RSS

Kalimah ALLAH dan Agenda Tersembunyi

01 Jan

Keputusan Hakim Mahkamah Tinggi semalam membenarkan penggunaan kalimah ALLAH oleh pihak gereja amat mendukacitakan saya. Dalam konteks kehidupan masyarakat Islam di Malaysia, penggunaan kalimah ALLAH adalah ekslusif bagi umat Islam sahaja.

Mengapa pihak Herald dan gereja bersungguh-sungguh mahu menggunakan kalimah ALLAH di dalam Bible? Bukankah God di dalam Bible tidak merujuk kepada maksud ALLAH? Bukankah God di dalam bible hanya bermaksud Tuhan?

Tidak lain, ini hanyalah agenda mereka untuk merosakkan akidah umat Islam di Malaysia secara halus dan tersusun.

Saya amat mengharapkan agar institusi raja bertindak secara dominan dalam hal ini. NGO-NGO Islam juga diharap akan bersatu dalam menangani permasalahan ini.

Jagalah hak agama kerana mati kelak kita akan ditanya.

Firman ALLAH s.w.t di dalam al-Quran bermaksud;

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
“Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
“Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
“Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.

(surah al-ikhlas)

update (2/1/2010)

Bagi saya, penggunaan nama ALLAH dalam bible adalah bertentangan dengan Islam. Malah tiada nas al-Quran yang membenarkan penggunaan ALLAH oleh Yahudi dan Nasrani.
Mengapa saya kata begini?

1. Walaupun di dalam al-Quran ada kalimah ALLAH bila merujuk kisah yang berkaitan dengan Yahudi dan Nasrani, tetapi kisah-kisah itu berkisar tentang Yahudi dan Nasrani yang masih lagi berpegang kepada Injil dan Taurat yang asli, bukannya kaum Yahudi dan Nasrani yang berpegang kepada Torat,Bible, Old Testament dan New Testament yang ada pada hari ini.

2. ALLAH sememangnya diketahui oleh masyarakat arab jahiliyyah sebagai suatu ‘supreme power’.
Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w telah menghapuskan kepercayaan karut,penyembahan berhala,syirik, tahyul dan kurafat serta menidakkan persamaan ALLAH dengan makhluk.
Rasulullah s.a.w telah membersihkan kalimah ALLAH dari segala hal syirik.

3. Firman ALLAH s.w.t dalam al-Quran bermaksud,

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
“Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
“Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
“Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”. (surah al-Ikhlas).

Surah di atas jelas menunjukkan ALLAH s.w.t bersifat Esa dan menolak konsep trinity.

4. Sarjana Kristian sendiri sebenarnya tidak jelas bahawa Injil dan Taurat adalah 2 kitab yang berbeza. Mereka sendiri mengalami disforia(kekeliruan) dalam hal ini. Sarjana Kristian mengatakan

i) Torat adalah ‘the first Bible and is written by Moses’.
ii) Almost the entire Old Testament was written in Hebrew during the thousand years of its composition.
iii) The New Testament, however, was written in Greek.

Sekiranya anda membuka Torat, New Testament dan Old Testament, anda tidak akan menjumpai kalimah ALLAH di dalamnya. Malah, jika anda membaca New Testament yang ditulis dalam bahasa Greek, anda tidak akan menemui kalimah ALLAH. Oleh yang demikian permohonan Herald dan gereja ini  sebenarnya bertentangan dengan Torat,Old Testament dan New Testament itu sendiri.

5. Cuba anda fikirkan, bagaimana agaknya jika pihak gereja dan Herald ingin membuat bible dalam bahasa Tamil?
Yang mana satu yang akan mereka pilih untuk menggantikan perkataan God di dalam Bible? Adakah Brahma? Atau Shiva? Atau mungkinkah Vishnu?

6. Jika kalimah ALLAH dibenarkan untuk digunapakai oleh agama lain, maka tindakan tegas terhadap pengamal ajaran sesat seperti Ayah Pin dan  Haji Kahar adalah sukar dilaksanakan kerana seolah-olah membenarkan sesiapa sahaja untuk membuat interpretasi sendiri tentang ALLAH dan sifat-sifatNYA.

7. Malaysia adalah sebuah negara Islam, perlembagaan kita menetapkan bahawa Islam adalah agama rasmi. Malaysia bukannya sebuah negara Pancasila atau free thinker. Kebebasan itu ada hadnya.

8. Permohonan pihak Herald dan gereja untuk menggunakan kalimah ALLAH bertujuan untuk menyelewengkan akidah umat Islam ke arah pluralisme.

Ingatlah firman ALLAH s.w.t di dalam al-Quran yang bermaksud,

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepada kamu sehinggalah
kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka.” (Al Baqarah: 120)

Demikian sebahagian hujah saya untuk menolak penggunaan kalimah ALLAH di dalam Bible.


 
 

8 responses to “Kalimah ALLAH dan Agenda Tersembunyi

  1. azani

    01/01/2010 at 10:50 pm

    pemesongan akidah seperti mana yang dikatakan,sesungguhnya puak nasrani dan yahudi takkan berhenti sehingga kamu mengukuti mereka..

     
    • SUARAJAGAT

      05/01/2010 at 12:58 pm

      terima kasih azani

       
  2. Black_prior

    05/01/2010 at 8:59 am

    Wahai Umat Islam sebelum memulakan bicara saya ingin memohon maaf dan ampun,Mungkin Umat sekalian marah atas penggunaan perkataan “ALLAH”.Sebenarnya perkataan ini sudah lama digunakan dalam penyebaran Agama Kristian.Saya amat tidak setuju kenyataan yang penggunaan perkataan “ALLAH” boleh mengelirukan Umat islam, ini bermakna org Melayu sangat lemah ,sedangkan penyebaran Kristian bukan untuk Umat Islam.Cuba Korang fikir kami sebagai pelajar..belajar Tamadun Islam di IPT yang mengagungkan Islam dan ada memburukan org Kristian..siapa yang lebih kejam? Kerajaan? BN?PAS? sedarlah org di Sarawak dan Sabah boleh Hidup Tanpa org Melayu(semenanjung)—>gila kuasa

     
    • OnDaStreet

      05/01/2010 at 9:28 am

      Black_prior,
      Telah tersedia 4 soalan sebelum ini yang diletakkan sebelum komenmu.

      Sila jawab dengan jujur. Ini bukan soal gila kuasa, bukan soal politik. Anda berhujah seolah-olah atas dasar agama, tetapi dengan menyatakan “siapa yang lebih kejam? Kerajaan? BN?PAS? sedarlah org di Sarawak dan Sabah boleh Hidup Tanpa org Melayu(semenanjung)—>gila kuasa”

      Anda rupanya memberi komen atas dasar politik.. bukan agama…

      ~ OnDaStreet

       
    • SUARAJAGAT

      05/01/2010 at 10:07 am

      Black_prior,
      Pertamanya, saya tidak mengetahui sama ada anda beragama Islam atau kristian.

      Statement dari pihak-pihak yang mengatakan bahawa hal ini akan mengelirukan umat Islam bukanlah bermaksud masyarakat Melayu sangat lemah..tetapi ianya harus dilihat sebagai satu tujuan untuk merosakkan kefahaman Islam di Malaysia.

      Malah penggunaan nama ALLAH tidak pernah ada dalam Torat, New Testament dan Old Testament yang dikatakan oleh masyarakat kristian asalnya ditulis dalam hebrew dan greek.

      Di dalam bahasa di dalam Old Testament berbahasa Hebrew, perkataan Lord/God disebut sebagai YHWH,Elohim,Adonai.
      Yahudi tidak menerima trinity sebagaimana yang difahami oleh masyarakat kristian.

      Bagi New Testament,God di dalam bahasa greek disebut sebagai theos. Namun masyarakat greek pula mempercayai banyak Tuhan contohnya Zeus,Apollo, Aphrodite,Zephyrus,Hemera,Gaia,Hermes,Athena dan Hera.

      Sekiranya mereka menterjemahkan God di dalam Bahasa Melayu sebagai ALLAH,
      maka jika pihak gereja dan Herald ingin membuat bible dalam bahasa Tamil?
      Yang mana satu yang akan mereka pilih untuk menggantikan perkataan God di dalam Bible? Adakah Brahma? Atau Hanuman? Atau Shiva? Atau mungkinkah Vishnu?

      Dan jika pihak Herald menulis pula Bible di dalam bahasa bumiputra Sabah dan Sarawak, contohnya bagi kaum Kadazan, perkataan God itu akan ditukar kepada Kinoringan.

      Soalan saya ialah
      jika begini siapa sebenarnya Tuhan bagi agama Kristian?
      YHWH,Elohim,Adonai,Zeus,Apollo,Aphrodite,Zephyrus,Hemera,Gaia,Hermes,Athena,Hera,Brahma,Hanuman,
      Shiva,Vishnu,Kinoringan atau ALLAH?

       
      • bgpz

        11/01/2010 at 8:37 am

        Black_prior la siapa lagi. beri pandangan tah apa benda tah. cukup pantang betul ada orang yang memburukan agama islam. Saya pun belajar sampai sarjana muda juga ambil kertas tamadun islam juga. takde satu ayat pun yang memburukan agama lain oleh agama islam. Dah la nak buat pitnah yang amat besar ke atas agama islam pastu nak burukan lagi agama islam. buruk sifat betul orang-orang kafir laknat ni. dah la tak bersyukur kepada ALLAH pastu nak buruk-burukan ALLAH pulak. Hampasss dunia betul.

         
    • bgpz

      08/01/2010 at 5:28 pm

      Ape lah ko ni. ini lah pelajar IPT baru ade ilmu sikit ini lah jadinye hampassss. Adakah pelajaran agama islam yang memburukan agama lain. kat mana ko belajar ni. Tak kan kat toilet kot. Hampaassssss. Cuba ko carikan aku ajaran islam yang ade memburukkan agama lain.

       
      • SUARAJAGAT

        08/01/2010 at 9:09 pm

        ermm? siapa pelajar IPT?

         

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: