RSS

FAHAMI KERANGKA WAHHABI

19 Nov

 

Riduan Isamudin @ Hambali adalah bekas Ketua Wakalah Jamaah Islamiah yang beroperasi di Sungai Manggis, Banting, Selangor. Kini beliau ditahan di Teluk Guantanamo, Cuba

ً

Isu aliran pemikiran Islam sentiasa datang dan pergi. Ia diibaratkan seperti pasang surut air laut. Sekejap memuncak.. dan surut pula seketika. Apapun, pengurusan isu-isu yang berkaitan pemikiran Islam ini perlu ditangani secara bijaksana oleh pemerintah atau pihak autoriti agama supaya isu sebegini tidak merugikan umat Islam.

Perlu diketahui bahawa Wahhabiy bukan sekadar fahaman yang berkisar kepada isu-isu furuk. Sebenarnya ia berteraskan kepada isu-isu akidah. Pengasasnya, iaitu Muhammad Abdul Wahhab sendiri dikatakan begitu fanatic kepada doktrin akidah kontroversi sebahagian ulamak al-Hanabilah al-Mujassimah. (Ibn Humaid al-Hambali al-Najdi, al-Suhub al-Wabilah, hlm 275).

Manakala Imam Ibn al-Jauzi al-Hanbali (bukan Ibn Qayyim) sendiri menjelaskan bahawa terdapat tokoh ulamak Hanabilah al-Mujassimah yang mengotorkan mazhab Imam Ahmad bin Hanbal dengan akidah tajsim. Iaitu fahaman akidah yang mengkhayalkan Allah seperti makhluk. (Ibn Jauzi al-Hanbali, Daf’u Syubah al-Tasybih bi Akhaffi Tanzih, Cetakan Dar Imam al-Nawawi, 1991, hlm 98-101) Fahaman Muhammad Abdul Wahhab sebenarnya melalui beberapa peringkat :

1) Peringkat permulaan bersama ayahnya(dibendung)

2) Peringkat selepas kewafatan ayahnya (permulaan dakwah)

3) Peringkat dakwah fahaman Wahhabiy (dakwah secara aktif)

4) Peringkat politik Wahhabiy (bersama Uthman bin Muammar + Muhammad bin Suud)

5) Peringkat gerakan ketenteraan Wahhabiy (berperang dgn Kerajaan Uthmaniyyah bersama Muhammad bin Suud – eksport fahaman ke seluruh dunia dengan jenama pelbagai)

6) Peringkat pengikut Wahhabiy. (kontemporari)

Dalam sesebuah negara umat Islam, fahaman Wahhabiy ditampilkan dengan ke enam-enam pakej lengkap di atas. Jika anda ingin membuat sebarang ulasan berkaitan dengan fahaman ini anda harus menelusuri perbincangan pakej sedari awal lagi. Memahami kronologi fahaman ini separuh jalan menyebabkan anda gagal menjustifikasi isu ini secara menyeluruh. Sekaligus anda berpegang kepada hipotesis yang pincang.

Jika anda melihat isu ini dari jendela feqhiyyah, anda simpulkan bahawa fahaman Wahhabiy tidak memberi sebarang masalah. Anda pasti membuat justifikasi mudah. Iaitu masalah Wahhabiy dianggap sebagai permasalahan khilafiyah furuk sahaja. Pada hal, isu ini sebenarnya melampaui batasan khilafiyyah itu sendiri. Cuba perhatikan sedalam-dalamnya bahawa tiada disana satu aliran mazhab pun di dalam ASWJ yang bertindak keras mengkafir @ menyesatkan umat ini hanya semata-mata berselisih pendapat dalam masalah furuk. Melainkan fahaman ekstrem seperti Khawarij, Syiah Rafidhah, Karramiyyah dan lain-lain. Tidak hairanlah jika Imam Ibn Abidin di dalam kitab Raddul Mukhtar menjelaskan bahawa pengikut kepada fahaman Muhammad Abdul Wahhabiy adalah golongan khawarij di zaman modern.

Jika anda melihat isu dari jendela akidah, akidah tajsim dan tasybih ini memberi impak yang besar terhadp isu kafi-mengkafir dan perpecahan ummat. Jika anda melihat isu dari aspek politik, MAW sendiri terpaksa menggunakan platform politik untuk merealisasikan fahamannya setelah seruannya ditolak para ulamak. Perlu disedari bahawa, wahhabiy dari pelusuk manapun akan mengggunakan kriteria politik yang sama untuk mencapai objektif dakwah mereka. Kiaskanlah terhadap senario yang berlaku kebelakangan ini. Golongan yang membawa pemikiran berdasarkan metodologi MAW pun tak mengaku Wahhabiy. Mereka lebih selesa merapati orang-orang politik bagi sebagai alat untuk mencapai matlamat. Inilah rupa paras Wahhabiy kontemporari.

Di sesetengah negara, fahaman Wahhabiy membentuk gerakan bersenjata. Lihatlah apa yang tersirat disebalik gerakan Lasykar E Janghavi, Sipah E Sahabat di Pakistan. Lihat pula gerakan dan sayap kumpulan al-Qaedah di Iraq dan Yaman. Lihat juga kumpulan al-Shabab di Somalia yang membid’ahkan golongan wanita yang memakai coli. Jangan lupa juga untuk menyiasat latarbelakang Jamaah Islamiah (JI) pimpinan Abdullah Sungkar dan Abu Bakar Basyir dari Indonesia. Mengapa gerakan ini menerbitkan fahaman radikal : demokrasi sistem kafir, umat islam yang tunduk kepada demokrasi juga dikira kafir, pilihanraya bid’ah, menghalakan darah orang kafir, berjihad hanya dengan senjata dan lain-lain. Bagi sesetengah mereka yang tidak mempunyai fakta, mereka merasakan semua ini adalah rekaan penulis. Tetapi jika didedahkan buku2 dari sumber JI dan anggota JI sendiri, barulah mereka menyedari ancaman semua ini melibatkan keselamatan negara.

Oleh itu, buatlah pengkajian menyeluruh berdasarkan kerangka teori yang benar. Nescaya ada hipotesis yang jelas berkaiatan dengannya. Kalau sekadar berdasarkan maklumat picisan dan bertunjangkan simpati…anda tidak perlu mengulas tentang sesuatu yang tidak anda ketahui. fakta ilmiah lebih diutamakan berbanding perasaan. Syukran.

 

sumber : http://al-ghari.blogspot.com/

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: