RSS

Kebiadaban Spiritual – Bila Imam Shafi’i Diketawakan

19 Dec

Apakah apabila kita sudah mempunyai segulung ijazah mahupun PhD serta bergelar dengan Profesor Madya, kita sudah setaraf atau lebih hebat dari Imam Shafi’i? Hingga kita boleh “menghina” imam-imam besar untuk diketawakan dalam majlis ilmu?

Sila tonton bahagian soal jawab dalam rakaman program Al-Kulliyyah terbitan TV3 ini (perhatikan pada minit mulai 04:24, yang ahli panel menyebut:

Kalau pergi haji kalau ikut mazhab Shafi’i kena 3 bulan duduk di sana … (orang ketawa) … bagi orang Hanafi balik dulu, bagi orang Maliki balik dulu, tinggal puak-puak Shaf’i’i, (biar jarak) sedepa seorang tawaf … (diketawa ramai) …

Kemudian, di akhirnya pada minit 05:10, pengajaran Sifat 20 pula dijadikan bahan ketawa.

Maka terharulah seorang ahli panel lain dengan ulasan beliau di sini (tontonlah dan renungilah):

Apakah ini benar-benar yang disebut sebagai kebiadaban spiritual?

p.s.

kredit : http://akarimomar.wordpress.com

ulasan SJ :

saya amat sedih dan terharu menonton video ini.

alhamdulillah, Ustaz Uthman sebagaimana biasa akan tetap mempertahankan kebenaran walau di mana sekalipun beliau berada.

saya amat berharap dengan izin ALLAH swt, beliau akan dapat menerangi masyarakat untuk memahami Islam dengan sebenar-benarnya setelah dicalari oleh ‘individu dan pertubuhan’ tertentu.

 

6 responses to “Kebiadaban Spiritual – Bila Imam Shafi’i Diketawakan

  1. IbnuAbas

    20/12/2009 at 6:11 pm

    Betul lah.. kalau taksub sangat dengan pendapat mazhab, duduk la Mekah 3 bulan. Tu pun tak faham? Bukan hina Imam Syafi’i.. Apa daa…..

     
    • SUARAJAGAT

      20/12/2009 at 11:34 pm

      saya tidak nampak point untuk mengatakan rakyat malaysia ini taksub mazhab.
      malah saya merasakan kata2 beliau tentang ibadah haji itu bukan sekadar mencerca imam syafi’i tetapi juga seolah-olah menafikan kebijaksanaan pengurusan Tabung Haji.

       
  2. Basic

    24/12/2009 at 2:17 pm

    Ugama Islam berdirinya dengan tiga rukun utama. Rukun Iman sebagai asas akidah, rukun Islam sebagai landasan syariah dan Rukun Ihsan sebagai pemurnian Ugama itu. Inilah yang membezakan diantara agama lain yang ada didunia. Mereka yang tidak berakhlak atau beradab tidak cukup Ugamanya, kendatipun begitu mereka tetap Islam.

     
  3. TV3

    24/12/2009 at 2:21 pm

    Lihatlah al-kuliyah itu hingga akhir, akan nampak siapa mereka yang tewas berhujah ilmiah atau menang emosi amarah. Begitukah ulama yang disokong dan dipuja?

     
  4. akarimomar

    27/12/2009 at 6:14 pm

    Pengkritik yang mengelar dirinya IbnuAbas tu tidak senang betul dengan artikel ini. Dia menconteng komen2nya di merata blog yang menyiarkan artikel ini dengan hujah dangkal yang sama. Susah kalau orang tak faham …

     
    • SUARAJAGAT

      27/12/2009 at 7:59 pm

      terima kasih sdr.karim.
      agak kasihan bila melihatnya menggunakan nickname ibnu abbas namun saya fikir beliau tidak mengetahui sifat, sikap dan keilmuan ibnu abbas r.a.
      dan hujahnya memang dangkal.

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: