RSS

Apa Jadi Pada Kes NII?

18 Nov

SUARAJAGAT dihujani dengan pelbagai soalan dari rakan-rakan dan kenalan tentang perkembangan Gerakan Pemuda Kahfi a.k.a NII pada ketika ini.

SJ tidak dapat menjawab secara total tentang hal ini memandangkan terdapat kes-kes lain yang turut menjadi sebahagian dari siasatan  SUARAJAGAT.

Apakah benar bahawa permasalahan penyelewengan  akidah oleh NII KW9 hanya isu kecil dan dipandang dingin?

SJ masih mencari jawapannya..

 

10 responses to “Apa Jadi Pada Kes NII?

  1. cahaya

    02/12/2009 at 5:28 pm

    sekejap sahaja panas berita pasal Negara Islam Indonesia. Dengar cerita mereka tgh bekukan program. Tapi takkan pihak tuan pun beku juga tentang berita mereka. saya mau mereka ini dibongkar. saya pasti diri mereka masih kuat tentang fahaman yang diajar.

     
    • SUARAJAGAT

      03/12/2009 at 10:27 am

      komen yang bagus.
      Not to worry..
      SJ tak pernah beku dari maklumat..🙂

       
      • batu api

        17/12/2009 at 9:29 pm

        memang la bro ko mana leh bekukan diri dari maklumat kan ko yg wat blog ni kalau beku, beku lah blog ni x msyukla

         
  2. ululalbab

    07/12/2009 at 12:42 pm

    salam SJ..

    saya telah follow blog saudara.. saya rasa banyak kerja yang saudara perlu buat. bukan sekadar bercakap cakap cuma untuk dalam blog, saya nak tanye ape tindakan saudara untuk membuat sesuatu yang baru dan dapat membimbing masyarakat islam di luar yang mencari cari sesuatu kebaikan yang dapat mengubah kondisi dunia semoga Islam tidak disakiti, dijauhi dan ditenggelami.. Bersabda Rasululullah s.a.w.”janganlah bercakap melebihi dari zikrullah, sesungguhnya banyak cakap akan mengeraskan hati dan bila hatinya telah keras, ia akan menjadi semakin jauh dari Allah.” wallahualam

     
    • SUARAJAGAT

      07/12/2009 at 4:14 pm

      terima kasih ululalbab..
      bagaimanapun saya sememangnya bukan sekadar bercakap.
      bagi mereka yang mengenali SJ secara dekat, mereka pasti tahu sejauh mana saya telah berdakwah kepada masyarakat Islam dan bukan Islam, baik di dalam mahupun dari luar Malaysia. Untuk pengetahuan anda dan pembaca, lama sebelum terciptanya blog ini, SJ telahpun berdakwah kpd penganut agama lain dari benua Eropah.

      Blog ini sendiri cuba mengubah kondisi measyarakat Islam khususnya di malaysia dari terus disakiti oleh virus NII yang hanyut dalam pemikiran Yahudi laknatullah.

       
  3. ululalbab

    08/12/2009 at 5:18 pm

    terima kasih atas balasan SJ.. bagaimana saudara begitu yakin dgn perjuangan saudara? sedangkan dalam Al-Quran sendiri banyak menyebut, kerja-kerja dakwah untuk tegakkan Islam pasti orang musyrik benci.. setelah diperhati byk kajian membenarkan dan orang bukan Islam, penganut kristian sendiri membenarkan sebenar-benar dakwah adalah dakwah Rasulullah iaitu dalam hadis baginda menyebut “ku tinggalkan kepada kalia 2 perkara pusaka selama kalian berpegang kpd keduanya maka tidaklah kalian sesat selama-lamanya iaitu kitab Allah dan sunnatullah” adakah saudara menggunakan method yang sama? dan adakah cara saudara ini yang diredhai Allah.. apakah ujian ujian yang pernah saudara hadapi? adakah sama seperti rasul rasul terdahulu..

     
    • SUARAJAGAT

      09/12/2009 at 9:19 am

      menjawab soalan ululalbab..

      bagaimana saudara begitu yakin dgn perjuangan saudara? sedangkan dalam Al-Quran sendiri banyak menyebut, kerja-kerja dakwah untuk tegakkan Islam pasti orang musyrik benci..

      Ya, benar..dalam melaksanakan kerja dakwah ini apatah lagi menangani kesesatan, sudah pastinya ramai yang tidak menyukai atau lebih tepat membenci tindakan SJ. Terutamanya ahli-ahli ajaran tersebut seperti ahli NII/MAZ sendiri.
      SJ mempunyai kebenaran untuk berdakwah dan mentarbiyyah melalui pelbagai medium dakwah termasuk blog. Selain itu SJ berpegang kepada Islam dengan kefahaman ahli sunnah wal jamaah dan salafus soleh.
      Kami di Suarajagat Intelligent Team tidak pernah menghakimi ahli-ahli NII yang membenci kami sebagai kafir atau musyrik. SJ hanya mengusahakan dakwah ini agar dapat mengembalikan ahli-ahli NII kepada ajaran Islam yang sebenar.
      Namun jika ululalbab ingin mengatakan bahawa ahli GPK/NII ini sebagai musyrik, itu atas kehendak saudara sendiri.

      setelah diperhati byk kajian membenarkan dan orang bukan Islam, penganut kristian sendiri membenarkan sebenar-benar dakwah adalah dakwah Rasulullah iaitu dalam hadis baginda menyebut “ku tinggalkan kepada kalia 2 perkara pusaka selama kalian berpegang kpd keduanya maka tidaklah kalian sesat selama-lamanya iaitu kitab Allah dan sunnatullah”

      Boleh anda nyatakan hadis di atas daripada mana riwayatnya?
      Kerana jika dirujuk dalam kitab-kitab hadis, hadis-hadis yang dikumpul dan diriwayatkan oleh para muhaddisin, Rasulullah s.a.w menyebutkan ‘al-Quran dan sunnahku’. Antara hadis tersebut ialah,

      “Aku tinggalkan kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang dengan kedua-duanya, iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunnahku.” (Riwayat Abu Daud)

      Kedua, sila nyatakan siapakah penganut kristian yang mengatakan dakwah Rasulullah s.a.w adalah sebenar-benar dakwah?

      adakah saudara menggunakan method yang sama? dan adakah cara saudara ini yang diredhai Allah.. apakah ujian ujian yang pernah saudara hadapi? adakah sama seperti rasul rasul terdahulu..

      Method dakwah pastinya berpandukan kepada al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w.
      Firman ALLAH di dalam al-Quran bermaksud

      “Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.”
      (surah Ali-Imran :104)

      Ujian pastinya berbeza. Bukankah zaman berubah?
      Sebagai contoh..Bukankah ujian yang diterima oleh Rasulullah s.a.w juga berbeza dengan ujian yang diterima oleh Nabi Ibrahim a.s?
      Nabi Ibrahim a.s pernah dicampak ke dalam api dan perkara itu tidak berlaku ke atas Rasulullah s.a.w.

      Dan sudah pastinya ujian yang diterima oleh para nabi dari sejak Nabi Adam a.s sehinggalah Rasulullah s.a.w (nabi terakhir/penutup segala nabi) jauh lebih hebat dari yang diterima oleh para ulama dan para mujahid serta diri SJ yang sekadar insan biasa ini.

       
  4. ketua malaikat dulu

    09/12/2009 at 12:27 pm

    ala elek la bro… ko pon ikut yahudi gak kannn… ke to tak ikut?
    ko sunat tak? kalau ko sunat kompom ko ikut yahudi..hahahaha samer cam aku ikut yahudi

     
    • SUARAJAGAT

      09/12/2009 at 1:30 pm

      ketua malaikat dulu,

      Adapun melaksanakan bersunat/berkhatan tidak boleh dijadikan hujah untuk mengatakan bahawa kita mengikut kaum yahudi.
      Ianya tidak boleh dikatakan demikian hanya kerana hal tersebut terdapat dalam Old Testament…

      Harus diingat bahawa syariat yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s tidak sama dengan doktrin yahudi yang ada pada hari ini dan Old Testament adalah hasil tulisan manusia.

      ALLAH s.w.t juga telah berfirman di dalam al-Quran bahawa Nabi Ibrahim bukannya seorang yahudi atau nasrani. Firman ALLAH dalam surah Ali-Imran ayat 67 bermaksud,

      “Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk agama Yahudi, dan bukanlah ia seorang pemeluk agama Kristian, tetapi ia seorang yang tetap di atas dasar Tauhid sebagai seorang Muslim (yang taat dan berserah bulat-bulat kepada Allah), dan ia pula bukanlah dari orang-orang musyrik.”

      Ayat di atas membuktikan bahawa Nabi Ibrahim a.s bukan seorang yahudi dan bukan pemeluk agama yahudi atau nasrani. Oleh yang demikian agama, syariat dan kitab-kitab orang-orang yahudi dan nasrani yang ada pada hari ini bukanlah ajaran sebenar yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s.

      Seterusnya, berkhatan ini juga adalah sunnah Nabi Muhammad s.a.w berdasarkan sabda Baginda,

      “Fitrah (sifat semulajadi) itu lima perkara: Berkhatan, mencukur bulu ari-ari, menggunting misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak.”
      (hadis riwayat Muslim)

      Oleh itu, berkhatan yang kita laksanakan bukanlah mengikuti yahudi tetapi mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w.

       
      • batu api

        17/12/2009 at 9:01 pm

        syabas SJ terus kan perjuangan …idup SJ

         

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: