RSS

Soal-Jawab Penggunaan Kalimah ALLAH

05 Jan

Soal-Jawab di bawah saya petik dari laman blog :  http://darmawihamdani.blogspot.com/

Soalan:

Kenapa mahu marah-marah Kristian pakai kalimah Allah? Kenapa perlu berebut? Yang penting kita tahu Allah itu siapa sudahlah.

Jawapan:

Isu ‘Allah’ ini bukan isu perebutan nama. Ia adalah isu akidah, isu falsafah, isu maqasid di sebalik nama itu.

Kita tidak marah kalau Kristian mahu menisbahkan Allah kepada Tuhan yg sebenar. Tiada masalah. Tapi kita tidak setuju kalau dikatakan Allah itu adalah Roh Kudus dan Jesus atau sebaliknya atas sebab Trinity yang mereka pegang. Bukankah di dalam Bible menyebut “Aku dan ‘Bapa’ adalah satu”?

Soalan:

Tetapi musyrikin Makkah dan Arab pada zaman Nabi pun pakai nama Allah. Bapa Nabi pun bernama Abdullah. Apa masalahnya?

Jawapan:

Memang musyrikin Arab memakai kalimah ‘Allah’ bila mereka merujuk kepada Tuhan. Betul. Tapi menjadikan alasan itu bagi menghalalkan penggunaan ‘Allah oleh Kristian Trinity adalah tidak kena. Kerana musyrikin zaman itu memahami ‘Allah’ itu sebagai Tuhan yang sebenar. Mereka tidak menisbahkan ‘Allah’ itu sebagai Latta dan Uzza dan berhala-berhala yang mereka sembah. Sebab itu mereka digelar ‘musyrikin’.

Soalan:

Tapi Allah ada sebut “Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid) (al-Ankabut:63).

Kan kita disuruh mengucap Alhamdulillah bila non-muslim mengaku Allah itu Tuhan. Jadi, kenapa anda hendak halang?

Jawapan:

Sebab itulah pentingnya sebelum mengambil apa-apa dalil mesti kita faham asbabun nuzul dan tujuan ayat itu turun. Sama seperti ayat ‘La ikraha fiddin’. Ia ditujukan kepada mereka yang memaksa bukan Islam masuk Islam bukan sebaliknya. Sebab itu adanya golongan Islam Liberal yang menggunakan ayat ini secara umum bagi menghalalkan murtad.

Hakikatnya ayat ini ditujukan kepada Musyrikin Arab yang berada di sekitar Nabi saat itu. Bukan kepada seluruh ‘bukan Islam’. Sebab itulah Islam tidak membantah. Sebab itu jugalah Nabi disuruh mengucapkan syukur. Sebab musyrikin itu masih kenal dan tahu siapa Allah yang sebenar walaupun disyirikkan dengan menyembah berhala.

Maka bersyukurnya Nabi pada hal itu adalah benar.

Bukannya untuk Kristian yang mengatakan Allah dan Jesus itu adalah satu. Yang mengatakan Allah itu Jesus dan Jesus itu Allah. Yang mengatakan Jesus itu diri Allah yang boleh disentuh, didengar, diam bersama, dirasa etc.

Munasabahkah kita bersyukur apabila Kristian mengatakan Allah Jesus yg menurunkan hujan dari langit? Maka kesyukuran kita itu adalah pada hal yg batil.

Soalan:

Tapi bukankah Allah ada sebut: (maksudnya) “Sesungguhnya telah kafirlah mereka yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah salah satu dari yang tiga (triniti)”. padahal tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa..(Surah al-Maidah ayat 73).

Jadi yang penting konsep. Bukan nama. Setuju?

Jawapan:

Ayat ini secara jelas membantah penggunaan kalimah ‘Allah’ untuk dinisbahkan kepada Jesus dan Roh Kudus. Inilah yang mereka mahu buat pada hari ini. Ini yang kita bangun membantah. Inilah isu yang mendasarinya. Ini bukan soal istilah saja.

Kalau mereka menisbahkan Allah itu kepada Tuhan yang sebenar dan bukan kepada yang lain seperti yg dibuat musyrikin pada zaman nabi, kita pun tak mahu nak halang. Qulilhamdulillah!

Soalan:

Bukankah Quran mengakui bahawa adanya tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak dalam Surah al-Hajj ayat 40. Jadi apa masalahnya kalau gereja Katolik mahu menggunakan nama Allah? Mereka berhak.

Jawapan:

Memanggil ‘nama Allah’ dan ‘Allah’ adalah 2 hal yg berbeza. Tolong bezakan.

Sudah berzaman penganut agama Tauhid memanggil Tuhan yang sebenar dengan bahasa mereka atau bahasa kitab mereka. Bani Israel mungkin memanggilnya Eloh, orang Nusantara mungkin memanggil-Nya Dewata Mulia Raya, orang Parsi mungkin memanggil-Nya Ahura Mazda. Dan bila mereka sebut nama-nama itu, memang mereka merujuk kepada Tuhan yang sebenar iaitu Allah

Sama apabila kita menyebut Ar-Rahman, Ar-Rahim, Al-Malik, maka kita merujuk kepada Allah, Tuhan yang sebenar. Bukan kepada yang lain.

Jadi andaikata mereka mahu meminta hak sekalipun, yang mereka boleh minta adalah kalimah yang ada dalam kitab mereka. Eloh, Elohim, Yahweh. Bukan ‘Allah’.

Soalan:

Tetapi bukankah Kristian Arab juga memakai kalimah ‘Allah’ di dalam Bible mereka? Tidak pula kerajaan Arab menghalang.

Jawapan:

Kebanyakan Kristian Arab yang memakai kalimah ‘Allah’ dalam terjemahan Bible (dipanggil Kitabul Muqaddas) adalah Kristian Unitarian. Yang percaya Allah itu Esa. Katolik Malaysia Unitarian kah? Tentulah tidak. Mereka adalah Kristian Trinitirian. Kristian Trinitirian mengkafirkan Kristian Unitarian

Soalan:

Tetapi Kristian Indonesia juga memakai kalimah ‘Allah’ di dalam Bible. Bukankah mereka Trinitirian juga? Dan Indonesia masih lagi kekal sebagai negara Islam terbesar di dunia. Tidak ada masalahpun. Kita ni mahu ditertawakan Indonesiakah?

Jawapan:

Tahukah anda disebabkan liberalnya agama di Indonesia maka ada premis pada hari Jumaat menjadi masjid, pada hari Sabtu menjadi kuil dan pada hari Ahad pula bertukar menjadi gereja?

Mahu Masjid Putrajaya menjadi Gereja St Thomas pada hari Ahad? Mungkin tidak hari ini. Tapi 50 tahun lagi?

Soalan:

Kita mesti menjaga akidah dengan ilmu. Maka didiklah generasi muda kita. Mesti mereka tak akan salah faham kalau Kristian gunakan ‘Allah’ sekalipun. Tak perlu larang pun.

Jawapan:

Ini bukan masalah keliru sahaja. Ia juga masalah falsafah dan maqasid yang ada disebalik kalimah Allah. Syariat Islam turun dan memurnikan kalimah ‘Allah’ itu selama 1400 tahun. Hari ni awak sanggup membiarkan kalimah itu tercemar?

Dakwah dan mendidik satu hal. Preventif satu hal. Dua-dua kena ada. Tuhan tak suruh Iqra’ sahaja. Tuhan suruh laksana Hudud Qisas juga. Tuhan suruh “Az-zaniyatu waz-zaani fadzlidu kulla wahidim-minhuma miata jaldah”. Ini apa? Preventiflah.

Jika tak perlu preventif, rombaklah Kanun jenayah negara. Berikan pendidikan saja, nescaya rasuah, mencuri, rompak, rogol tidak akan berlaku.Berani jamin?

Soalan:

Bukankah dengan penggunaan kalimah ‘Allah’ akan menyebabkan mereka akan lebih memahami Islam dan kita boleh mengambil peluang ini untuk berdakwah kepada mereka? Malah mungkin mereka juga akan terkeliru dengan konsep Triniti sebab ‘anak Allah adalah Allah”. Ini kelebihan kepada umat Islam!

Jawapan:

Bagaimana untuk mereka lebih memahami Islam dengan cara begitu? Mereka bukannya baca kalimah ‘Allah’. Sebab kalimah itu cuma ada dalam Bible bahasa Melayu atau akhbar Herald bahasa Melayu. Mereka baca dalam Bible berbahasa Inggeris. Yang ada cuma ‘God’. Jadi, untuk siapa Bible Melayu ini ditujukan?

Kalau mahu ditujukan kepada Kristian Malaysia Timur, kaum Iban dan Kadazan contohnya, maka gunalah bahasa mereka. Kalau mahu standard di dalam bahasa Melayu, maka gunalah ‘Tuhan’. Itukan bahasa Melayu? Kalimah ‘Allah’ bukan berasal dari bahasa Melayu, apatah lagi Iban atau Kadazan atau Murut.

Jika anda boleh mengatakan Kristian akan terkeliru maka kenapa anda tidak mengatakan orang Islam juga boleh terkeliru? Maka tak perlulah pakai. Dua-dua tidak akan terkeliru. Akidah orang Kristian terjaga, akidah orang Islam pun terjaga. Cari penyakit buat apa?

 

13 responses to “Soal-Jawab Penggunaan Kalimah ALLAH

  1. OnDaStreet

    05/01/2010 at 12:22 pm

    SJ,
    saya tertarik dengan soal jawab terakhir..

    Jika iya pun nak terjemah God ke Bahasa Malaysia.. ianya akan menjadi “Tuhan”.. bukan “Allah”.. kerana “Allah” yang mereka rujuk berdasarkan negara Arab adalah bahasa arab.

    Nama “Allah” yang cuba digunakan ini adalah kata ganti nama khas untuk Tuhan untuk umat Islam.🙂

     
    • SUARAJAGAT

      05/01/2010 at 12:28 pm

      ye saudara ODS..

      saya mmg menanti untuk menyatakan statement di bawah ini :

      Water = Air
      Liquid = Cecair

      Car = Kereta
      Vehicle = Kenderaan

      God = Tuhan

       
  2. Rebak

    05/01/2010 at 4:31 pm

    AMAT BERSETUJU DENGAN POSTING INI, THUMB UP!

     
    • sj3

      07/01/2010 at 12:16 pm

      Alhamdulillah..ya Allah engkau lah tuhan yg maha esa..amin

       
  3. dinturtle

    07/01/2010 at 12:43 pm

    Salam SJ,

    Alhamdulillah kita ada orang seperti saudara yang mampu mempertahankan kesucian Islam dari diceroboh penganut lain dan menghalang dari dikorbankan oleh mereka yang menganggap diri mereka liberal/terbuka.

    Saudara tidak bersendirian, walau di serang musuh, saudara punya ramai sahabat yang memberi sokongan, albeit dalam diam.

    U have my respect, bro !

     
    • SUARAJAGAT

      07/01/2010 at 1:03 pm

      Subhanallah..

      terima kasih saudara dinturtle.

      Sesungguhnya segala kebenaran itu milik ALLAH jua adanya.
      Sebagai hamba-NYA dan khalifah-NYA, menjadi tanggungjawab besar bagi kita mempertahankan kesucian kalimah-NYA,
      Zat-NYA dan agama-NYA dari dicemari dan dikhianati.

       
  4. Fitri

    08/01/2010 at 1:13 pm

    Sebenarnya saya heran kenapa muslim di Malaysia sangat mempertentangkan penggunaan kalimat Allah dalam Alkitab. Sementara kristen di negara Arab semenjak zaman dahulu sebelum Islam lahir pun, mereka sudah menggunakan kalimat Allah. Di Indonesia, kalimat Allah masuk dalam kosa kata Bahasa Indonesia.

     
    • SUARAJAGAT

      08/01/2010 at 3:39 pm

      di indonesia memang tak ada satu pun agama yang dominan, kerana ia adalah negara pancasila. Ini berbeza dengan Malaysia yang sejak di awal kemerdekaan lagi telah menetapkan di dalam Perlembagaan bahawa Islam adalah agama rasmi negara ini.

      Kata Allah adalah nama khas yang merujuk kepada Tuhan Yang Satu, yang telah mencipta, mentadbir dan memilik alam semesta. Perkataan Allah digunakan dalam agama Islam serta dalam masyarakat Kristian yang berbahasa Arab. Di Indonesia, terjemahan Kitab Bible dalam bahasa tempatan menggunakan perkataan “Allah” untuk menggambarkan Tuhan Bapa mereka walaupun dalam percakapan seharian mereka lebih gemar menggunakan perkataan “Tuhan”.

      Penutur bahasa Arab yang menganut agama samawi, iaitu Islam, Kristian dan Yahudi, menggunakan perkataan “Allah” untuk bermakna “Tuhan”. Arab Kristian tidak ada perkataan lain untuk ‘Tuhan’ selain ‘Allah’.
      Selain itu permohonan penggunaan kalimah ALLAH ini dilakukan oleh Kristian Katholik, sedangkan anda mengambil contoh Kristian Arab yang merupakan unitarian.
      Sedangkan Katholik sendiri tidak mengiktiraf kaum unitarian ini sebagai christian, maka secara tidak langsung menjadikan unitarian sebagai hujah untuk menyokong permohonan Herald dan gereja katholik ini adalah invalid.

      selain itu saya juga menjumpai artikel di bawah ini :
      sumber http://www.kingmessiahproject.com/is_allah_not_God.html

      The God of the Bible Rejects Allah

      Throughout the Holy Scriptures, the prophets of God stressed that there is no god besides Him. According to them, He is the only God. The applicable Scriptural references follow:

      * Exodus 20:2-3 “I am the LORD thy God, which have brought thee out of the land of Egypt, out of the house of bondage. (3) Thou shalt have no other gods before me.”
      * Deuteronomy 6:4 “Hear, O Israel: The LORD our God is one LORD.”
      * Deuteronomy 32:39 “See now that I, even I, am he, and there is no god with me: I kill, and I make alive; I wound, and I heal: neither is there any that can deliver out of my hand.”
      * Isaiah 44:6 “Thus saith the LORD the King of Israel, and his redeemer the LORD of hosts; I am the first, and I am the last; and beside me there is no God.”

      According to John 17:3 Jesus Christ, God’s only begotten Son, confirms that the Father is the one true God. With respect to His Father, Jesus states: “And this is life eternal, that they might know thee the only true God, and Jesus Christ, whom thou hast sent.”

      In no way is John 17:3 to be used to deny Jesus’ Deity. Note: See the Answering the Objections to the Deity of Jesus chapter for an explanation of this verse that actually proves the Deity of the Son. Jesus’ statement in this verse denies the Deity of all others. Since this chapter illustrates that Allah is NOT the God of the Bible, there is only one conclusion that can be made: According to Exodus 20:2-3, Deuteronomy 6:4, Deuteronomy 32:39, Isaiah 44:6, and John 17:3, the LORD God of the Bible and His only begotten Son reject Allah. Allah is not a true G(g)od. Therefore, he is a false god!

       
  5. darren pitcher

    13/01/2010 at 10:48 pm

    wahai saudara ku..boleh tak menjawab soalan saya..sekiranya kami (org kristen)dikatakan salah menggunakan kalimat allah…ianya sama seperti….saya dah pki sluar dalam..kamu tak boleh lagi pki sluar dlm sebab sluar dalam hnya utk saya sorang…tidak kah terfikir apa yg direbut kalian skg??Allah kita hanya satu..dialah tuhan..dialah roh kudus..dialah anak bapa..satu saja yg membezakan kita..CARA PENYAMPAIAN!!!jadio buat apa bising2???53 tahun kita merdeka..tak ada ,masalah pun..jngn cuba mggunakan malaysia negara prihatin sbgi alasan..Ok..Allah kata arb..ok..kami tak boleh pakai??senang cerita..tutup kes..kita jngan kacau mana2..ni smpi bom grj..bakar grj..grj tak salah nak buat apa nak bom grj???nak jadi negara aman kunun..mcm mana mok aman kalau gaduh berebut nama allah???thing…renung2kan..

     
    • suarajagat

      14/01/2010 at 11:36 am

      Terima kasih atas komen anda mr.darren pitcher.

      pertamanya, ingin sekali saya katakan bahawa saya sendiri secara peribadi tidak suka dengan perbuatan segelintir individu yang membakar dan merosakkan gereja atau mana-mana tempat peribadatan termasuk masjid, kuil dan tokong. Ia adalah satu perbuatan yang tidak bermoral.
      Disamping itu saya memandang secara positif kata anda, kita tutup kes dan kekalkan keadaan sebagaimana yang ada selama ini. Untuk itu, adalah penting pihak Herald menarik balik tuntutan mereka dan menghormati perlembagaan negara.

      kedua, sekadar menyatakan teguran. Bila anda menyatakan;

      ianya sama seperti….saya dah pki sluar dalam..kamu tak boleh lagi pki sluar dlm sebab sluar dalam hnya utk saya sorang…

      saya kurang gemar dengan statement seperti ini. Kita bercakap tentang isu ketuhanan. Lalu adakah patut kita memberi satu contoh yang ‘kotor’?
      walaupun ia hanya sebagai contoh, saya harap berilah contoh yang lebih bersih dan sesuai disamping menjaga adap dan moral kita.

      ketiga, kata anda;

      Allah kita hanya satu..dialah tuhan..dialah roh kudus..dialah anak bapa..satu saja yg membezakan kita..CARA PENYAMPAIAN!!!

      Maaf mr.darren, saya tidak dapat bersetuju dengan statement ini.
      Di dalam Islam, ALLAH itu Satu, DIA adalah satu-satunya Tuhan. DIA bukanlah roh kudus dan bukan juga anak bapa.
      Sebagaimana yang disebut dalam al-Quran, kitab ALLAH yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w, yang bermaksud;

      “Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah ALLAH Yang Maha Esa; ALLAH Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; IA tiada beranak, dan IA pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang serupa dengan-NYA”. (Surah al-Ikhlas : 1-4).

      Justeru, yang membezakan kita bukanlah cara penyampaian, tetapi yang membezakan kita ialah doktrin,kefahaman dan pegangan agama.

      Akhir kata, saya harap isu ini dapat diselesaikan secara baik dan kita masyarakat Malaysia dapat kembali kepada keadaan sebelummya yang saling menghormati antara satu sama lain. Selain itu amat wajar untuk kita menilai sesuatu perkara dan menolak unsur-unsur provokasi yang akhirnya merosakkan kehidupan yang ada selama ini.
      terima kasih.

       
  6. Bicara Wanita

    14/01/2010 at 12:07 pm

    Jelas yang dinyatakan suara jagat dari aspek akidah umat Islam. Malah dari segi perlembagaan juga jelas agama Islam itu berbeza dengan agama-agama lain. Allah itu untuk Islam.

    Mr Dareeny, saya berbesar hati untuk bertanya pada kamu, sungguhpun pengunaan kalimah Allah diMalaysia dibenarkan, mengapa Vatican City tidak mahu mengunakan kalimah Allah untuk disana? Lagipun, dalam buku-buku asal bible (bukan buku-buku terjemahan bahasa-bahasa) tidak ada guna nama Allah dalam buku bible tersebut. Yang ditemui hanya El, Eloh, Elohim, Yhwh?

    Selama 53 tahun tidak dipertikaikan pun. Hanya sekarang ni sahaja bibit2 ini dimulakan oleh kalangan kalian. Kalau ada gereja yang terbakar itu kerana sikap orang kalian yang memulakan dahulu, sungguhpun telah dilarang oleh KDN agar tidak bawa kes ini ke makhamah untuk dipertikaikan tetapi degil.

     
    • suarajagat

      14/01/2010 at 12:15 pm

      Terima kasih Bicara Wanita.
      saya harap kedua-dua perkara ini tidak akan berlaku lagi :

      1. permohonan penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam.
      2. tindakan merosakkan apa juga tempat peribadatan.

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: