan perbualan tersebut atas sebab masih menghormati perbezaan usia yang ketara.

Kini, apabila berlakunya peristiwa sebagaimana yang dilaporkan oleh pihak media di atas,  ingin sekali SUARAJAGAT bertanya

“Apakah ini yang  beliau maksudkan sebagai makrifatullah?”


 

One response to “Luruskan Jalan Mengenal ALLAH

  1. tokpakir

    16/11/2009 at 12:31 pm

    jangan cepat buat kesimpulan sedara , mungkin yg di kata tu ada logik dia sebab yg kenal allah saja yg betul2 berserah kepada dia dan bukan kepada sesapa . nama apa pun akan beri madsud yg sama kalau benda yg sama . batu dan rock pun bukan ada beja .mungkin ada yg tersirat , mana tahu

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: