RSS

Gus Dur : Perginya Seorang Liberal

31 Dec

Gus Dur meninggal akibat pelbagai komplikasi

JAKARTA: Bekas Presiden Indonesia, Abdurrahman Wahid atau Gus Dur yang meninggal dunia jam 6.45 petang (waktu Indonesia Barat) dilaporkan akibat mengalami komplikasi angin ahmar, kencing manis dan jantung yang dihadapinya.

Laman berita Detik.com melaporkan, bekas Presiden keempat Indonesia berusia 69 tahun itu meninggal dunia di Hospital Cipto Mangunkusumo (RSCM), di sini dan menerima rawatan sejak 26 Disember lalu.

“Dengan ini kami beritahukan bahawa Gus Dur telah meninggal dunia pada Rabu, 30 Disember jam 18.45 (6.45 petang),” kata Dr Jusuf Misbach, Pasukan Doktor Perubatan Presiden di RSCM, Jakarta Pusat.

Jusuf berkata Gus Dur dirawat sejak 26 Disember lalu dan keadaannya menunjukkan stabil.

“Namun pada hari ini, jam 11.30 pagi, kondisinya kembali buruk dengan komplikasi penyakit angin ahmar, diabetes dan jantung dan jam 6.15 petang kondisinya kritikal.

“Tepat jam 18.45 (6.45 petang) beliau meninggal,” katanya.

Adik kandung Abdurrahman, KH Sholahudin Wahid kemudian turut mengesahkan Abdurrahman sudah meninggal dunia.

“Saya mendapat khabar beliau meninggal jam 6.45 petang,” kata Gus Sholah.

Petikan akhbar : Berita Harian Online

Ulasan SJ :

Akhirnya dunia JIL kehilangan seorang lagi pemimpin liberal mereka. Selepas perginya Cak Nur, Gus Dur pula menyusul. Gus Dur telah banyak mengundang kontroversi sepanjang pemerintahannya sebagai Presiden. Beliau juga antara pendukung kuat doktrin Islam Liberal yang mendapat sokongan padu Yahudi dan Kristian.

Sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan mati kerana tiada yang kekal abadi selain ALLAH s.a.w. Segala amal di dunia, akan di balas-NYA di akhirat.



 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: