RSS

Hinanya Pengajian Pondok Pada Pandangan Asri

23 Nov

Inilah hinanya pengajian pondok dari pandangan Dr. Asri:

Sebaliknya, di negara kita, ada yang menganggap Islam tidak dapat difahami melainkan setelah penat belajar di bawah pelita minyak yang malap, tinggal dalam pondok yang senget, menggunakan bahasa melayu sankrit lama. Baginya tokoh ulama hanya guru pondoknya. Para ulama timur tengah langsung tiada tempat dalam dirinya. Seakan-akan Nabi s.a.w itu dulunya lahir di kawasan pondoknya.

dipetik dari tulisan dari blognya bertajuk Kembara Ilmu Ke India

Sanggahan penghinaan Dr.Asri:

  • Apakah para ulama’ silam yang hebat-hebat terdahulu tidak menggunakan “pelita minyak yang malap” bagi menghasilkan pelbagai kitab-kitab yang masyhur?
  • Apakah pondok-pondok sekarang masih bermalap tanpa letrik? Apakah pondok itu mesti senget? Hinanya gambaran diberi kepada pusat pengajian dan kegigihan serta keikhlasan tok-tok guru menyediakan pusat pengajian tanpa mengharapkan “rating TV” dan populariti “hits blog” mereka.
  • Apakah tidak Bahasa Melayu lama itu suatu kesusasteraan Melayu yang tinggi nilainya ketika itu dan gaya bahasa yang “canggih” dilihat pada zaman itu? Apakah dengan evolusi bahasa Dr. Asri ingat bahasa penulisannya masih boleh difahami mudah oleh generasi ratusan tahun akan datang? Bolehkan Dr. Asri senaraikan bilangan perkataan sanksrit lama (yang sukar sangat dia hendak faham walaupun orang lain boleh faham) berbanding dengan perkataan bahasa arab dalam teks-teks yang Dr. Asri hina sangat tu? Bukankan jelas lebih banyak yang dari bahasa Arab dari bahasa Sanskrit? Lagipun banyak juga perkataan yang asal dari bahasa Sanskrit yang telah digunapakai dalam bahasa Melayu dan sememangnya difahami umum.
  • Apakah benar ulama’ timur tengah langsung tiada tempat – atau ianya pembohongan dan tanggapan Dr. Asri semata-mata?
  • Mudahnya dia menuduh ulama’ pondok anggap Nabi S.A.W.lahir di kawasan pondoknya sahaja.
  • Dr. Asri tidak bacakah ramai tokoh-tokoh ulama’ Melayu nusantara yang bertahun-tahun menuntut di Timur Tengah? Dan ramai dari mereka diiktiraf untuk mengajar di sana. Ada yang menulis dalam Bahasa Arab digunapakai sebagai teks dalam pengajian mereka.

Namun pertamanya … bila masa ada yang menggatakan bahawa “ada yang menganggap Islam tidak dapat difahami melainkan setelah penat belajar di bawah pelita minyak yang malap, tinggal dalam pondok yang senget, menggunakan bahasa melayu sankrit lama” …? 

sumber : blog traditional islam

6 responses to “Hinanya Pengajian Pondok Pada Pandangan Asri

  1. hammam

    23/11/2009 at 12:51 pm

    salam bro. dr asri x mnghina pndidikan pondok, tetapi sewajarnya pendidikan MESTI diberi dalam keadaan paling selesa dan condusive.

    kita bukan hidup dlm zaman pentadbiran british atau jepun, kini kita mengorak langkah dalam membawa perjuangan Islam seiring dengan pergerakan arus.

    Islam sesuai untuk semua zaman dan janganlah kita ‘menghina’ diri sendiri dengan tidak merangka perancangan agar Islam terus relevan, moden dan merahmati alam.

    Umat Islam perlu lebih agresif dan mendalami fardu kifayah sama banyak seperti menghyati fardu ain.

    melaksanakan kedua2 fardu adalah WAJIB, jadi jangan kita jadi ibarat katak dibawah tempurung sedangkan orang lain jauh ke hadapan. dalam keadaan keterbelakang, kita mendedahkan diri pada serangan2 musyrik yg terkedepan dari kita.

    jangan kita lupa Sunnah Rasulullah SAW yg mementingkan pendidikan akhiriah dan lahiriah, serta membawa Islam jauh ke depan meninggalkan musyrik dalam keadaan kolot.

    semoga kita semua beroleh rahmat dan berkat.

    • ibnu billah

      06/01/2011 at 4:38 pm

      ya hamman..kembalilah kejalan Allah hal hikmah

    • Ahmad

      07/01/2011 at 8:27 am

      Assalamualaikum,

      Pada pendapat saya, hidup di dalam serba kekurangan adalah labih bagus daripada berada di dalam keadaan yang bersenang-lenang. Sedangkan daripada sejarah hidup Rasulullah juga tidak menunjukkan beliau sibuk mengejar hidup yang seiring dengan pembangunan masyarakat Islam pada zaman beliau. Kehidupan beliau cukup sekadar menahan lapar dan tidak bermewahan.

      Memang ajaran Islam dan Rasulullah tidak pernah melarang umatnya untuk terus maju. Tetapi perlulah diingat bahawa kemewahan dan kesenangan DUNIA ini hanyalah lebih melalaikan dan melekakan sahaja. Contohilah cara hidup Rasulullah yang sebenar.

      Wallahualam.

  2. athlox

    23/11/2009 at 10:22 pm

    saya sarankan baca keseluruhan artikel “Kembara Ilmu Ke India” dan buat penilaian sendiri.

  3. al-kahfi

    18/12/2009 at 11:08 pm

    saudara SJ saya sarankan luangkan masa mengaji kitab-kitab hadith dengan tokoh salafiyyah pula.

    • SUARAJAGAT

      19/12/2009 at 1:44 am

      terima kasih atas cadangan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: