RSS

Fitnah NII KW9 Ke Atas Umat Islam

28 Dec

Sekian lamanya apabila ada pihak-pihak yang membuka pekong kesesatan NII KW9, pihak NII KW9 sering sahaja mengatakan bahawa kononnya mereka di fitnah. Oleh yang demikian, penulisan SJ kali ini membawa saudara pembaca untuk melihat apakah yang sebenarnya berlaku. Apakah benar mereka di fitnah atau sebaliknya merekalah yang memfitnah umat Islam?

Di sini saya kemukakan beberapa fitnah yang dilakukan oleh NII KW9 / Gerakan Pemuda Kahfi (GPK) ke atas umat Islam seluruh dunia :-

1) Masyarakat Islam Malaysia di anggap sebagai kafir dan ahli kitab.

2) Umat Islam disamakan dengan musyrikin Mekah selagi tidak berbaiah menjadi ahli NII/GPK.

3) Ibu bapa dan ahli keluarga di anggap kafir.

4) Perlaksanaan solat, puasa,zakat dan haji oleh ummat Islam diseluruh dunia adalah tidak sah dan bertentangan dengan sunnah Rasulullah s.a.w.

5) Perlaksanaan ibadah haji di Mekah adalah tidak sah kerana menurut NII/GPK masjidil haram masih dikelilingi oleh taghut.

6) Kaabah tidak boleh dijadikan kiblat kerana masjidil haram dikelilingi oleh taghut.

7) Umat Islam tidak mengamalkan ajaran Islam dengan betul dan tidak mengikut sunnah Rasulullah s.a.w

8 ) Musabaqah al-Quran adalah amalan jahiliyyah yang di anggap sama dengan mensyairkan/melagukan al-Quran.

9) Pembacaan al-Quran secara bertarannum dan bertajwid adalah di anggap sebagai melagukan al-Quran.

10) Pernikahan/perkahwinan yang dilakukan oleh kadi yang dilantik oleh jabatan-jabatan agama adalah tidak sah kerana mereka adalah ahli kitab / musyrikin mekah.

11) Malaysia dianggap sebagai Mekah di zaman jahiliyyah dan adalah sebuah negara kafir.

Begitulah sebahagian dari fitnah yang dilakukan oleh ahli NII KW9/GPK ke atas umat Islam di seluruh dunia. Kesesatan dan penyelewengan akidah yang dilakukan oleh gerakan pro-islib(Islam Liberal) ini memecahbelahkan masyarakat dan merosakkan institusi kekeluargaan. Mereka mengkafirkan ibu bapa dan menganggap semua yang bukannya ahli mereka adalah kafir.

Agak-agaknya, kalau ada ahli NII KW9/GPK ini meninggal dunia, di mana pula hendak ditanam jenazah mereka. Al-maklumlah kalau masyarakat Islam di Malaysia ini di anggap kafir, sudah pasti tanah perkuburan Islam juga tidak di iktiraf oleh mereka.

Pesan SJ – tinggalkan dan jauhi NII KW9/GPK..

 

25 responses to “Fitnah NII KW9 Ke Atas Umat Islam

  1. kata-kata mereka

    28/12/2009 at 2:26 pm

    Mengikut beberapa siri pengalaman yang pernah berlaku di atas diri saya, dimana perkara yang dikatakan oleh SJ belum dapat dibenarkan pada peringkat permulaan pengajian khususnya semasa sesi tilawah/hafazan.

    Pada sesi permulaan ini (tilawah/hafazan) dalam mereka mendekati saya selaku prospek mereka, mereka akan mengajar saya perkara-perkara biasa dalam islam, seperti arahan solat dimana ayat arahan solat tersebut dalam al-quran, seperti arahan puasa dimana ayat arahan tersebut di dalam al-quran, seperti ayat hijrah dimana ayat berkaitan agar manusia itu perlu berhijrah… malahan itu mereka juga minta agar ayat tersebuit dihafal dan dihayati maknanya.

    Secara kasarnya perkara itu akan nampak indah walhal mereka mempunyai agenda tersembunyi untuk meracuni fikiran saya pada satu ketika mereka mencabar saya agar tidak lagi solat keteka waktunya dan tidak berpuasa pada bulan ramadhan, mereka mencabar saya untuk minum dihadapan mereka pada bulan ramadhan.

    Pada ketika itulah saya mula rasa terpedaya, tertipu dan terperangkap serta tekad berniat untuk membantu sahabat-sahabat dan saudara-saudara Islam saya agar menjauhi dari gerakan halus mereka ini. Nauzubillah. Moga hanya redha Allah yang ku harapkan di dunia dan akhirat.

     
    • SUARAJAGAT

      28/12/2009 at 3:21 pm

      Semoga ALLAH menetapkan anda dalam jalan yang diredhai-NYA

       
  2. al-kahfi

    03/01/2010 at 12:37 am

    NII KW IX – gerakan pembodohan/pemunduran umat Islam yang sudah sedia mundur… malah memecahbelahkan umat Islam lagi..!

     
  3. cahaya

    07/01/2010 at 12:54 pm

    alhamdullillah, saya pun akhirnya dapat keluar dari NII.

     
    • SUARAJAGAT

      07/01/2010 at 1:05 pm

      gembira saya mendengarnya.
      di masa-masa akan dtg, ruangan tazkirah akan berbicara tentang Ahli Sunnah Wal Jamaah.
      saya harap ia akan menambahkan input buat anda dan pembaca.

       
  4. aidiazha

    09/01/2010 at 7:34 pm

    Saya lebih yakin kata-kata suarajagat dari kata-kata pemimpin NII dan sebagainya..Teruskan perjuangan, tak sabar saya nak tengok kebenaran di akhir nanti.. biar padan muka orang rasa mereka betul sangat tu kan?.

     
    • SUARAJAGAT

      09/01/2010 at 8:01 pm

      terima kasih saudara.

       
  5. labu labi

    10/02/2010 at 8:35 pm

    Saya ada kawan yg macam di atas. Masih terlibat ngan NII. Dia dah pangkat penceramah. dlm malaysia dah top 5. banyak kengkawan sy yg diperangkap. Camner nak betulkan mamat nih. Dah report JAIS ker.

    Nak tanya, camner boleh sampai orang terpercaya tuh. apa modal diaorang tuh.

     
    • suarajagat

      10/02/2010 at 11:49 pm

      terima kasih labu labi,
      sebarang maklumat, sila salurkan kepada mana2 Jabatan Agama Islam Negeri.

      Nak tanya, camner boleh sampai orang terpercaya tuh. apa modal diaorang tuh.

      Ramai yang terpengaruh kerana cara penerapan doktrin yang dilakukan di lihat logik oleh akal. Apatah lagi bila mereka menyuruh prospek melihat secara terus dari terjemahan al-Quran.
      Kita mestilah tahu bahawa tidak semua perkara logik adalah benar. Apatah lagi dalam soal agama. Disiplin ilmu dalam Islam amat penting.

      Antara perkara yang dijadikan modal mereka ialah :

      i)kembali kepada al-Quran dan sunnah
      ii)mendirikan sebuah negara Islam
      iii)Hudan + Bainat + Furqan (Petunjuk,penjelasan,pembeza)
      iv)masyarakat Islam malaysia adalah kafir kerana mengikut ajaran nenek moyang
      v)ingin mencapai kemajuan.
      vi)berjihad harta dan diri.

       
  6. Hamba Alloh yg masih awam

    17/02/2010 at 6:38 pm

    Allhamdulillah saya menemukan situs ini,saya adalah korban dari kw9,saya baru hijrah sekitar 2 bulanan,pada awal smpai saat ini sih pengalamanku sndri orang nii masih ngajarin islam yg benar munkin inilah cara mereka menjebak saya,saya masuk krn yg di pakai orang2 itu adalah Al-quran

     
  7. Hamba Alloh yg masih awam

    17/02/2010 at 6:45 pm

    Terima kasih tuk suara jagat yg sudah mengungkapkan kebenaran ,smg Alloh memberi pahala yg besar bwt anda,saya mau minta pendapat SJ bagaimana klw saya ketemu dg orang2 Nii kw9 itu,soalnya dia juga tmn saya,apa saya nyatakan saja klw saya keluar dari kw9 ?saya minta pendapat SJ trm ksih

     
    • suarajagat

      17/02/2010 at 8:29 pm

      terima kasih saudara.
      pertama sekali, saya mewafaqkan kesyukuran kehadrat Ilahi atas rahmat-NYA memberi hidayah kepada saudara untuk tetap di jalan kebenaran.

      sebagaimana anda, korban-korban Nii yang lain juga masih mempunyai ramai teman yang terlibat dan taksub dengan Nii.
      Ramai individu yang telah keluar dari Nii diugut dengan pelbagai perkara.

      Saya berpendapat, ada 2 perkara yang amat wajar dilakukan oleh kalian (bekas korban Nii) iaitu :

      1. Nyatakan kebenaran sekalipun pahit. Kita mesti berani membuktikan bahawa kita berada di pihak yang benar, manakala Nii KW9 pula memperalatkan al-Quran dan minda untuk menyesatkan masyarakat.

      2. Semua bekas korban Nii harus bersatu, berusaha memberi maklumat dan bahan bukti dan seterusnya membantu pihak seperti MUI untuk memfatwakan Nii KW9 sebagai sebuah ajaran sesat sebagaimana yang telah dilakukan ke atas al-Qiyadah. Dengan adanya fatwa dari pihak MUI, insya’ALLAH tindakan undang-undang ke atas mereka akan lebih mudah dilaksanakan.

      Akhir bicara, saya doakan kalian di sana akan teguh memelihara/mempertahankan Islam dari serangan liberal, pluralis dan kristianisasi.

      terima kasih.

       
  8. abraham

    22/02/2010 at 4:18 pm

    salam..ajaran sesat yg pelik namanya..NII KW9..berbanding ajaran yg lain..nape negara islam indonesia yer..cantik namanyer…untung hamba allah jumpa…tp sebelum ni di mana2 pun ada citer tentang negara islam..sampai ada isu termasuk Malaysia..di katakan malaysia negara islam atau x…apa yg ada di sebalik nama itu yer…bole sesiapa jelaskan..tq

     
  9. abraham

    22/02/2010 at 4:21 pm

    nama ajaran liwat xde ker..skang ni budak kecik pun dah bole sebut..ish2..ajaran buang anak ker

     
    • bob

      16/08/2010 at 5:48 pm

      ko ni mmg org gpk ni, soalan mcm ni la modal dorg gune dlm gpk. GPK tujuan/matlamat Nmpak btul, tp yg sbnrnye care dorg dah salah & trpesong. Ko igt kite org sume bodo dlm ni, ramai dlm blog ni yg mantan GPK. Klu gpk tu benar, masakan blh ramai yg mantan? Ako klua bukan sbb hasutan org lua GPK, tp dr ape yg aku nmpak dan pernah blaja sblm masuk gpk..

       
  10. abraham

    22/02/2010 at 4:31 pm

    nak kuar NII mmg susah ker…sampai di ugut..apa yg mereka ugut…ugut bunuh ker..ish2..jk mcm tu mmg dasyat la ajaran ni..

     
    • bob

      16/08/2010 at 5:36 pm

      mmg ssh nak klua, sbb dorg gunekn ayat al-quran…yg blh mmbuatkn kite jd bingung seolah2 dorg tu btul yg kite ni salah, lebih2 lg bg org2 yg slalu bersanke baik atau yg kurg ilmu agame(yg takut nk taksirkn quran ikut akal…)

       
  11. abraham

    22/02/2010 at 4:35 pm

    dan nak tanya sj bila saudara tiba2 ada usaha untuk memperjuangkan blog ini yer…maksudnya mesti ada satu daya yg buat saudara berbuat demikian..

     
    • suarajagat

      23/02/2010 at 5:55 pm

      melihat kepada permainan soalan oleh saudara abraham, mungkin sahaja anda adalah dikalangan ahli NII KW9.

      Ya, ugutan seperti yang saudara nyatakan itu sememangnya berlaku.

      buat saudara abraham dan ahli-ahli NII yang mengikuti blog ini, hentikanlah kegiatan sesat kalian. Perpecahan demi perpecahan di kalangan para pimpinan juga telah berlaku.

      Saya bukannya memperjuangkan blog ini, tetapi memperjuangkan aqidah umat Islam dari terus di heret ke lembah hitam NII KW9.

       
  12. ibrahim

    28/02/2010 at 10:55 am

    Dimana dana umat yg berjumlah jutaan ringgit\berbillion rupiah disimpan?

    Bank CIC\Century dikaitkan dengan NII/Zaytun
    http://www.nii-crisis-center.com/archives/cic-century-di-rampok-dalang-nii-kw9-alzaytun.htm

    Berita Terkini dalam Tempo mengenai krisis Bank Century yg melibatkan pendeposit2 “hantu”. http://www.tempo.co.id/majalah/free/eco-1.html

    Sebuah syarikat bernama PT Dwi Satrya Utama yg mendepositkan 20 billion rupiah/RM 7.3 juta. tetapi apabila diserbu pihak berkuasa rupanya hanyalah syarikat palsu. Dari mana datang wang tersebut? Money laundering?

    Ada juga akaun dengan jumlah deposit yg banyak dengan nama org yg tak dikenali seperti NI dan Abu Ma’arik. Siapa agaknya? Semua ini berlaku dibawah kawalan CEO Robert Tantular yg kini sedang dihukum penjara 5 tahun kerana penyelewengan. Penyiasat mendapati akaun yg mencurigakan seperti ini berjumlah Rp 100b/RM36.5 juta.

    Century Bank telah dibail-out dengan kos sebanyak Rp6.76 trillion\USD700mil oleh kerajaan Indonesia menjadi bank mutiara. Namun ajen2 tantular masih bebas lapor majalah Tempo.

    Dengan dana berbillion rupiah sepatutnya masjid rahmhatulil alamin sudah disiapkan. Mungkin betul juga agakan SJ bahawa ia sengaja tidak disiapkan untuk alasan mencari dana.

    Dengan deposit berbillion rupiah tentunya bunganya semakin lama semakin berkembang mekar. Adakah ini selari dengan laungan pakai Qur’an 100% oleh abi2 sedangkan Allah berfirman

    2.276 Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran dan selalu berbuat dosa.

    Nanti abi2 berkata mereka bersedekah/zakat kepada negara Islam. Selarikah dengan ayat 9:60 Sesungguhnya sedekah/zakat itu hanyalah untuk org2 fakir, org miskin, pengurus2 zakat, para muallaf, untuk memerdekakan hamba, untuk org2 berhutang, untuk dijalan Allah, untuk org musafir, sebagai suatu ketetapan yg diWAJIBkan Allah,….

    Nanti abi2 berkata, bila tegaknya negara Islam NII tak ada lagi fakir miskin. Boleh percaya ke? bila ayat2 Allah diatas dah dilanggar? Atau sebahagian dari janji manis dan tipu daya?

    Ayat Renungan untuk pejuang GPK kalau anda betul2 100% ikut Al-Qur’an.

    2.177 Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi DAN MEMBERIKAN HARTA YG DICINTAINYA KEPADA KERABATNYA, ANAK-ANAK YATIM, ORANG2 MISKIN, MUSAFIR DAN ORG YG MEMINTA2………….

    Jelas daripada ayat2 diatas ISLAM adalah satu agama/cara hidup yg mementingkan tanggugjawap sosial, amat mementingkan pembentukan keluarga yg harmoni dan memberi pertolongan kepada masyarakat dengan ikhlas dan membebaskan manusia dari cengkaman hutang dan penindasan.

    Memang abi akan sentiasa memberi alasan/counter kepada setiap ayat yg diberikan kerana mereka mengangap diri sendiri sebagai malaikat. Kepada ahli GK bacalah Al-Qur’an dengan bacaan sebenar, hentikan sekejap HBF yg menyesatkan. Bacalah keseluruhan isi Al-Qur’an, bukan sekadar ayat2 skema yg dipetik diluar konteks dan gunakan akal yg diberi.

     
  13. bahtiar

    21/03/2010 at 12:45 am

    dengan membaca tulisan dan komentar2 di atas,

    semoga saudara-saudara yang tersesat di lingkaran sesat nii kw 9 segera pulang kembali pada keluarga masing-masing, kembali bekerja, sekolah, kuliah, dan belajar …

    salam,
    bahtiar
    mantan nii kw 9
    hp. 08132 8484 289
    email. bahtiar@gmail.com
    web. http://niikw9.blogspot.com

     
  14. raystorm

    01/11/2010 at 2:04 am

    saya adalah salah seorang dari bekas pengikut ajaran ni, saya bersyukur kerana di pertemukan dengan gerakan ni kerana telah membuka minda tentang keagungan Al Quran dan sunnah rasul. saya mulai ‘hijrah’ pada bulan mac 2010 dan saya berusaha keluar pada bulan september 2010. pada awalnya saya sangat terkesan dengan penyampaian mereka, tapi lama kelamaan, muncul keanehan dalam gerakan ini, kenapa mereka mentakwilkan ayat2 Allah tanpa rujukan ulama tafsir atau hadis kerana bile da masuk pelajaran lanjutan gerakan ni, kebanyakan ayat ditakwil ikut logika dan menyalah tafsir ayat2 Allah seperti surah kahfi, al fatihah, al baqarah dan sebagainya.

    yang kedua, kenapa perlu selindung2 belajar al quran seperti al quran itu satu ancaman kalau dipelajari secara terang terangan.

    ketiga, kenapa perlu nak membohongi ibu bapa kita yang kita nak pergi belajar al quran.

    keempat, mana perginya wang yang ‘diinfaqkan’? pergi program khas gerakan ni kene bayar dalam rm 30, last2 makan nasi ayam 4.50 ngan air suam jek. kalau selalu pergi kem atau program anjuran skolah/universiti/syarikat/masjid/surau, sekurang2nya duit yang dibayar berbaloi dengan pengisian program, bukan kita kedekut untuk membayar, seratus pun sanggup demi islam dan seisinya namun mereka mempergunakan al quran dan gerakan untuk mencantas duit2 ahli, menakut2kan ahli dengan ayat2 Allah padahal Allah turunkan kalamNya untuk dijadikan peringatan dan panduan bukan menakut2kan manusia.

    Dan ada sahabat saya, kirenye sponsor tapi dia juge da keluar dari gerakan ni, mengalami masalah kereta dan tak dapat nak ikuti program gerakan ni kerana kereta rosak di tempat kerja, beliau mengadu pada pimpinan untuk dibantu, namun pimpinan hanya boleh ambil dan hantar di rumah, kereta rosak setel sendiri, astaghfirullah, ke mana perginya ukhuwah? dan wang yang sepatutnya untuk membantu orang2 dalam kesusahan. sedangkan saya ada ramai kawan2 ustaz dan ustazah, mereka kadang2 tiada wang, tetapi bile tahu saya atau sahabat2 dalam kesusahan, mereka sanggup hulurkan wang, walau mereka sendiri tiada wang.astaghfirullah,

    syukur Allah membuka hati dan minda untuk saya berfikir. namun masih lagi sahabat saya yang terjebak. dan ramai yang terjebak adalah kaum hawa.

     
    • suarajagat

      01/11/2010 at 10:33 am

      Alhamdulillah, akhirnya saudara sedar tentang kesesatan mereka.

      Gerakan ajaran sesat masa kini memang banyak menggunakan ayat2 al-Quran untuk mengaburi masyarakat. Malangnya, ramai yg kian terjebak kerana pada mereka apabila ayat2 al-Quran dibukakan kepada mereka, maka ajaran tersebut adalah benar.
      Walhal pentafsiran ayat yang dilakukan hanya berdasarkan logik akal semata-mata.

       
  15. raystorm

    01/11/2010 at 2:08 am

    sekarang mereka da ade facebook mereka sendiri, boleh taip Gerakan Pemuda Kahfi dan search, saya pun tak tau mereka dari daerah mane, moga Allah bukakn pintu hati mereka untuk bertaubat…

     
  16. wiam

    31/01/2011 at 12:25 pm

    RAYSTORM: FB YG MEREKA CREATE ITU HANYE MENUNJUKKAN GMBR BEKAS PENGIKUT GPK. SY SALAH SEORANG YG MENJADI AGENDA BUSUK MEREKA. JGN MUDAH TERPEDAYA

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: