RSS

Update Isu Kalimah ALLAH

04 Jan

PM menghadap Agong

Oleh YUSRI SAHAT
pengarang@utusan.com.my

PEKAN 3 Jan. – Datuk Seri Najib Tun Razak akan menghadap Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja dalam tempoh terdekat ini bagi menjelaskan isu berkaitan penggunaan kalimah Allah yang menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini.

Sehubungan itu, Perdana Menteri meminta umat Islam bertenang sambil menyerahkan kepada kerajaan menyelesaikannya menerusi proses undang-undang.

Beliau juga meminta umat Islam terutama kumpulan tertentu mengurangkan aktiviti rapat umum yang boleh memanaskan isu yang amat sensitif itu bagi memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku.

‘‘Saya akan melakukan sembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong nanti dan jika Seri Paduka perkenan, perkara ini akan ditaklimat kepada Majlis Raja-Raja pada mesyuarat akan datang.

*Hisham: KDN akan buat rayuan secepat mungkin

‘‘Seperti mana yang kita tahu, keputusan ini (kebenaran penggunaan kalimah Allah) dibuat oleh Mahkamah Tinggi tetapi kita ada Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan untuk membuat keputusan.

‘‘Kerajaan telah memutuskan perkara ini akan dibuat rayuan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada 321 murid pada majlis anugerah kecemerlangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini.

Beliau mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan akhbar mingguan Gereja Katholik, Herald – The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya.

Keputusan mahkamah itu mengundang kemarahan umat Islam di seluruh negara yang mahukan kerajaan dan Majlis Raja-Raja segera campur tangan dalam menangani isu tersebut.

Mengulas lanjut, Najib menegaskan, kerajaan amat memahami sensitiviti masyarakat Islam berhubung keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Beliau juga tidak dapat menafikan berlakunya rapat-rapat umum di kalangan umat Islam di seluruh negara kerana mereka kecewa dengan keputusan yang dibuat oleh mahkamah tersebut.

‘‘Saya tahu perasaan umat Islam bagaimana mereka merasa begitu terkilan dengan isu ini dan saya berharap biarlah kerajaan menanganinya dengan sebaik mungkin melalui proses rayuan dan Kementerian Dalam Negeri akan mengemukakan rayuan itu,” katanya.

Berikutan itu, Perdana Menteri berharap isu tersebut dapat diatasi dengan penuh kebijaksanaan bagi memastikan keadaan tidak bertambah buruk.

‘‘Saya berharap keadaan ini tidak bertambah keruh dan kita mengharapkan penyelesaiannya nanti berasaskan kebijaksanaan untuk menyelesaikan isu yang sangat sensitif ini,” tegasnya.

Terdahulu, sebelum mempengerusi mesyuarat jawatankuasa UMNO Bahagian Pekan, Najib yang merupakan Ketua UMNO bahagian itu menerima memorandum daripada 24 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membantah kebenaran penggunaan kalimah Allah oleh Mahkamah Tinggi tersebut.

Memorandum berkenaan diserahkan oleh Timbalan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Amidi Abdul Manan yang mengetuai 50 ahli NGO terbabit di depan Bangunan UMNO Bahagian Pekan.

Bicara SJ : Jika dahulu Tuan Guru Nik Aziz menyatakan tidak salah Herald menggunakan kalimah ALLAH, tetapi kini beliau menyatakan tidak bersetuju terhadap penggunaan kalimah ALLAH oleh pihak Herald. SJ berharap biarpun berlainan parti politik, namun kita umat Islam tetap bersatu dalam isu-isu sebegini. Saya sertakan keratan kenyataan akhbar oleh TGNA di bawah ini :

Nik Aziz tidak setuju

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my

NIK Abdul Aziz Nik Mat pada sidang akhbar selepas merasmikan pejabat baru Urus Setia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri di Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU 3 Jan. – Penggunaan kalimah Allah oleh agama lain tidak boleh dibenarkan sama sekali kerana ia akan menyebabkan kekeliruan di kalangan umat Islam.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, biar pun dari segi hukum membenarkan agama ‘samawi’ seperti Kristian dan Yahudi menggunakan kalimah itu tetapi dibimbangi ia disalah gunakan pihak tertentu.

Beliau berkata, masalah penggunaan kalimah Allah timbul kerana tiada badan perunding antara pihak Islam dan Kristian yang menyelesaikan kemelut itu dengan baik menyebabkan ia kini menjadi isu sensitif.

“Kita bimbang dan takut orang ini salah guna perkataan Allah iaitu salah guna dalam pengertian, sebab itu dalam fiqah kita boleh sekat orang bukan Islam guna perkataan Allah walaupun benda itu harus.

“Saya juga bimbang kalimah ini disalah guna sehingga menyebabkan orang Melayu beragama Islam keliru… dia kata sana Allah, sini pun Allah sehingga akhir-akhir ini dia minta gereja pun dipanggil masjid Kristian.

“Pengunaan Allah boleh tetapi dibimbang disalah guna, jadi lebih baik kita berhenti daripada membenarkan agama lain guna perkataan Allah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pejabat baru Urus Setia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri di Jalan Telipot di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi negeri, Che Abdullah Mat Nawi dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar.

Khamis lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan membenarkan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya atas alasan ia ada hak dalam Perlembagaan.

Hakim Datuk Lau Bee Lan menegaskan, KDN telah bertindak secara salah ketika mengenakan larangan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan akhbar mingguan itu.

Pada 1 Mac 2009, Nik Abdul Aziz dalam sidang akhbar di sini menegaskan, tidak salah bagi orang bukan Islam menggunakan perkataan Allah bagi merujuk kepada Tuhan.

Ini kerana, kata beliau, dalam al-Quran sendiri ada menceritakan bahawa orang bukan Islam telah menggunakan perkataan Allah sejak zaman Nabi Muhammad lagi.

Sementara itu, Nik Aziz hari ini memberitahu, masalah penggunaan kalimah Allah timbul kerana tiada badan perunding antara pihak Islam dan Kristian untuk menyelesaikan kemelut itu dengan baik menyebabkan ia kini menjadi isu sensitif.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya badan rundingan itu diwujudkan secepat mungkin.

“Majlis rundingan itu boleh dianjur NGO (pertubuhan bukan kerajaan) atau kerajaan sendiri secara terbuka atau tertutup.

“Kalau kita biar Kristian dengan Kristian dan Islam dengan Islam akan timbullah masalah seperti ini. Orang kita tidak suka berdepan begini,” katanya.

Menurut Nik Abdul Aziz, beliau tiada halangan jika dipanggil menjadi ahli panel dalam majlis rundingan tersebut bagi menjelaskan keadaan sebenar.

 

6 responses to “Update Isu Kalimah ALLAH

  1. Black_prior

    05/01/2010 at 8:45 am

    Wahai Umat Islam sebelum memulakan bicara saya ingin memohon maaf dan ampun,Mungkin Umat sekalian marah atas penggunaan perkataan “ALLAH”.Sebenarnya perkataan ini sudah lama digunakan dalam penyebaran Agama Kristian.Saya amat tidak setuju kenyataan yang penggunaan perkataan “ALLAH” boleh mengelirukan Umat islam, ini bermakna org Melayu sangat lemah ,sedangkan penyebaran Kristian bukan untuk Umat Islam.Cuba Korang fikir kami sebagai pelajar..belajar Tamadun Islam di IPT yang mengagungkan Islam dan ada memburukan org Kristian..siapa yang lebih kejam? Kerajaan? BN?PAS? sedarlah org di Sarawak dan Sabah boleh Hidup Tanpa org Melayu(semenanjung)—>gila kuasa

     
    • SUARAJAGAT

      05/01/2010 at 10:05 am

      kepada Black_prior,
      Pertamanya, saya tidak mengetahui sama ada anda beragama Islam atau kristian.

      Statement dari pihak-pihak yang mengatakan bahawa hal ini akan mengelirukan umat Islam bukanlah bermaksud masyarakat Melayu sangat lemah..tetapi ianya harus dilihat sebagai satu tujuan untuk merosakkan kefahaman Islam di Malaysia.

      Malah penggunaan nama ALLAH tidak pernah ada dalam Torat, New Testament dan Old Testament yang dikatakan oleh masyarakat kristian asalnya ditulis dalam hebrew dan greek.

      Di dalam bahasa di dalam Old Testament berbahasa Hebrew, perkataan Lord/God disebut sebagai YHWH,Elohim,Adonai.
      Yahudi tidak menerima trinity sebagaimana yang difahami oleh masyarakat kristian.

      Bagi New Testament,God di dalam bahasa greek disebut sebagai theos. Namun masyarakat greek pula mempercayai banyak Tuhan contohnya Zeus,Apollo, Aphrodite,Zephyrus,Hemera,Gaia,Hermes,Athena dan Hera.

      Sekiranya mereka menterjemahkan God di dalam Bahasa Melayu sebagai ALLAH,
      maka jika pihak gereja dan Herald ingin membuat bible dalam bahasa Tamil?
      Yang mana satu yang akan mereka pilih untuk menggantikan perkataan God di dalam Bible? Adakah Brahma? Atau Hanuman? Atau Shiva? Atau mungkinkah Vishnu?

      Dan jika pihak Herald menulis pula Bible di dalam bahasa bumiputra Sabah dan Sarawak, contohnya bagi kaum Kadazan, perkataan God itu akan ditukar kepada Kinoringan.

      Soalan saya ialah
      jika begini siapa sebenarnya Tuhan bagi agama Kristian?
      YHWH,Elohim,Adonai,Zeus,Apollo,Aphrodite,Zephyrus,
      Hemera,Gaia,Hermes,Athena,Hera,
      Brahma,Hanuman,Shiva,Vishnu,Kinoringan atau ALLAH?

       
  2. OnDaStreet

    05/01/2010 at 9:23 am

    Black_prior,
    Telah tersedia 4 soalan sebelum ini yang diletakkan sebelum komenmu.

    Sila jawab dengan jujur. Ini bukan soal gila kuasa, bukan soal politik. Anda berhujah seolah-olah atas dasar agama, tetapi dengan menyatakan “siapa yang lebih kejam? Kerajaan? BN?PAS? sedarlah org di Sarawak dan Sabah boleh Hidup Tanpa org Melayu(semenanjung)—>gila kuasa”

    Anda rupanya memberi komen atas dasar politik.. bukan agama…

    ~ OnDaStreet

     
  3. manboy

    05/01/2010 at 1:13 pm

    black_prior…
    soalan anda yang akhir…
    “jika begini siapa sebenarnya tuhan bagi agama kristian”..
    tuan kajilah bible dan al-quran…
    dan buat perbandingan…
    ap yg sya baca…
    dlm bible terlalu byk percanggahan…
    antara ayat2 dalamnyer..
    dan satu lg…
    kebanyakan sesi perdebatan islam kristian…
    yang dilakukan di seluruh dunia…
    di jawab…
    atau dimenangi..
    oleh pihak islam..
    dgn jawapan yg pnuh ilmiah…
    dan profesional…
    ini kenyataan…
    bukan emosi…
    dan sya terkilan bila anda kata…
    tak perlu melayu…
    secara tak langsung…
    anda bkn seorang yang profesional…
    dan bukan seorang yang berintelektual…
    hanya emosional semata2….
    org seperti anda…
    sewajarnya melontarkan komen….
    dgn penuh berhemah….
    jika betul anda seorang yang jujur…
    maaf saudara atas komen saya..
    fikir2 kanlah!!!!

     
    • SUARAJAGAT

      05/01/2010 at 1:20 pm

      terima kasih atas komen anda..

       
    • OnDaStreet

      05/01/2010 at 2:57 pm

      black prior.. soalan-soalan saya macam mana?

      ~ OnDaStreet

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: