RSS

Tazkirah : Mukadimah

01 Jan

Setelah mempertimbangkan pandangan dan pendapat sahabat handai serta mendapatkan persetujuan dari pihak-pihak tertentu, saya memulakan kategori baru (Tazkirah Jumaat) dalam blog Suarajagat sebagai usaha melebarkan dakwah kepada masyarakat.

Memberi dan menulis tazkirah Jumaat bukanlah perkara baru bagi diri saya kerana ianya telah dilakukan sejak 8-9 tahun lalu. Namun yang demikian, pada kali ini saya mengambil masa agak lama berfikir dan membuat penilaian kerana mendalami/mengulang kaji manhaj dakwah Rasulullah s.a.w dan para sahabat Baginda contohnya Ibn.Abbas r.a, Ibn.Masud r.a, Abu Hurairah r.a dan lain-lain.

Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Ikrimah bahawa Ibnu Abbas r.a berkata, maksudnya :

“Hendaklah engkau menyampaikan berita(memberi pengajaran kepada manusia) sekali pada tiap-tiap Jumaat. Jika engkau enggan, maka hendaklah dua kali tiap-tiap Jumaat, dan jika engkau hendak memperbanyakkan maka lakukan sebanyak tiga kali. Janganlah engkau menjemukan manusia akan al-Quran ini. Janganlah sekali-kali aku mendapatimu mendatangi kaum yang sedang bercakap-cakap dalam satu percakapan mereka, lalu engkau menceritakan kepada mereka lantas engkau memotong percakapan mereka yang menyebabkan mereka berasa jemu, tetapi hendaklah engkau diam. Maka apabila mereka menyuruhmu, maka berbicaralah dengan mereka sedang mereka menginginkannya. Perhatikan doa yang bersajak dan jauhilah dia kerana sesungguhnya aku mengetahui bahawa Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya tidak melakukan yang demikian itu.” (al-Misykat 1/252/84)

Nas sahih di atas ini penuh dengan maksud dakwah beserta adab-adabnya. Ia mengingatkan kita untuk saling memberi nasihat dan pengajaran sesuai dengan firman ALLAH di dalam al-Quran yang bermaksud :

“Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran. ” ( surah al-Asr 1-3 )

Saya tidak menjanjikan artikel tazkirah Jumaat ini untuk terbit pada setiap minggu. Mungkin adakalanya, ia akan ditulis 1 kali dalam tempoh 2 minggu. Dan mungkin adakalanya juga tazkirah ini diterbitkan agak awal iaitu pada hari Khamis. SJ hanya akan cuba membuat penulisan mengikut kadar kemampuan dan kategori ini akan menyentuh isu sekitar kehidupan harian, kefahaman Islam, wacana pemikiran dan sebagainya. Semoga usaha kecil dari insan kerdil seperti saya ini dapat memberi manfaat buat umat sejagat.

Wallahu’alam.

Pesan SJ : Semoga kita akan saling berpesan-pesan demi menegak kebenaran.

 
Leave a comment

Posted by on 01/01/2010 in 2. Tazkirah SJ

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: