RSS

Islam Liberal bertopeng nama Hassan Al Banna

10 Dec

Dari kiri, Hassan Al Banna, Jamal Al Banna dan Tariq Ramadhan

Oleh Adian Husaini

assalaamu’alaikum wr. wb.

Beberapa waktu lalu, ketika saya menghadiri satu majlis di Kota Semarang, Jawa Tengah, seorang pensyarah Universiti Diponegoro Semarang, menghadiahkan kepada saya satu “buletin dakwah” bernama AL-WAASIT”. Menurutnya, buletin itu diberi secara percuma di masjid-masjid di Semarang. Melihat isinya, pensyarah itu khuatir buletin dakwah tersebut merupakan salah satu jurus liberalisasi Islam di Indonesia.

Sekilas pandang buletin ini menampilkan citra Islam yang kuat. Setidak-tidaknya namanya yang berbahasa Arab, iaitu Al Waasit. Di penjuru atas (kiri) muka depan terdapat satu simbol ‘dacing’ berwarna hitam di dalam lingkaran dan berlatar belakangkan warna hijau, dengan tulisan : Buletin Al Waasit “Pemikiran Islam Moderat”.

Turut disertakan alamat redaksi iaitu: Gd Albana Center Jl Palikali Raya No 16 Rt 03/04, Kel. Kukusan, Kec. Beji, Kota Depok. Selain itu terdapat alamat web iaitu http://www.alwaasit.com. Dinyatakan sidang redaksi bulletin. Pembina: H M Tareeq Ramadhan Lc. Pemimpin Umum : Agung Suprianto. Redaksi : Muhayat Rusma Ady Lc; M. Rofik Lc; Muchtar Mawardi MA. Design Layout: Ichal. Kawasan sebaran meliputi: Wilayah JABODETABEK, BANDUNG, SEMARANG, PEMALANG, SOLO, YOGYAKARTA, SURABAYA.

Kerana alamat buletin itu di Depok, beberapa mahasiswa Universiti Indonesia (UI) kemudian mengambil usaha untuk menyiasat lebih lanjut buletin Al-WAASIT tersebut. Berdasarkan penelitian mereka, terdapat beberapa keganjilan. Alamat di web-nya berbeza dengan alamat yang tertulis, iaitu Gd Albana Center Lt.2 JL Palikali Raya No 3. Website ini adalah dokumentasi beberapa edisi Al Waasit. Tidak semua edisi dimuat turun dalam halaman ini. Hanya terdapat edisi 209-217.

Menurut penyiasatan para mahasiswa UI ke alamat yang tertera dalam buletin Al-Waasit, ternyata alamat yang ditulis dalam edisi 213 (Jl Palikali Raya No 16) tidak ditemui ‘gedung Albana Center’ dan juga Yayasan Azhary.

Begitu juga dengan alamat yang tertera di website mereka (Jl Palikali Raya No 3). Alamat tersebut hanya alamat rumah beberapa petak, tidak ada lantai dan tidak ditemui Yayasan Azahry mahupun Gedung Albana Center.

Beberapa orang penduduk tempatan yang ditanya tentang Yayasan Azahry, Buletin Al Waasit serta beberapa nama pengurusnya, semuanya menjawab tidak tahu.

Entah mengapa buletin yang terbit setiap Jumaat ini menggunakan nama Gedung Albana Center sebagai markasnya. Begitu juga nama Tareeq Ramadhan Lc, yang merupakan cucu Hasan al-Banna.

Mungkin pengelolanya ingin memberi impak kepada pembaca bahawa buletin ini mempunyai hubungannya dengan gerakan Ikhwanul Muslimin. Yang jelas, buletin ini dikelola dengan cukup profesional, khususnya dari segi teknik penulisan. Dalam websitenya, buletin ini menyebut nama-nama masjid yang menjadi sasaran penyebarannya.

Nama “al-Banna” memang banyak dikutip oleh kaum liberal untuk menjustifikasi pendapatnya. Untuk membetulkan justifikasi fahaman Pluralisme Agama, dalam bukunya, ‘Islam dan Pluralisme’, Jalaluddin Rakhmat juga mengutip pendapat Jamal al-Banna,(tokoh Islam Liberal Mesir) dengan menekankan, “Jamal al-Banna adalah aktivis Muslim, anggota al-Ikhwan al-Muslimun. Kita mungkin menyebutnya fundamentalis dan anti-Barat.”

Dipetik pendapat Jamal al-Banna, yang menyatakan: “Saya berkata kepada mereka bahawa Thomas Alfa Edison akan masuk surga kerana telah menemui lampu yang kemudian digunakan oleh manusia sebagai penerang.” Lalu, Jalaluddin Rakhmat membuat komentar, “Jamal al-Banna berubah dari seorang eksklusif (tertutup) menjadi seorang pluralis.”

Tidak hairan, jika di Indonesia, beberapa buku Jamal al-Banna juga sudah diterjemahkan. Meskipun bersaudara dengan Hasan al-Banna, tetapi fikiran Jamal al-Banna memang banyak berbeza dengan saudaranya itu. Satu pendapat Jamal al-Banna yang agak aneh, misalnya, tentang negara Madinah yang dikatakannya:

“Negara Madinah belum boleh dikatakan sebuah negara dalam pengertian negara yang menganut sistem politik, kerana Negara Madinah belum mempunyai tentera yang profesional, belum mempunyai penjara yang tetap, dan belum mempunyai institusi polis, dan juga belum mewajibkan sistem sewa.” (Lihat, Jamal al-Banna, Runtuhnya Negara Madinah (terj.), Yogyakarta: Pilar Media, 2005:48).

Nampaknya, strategi untuk “mengasosiasikan diri” (menggabungkan diri) dengan al-Banna itulah, maka nama Gedung Albana center dimunculkan. Begitu juga nama HM Thariq Ramadhan. Meskipun tidak terlalu agresif, beberapa edisi bulletin al Waasit sudah menyebar aroma Pluralisme Agama.

Dalam edisi 213, Al Waasit muncul dengan tajuk ‘Toleransi Merupakan Makna Lain Idul Qurban’. Tajuk tulisan ialah Surah Al Baqarah Ayat 62 yang ertinya “Sesungguhnya orang-orang mu’min, orang-orang Yahudi, orang-orang Nasrani dan orang-orang Sabiin, sesiapa saja di antara mereka yang benar-benar beriman kepada Allah, hari kemudian dan beramal soleh, mereka akan menerima pahala dari Tuhan mereka, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati.”

Nampaknya, pengelola buletin ini sedar, bahawa buletin ini disasarkan kepada jemaah sholat Jumaat, sehingga ide-idenya disunting secara halus. Pada edisi 210, diturunkan artikel berjudul “Membangun Sinergi Keberagaman dalam Multikulturalitas.” Berikut petikan :

“Pendekatan multikulturalisme (pelbagai budaya/agama) ini sangat penting dikembangkan agar kita tidak mengalami kehilangan orientasi dan kebingungan eksistensial dalam menghidupkan kembali pluralitas budaya dan agama. Inti dari multikulturalisme adalah kesediaan menerima kelompok lain sebagai kesatuan, tanpa mempedulikan perbezaan budaya, etnik, gender, bahasa, ataupun agama. Multikulturalisme memberikan penegasan bahwa dengan segala perbezaannya itu mereka adalah sama di dalam ruang masyarakat. Multikulturalisme menjadi seperti respons polisi baru terhadap kepelbagaian, dan komuniti-komuniti yang berbeza itu dalam negara.”

Juga dikatakan: “Multikulturalisme memberikan nilai positif terhadap kepelbagaian budaya. Kesinambungan lebih lanjut adalah kesediaan untuk memberikan apresiasi konstruktif terhadap segala bentuk tradisi budaya, termasuk agama. Berbagai- bagai budaya yang beraneka justeru memperkaya kehidupan sosial, tentu sebaliknya agama juga menganggap kepelbagaian tradisi budaya memperkaya pemahaman keagamaan.”

Lebih jauh lagi, kita semak lagi buletin Jumaat ini:

“Dalam usaha membangun hubungan sinergi antara agama dan multikulturalisme, dua perkara diperlukan. Pertama, adalah mengembangkan kepelbagaian humanis-posdogmatik. Kepelbagaian agama yang menembusi sampai kepada dimensi hakikat atau esensi beragama. Secara individu beragama tujuannya untuk mencerahkan diri sehingga kedamaian sejati terus bersemayam. Secara sosial beragama bertujuan untuk mewujudkan kesejukan, ketentraman dan keharmonian bersama.

Untuk ini diperlukan reinterpretasi atas doktrin-doktrin keagamaan ortodoks yang sementara ini dijadikan dalih untuk bersikap eksklusif dan opresif. Reinterpretasi itu dilakukan sedemikian rupa sehingga agama bukan saja bersikap reseptif terhadap kearifan tradisi lokal, melainkan juga memandu di barisan depan untuk menjadikan demokrasi dapat dibangunkan dalam masyarakat beragama.

Dalam masyarakat multikultural yang memprasyaratkan wujudnya persefahaman satu bentuk budaya dengan budaya yang lain, keagamaan humanis-posdogmatis lebih menguntungkan walaupun sikap kegamaan yang menekankan kepada simbol-simbol kekerasan, kebencian, tuduh-menuduh dan kafir-mengkafirkan…

Banyak faktor yang menyebabkan terjadinya hal yang sangat disayangkan itu, di antaranya adalah faktor teologi. Diharapkan melalui tulisan singkat ini dapat ‘mencabar’ kita untuk mengembangkan pendidikan tersebut di kalangan umat yang harus melakukan transformasi menjadi masyarakat demokratis.”

Itulah sebahagian isi buletin al Waasit edisi 210 yang mempromosikan paham multikulturalisme. Kita pernah membahas fahaman ini, dan bagaimana fahaman ini memang sedang dijaja kepada umat Islam, melalui pelbagai cara. Bagi kita yang sudah biasa membaca beberapa bulletin yang diedarkan di masjid-masjid ketika solat Jumaat, barangkali akan merasa tidak terlalu akrab dengan isi dan istilah-istilah yang digunakan dalam buletin Al-Waasit tersebut.

Tetapi, kita perlu faham, bahawa ini adalah langkah awal. Meskipun sudah mendapat dukungan media massa yang sangat kuat, nampaknya kaum liberal masih belum merasa puas hati sebelum menmbahkan sebaran di arena solat Jumaat. Beberapa tulisan menyebutkan, bahawa khutbah-khutbah Jumaat masih belum berjaya dimasuki oleh kaum liberal. Kerana itulah, tidak hairan, jika buletin Jumaat pun dijadikan sasaran liberalisasi.

Jika kita lihat pada edisi 217 yang juga beredar sampai ke Semarang, maka akan nampak secara halus dalam usaha mengubah persepsi kaum Muslim tentang kesesatan Ahmadiyah. Edisi ini diberi judul “MENYIKAPI ‘Kesesatan’ AHMADIYAH”. Sengaja kata ‘Kesesatan’ diberi tanda petik, untuk memberi kesan, bahawa soal sesat atau tidaknya Ahmadiyah, masih merupakan wilayah yang boleh diperdebatkan

Ditulis oleh buletin ini: “Perkembangan terakhir Jemaah Ahmadiyah mengeluarkan klarifikasi dalam bentuk ‘Press Release’ yang mengandungi 12 penjelasan berkait dengan hal-hal yang selama ini dipersoalkan oleh sebahagian umat Islam, hingga dinyatakan sesat oleh MUI(Majlis Ugama Indoensia).”

Juga terdapat ungkapan: “Terlepas dari kontroversi sesat atau tidaknya ajaran Jamaah Ahmadiyah, serahkan persoalan ini kepada pihak-pihak yang berwibawa dan mempunyai kompetensi.”

Perhatikanlah ungkapan “yang selama ini dipersoalkan oleh sebahagian umat Islam”! Ungkapan itu sengaja ditulis untuk memberi kesan, bahawa soal kesesatan Ahmadiyah adalah masalah “sebahagian umat Islam”, bukan masalah seluruh umat Islam. Padahal, dalam soal Ahmadiyah ini, tidak ada perbezaan pendapat di antara umat Islam.

Perhatikan juga ungkapan: “Terlepas dari kontroversi sesat atau tidaknya ajaran Jamaah Ahmadiyah dan seterusnya…!

Inilah cara yang sangat halus untuk memesong pembaca buletin, bahawa soal kesesatan Ahmadiyah adalah masalah kontroversi, soal perbezaan pendapat. Padahal, kita tahu, soal kesesatan Ahmadiyah bukanlah soal kontroversi. Semua institusi Islam yang berwibawa menyatakan bahawa Ahmadiyah memang sesat, kerana mengakui kenabian Mirza Ghulam Ahmad.

Jika dicari perbezaan pada setiap masalah agama, pasti akan ditemui. Ketika ini, sudah ramai cendekiawan yang menyatakan, bahawa perkawinan sejenis adalah halal, wanita boleh menjadi Imam dan khatib solat Jumaat, Muslimah boleh menikah dengan lelaki non-Muslim, dan sebagainya. Bahkan, ada yang menyatakan, bahawa menjadi pelacur adalah tindakan mulia.

Kaum liberal juga menyatakan, bahawa wilayah seni tidak perlu dimasuki oleh nilai-nilai agama, kerana itu mereka memiliki nilai sendiri. Jadi, boleh saja, orang membuka auratnya, kerana tuntutan senario.

Apakah kerana wujud sebahagian pendapat yang terpencil seperti itu, lalu setiap masalah dikatakan kontroversi, dan tidak ada kesepakatan? Tentu saja tidak. Zina tetap haram, meskipun sebahagian pelacur sudah menggunakan dalil agama untuk menghalalkannya. Judi tetap haram, meskipun ada sebahagian orang yang menghalalkannya.

Bahkan ada juga kaum Muslim yang terlibat dalam perniagaan perjudian. Jika ada orang Islam yang menghalalkan perjudian, maka bukan bererti haramnya judi adalah soal perbezaan pendapat. Maka, meskipun ada yang menghalalkan perkawinan muslimah dengan lelaki non-Muslim, bukan bererti soal tersebut adalah masalah perbezaan pendapat. Meskipun ada kelompok tertentu yang menyatakan solat lima waktu belum wajib, maka bukan bererti kewajiban solat adalah masalah khilafiah(perbezaan pendapat). Jadi, jika ada pendapat terpencil, lalu boleh dijadikan justifikasi, bahawa suatu masalah adalah masalah khilafiah.

Apapun motif dan tujuannya, kes buletin Al-Waasit ini hendaknya menyedarkan kita, bahawa kaum liberal dan semua pendukungnya tidak pernah ridha sebelum kaum Muslim mengikuti jalan fikiran dan jalan hidup mereka. Segala cara dan media mereka gunakan. Sampai Buletin Jumaat pun digunakan.

Wallahu A’lam.

Artikel ini bersumber dari : http://aidctranslate.wordpress.com

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: